Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Tuesday, March 27, 2018

Skin Care LARIS BEBAS 1500 Bahan Kimia Berbahaya

Terima kasih pada semua yang singgah membaca dan komen entry Youth Beauty Party di Ipoh. Seronok dapat kongsikan tentang YOUTH ni. Hari ni hari ke-27 Youth dipasarkan pada semua. Memang dasyat sambutannya. Berebut-rebut masing-masing order. 
3/3/2018 Masuk 500 set. 3 hari clear
16/3/2018 Masuk lagi 500 set. Tak sempat langsung click online licin
17/3/2018 Top up 1000 set lagi. Licin 

Macam tu la sambutan hangat produk Youth. Korang bila lagi?


Memang berbeza sangat dan berbaloi

Dalam produk ni ada YOUTH Complex yang dibangunkan secara klinikal oleh pakar-pakar kulit antarabangsa. Tak diuji ke atas haiwan. Ujian dilakukan ke atas 100 orang wanita dengan latar belakang kulit yang berbeza. Ujian menunjukkan kulit mereka semakin muda.
2/3 daripada wanita telah mengubah usia kulit mereka kepada sedekad lebih muda dengan YOUTH

Indeks Usia kulit mengukur kehadiran tanda-tanda utama penuaan berasaskan fakta dan klinikal untuk membuktikan kesan YOUTH terhadap kulit. Bila anda menggunakan produk YOUTH pastikan anda perhatikan Indeks Usia Kulit ni.

  • Kedutan kulit (termasuk garis halus)
  • Saiz pori
  • Tona kulit
  • Keanjalan
  • Tekstur kulit
  • Hiperpigmentasi (jeragat atau tanda-tanda hitam
  • Seri kulit
  • Kekenduran

Resultnya memang luar biasa. Saya sendiri tengok perbezaan kulit saya, pori-pori semakin mengecil dan tona kulit sekata. 

Bebas 1,500 bahan kimia yang tidak digunakan dalam memformulasikan YOUTH. Kalau kita semak label produk di pasaran antara bahan yang biasa digunakan adalah seperti Laureth Sulfat, EDTA, Benzofenon, Hydroquinone, PEGs, Merkuri. Semua ini langsung tidak digunakan di dalam penghasilan produk YOUTH.

100% Vegan  iaitu berasaskan tumbuhan. Ujian 3 kali ganda daripada sepatutnya dilakukan untuk menguji lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap bahan botanikal. 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk memastikan produk selamat kepada pengguna.


Jaminan 100% mampu mengubah usia kulit menjadi lebih muda. Dasyatkan claim ni. tapi tu la yang Shaklee usahakan.

Sesuai dengan semua jenis kulit. Ada seorang customer yang punya la happy sebab husband dia yang ada masalah psoriasis (masalah kulit lagi teruk dari eczema) boleh menggunakan Youth tanpa merosakkan kulit dia. Sebelum ni dah banyak cuba skincare dari yang murah ke yang mahal. Yang local mahupun yang import, mesti keluar psoriasis suami dia. Lain dengan YOUTH tak breakout langsung. Bestkan!

Testimonial
Banyak testinomi hebat tentang Youth dan saya dah kongsikan dalam posting sebelum ni. Tapi yang ni paling hot. Opah ni gunakan Youth sebab anak dia hadiahkan. Cuba tengok perbezaan dan betapa mudanya wajah opah ni.

Berapa harga YOUTH ni?

Mesti berdebar nak tahukan. Ni saya senaraikan harga setiap satu produk YOUTH. Terdapat 2 jenis set iaitu Starter Set dan Intensive Treatment and Repair Set.

Starter Set untuk mereka yang mempunyai masalah seperti
  • Jerawat
  • Whitehead/blackhead
  • Pori-pori besar
  • Tona tidak sekata

Set ini membantu mendapatkan kulit lebih cerah, melembabkan kulit, melindungi dari sinaran cahaya matahari dan kulit lebih bersih.

