Assalamualaikum Syukur alhamdulillah kita dah selesai melepasi fasa berhari raya. Haaa tapi dah timbang berat ke belum? Mesti berdebar nak naik penimbang. Kena la insaf. Mesti dapat rasa perbezaan semasa ramadhan dan lepas raya. Entry kali ni saya kongsikan persediaan saya untuk program detox yang akan bermula minggu hadapan.
Masa kita berpuasa, badan kita berehat dari bekerja keras dari memproses makanan yang kita ambil. Kita lebih rasa segar dan berat badan pun ada penurunan berbanding lepas Raya. Tapi lepas raya sakan kita makankan. So saya memilih untuk detox. Ok di sini saya kongsi langkah-langkah persediaan nak mulakan detox.
1. Ambil Gambar
Ambil gambar seluruh badan anda dari bahagian hadapan, sisi kiri dan kanan. Ini bertujuan melihat perubahan sebelum dan selepas program detox. Sebaiknya ambil gambar di dinding yang putih. Tutup aurat jika berniat untuk kongsikan kejayaan menurunkan berat badan di media sosial.
2. Shopping barang-barang dapur
Untuk detox, sebaiknya makanan disediakan dari rumah untuk lebih Clean. Rancang menu pagi, tengahari, malam dan snack untuk disediakan. Menu lebihkan fiber dan protein. Kurangkan karbohidrat. Menu masakkan fokus konsep kukus grill panggang. Bila dah tahu menu boleh terus pergi shopping. Kebiasaannya bahan makanan yang clean, kurang gula dan garam lebih mudah didapati di Jaya Grocer.
3. Gunakan Penimbang khusus
Menggunakan penimbang yang sama paling penting untuk monitor penurunan berat badan. Kalau lebih baik, beli timbang yang boleh menganalisa air dalam badan, kandungan lemak. Kita akan lebih mudah mengetahui kesan pemakanan berlemak terhadap kadar kesihatan kita.
Ambil ukuran dan catitkan di dalam buku dan kongsikan dengan kawan-kawan dan keluarga agar mereka memahami hasrat anda untuk detoks. Tidak la mereka ajak makan
Berat badan dalam kg
Tinggi dalam cm
Ukur lilit pinggang dalam inci
Ukur lilit peha dalam inci
Ukur lilit lengan dalam inci
Ukur lilit perut dalam inci
Ukur lilit dada dalam inci
Selain itu, gunakan juga untuk kira
Body Mass Index (BMI) paling ideal = 25. Kita akan tahu berat yang perlu diturunkan/dinaikkan bagi mencapai BMI ideal. Tu la target kita.
Basal Metobolic Rate (BMR) iaitu kadar pembakaran kalori dalam tempoh tidak melakukan aktiviti
Daily Calori Rate (DCR) iaitu jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari. Boleh juga menggunakan DCR calculator online.
Ini dapat membantu kita mencapai matlamat dengan jelas dan memahami bagaimana badan kita bekerja.
5. Jadual exercise
Kita detox bukan sekadar nak turun berat badan tapi kita mahukan bentuk badan yang cantik dan otot terbina dengan baik. Untuk itu, buat la senaman, jogging, zumba dan sebarang aktiviti yang dapat membakar lemak dan menghasilkan otot baru.
6. Set detox
Untuk kesan kepada keseluruhan badan. Badan kita mempunyai organ yang berfungsi mendetoks toksik dari badan iaitu paru-paru, jantung, hati, kulit, buah pinggang dan usus. Tapi jika toksik terlalu banyak, ia merendahkan fungsi organ. Tu sebab perlu sangat kita lakukan detoks. Berikut adalah lima (5) vitamin diperlukan untuk detoks iaitu;-
1. Alfalfa membantu untuk menyingkirkan toksik dari seluruh badan. 2. DTX complex membantu menyingkirkan toksik dari dalam hati terutama bagi yang selalu makan ubat. 3. Peppermint Ginger membantu membuang angin-angin dari badan. 4. Herblax membantu mencuci kerak-kerak di usus supaya tidak menyekat proses pembuangan dan akhir sekali.. 5. Vivix akan memelihara dan memlindungi sel badan kita dari kerosakan sel terutama DNA.
Insyaallah, program detoks kita sangat membantu menurunkan berat badan dan membantu badan kita bekerja lebih efisien dan lancar. Kita juga dapat menjauhkan diri dari sebarang penyakit.
Testimoni Set Detoks
Dapatkan Set Detox dengan menghubungi saya terus sekarang;-
Entry kali ni nak cerita tentang masalah keguguran rambut. Rambut kita memang akan gugur setiap hari dalam anggaran 100 helai sehari. Kemudian dalam tempoh seminggu ke 2 minggu rambut akan mula tumbuh semula.
