Syukur alhamdulillah kita dah selesai melepasi fasa berhari raya. Haaa tapi dah timbang berat ke belum? Mesti berdebar nak naik penimbang. Kena la insaf. Mesti dapat rasa perbezaan semasa ramadhan dan lepas raya. Entry kali ni saya kongsikan persediaan saya untuk program detox yang akan bermula minggu hadapan.
Masa kita berpuasa, badan kita berehat dari bekerja keras dari memproses makanan yang kita ambil. Kita lebih rasa segar dan berat badan pun ada penurunan berbanding lepas Raya. Tapi lepas raya sakan kita makankan. So saya memilih untuk detox.
Ok di sini saya kongsi langkah-langkah persediaan nak mulakan detox.
1. Ambil Gambar
Ambil gambar seluruh badan anda dari bahagian hadapan, sisi kiri dan kanan. Ini bertujuan melihat perubahan sebelum dan selepas program detox. Sebaiknya ambil gambar di dinding yang putih. Tutup aurat jika berniat untuk kongsikan kejayaan menurunkan berat badan di media sosial.2. Shopping barang-barang dapur
Untuk detox, sebaiknya makanan disediakan dari rumah untuk lebih Clean. Rancang menu pagi, tengahari, malam dan snack untuk disediakan. Menu lebihkan fiber dan protein. Kurangkan karbohidrat. Menu masakkan fokus konsep kukus grill panggang. Bila dah tahu menu boleh terus pergi shopping. Kebiasaannya bahan makanan yang clean, kurang gula dan garam lebih mudah didapati di Jaya Grocer.3. Gunakan Penimbang khusus
Menggunakan penimbang yang sama paling penting untuk monitor penurunan berat badan. Kalau lebih baik, beli timbang yang boleh menganalisa air dalam badan, kandungan lemak. Kita akan lebih mudah mengetahui kesan pemakanan berlemak terhadap kadar kesihatan kita.BACA : 5 CARA MENIMBANG BADAN DENGAN BETUL
4. Rekod Ukuran Badan Sebelum Program Detox
Ambil ukuran dan catitkan di dalam buku dan kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga agar mereka memahami hasrat anda untuk detoks. Tidak la mereka ajak makan
- Berat badan dalam kg
- Tinggi dalam cm
- Ukur lilit pinggang dalam inci
- Ukur lilit peha dalam inci
- Ukur lilit lengan dalam inci
- Ukur lilit perut dalam inci
- Ukur lilit dada dalam inci
- Body Mass Index (BMI) paling ideal = 25. Kita akan tahu berat yang perlu diturunkan/dinaikkan bagi mencapai BMI ideal. Tu la target kita.
- Basal Metobolic Rate (BMR) iaitu kadar pembakaran kalori dalam tempoh tidak melakukan aktiviti
- Daily Calori Rate (DCR) iaitu jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari. Boleh juga menggunakan DCR calculator online.
5. Jadual exercise
Kita detox bukan sekadar nak turun berat badan tapi kita mahukan bentuk badan yang cantik dan otot terbina dengan baik. Untuk itu, buat la senaman, jogging, zumba dan sebarang aktiviti yang dapat membakar lemak dan menghasilkan otot baru.6. Set detox
Untuk kesan kepada keseluruhan badan. Badan kita mempunyai organ yang berfungsi mendetoks toksik dari badan iaitu paru-paru, jantung, hati, kulit, buah pinggang dan usus. Tapi jika toksik terlalu banyak, ia merendahkan fungsi organ. Tu sebab perlu sangat kita lakukan detoks. Berikut adalah lima (5) vitamin diperlukan untuk detoks iaitu;-1. Alfalfa membantu untuk menyingkirkan toksik dari seluruh badan.
2. DTX complex membantu menyingkirkan toksik dari dalam hati terutama bagi yang selalu makan ubat.
3. Peppermint Ginger membantu membuang angin-angin dari badan.
4. Herblax membantu mencuci kerak-kerak di usus supaya tidak menyekat proses pembuangan
dan akhir sekali..
5. Vivix akan memelihara dan memlindungi sel badan kita dari kerosakan sel terutama DNA.
Insyaallah, program detoks kita sangat membantu menurunkan berat badan dan membantu badan kita bekerja lebih efisien dan lancar. Kita juga dapat menjauhkan diri dari sebarang penyakit.
Testimoni Set Detoks
Dapatkan Set Detox dengan menghubungi saya terus sekarang;-
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : www.wasap.my/60126240197
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like & Follow di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom