Assalamualaikum
Alhamdulillah 28 Mei 2017 dapat join Shaklee National Conference 2016. Kak Idah saje nak pergi nak lapangkan fikiran jap. Feeling2 sikit dan nak tengok orang-orang hebat-hebat dapat anugerah. Nak mencari semangat dan rasa aura yang hebat. Mana tau Kak Idah tahun depan naik pentas pulak uols.
1# Conference Bersama Keluarga
Suami Kak Idah pergi kelas. Tak dapat dia nak hantar ke Sunway Convention Centre. Nasib baik ada adik manis Kak Idah, Iqah yang boleh tolong hantarkan. Se"batalion" tolong hantar. Opah dan 5 cucunya pun ikut menghantar sekali. Diorang lepas tu terus nak ke padang permainan. Yang follow Kak Idah ke conference cuma si kenit Alya. Berangkut la segala trolley baby dan beg. Memang rasa seronok pergi event boleh BAWA ANAK.
2# Tempat penjagaan kanak-kanak dan taman permainan
Iqah drop Kak Idah dan Alya diparking. Kami terus naik lif ke CP3 tempat convention. Wah dah ramai orang dan multi racial event. I like!! Masuk je tempat tengok keadaan. Wah! Ada tempat main khas untuk anak-anak yang sangat besar uols dan PERCUMA. Ada aktiviti mewarna dan anak-anak diberi minum Mealshakes PERCUMA.
Terus ke tempat pendaftaran dihujung sekali. Masa ni pemandangan lebih menarik. Penuh dengan anak-anak. Conference apa sebenarnya diorang buat ni? Kak Idah bawa sorang diorang bawa berbondong-bondong. Haha.. Sukanya kita. Kak Idah dah whatsapp Iqah siap suruh datang balik bawak diorang main. Terus ke kaunter pendaftaran dan ambil dapat wristband, tote bag berisi Caratomax PERCUMA dan pillbox Shaklee yang special.
4# Pemeriksaan Kesihatan
Sementara Master-master tengah queue nak masuk dewan, Kak Idah sempat pergi check kesihatan. Alhamdulillah berat memang turun 3 kg hasil dari menyusukan Alya dan detoks keluarkan cacing selama 5 hari. Tapi frust bila tengok umur dalaman tak change. Ok ini la masanya untuk ubah kesihatan. Nutritionist suggest untuk bulan puasa ni ambil set ramadhan supaya dapat membekalkan dan kekalkan produksi untuk penyusuan Alya bila Kak Idah berpuasa. Kurang la rasa lapar bila cukup protein selain makan sahur.
KLIK UNTUK MENDAPATKAN SET RAMADHAN ANDA!
5# HADIAH
Alya buat apa? Alya sentiasa tergelak-gelak dan seronok tengok lampu-lampu dan orang keliling yang suka agah dia. Tiba-tiba dengar MC tanya soalan pasal Shaklee. Hehe berbekalkan ilmu di dada, tunggu je soalan diajukan. Berebut-berebut semua orang menjawab. Kak Idah pun sama. Berjaya la dapatkan hadiah 1 sachet collagen powder dengan pilbox shaklee. Siap mintak tukar kat MC nak tukar hadiah lain. Minta hadiah yang memang Kak Idah tak ada. Sape nak bagi free kome oi. Soalan dia berulang-ulang setiap sesi. Kalau rajin ngadap aje MC tu tiap-tiap sesi sure penuh hadiah bawak balik.
Sementara menunggu nak masuk dewan conference, Kak idah check keadaan Alya yang dah buat projek. Bersihkan dulu supaya Alya selesa. Kak Idah whatsapp Kak Umi yang masa tu baru je sampai dan register. Kami duduk sama-sama dihujung dewan. Mudah nak keluar kalau Alya tak selesa.
6# MC YANG BEST
Event dah mula dengan Master-Master berarak masuk ke dalam dewan macam konvokesyen. Gahnya semua masuk berpasangan. Yang buat isteri tapi suami juga diraikan bersama. Lepas tu Master Ceremony masuk dengan suara yang sedap. Adibah Noooooooooor. Comelnya dia. Kak Idah suka sangat dan dia jadi MC memang best sangat dan kelakar. Ucapan pembukaan Ms Helen dan Mr Gaylen bersemangat cerita halatuju Shaklee. Ms Helen dengan speech yang bersahaja memang seronok tengok environment "balance" dalam Shaklee. Balance dengan membawa keluarga bersama-sama.
7# KELUARGA TURUT DIRAIKAN
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah achiever Shaklee. Semua naik pentas dengan keluarga. Tidak ada yang ditinggalkan dibawah stage. Kemudian perkongsian Master Alice dan anaknya yang berjaya dengan Shaklee dan bermula dengan semangat seorang ibu yang nakkan Master Daniel kembali sihat seperti biasa. Daniel menghadapi SLE dimana sistem badan jadi tunggak terbalik dan memberi signal yang tidak sepatutnya sehingga buang air kecil keluar darah. Daniel rasa masa hadapannya dah gelap. Nak bekerja tak boleh berat-berat. Master Alice kena hantar makanan pada Daniel setiap kali dia waktu rehat bekerja. Macam tu la perjuangan ibu untuk anak. Sehingga mereka diperkenalkan dengan Shaklee dan Daniel sihat sehingga sekarang. Lebih mencabar selepas berkahwin Daniel disahkan doktor sukar untuk dapat anak. Tapi selama mana kita berusaha Insyaallah dimakbulkan cuma tidak tahu bila. Daniel dikurniakan juga seorang baby yang comel. Siapa sangka. Jangan berhenti berharap.