Masalahnya, kalau tak tumbuh semula macamana? Sure panikkan.
Apa pun jom kita kenal pasti punca rambut gugur.
1. Perubahan hormon
Kepala kita ada kantung rambut yang mengeluarkan anggaran 20 helai rambut. Pertumbuhan rambut dipengaruhi oleh system hormon androgen di mana testosterone dan dihydrotestosterone termasuk di dalamnya. Namun, bila hormon ni meningkat menyebabkan rambut akan nipis dan mudah patah. Folikel rambut sensitif sangat dgn hormon ini
2. Kekurangan protein dalam badan
Kekurangan protein dalam pengambilan makanan harian boleh menyebabkan rambut tumbuh tidak sihat. Ia menjadi warna perang dan rambut mudah patah. Diet terlalu ketat terutama bagi yang hendak menurunkan berat badan tanpa mengambil kira zat adalah diet keliru. Kesannya lebih buruk lagi
3. Kemoterapi
Bagi pesakit kanser, mereka akan mengalami botak keseluruhan. Ia dipanggil Anagen Effluvium. Rambut yang tumbuh juga akan rosak. Ia memerlukan cukup zat tambahan bagi menyokong pertubuhan semula sel-sel.
4. Bahan kimia
Kita hari-hari terdedah dengan bahan kimia. Bagi rambut, pemilihan shampoo dan segala jenis bahan dandanan mesti diteliti. Tanyalah yang pakar bagi mengelakkan penggunaan bahan kimia yang merosakkan rambut. Ini termasuk bagi yang suka mewarnakan rambut dan juga meluruskan rambut ye.
5. Stress atau tekanan
Alopecia areata atau stress berlebihan menyebabkan tubuh menghasilkan sel limfosit T yang menyerang folikel atau akar rambut pada kepala. Lebih baik anda menyawalnya.
6. Kehidupan seksual berlebihan
7. Kekurangan darah semasa hamil dan selepas kehamilan.
Cadangan Vitamin Bagi Mengatasi Masalah Rambut Gugur
Pengambilan vitamin tambahan adalah bagi menambah baik dan mencukupkan zat bagi memastikan rambut kekal sihat. Tiga vitamin utama sangat membantu mengawal dan membaiki sistem badan bagi mengelakkan rambut gugur.
1.ESP - membantu meningkatkan kekurangan protein. Ia berasaskan soya non gmo yang tidak diubah suai genetik secara kimia dan sangat sesuai untuk semua peringkat umur . Bila protein mencukupi ia akan membantu rambut tumbuh dengan sihat.
2.B complex -bila rambut mula berkurangan, rasa risau dan trauma menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Pengambilan vitamin b sangat membantu mengawal stress dan saraf lebih bertenang. dan akhir sekali...
3.Omegaguard - minyak ikan yang kaya dengan omega 3 berfungsi sebagai agen Anti keradangan. Keradangan pada rambut bermaksud kerosakan dari dalam. Omegaguard sangat membantu menghalang kerosakan rambut dari menjadi lebih teruk lagi.
Jika berminat untuk mendapatkan set ini boleh hubungi saya terus Shidah Abdullah di whatsapp www.wasap.my/60126240197.
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Masalah jerawat memang merunsingkan. Buat kita down dan rasa rendah diri. Teringat di National Convention pemenang YOUTH Star cerita bagaimana dia mengalami masalah kulit yang teruk sehingga anak sendiri cakap "Mami tak cantik". Memang sentap dan sedih sangat. Keluar rumah pun tutup muka.
Jerawat banyak puncanya. Antaranya; 1. Faktor genetik keluarga; jenis kulit kita semua diwarisi. Tak banyak kena juga tempiasnya. Bagus kita lihat sekeliling keluarga kita dan kita akan tahu jenis kulit kita. Kita kena memilih cara terbaik untuk menjaganya. 2. Kelenjar sebum yang aktif mengeluarkan minyak menyebabkan pori-pori terbuka dan menyebabkan jerawat mudah timbul 3. Pemilihan produk yang salah. Pemilihan produk kecantikan dan pembersihan muka yang tak bersesuaian dengan kulit menjadikan kulit lebih teruk lagi. Sebagai contoh, kulit jenis berminyak tidak sesuai memilih kosmetik berasas minyak. Kena lebih teliti dalam memilih. Jika tidak, akibatnya jerawat mudah timbul. 4. Hormon tidak stabil juga menyebabkan perjalanan tubuh terganggu dan kita mudah tertekan dan menggalakkan jerawat tumbuh.