STARTER SET


Luminous Gel Oil Cleanser RM205.38
Perfecting Skin Toner RM212.00
Age Defense Moisturizer SPF 50 RM218.65
Advanced Renewal Night Cream - Light RM265.00
Keseluruhan Starter Set RM901

Harga Promo Sekarang Mac 2018  RM803.48
Tambahan Vitamin C bagi melayakkan pakej Percuma
PERCUMA Membership
PERCUMA postage
PERCUMA cermin 
Dapat cashback bulan berikutnya (14hb direct masuk akaun)


Intensive Treatment and Repair Set untuk mereka yang mempunyai masalah seperti
  • Garis halus di muka
  • Kedutan
  • Parut
  • Jeragat
  • Bintik-bintik hitam (freckles)
Set ini pula membantu menganjalkan kulit dan menjadikan lebih muda. Muka lebih bersinar, melindungi dari tanda-tanda penuaan dan menjaga keremajaan kulit. Bukan tu sahaja, ia memontokkan kulit (hahaha) dan mencerahkan kulit.

INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET


Luminous Gel Oil Cleanser RM205.38
Perfecting Skin Toner RM212.00
Age Defense Moisturizer SPF 50 RM218.65
Advanced Renewal Night Cream - Light RM265.00
Youth Activating Serum RM437.25
Radiance C + E RM437.25
Keseluruhan Starter Set RM1,775.50

Harga Promo Sekarang Mac 2018 RM1,070.60
PERCUMA Radiance C + E 
PERCUMA Membership
PERCUMA 1 Beauty Bag
PERCUMA postage
Dapat cashback bulan berikutnya (14hb direct masuk akaun)

Bagaimana nak grab YOUTH segera?

Mudah je. hubungi saya Shidah Abdullah Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) terus melalui http://shidah.wasap.my/ atau telefon ke no. 012-6240197. 
COD ke kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Postage ke seluruh negara.
Read More

Monday, March 26, 2018

Pengalaman Anak Demam Sawan Macam Bakal Hilang Anak

Demam sawan kebiasaannya berpunca daripada deman yang terlalu panas dan terjadi pada kanak-kanak beumur antara 6 bulan hingga 6 tahun. Bagi kanak-kanak, punca sebenar mungkin sukar di kenalpasti. Namunbegitu, jika ia menyerang orang dewasa mungkin disebabkan factor semulajadi dan tekanan mental.

Demam sawan dan Sawan atau epilepsy adalah berbeza. Tanda-tandanya hamper sama tetapi sebagai ibubapa perlulah kita tahu perbezaannya.




Tanda-Tanda Demam Sawan

1. Tidak sedarkan diri
2. Kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan
3. Mulut berbuih
4. Mata hitam akan memandang ke atas
5. Boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar
6. Jatuh tanpa sebab
7. Mata nampak lemah dan kurang aktif 

Punca Demam Sawan

Penyakit ini berpunca dari demam yang tinggi dan berlaku jangkitan seperti batuk, selsema, telnga atau kuman virus. Jangkitan ini adalah jangkitan yang ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Demam sawan bukan penyakit keturunan tetapi ada juga yang berasal dari keluarga yang pernah mengalami sawan tarik ini.

Pengalaman Anak Saya Sendiri Kena Sawan

10 Januari 2017 - Seperti biasa, pagi-pagi menyiapkan anak-anak yang nak ke sekolah dan adik yang nak ke rumah mama (babysitter). Demam nak besar agaknya sebab adik baru cukup 1 tahun 31hb December 2016 hari tu. Pagi tu dah rasa badan adik dedar nak demam. Disebabkan saya tak boleh nak cuti, saya cuma bekalkan ubat demam pada mama (pengasuh). Risau juga tengok Alya demam. Saya ada mesyuarat di sebelah pagi dan nak terus balik.



