Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Thursday, May 29, 2014

Vivix






Fungsi Utama Vivix
  • Melawan penuaan pada tahap sellular (Anti Aging)
  • Melindungi dan membaiki sellular DNA
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Mengalakkan biogenesis (pembentukan sel baru)
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advance Glycation End products)
Ia juga membantu menjaga/ memelihara :-
  • Kesihatan Jantung
  • Kesihatan Otak
  • Kesihatan Sistem Imun
  • Kesihatan Sendi

Berat : 150ml


Shidah Abdullah
012-6240197



Read More

Tuesday, May 27, 2014

Minum Cara Rasullullah

Dalam sibuk bershaklee, kita masih perlu mendidik anak-anak kita tentang perkara-perkara sunnah seperti Minum Cara Rasullullah. Kerana ia contoh terhebat. Jangan gopoh-gopoh dalam mendidik. Kita mulakan satu persatu. 


Banyak manfaatnya minum cara sunnah yang boleh kita kongsikan dalam mendidik anak-anak.

Anak : Ibu ni asyik suruh duduk je waktu nak minum. Kenapa ye? Kawan kakak minum berdiri ok je.

Ibu : Cuba kakak berdiri.  Kalau kita minum ikut sunnah dengan duduk dan 3 kali teguk kakak insyaallah sihat.

Ibu pun tunjuk...
1. Buah pinggang kakak ni guna utk proses semua yang kita makan dan minum. Dia akan jalan dengan baik kalau kita minum ikut sunnah

2. Lutut ni kita guna untuk jalan-jalan. Insyaallah dia akan berfungsi dengan baik juga. Kat sini ada minyak pelincir supaya kakak tak sakit.

3. Tulang belakang ni bg sokongan pada keseluruhan badan kita. Dia akan lebih kuat dan buat kakak lebih cergas.

4. Jantung kakak kat mana? Jantung tolong pam darah satu badan kita. Kita kena pastikan laluan2 dia lancar selalu.

5. Yang paling penting, kakak akan lebih cerdik sebab otak kita semangat berfikir.

Insyaallah dengan doa dan keyakinan pada Allah, kita akan diberikan nikmat kesihatan

Read More

Guna Emoticon pada blogger

Hari ini belajar perkara baru untuk blogging. Untuk penulisan yang lebih comel, apa kata kita tambahkan guna Emoticon pada blogger page kita. 

Tak susah pun. Cuma ikut step-step kat bawah ni

Step #1: Go to <Template> dan click <Edit Html>



Guna Emoticon pada blogger

Step #2: Copy dan Paste kat embedded code di bawah sebelum</head> tag macam kat bawah ni

Guna Emoticon pada blogger

Paste Embedded Code:
<script src='https://sites.google.com/site/snowconescripts/emoticons.js' type='text/javascript'/>

Gunakan emoticon basic dibawah untuk permulaan. 



: ): P
: D:-D: ) )
= ) )=)= D >


Selamat mencuba:) !
Read More

Monday, May 26, 2014

Peppermint-Ginger Plus

Khasiat Halia
Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, ;P masalah sukar penghadaman, artritis dan membantu melancarkan peredaran darah. Halia juga mempunyai keupayaan untuk melegakan masalah kekejangan perut. Akar halia turut membantu menyokong sistem kardiovaskular yang sihat dengan menjadikan platelet kurang pekat sekali gus mengurangkan masalah peredaran darah



Menurut kajian, halia membantu menurunkan kadar penyerapan kolesterol di dalam hati dan darah selain mengurangkan sakit kepala atau migrain.

Kandungan shogoal dan gingerol dalam halia juga mampu meneutralkan asid dalam perut, merangsang pengeluaran jus penghadaman dan juga membantu memperbaiki otot otot penghadaman.


Bagaimana Menggunakan Halia

- Dihiris atau ditumbuk untuk digunakan dalam masakan.  - Campuran akar halia dan ekstrak limau nipis membantu melegakan penghadaman. Ia juga boleh dijadikan minyak dan disapu di bahagian yang sakit. - Halia segar yang dibuang kulit boleh dimakan setiap empat jam tetapi tidak lebih tiga kali sehari untuk melegakan masalah perut. Teh halia boleh diminum beberapa beberapa kali sehari. - Cuba minum segelas teh halia untuk meredakan masalah selesema. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, tenaga dalam halia dapat memanaskan paru-paru dan perut. Untuk membuat teh hali cuba resipi mudah ini.
4 gelas air 2 inci halia segar

Hirisan Lemon Dan Madu (Sebagai Penambah Perisa)
Kupas dan hiris akar halia. Isikan air ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.  Tambah sehiris halia ke dalam air yang mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan biarkan selama lebih kurang 15-20 minit. Tapis, tambah lemon dan madu sebagai penambah perisa

Maklumat tambahan mengenai halia Selain pelbagai khasiat yang terkandung dalam halia, berita baik kepada semua, halia tidak mempunyai sebarang kesan negatif dan selamat diambil dalam bentuk apa sekali pun.