8# CABUTAN BERTUAH
Lepas dah berair mata tu. Adibah Noor menceriakan keadaan dengan lucky draw product.. ada collagen ada iphone ada vivix ada Get Clean.. mengharap ni dapat yang best2.. oh tak ada rezeki rupanya di sesi pertama ni.. lepas tu rehat untuk lunch. Lunch tanggung sendiri tau.. bayar RM40 jangan harap ada makan ye.. tu kena faham sendiri.
Lepas lunch, majlis penyampaian anugerah disambung untuk new start achiever. Kak Idah target next NC naik atas untuk terima bawa seluruh keluarga ke atas. Satu-satunya platform yang kita diraikan bersama. Selalunya semuanya kita naik sorang-sorang sedangkan kita berjaya kerana orang-orang yang support kita dari semua arah.
9# PERKONGSIAN PENGALAMAN
Sesi pukul 3 Shaklee Effect Dialogue pulak menyusul. Ms Sue jadi moderator bersama 4 Master terpilih untuk berkongsi. Masyaallah. Betapa hebatnya orang-orang hebat ini berkorban untuk mencapai kejayaan yang mereka ada sekarang. Ada yang. Ada yang hampir putus harapan bila isteri sakit dan macam tak ada harapan sembuh. Ada yang meninggal kerjaya impian yang dipupuk dari kecil disebabkan kesusahan yang dirasai dari kecil. Ada yang meninggalkan kerjaya untuk freedom bersama keluarga. Ada yang hanya seorang suri rumah ingin mengubah keluarga dan membantu suami dan berjaya menghadiahkan sebuah kereta idaman kepada suami tercinta. Ada yang gaji besar tapi bagi mak ayah masih amaun yang sama. Huhu betul. Tiap tahun naik gaji sama je yang mampu bagi. Masih nak duduk ditakuk yang sama? Berair mata positif lagi .
Adibah Noor cakap
Dulu saya tak percaya dgn MLM sbb masa join dulu asyik cerita duit duit duit. Tapi lepas dengar sendiri cerita-cerita Shaklee, saya sangat kagum sebab duit tu sekadar nak happykan orang-orang yg kita sayang saja (nak buat mak/ayah happy, nak bawa anak jalan2, etc), bukan matlamat utama.
Terima kasih Kak Adibah Noor. Tu la perasaan yang Kak Idah rasa.
10# MOTIVASI
Sesi perkongsian Master Farihah lebih terkesan. Seorang yang berprofessional guru cakap kat depan pun macam cikgu. Mesti tanya dan suruh angkat tangan. Tapi apa yang master kongsikan buat apa-apa pun kena fokus. Bukan susah sangat. Guna lepas tu share je. Senang ke mudah? Orang marah ke kita share dekat fb tu. Tak kan? Senang ke mudah?. Master pesan lagi buat advance diari apa kita nak achieve. Tulis target timeline nak jadi master dari sekarang.
Lebih terkesan bila master kongsikan mengenai ayahnya sakit 500km jauhnya dia dari kampung. Dia hanya berair mata dan berdoa. Allah permudahkan dengan tiba-tiba suaminya yang seorang berkerja kerajaan mengajak balik kampung dan meninggalkan kerjaya dan berkhidmat kepada ayah dan ibu. Kita boleh buat ke? Mak ayah sakit nak cuti pun susah. Huhu moga Allah lapangkan laluan Kak Idah. Lebih banyam air mata positif
Kita semua diberi pilihan. Kak Idah sekarang berkerjaya, jual takaful kenderaan dan roadtax, jual brownies dan macam-macam lagi. Dah jumpa juga macam-macam company join. MLM jangan cerita la.. tapi ada kelainan pada Shaklee.
Kak Idah belajar banyak benda dari leader dan family shaklee. Semua berkongsi. Tak ada yang kedekut ilmu. Ikhlas jadi matlamat. Nak berjaya Allah jangan lupa. Checklist dengan Allah jangan lupa buat. Konsisten.. konsisten dan konsisten..
Betul memang lebih tenang. Perjalanan Kak Idah baru bermula dan akan berakhir bersama-sama korang semua. Jom join Kak Idah untuk ubah keluarga. Like dan Share ilmu yang kita ada.. Allah tambah rezeki ilmu yang lain insyaallah.
Setiap sesuatu mesti kena "Upgrade". Ini suggestion Kak Idah untuk Shaklee perbaiki iaitu meja pembelian promosi atau premium item
1. Semua promo item buat semua online. So participant semua datang boleh concentrate conference
2. Premium item boleh bukak kaunter khas
3. Premium item juga dijual di kaunter Hq dan cawangan Shaklee. Dapat bagi pada customer.
Yang lain memang Shaklee Hebat
Master Norashidah Abdullah dan Helmy Irwan 2018
Hubungi Kak Idah untuk
Konsultansi Percuma
Harga yang berpatutan
Peluang menjana pendapatan sehingga 6 angka
Shidah Abdullah (Kak Idah)
ID Shaklee :922949
012-6240197 (Call, Sms, Whatsapp)
FB : Shidah Abdullah