Tengah mesyuarat dalam pukul 10 pagi, mama dah hantar sms mintak balik awal. Mama kata "Shidah balik awal ye. Alya ni merengek je. Akak tak boleh buat apa. Duduk dekat dia je. Sian pulak akak tengok". Allahuakbar. Sian adik tapi dia memang terkenal nak berkepit je. Lepas habis je mesyuarat, terus ke rumah mama amik adik. Happy gila adik siap bye2 mama.



Saya bawa adik ke ofis dan duduk dalam bilik mesyuarat. Adik duduk dalam babywrap supaya peluk saya rapat-rapat. Memang adik merengek je dan tidur pun tak lena. Lepas selesai semua, saya bawa adik balik.


Dalam kereta adik tak meragam dan duduk diam je. Bagi adik pegang hp dan dia asyik main dengan botol mineral yang ada dalam kereta. Saya ambik sekali kakak-kakak dari sekolah KAFA dan terus balik rumah.

Kat rumah, Kak Long jaga adik sementara saya nak memasak nasi. Masa tu adik merengek kak long la memujuk dia. Dukung adiknya sambil tengok tv. Sementara kami tunggu ayah balik kerja nak bawa ke klinik tu.


Tiba-tiba Kak Long menangis sambil pegang adik "Ibu kenapa dengan Alya". Adik macam dah tak sedar. badan dia lemah gila. mata nampak dah nak putih. Mulut dah berbuih. Panggil pun dia tak dengar.


Pengalaman Anak Saya Sendiri Kena Sawan

Bertenang

Ini pengalaman pertama ada anak yang mengalami sawan. Masa tu yang terkeluar dimulut "Ya Allah Alya...". Terus capai Alya. Teringat cerita kawan saya Rossdi di ofis yang pernah bercerita tentang anaknya yang terkena sawan. Dalam keadaan ayahnya tak ada, saya tak boleh panik dan terus memanggil Alya. 


Lap Badan dan tepuk


Kaki adik kejang dan mukanya dah biru. Hingus banyak dan sukar bernafas. Saya sedut semua hingus Adik guna mulut supaya Adik mudah bernafas.

Saya terus bawa adik Alya ke sinki dan basahkan badannya. Saya terus lap dan urut air supaya kejang tu berkurangan. Hampir 5 minit juga. Dari awal kena, Ibu tak berhenti panggil nama adik.


Segera buka baju atau longgarkan
Bila keadaan nampak agak terkawal, baru saya bukak baju adik supaya lapang dan ambil tuala dan peluk adik. 

Bawa ke tempat lapang 
Terus bawa adik ke ruang tamu supaya dapat oksigen. Elakkan adik beradik yang lain berkerumun keliling adik. Kakak-kakak masing-masing menangis risaukan adik sebab ini pertama kali berlaku.

Ajar anak-anak yang lain bertindak
Dalam keadaan seperti ini, bantuan anak-anak sangat penting. Kak Ngah ambilkan tuala
Kak long minta bantuan jiran sebelah untuk hubungi ayah.


Terus bawa ke klinik
Saya terus bawa adik ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Doktor kata ini perkara biasa terjadi pada kanak-kanak. Cuma mak ayah kena ready.

Bila jadi, mengiringkan ke sebelah kiri.dan lapkan dengan air suam. Kita nak elakkan anak supaya lidahnya tidak menghalang pernafasannya.
Sentiasa pastikan ada ubat demam atau ubat bontot (sub) standby di rumah
Sentiasa ada termometer untuk memeriksa suhu anak. Bagi anak yang pernah kena, suhu 37.5 pun boleh kena
HATI-HATI! Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).


Adakah Ia Berulang?

Ya. Beberapa kali juga Alya kena tapi kami tahu bagaimana keadaan dia sebelum kena. Bila Alya demam dia nampak sangat letih. 

