Assalamualaikum
Memulakan cuti 3 hari sempena hari 1 Malaysia pada 16 September ni dengan bergerak pulang ke kampung. Tapi ada 1 pitstop kena singgah dulu. Hantar barang sepupu yang belajar doktor di USIM. Kolejnya terletak di Kampung Pandan.
Sambil tu singgah minum di Kedai Mamak Al Falah berdekatan untuk sarapan. Masa ni la rancangan tambahan bertambah bila En Bos dapat tahu birasnya pergi memancing kolam air masin di Kuala Kubu Baru.
Dah alang-alang nak balik kampung boleh la join sekaki ye dak... Terus menuju ke sana skodeng.. Mana tahu dapat join sekali mengail. Rupanya time pancing diorang dah habis.
Sebelum kami gerak balik, En Bos sempat tegur otai pancing. Dapat ilmu baru geng pancing kita. Otai pancing ajar ikat mata kail style baru dan siap bagi sample free. Jadi rezeki lagi En Bos jumpa kawasan sekolah menengah SYS.
Hehe jauhkan nak sampai cerita Bukit Fraser ni.. Sebab dia memang tak ada dalam senarai langsung 😂. Nak tahu macamana boleh pergi. Hanya sebab laluan nak ke kolam pancing tulis Bukit Fraser. Selesai menikmati cendol, nasi goreng, cempedak goreng dan rojak, terus decide ke Bukit Fraser. En Bos semangat kami lagi semangat. Dasyat tak! Semua dengan izinNya. Perancang terbaik 👍.
Masyaallah cantik sangat ciptaan Allah kan. Tak nampak la bahagian tadahan tu.
Bersebelahan masjid terdapat kedai makan dan di situ kami minum petang dan ibu sempat nyelit buat video vitamin apa nak bawa travel. Dah lama tak buat sebab agak sibuk dengan kerja.
Berakhirnya percutian balik hari kami. Bila nak turun kena bersedia sebab masa naik ada lori balak terbalik. Tahu tak? Sejam stuck masa nak turun dalam keadaan gelap sebab masa tu dah pukul 7 lebih. Hujan renyai mujur geng stuck ramai tak la seram sangat 😂.
Syukur semuanya selamat dan happy sangat. Hilang stress kerja mak 😍.
Ibu4Dara,
Shidah Abdullah
Memulakan cuti 3 hari sempena hari 1 Malaysia pada 16 September ni dengan bergerak pulang ke kampung. Tapi ada 1 pitstop kena singgah dulu. Hantar barang sepupu yang belajar doktor di USIM. Kolejnya terletak di Kampung Pandan.
Sambil tu singgah minum di Kedai Mamak Al Falah berdekatan untuk sarapan. Masa ni la rancangan tambahan bertambah bila En Bos dapat tahu birasnya pergi memancing kolam air masin di Kuala Kubu Baru.
Dah alang-alang nak balik kampung boleh la join sekaki ye dak... Terus menuju ke sana skodeng.. Mana tahu dapat join sekali mengail. Rupanya time pancing diorang dah habis.
Sebelum kami gerak balik, En Bos sempat tegur otai pancing. Dapat ilmu baru geng pancing kita. Otai pancing ajar ikat mata kail style baru dan siap bagi sample free. Jadi rezeki lagi En Bos jumpa kawasan sekolah menengah SYS.
Hehe jauhkan nak sampai cerita Bukit Fraser ni.. Sebab dia memang tak ada dalam senarai langsung 😂. Nak tahu macamana boleh pergi. Hanya sebab laluan nak ke kolam pancing tulis Bukit Fraser. Selesai menikmati cendol, nasi goreng, cempedak goreng dan rojak, terus decide ke Bukit Fraser. En Bos semangat kami lagi semangat. Dasyat tak! Semua dengan izinNya. Perancang terbaik 👍.
Bermula la misi Bukit Fraser
Nak naik ke atas kami lalu ke satu empangan iaitu Empangan Sungai Selangor. Cerita la sikit empangan tu apa.Masyaallah cantik sangat ciptaan Allah kan. Tak nampak la bahagian tadahan tu.
Bergambar la kami di sini buat kenangan. Dekat sini la baru ibu tahu telefon vivo ibu ada butang selfie dekat belakang. Kak long lagi advance. Katanya tengok iklan. Bagus2. Thumb up 👍!
Perjalanan
Dari bawah ke atas mengambil masa anggaran sejam 20 minit mengikut google map.
Ada beberapa perkara kena ready nak naik Bukit Fraser ni iaitu minyak cap kapak, air mineral dan air untuk basuh, plastik dan kain lap.
Disebabkan jalannya berliku-liku, ada yang akan meloya. Angah muntah di tengah perjalanan 😭. Alhamdulillah masa tu ada ruang sebelah kiri untuk berhenti dan cuci dulu. Lepas tu baru sambung perjalanan sehingga ke atas.
Apa yang ada di atas?
Sampai sahaja di atas kami terus nampak pintu gerbang dan signage fraser hill. Seronok dah ni. Kak long pun kata.. "Ooo tempat ni ain ingat". Kami pernah datang masa anak ketiga masih baby.
Terus menuju ke Clock Tower tempat yang paling menjadi tumpuan di tengah-tengah roundabout tu. Minta tolong orang ambilkan gambar tau. Baru best!.
Sejuk tak? Kebiasaannya sejuk lagi-lagi kalau selepas hujan dan berangin. Tapi disebabkan kami sampai waktu pukul 2 lebih. So rasa nyaman je la. Apa lagi misi mencari kudapan. Berdekatan tower ada la stall jual makanan. 4 dara nak makan jagung katanya.
Selain tu, di area ni ada taman burung dan tempat main golf. Tak la kami pergi. Sebab masa limited pergi hanya balik hari. Nak turun sebelum hari gelap tu la rancangannya.
Jejak Masjid
Tetiba dapat idea nak buat jejak masjid/surau di mana sahaja tempat kami pergi. Doa orang musafirkan makbul. Kena naik atas sikit untuk ke Masjid Sultan Mahmud. Selesaikan la urusan kita dengan Allah juga. Memang selesa sangat dengan suasana yang sejuk.
Padang Permainan Kanak-kanak
Ini tempat yang paling semangat anak-anak nak pergi kan. Teruskan lagi perjalanan akan jumpa la kawasan ni.
Tengok punya semangatnya masing-masing dengan gaya tersendiri.
Tengok punya semangatnya masing-masing dengan gaya tersendiri.
Tempat Makan
Dah penat berjalan jauh, perut pun dah lapar. Berdepan dengan taman permainan ada banyak pilihan tempat makan. Apa lagi kita soru la dulu..
Kami makan nasi campur. Ni package sampai malam. Tu kena nasi.. Nak turun nanti lagi sejam dan nak balik kampung terus.
Ni la kedai yang kami makan tu Restoran Puncak. Ni kesannya kenyang perut suka hati 😂.