Selain tu, kita kena juga tahu masalah jerawat kita ni kategori mana. Sebab setiap jenis jerawat penjagaannya juga berbeza sedikit. Penjagaan perlu teliti bagi mengelakkan kuman di muka. Ada 3 jenis jerawat;-
White head (putih); liang roma kecil dan masih boleh dikawal
Blackhead; liang roma terbuka dan akan berlaku pigmentasi pada kulit
Jerawat besar; keradangan seperti bengkak dan kesan parut sangat teruk
Cadangan Set Masalah Jerawat Yang Sesuai
Untuk kali ni saya kongsikan vitamin yang sesuai bagi yang mengalami masalah jerawat.
Sustained Released Vitamin C Plus; meningkatkan system imun dan menyekat bakteria; mengecutkan jerawat; hilangkan parut jerawat
B complex; anti stress dan mengurangkan ketegangan saraf
GLA complex; sangat membantu mencairkan minyak dalam sebum. Ia dapat mengurangkan rongga tersumbat dan menstabilkan hormon. Selain itu, ia membantu pulihkan luka jerawat
Garlic Complex; keadaan sekeliling yang kotor sangat mudah bakteria melekat pada muka. Bawang putih yang anti bakteria sangat membantu melawan bakteria dari membiak dan menjadi punca jerawat.
Bagi yang hendak mendapatkan Set Masalah Jerawat boleh terus hubungi saya dengan click link ini www.wasap.my/60126240197. Konsultansi penuh cara pengambilan set ini.
Shidah Abdullah Whatsapp/sms 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Penyusuan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya sehingga anak berumur 6 bulan. Ini memang yang diidamkan oleh semua ibu-ibu.
Tentu sekali ada cabarannya. Kena cekal dan belajar teknik penyusuan terbaik. Yang paling penting 'mommy' kena jaga pemakanan supaya khasiat ibu dan anak mencukupi. Semuanya kongsi berdua.
Tapi cukup ke?
Kalau dah khasiat sayur dan buah pun tinggal separuh dari zaman mak kita dulu, macamana nak cukupkan. Ambil paling senang ayam yang viral membesar cepat dengan teknologi. Scarykan.
Set Penyusuan diperkenalkan khusus untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dengan 7 produk utama.
✔️ Alfalfa
✔️ B complex
✔️ ESP
✔️ Omegaguard
✔️ Ostematrix
✔️ Vitamin C
✔️ Vitalea
Berikut adalah testimoni ibu-ibu yang mengambil set penyusuan ni.
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
A
dd Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Semoga semuanya sentiasa sihat selalu. Entri saya kali ni nak kongsikan berkaitan penyakit gout. Biasa yang kita degar gout biasanya dihidapi oleh lelaki kan. Jarang sekali berlaku pada wanita kerana wanita ada kitaran haid. Saya ada terjumpa dengan adik ni muda lagi. Umur baru awal 30an tapi jalannya terdengkot-dengkot. Kesiannya dia. Bila ditanya "Saya ada gout kak". "Alahai dik muda lagi ko dik". Biasa tengok orang-orang yang dah berumur yang kena. Mula-mula kita kenal dulu
Apakah Penyakit Gout?
Gout ini adalah keadaan di mana keradangan berlaku yang menyebabkan kesakitan pada tendon, sendi dan akan berlakunya bengkakkan. Ia juga boleh jadi tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini berlaku disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu. Klip video dari MyHealth ini menerangkan tentang Gout;-
Apakah Punca Gout?
Gout berlaku disebabkan terdapat lebihan asid urik di dalam badan kita. Asid urik merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Biasanya badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui pembuangan air kencing atau urin.
Tapi bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi (lihat gambar). Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun.
Gout ini merupakan penyakit paling lama dihidapi dari zaman dulu lagi. Dulu, gout boleh menyebabkan kecacatan dan kemudaratan. Alhamdulillah dengan kemajuan perubatan, gout boleh dikawal
Tanda-Tanda Gout
Gout biasanya menyerang ibu jari kaki
Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangatlah sakit
Serangan biasa akan berlaku tiba-tiba, kerap terjadi di waktu malam
Apabila ia menyerang sendi, rasanya sangat berbisa. Jika bergesel dengan selimut pun akan rasa terseksa.
Sakit ini akan menyerang kembali selepas berminggu atau berbulan-bulan
Bukan sendi di ibu jari sahaja boleh diserang, sendi di buku lali, lutut, pergelenagn tangan dan jari juga boleh diserang.