Sejak tu saya sentiasa risaukan Alya. Bila dia demam memang standby je. Mesti cuti. saya mula berikan Alya vitamin untuk kanak-kanak untuk bantu tingkatkan nutrisi dia. Saya beri vitalea for children 2 kali sehari. Sebiji kali selepas makan. Alya semakin baik dan kini dah hampir 6 bulan tidak kena. Syukur sangat. Harap tidak sehingga tahap epilepsi yang perlu merujuk doktor.

Vita-Lea for Children 
Harga RM117.93
Sebotol mempunyai 60 biji 
2 biji sehari selepas makan

  • Dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif. 
  • Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat. 
  • Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semula jadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi. 
  • Bebas gluten
  • Berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja. 

Moga anak-anak kita terus sihat. Bagi anda yang nak mendapatkan Vitalea for Children boleh hubungi saya 012-6240197.

Shidah Abdullah

Read More

Friday, March 23, 2018

6 Organ Kritikal Memerlukan Kolagen

Entry kali ni saya nak menulis tentang keperluan kolagen pada tubuh badan kita. Biasanya kalau cakap pasal kolagen kita memang tahu untuk cantik je. Ingat ada satu masa tu viral pasal kolagen rumpai laut. Saya terpengaruh juga tapi tak lalu nak makan.

Rupanya banyak manfaat kolagen pada organ-organ kita. Bayangkan bila umur meningkat, penurunan kolagen akan mendadak sebab adanya protein AGE (penuaan)


Berikut adalah organ yang memerlukan kolagen.

1. Rambut dan kuku 
  • Kolagen memperkuatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhannya semula
  • Kolagen juga memperkuatkan kuku supaya tidak mudah patah.
  • Jika kuku ada bintik-bintik, ia dapat dihilangkan dengan pengambilan kolagen secara teratur
2. Kulit
  • Kolagen ni membantu meremajakan kulit sebab ia membantu merangsang keanjalan
  • Kolagen juga membuatkan kulit lebih elastik dan sihat
  • Bagi yang mempunyai bekas luka pada kulit, pengambilan kolagen dapat menghilangkan.
3. Sendi
  • Kolagen mampu memberi flexibility pada tubuh terutama bahagian terdon.
  • Kolagen juga membantu menbangunkan bahan tulang rawan pada sendi kita.

4. Tulang
  • Kolagen memilik fungsi yang sama penting seperti kalsium pada tulang.
  • Kolagen berfungsi menyatukan sendi
  • Jika kita ambil dengan konsiste, ia akan memperkuatkan tulang dan mencegah sendi menjadi rapuh.

5. Otak
  • Otak kita menerima nutrisi dari sel-sel yang dijaringkan oleh kolagen
  • Jika kolagen menipis, saraf otak tidak dapat menerima nutrisi sehingga jaringan ini diperbaiki
  • Baru otak dapat bekerja lebih baik

6. Mata
  • Otot-otot mata mesti mampu melentur dengan baik
  • Tapi bila umur meningkat, kolagen pada kornea kita akan berkurangan dan mengakibatkan kornea menjadi kaku dan fungsi penglihatan terjejas.

Pentingkan kolagen ni. Bukan sekadar nak melawa sahaja. Jom upgrade kolagen dalam badan kita. Dapatkan Kolagen dari saya.



Sharing is loving,
Shidah Abdullah 
012-6240197



Read More

Thursday, March 22, 2018

Youth Beauty Party Di Ipoh

Assalamualaikum dan hi semua,

Entry ni nak share tentang join Youth Beauty Party di Kinta Riverfront Ipoh. Excited betul sebab first time join party macam ni. Booking RM50 sebulan awal. Tiket memang sold out. Memang berbaloi berebut tiket dan balik Ipoh semata-mata nak berparty


Pendaftaran
Kelas bermula 2.30 petang. Memang datang awal untuk pendaftaran supaya boleh duduk depan-depan. Berjaya menjadi orang ke 11 yeehaa. Banyak sikit ilmu melawo masuk. Bila mendaftar dapat beauty kit Youth, Youth produk detail, beauty worksheet dan nombor cabutan bertuah.