Kapsul halia perlu diambil bersama segelas air. Halia boleh diambil sehari selepas seseorang menjalani pembedahan untuk mengurangkan rasa loya.

Bagi mereka yang menjalani rawatan radioterapi atau kemoterapi, pengambilan halia mampu mengurangkan kerengsaan perut.

LAIN-LAIN KHASIAT HALIA
Mengubati selesema dan asma
Pengamal perubatan tradisional mencadangkan pesakit selesema dan asma mengunyah halia segar atau minum teh halia ataupun perahan jus akar halia bersama satu camca madu.

Mengurangkan sakit sendi, sakit otot dan kolesterol
Sakit-sakit pada otot dan sendi juga dapat diatasi dengan penggunaan halia. Untuk otot yang sakit, minyak halia dicampurkan dengan minyak neutral lain dan digosok ke bahagian tersebut.

Mengubat batuk

Dengan menghisap hirisan halia dapat melegakan batuk dan gatal-gatal tekak. Amalan ini lebih mujarab jika air halia dicampur dengan sedikit madu.

Menghilangkan bau mulut
Halia memang berkesan menghilangkan bau mulut yang menimbulkan ketidakselesaan. Hiris halia dan rebus hingga mendidih. Biarkan sejuk seketika dan minum. Atau tumbuk halia hingga lumat dan kemudian tapis. Campur dengan air yang sudah dimasak. Amalkan minum air halia tersebut waktu pagi dan petang



Nyaman dan Melegakan 

Shaklee menawarkan  halia terbaik . Didatangkan dalam bentuk tablet supaya mudah untuk diambil. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


HARGA : DN RM35 / RP RM45 (SEMENANJUNG)
              DN RM37 /RP RM48 (SABAH /SARAWAK)
SIZE : 90 BIJI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Read More

Sunday, May 25, 2014

Cuti Sekolah di Starhill Water Park

#Assalamualaikum semua,

Cuti sekolah dah datang lagi. Pasti semua terfikir-fikir nak bawa anak-anak ke mana. Ni nak share tempat bergembira anak-anak dan keluarga. Bagi yang merancang nak ke Johor, bolehlah singgah bawa keluarga ke Starhill Waterpark Golf and County Club, Kempas, Johor. Set la gps atau wase untuk ke sana ye.




Kami datang ke waterpark ni pun sekadar nak isi masa lapang. Sebenarnya datang johor cuma nak lepak rumah abang. Asyik makan dan tidur je, tu yang cari juga tempat nak berjalan. Kenapa tak ke Legolang? Nak ke Legoland tu mahal sesangat. Kalau dah 10 kepala tak ke RM1000 kos nak masuk sahaja.

Kos nak masuk Starhill Waterpark cuma RM19 bagi dewasa dan RM10 bagi kakak-kanak dari umur 6 tahun ke 12 tahun. Macam biasa dapatlah wristband untuk masuk ke waterpark. Tempatnya sangat selesa. Memang tak ramai sangat. Mungkin sebab waterpark ini berada di dalam golf club yang agak private. Kolam renangnya memangbersih.

Kolam untuk bermandi-manda ada dua. Satu kolam dewasa dan satu kolam kanak-kanak. Kami memang datang sekadar bawa baju je untuk disalin je. Yang lain memang tak ready. Terpaksa la sewa pelampung. Nasib baik tak mahal sangat. Sewa satu pelampung besar RM10. Kena bayar Deposit RM10 risau ada yang bawa balik.  Masih boleh digagahkan. Tapi rasa la juga ruginya. Kalau beli sendiri dah boleh pakai berkali-kali.. hehe tapi usah la difikir.

Kat dalam Starhill Waterpark ada tempat jual makanan. Kami memang tak plan bawa makanan sendiri sebab risau tak boleh bawa masuk. Jadi segalanya kami beli kat dalam Starhill untuk kudap-kudap buat hilang lapar lepas mandi. Lagi pun sebelum datang memang baru lepas sarapan makanan berat. Tapi kami cuma beli kentang goreng dan air mineral je..



Kat dalam ada sediakan kerusi pantai untuk relaks dan letak barang. Orang tak ramai dapat   lah kami satu port letak barang. Puas betul budak-budak dan mak ayah budak mandi. Walaupun planning last minute, sebab semua nampak selesa dengan kemudahaan yang disediakan.

Selamat Berseronok! Jangan lupa amik Shaklee untuk kekal bertenaga jaga anak-anak mandi :)

Shidah Abdullah
012-6240197

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com