Kesan-kesan Gout
Asid urik akan berkumpul di bawah kulit. Ia akan membentuk benjolan yang dipanggil "tophi".
Dalam saluran urinari pula, asid urik boleh berkumpul dan membentuk batu karang
Selain itu, penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.
Adakah Gout Boleh Diwarisi?
Ya! Gout boleh diwarisi tetapi bergantung pada faktor persekitaran seperti gaya hidup dan pemakanan. Namun ia masih boleh dikawal jika mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan dengan memilih yang bersesuaian.
Apakah makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout?
Pengambilan makanan berprotein tinggi sepeti makanan laut, kekacang dan daging merah yang tinggi purin boleh mencetus gout. Satu kajian mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% potensi lebih medapat penyakit gout.
Antara makanan-makanan yang mesti dielakkan;-
Organ dalaman seperti hati, paru, ginjal dan otak
Ikan bilis, kembung, sardin
Daging cincang
Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging (tinggi protein)
Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang (seafood)
Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
Kekacang
Cara terbaik untuk mengatasi Gout
Mengamalkan diet yang rendah purine iaitu berprotein tinggi dengan mengambilnya secara sederhana seperti yang disenaraikan di atas.
Minum air pada kadar yang banyak. Ini membantu menyingkirkan asid urik melalui pembuangan air kencing
Kawal berat badan
Rajin-rajin la bersenam dapat membantu badan berfungsi dengan lebih baik
Amalkan makan ceri atau strawberi bagi mengurangkan asid urik
Apakah supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?
1. Vivix
2. Alfalfa
3. Omega Guard
4. Performance Drink
Jom kita tengok bagaimana setiap supplemen membantu pesakit Gout
Vivix
Melindungi dan memperbaiki DNA dari pada rosak.
Ia memberi impak positif dalam pengawalan genetik
Menggalakkan pembetukkan mitochondria di dalam sel agar badan pesakit lebih berfungsi dengan lebih baik
Ia juga melambatkan protein AGE yang menyebabkan sel-sel badan rosak
Alfalfa
Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan
Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk detoks dari badan
Omega Guard
Asid Dekosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid omega 3 yang ditemui dari ikan laut dalam.
Kedua-dua asid ini mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit gout
Performance Drink
Sejenis isotonik yang membantu memastikan tubuh pesakit gout mempunyai kandungan air dan gula yang cukup supaya tidak berlaku dehidrasi.
Testimoni Pesakit Gout dengan Set ini
Ini testimoni usaha seorang isteri memastikan suaminya bebas GOUT
Bagaimana nak mendapatkan Set Gout Shaklee ni?
Klik butang di bawah untuk membeli set ini terus secara online.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti baget yang limited, hubungi saya terus;- Shidah Abdullah di no. telefon 012-6240197. Setiap pembelian akan disertakan dengan
Penyusuan eksklusif berlaku apabila bayi disusukan dengan susu ibu dalam tempoh 6 bulan tanpa dicampurkan dengan susu formula. Bagi menjayakan matlamat penting ini set penyusuan shaklee adalah penggalak penyusuan eksklusif.
Set Penyusuan (Set B) ini terdiri daripada :-
♥ Vitalea iaitu multivitamin dan multimineral yang membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
♥ Vita-C pula amat penting untuk kesegaran sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
♥ B Complex dapat mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
♥ Alfalfa yang digunakan sebagai penambah susu di negara Barat.
Hebatnya penyusuan eksklusif untuk bayi adalah khasiat susu ibu yang sangat istimewa. Ia mudah dihadam oleh bayi. Sumber vitamin lengkap membantu tumbesaran sempurna bayi.
Hebatnya penyusuan eksklusif untuk si ibu adalah program pelansingan khas tanpa kos. Ia sangat mudah dilakukan dengan hanya memastikan 4 perkara penting dilakukan
1. Minum 3 liter air sehari
2. Pam secara konsisten 3 jam sekali. Sekarang mengepam sangat mudah. Banyak free-style pump set seperti Medela atau Event. Semua boleh dibeli secara online seperti Lazada, Enjoy Breastfeeding dan lain-lain.
3. Menyusukan anak secara terus bagi memberi isyarat (demand) untuk penghasilan susu. Yang ini penting se
4. Berdoa dan kekal positif
Semoga semua ibu-ibu terus cekal menyusukan bayi secara eksklusif dan menghayati setiap saat bersama bayi kita. Memang seronok melayan keletah mereka menyusu terutama bila baby dah berumur 1 tahun 5 bulan ke atas taktik dan gaya menyusu mereka yang lebih unik dan extraordinary.