Dalam beauty kit tu ada barang-barang di bawah nak digunakan masa berparty.
  • Headband
  • Facial span
  • Table cloth
  • Cotton bud
  • Facial mirror

Hajat tercapai untuk duduk di meja depan sekali. Meja dah tersedia dengan alatan berparty seperti bekas berisi air, Set Youth yang akan digunakan, tisu dan pensel.



Sementara menunggu session start, di bahagian depan ada full set display produk Youth ni. Apa lagi bergambar la kita. Sebelum ni dengar cerita dan kebaikan setiap produk DI SINI



Skin Analysis
"Nombor 11 Norashidah Abdullah". Yeah turn saya untuk buat scan analysis muka. Masuk terowong comel bercahaya. Baru nampak nur. Skin analysis ni menganalisa masalah kulit, tona kulit, umur kulit sekarang, tahap kelembapan. Masalah kulit saya adalah berpori besar dan kulit kurang kelembapan. Huh sign of agjng.





Bukti akak duduk depan ye. Sesi ni nutritionist explain tentang bagaimana produk dihasilkan, bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan YOUTH

1. MUSCADINE GRAPE

  • Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel.
  • Menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Bila pakai Youth Complex ni, kulit akan awet muda.

2. LOTUS JAPONICUS

  • Youth Complex dalam proses paten digabungkan dengan Lotus Japonicus
  • Ia mengaktifkan protein Youth untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 
  • Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit korang secara berstruktur.
Kulit akan rasa segar, tegang dan muda remaja.

3. APPLE STEM CELL EXTRACT

  • Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract ni mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. 
  • Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut.


4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

  • Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.
  • Herba ni memang sesuai dengan semua jenis kulit. 
  • Menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


5. VITAL REPAIR + ® COMPLEX

  • Vital repair Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.




Beauty Party Time
Hah! Bila dah pakai macam ninja ni maksudnya sesi berparty bermula. Keluarla segala alatan dari set party tadi. Ni cikgu cantik suruh pakai siap-siap.



Mula-mula cikgu cantik suruh ambil beauty worksheet macam di bawah ni dan kenal pasti masalah muka kita dulu. Kena tanda kawasan-kawasan yang ada masalah
  • Fine line
  • Kedutan (wringkle)
  • Jerawat (acne)
  • Jeragat 
  • Blackhead
  • Whitehead
  • Tona tak sekata




Kenapa perlu kenal pasti? Supaya bila kita guna produk Youth kita monitor perubahan di bahagian tersebut. Ok dah nak start facial-facial ni. Guna Youth ni sebesar kacang je tak perlu banyak. Cikgu cantik suruh bau dulu. Hmm.. bau dia memang natural sangat.


Tengok muka-muka excited berparty. Ini cubaan ditangan.  Nak tengok perbezaan. Gosok pun gelak-gelak. Kami diberikan menggunakan fullset yang mengandungi 6 penjagaa
  • Cleanser 
  • Toner
  • Serum
  • Moisturiser
  • Vitamin C + E
  • Renewal Night Cream gosok ditangan)




Ini wajah kami yang bersinar-sinar selepas menggunakan YOUTH. Rasa sangat perbezaannya bila menggunakan skincare yang sangat bagus. Kulit rasa lembut sangat.


Dalam sesi ni juga, dikongsikan testimoni mereka yang telah menggunakan produk Youth. Memang ketara perubahannya di mana ia sangat memperbaiki dan memperbaharui sel-sel.

TESTIMONI YOUTH









Tempoh penggunaan Youth bagi semua testimoni di atas adalah 2 bulan. Lihat lah perubahan. Memang berbaloi mendapatkan YOUTH.

Macamana nak dapatkan Youth?

Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
No telefon 012-6240197 atau
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Tuesday, March 20, 2018

Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak

Anak sakit mesti kita yang mak ni yang susah hati. Kalau boleh nak anak tu sihat je sepanjang masa. Tapi sakit tanda Allah sayang. Pernah dengar tak, sahabat nabi sampai menangis kalau tak ditimpa sakit. Kuat iman mereka risau Allah tak ingat lagi pada mereka.

Selain kita berdoa, kita juga disuruh berusaha jaga kesihatan. Pergi berjumpa doktor juga satu usaha.

Di sini saya kongsikan tips tingkatkan imun anak-anak. Ye la. Tugas kita bantu tubuh anak bina imun supaya tahan dari serangan penyakit.

1. Minum air putih sangat membantu melancarkan pembuangan. Elakkan bagi yang air yang manis.  Jika nak digantikan, berikan air jus buah

2. Banyakkan makan sayur dan buah. Ibu dan ayah kena rajin potong. Tukar-tukar la warna buah dan sayuran supaya membekalkan fiber yang cukup untuk penghadaman  Didik makan  makanan yang seimbang dari kecil adalah perlu untuk pastikan menjadi amalan anak-anak.

3. Makan minyak ikan seperti Omegaguard untuk meningkatkan imun badan dan kecerdasan minda.

4. Beri makanan jenis yang berbiji seperti labu sangat bagus untuk sistem imun. Kalau anak-anak kurang menggemarinya, boleh taburkan serbuk seperti nutriferon pada makanan.

5. Makanan tambahan seperti vitamin C, multivitamin vitalea dan juga mealshake terutama anak-anak yang memilih makanan.

6. Elakkan beli jajan. Kena belajar alihkan perhatian anak-anak terutama bila singgah kedai.

7. Pastikan persekitaran sentiasa bersih. Sama ada di rumah atau semasa berada di luar. Elakkan kawasan yang terdapat asap rokok atau kenderaan. Ia merosakkan sel anak-anak dan mudah terdedah dengan radikal bebas.

Cadangan Vitamin Untuk Anak-anak
Anak yang kerap demam atau kerap sakit merupakan petanda sistem imun anak lemah. Jadi untuk kuatkan sistem imun anak, berikut adalah vitamin yang sangat membantu meningkatkan daya tahan anak.

1. Vitalea

  • Merupakan rangkaian 18 vitamin dan mineral. Ada vitamin B,C,D dan E
  • Tiada pengawet, pemanis dan perasa tiruan, paling penting bebas gluten.
  • Lengkap dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin c dan diperkaya dengan vitamin D.
  • Sesuai utk kanak-kanak bagi mengelakkan mereka kekurangan nutrisi yg diperlukan untuk tumbesaran
  • Kanak-kanak mesti suka sebab ada perasa anggur. Macam gula-gula.


2. Mealshake
  • Membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral. 
  • Multivitamin berupa serbuk dan sesuai diminum pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Sesuai dibuat ice blended. Amat sesuai bagi yang susah menelan pil. 
  • Kaya dengan protein bagi membekalkan nutrien pada sel. Ia tidak mengandungi laktosa. Membantu mmbentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sel-sel imunisasi.
  • Mengandungi asid folik, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.

3. Nutriferon

  •  Menguatkan sistem imun dalam badan
  • Membantu melawan deman dan selsema
  • Menentang kerosakan badan akibat radikal bebas
  • Interferon melawan kanser dan tumor
  • Meringankan stress dan kelesuan


4. Omegaguard

  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak
  • Membantu merawat penyakit ekzema.
  • Omega juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk.


Pilihan di tangan ibu. Setiap ibu mesti nak yang terbaik untuk anak.

Dapatkan Set Imun Booster untuk anak-anak hari ni...
Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
 No telefon 012-6240197 atau 
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com