Cuti Sekolah di Starhill Water Park

#Assalamualaikum semua,

Cuti sekolah dah datang lagi. Pasti semua terfikir-fikir nak bawa anak-anak ke mana. Ni nak share tempat bergembira anak-anak dan keluarga. Bagi yang merancang nak ke Johor, bolehlah singgah bawa keluarga ke Starhill Waterpark Golf and County Club, Kempas, Johor. Set la gps atau wase untuk ke sana ye.




Kami datang ke waterpark ni pun sekadar nak isi masa lapang. Sebenarnya datang johor cuma nak lepak rumah abang. Asyik makan dan tidur je, tu yang cari juga tempat nak berjalan. Kenapa tak ke Legolang? Nak ke Legoland tu mahal sesangat. Kalau dah 10 kepala tak ke RM1000 kos nak masuk sahaja.

Kos nak masuk Starhill Waterpark cuma RM19 bagi dewasa dan RM10 bagi kakak-kanak dari umur 6 tahun ke 12 tahun. Macam biasa dapatlah wristband untuk masuk ke waterpark. Tempatnya sangat selesa. Memang tak ramai sangat. Mungkin sebab waterpark ini berada di dalam golf club yang agak private. Kolam renangnya memangbersih.

Kolam untuk bermandi-manda ada dua. Satu kolam dewasa dan satu kolam kanak-kanak. Kami memang datang sekadar bawa baju je untuk disalin je. Yang lain memang tak ready. Terpaksa la sewa pelampung. Nasib baik tak mahal sangat. Sewa satu pelampung besar RM10. Kena bayar Deposit RM10 risau ada yang bawa balik.  Masih boleh digagahkan. Tapi rasa la juga ruginya. Kalau beli sendiri dah boleh pakai berkali-kali.. hehe tapi usah la difikir.

Kat dalam Starhill Waterpark ada tempat jual makanan. Kami memang tak plan bawa makanan sendiri sebab risau tak boleh bawa masuk. Jadi segalanya kami beli kat dalam Starhill untuk kudap-kudap buat hilang lapar lepas mandi. Lagi pun sebelum datang memang baru lepas sarapan makanan berat. Tapi kami cuma beli kentang goreng dan air mineral je..



Kat dalam ada sediakan kerusi pantai untuk relaks dan letak barang. Orang tak ramai dapat   lah kami satu port letak barang. Puas betul budak-budak dan mak ayah budak mandi. Walaupun planning last minute, sebab semua nampak selesa dengan kemudahaan yang disediakan.

Selamat Berseronok! Jangan lupa amik Shaklee untuk kekal bertenaga jaga anak-anak mandi :)

Shidah Abdullah
012-6240197

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram