Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Friday, August 3, 2018

Cara Mengatasi Kekejangan Otot

Topik entry hari ni tentang kejang otot. Pernah tak tengah lepak tengok tv tiba-tiba "Tolong! Tolong!". Kaki tiba kejang. Sakitnya jangan kira.


Apa sebenarnya punca ia berlaku?

Kekejangan otot berlaku apabila pengecutan secara tiba-tiba dan suka rela oleh satu atau lebih otot. Sakitnya sangat teruk. Ia akan mengganggu aktiviti kita.

Vitamin yang sangay sesuai untuk keadaan ni adalah ostematrix di mana yang memberi sumber kalsium yang cukup untuk mengelakkan kekejangan.


Boleh hubungi saya terus jika berminat.
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197
Read More

Wednesday, August 1, 2018

Cara untuk mengatasi batuk berpanjangan dengan berkesan

Ramai yang akhir-akhir ni batuk... Ni mesti gara-gara sebat durian banyak la tu. Tengah musimkan. Kalau badan tak tahan sebab panas durian, mau demam dibuatnya. 

Macam biasa la.. Petua orang tu mesti dicarikan.. Sambil google petua-petua terjumpa post Dr Zubaidi tentang jenis-jenis batuk di mana batuk berasal dari beberapa tempat:-

1. Batuk berasal di kerongkong dan tidak berkahak - tentunya sebab jangkitan virus atau tindak balas akibat alahan. Biasa batuk macam ni seminggu je dah baik. Biasanya kerongkong rasa kering, tekak gatal dan perit dan batuk berkali-kali.

2. Batuk berasal di dada dan berkahak - Yang ni stage bahaya bila paru-paru keluarkan lendir dan kahak apabila kuman (virul dan bakteria). Kemudian kahak akan memasuki paru-paru dan tidak dihalang di tekak  dan boleh menyebabkan jangkitan paru-paru seperti bronchitis dan pneunomia. Kahaknya selalu berwarna hijau, kuning dan bercampur darah.

3. Batuk berasal dari dada tapi tidak berkahak - Batuk begini berlaku bila terdapat perubahan struktur dalam paru-paru, Ia menandakan masalah yang serius dan menyebabkan rasa sesak nafas.

Penting juga untuk kita tahu batuk kita kategori mana. Tahap bahayanya kan berbeza.

Berdasarkan pengalaman saya, macam-macam cara jalan atasi batuk. Biasanya memang berjumpa doktor dan juga ambil ubat batuk, isap gula-gula tekak seperti yang dinasihatkan. Biasa saya kalau batuk memang pakej dengan tonsil bengkak. Kali ni bila saya batuk, saya tambahkan dengan pengambilan Omegaguard. Memang berbeza antaranya kahak cepat surut dan tekak tak perit.

Omegaguard ni antara fungsinya;-


  • mencegah keradangan dan imflamasi. Bila kita batuk, akan berlaku keradangan di tekak. lagi teruk kalau yang akan mengalami masalah tonsil bengkak. Omega akan  membantu dalam mengurangkan imflamasi di bahagian saluran pernafasan.
  • Minyak ikan tulen dari omega guard membantu mencairkan kahak dan memberikan kelegaan kepada penghidap.
  • Memang sangat sesuai untuk seisi keluarga. 
  • Ia juga sangat baik dalam melancarkan peredaran darah kita.
Jika anda atau sesiapa mengalami batuk berpanjangan, jangan lupa dapatkan omega guard sekarang.

Saya Gembira Membantu Anda!


Shidah Abdullah 
012-6240197 
Youtube Channel - shidotdotcom

Read More

Sunday, July 29, 2018

Penginapan di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan

Sesekali kena bekerja luar kawasan ni seronok juga. Terbuka sikit minda ni ha.. Kali ni ke Kota Bharu Kelantan. Trip 2D1N haha.. Baru semangat walaupun datang untuk kerjakan. Pastinya ada agenda sampingan.


Saya nak kongsikan penginapan satu malam saya di Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan. Berbaloi rasanya setelah penat lelah dapat berehat dengan selesa.

Ruang Lobi

Masuk je ada love besar tempat saya posing-posing.. Rasai dicintai tak.. Hahaha


Sementara menunggu pendaftaran selesai boleh la kita minum air detoks yang disediakan.


Di lobi dihiasi dengan lukisan-lukisan cantik yang boleh dibeli buat buah tangan pulang. Harga bersesuaian dengan lukisannya. Hanya pencinta seni yang tahu.. Hehe

Ruang Bilik


Saya dapat bilik di tingkat 8. Tentunya ada lif. Kalau tak semput teman. Saya berkongsi bilik dengan seorang rakan sekerja. Bilik 2 single bed yang cukup selesa untuk merehatkan diri. Ye la bertugas sepanjang hari dan akan bersambung lagi esok hari.


Pilih la katil masing-masing. Saya pilih yang mempunyai tag ucapan. Baru rasa special. Hehe.. Ucapan la sangatkan.. Tu pesanan save our planet supaya jimat air.


Bagusnya bilik ni yang saya suka, mereka menyediakan telekung dan sejadah untuk tetamu. Memudahkan tetamu beribadah. Kalau tak biasanya tercari-cari kain apa nak dibuat alas solat. Biasanya memang ambil tuala atau kain batik.


Ruang Bilik Air

Tempat seterusnya yang akan diskodeng adalah bilik air. Ye la sambil mencari tuala nak mandi dan bersiap untuk makan malamkan, tengok la siap-siap.


Selesai mandi dan bersiap nak pergi makan malam. Bergambar dulu di lobi sementara tunggu kawan-kawan turun.


Ruang Makan

Macam biasa duduk dihotel akan ada pakej breakfast free kan. Turun seawal 7.15 pagi supaya boleh ambil masa bertenang untuk makan. Makanan di sini memang terbaik. Rasa memang tiptop. Bukan ala kadar macam sesetengah hotel.


Luas tempatnya dengan hidangan roti, bubur, nasi lemak, mee goreng, laksam, laksa, roti jala. Memang asyik kena topup je sebab sedapkan. Ini antara sarapan yang saya sempat ambil gambar. Yang lain memang lupa terus.



Lega rasanya menginap disini. Memang saya bagi 5 star la. Selesa sangat untuk perjalanan yang memenatkan. Tak lupa bekalan ostematrix nak hilangkan lenguh-lenguh. Perut pun tak la meragam di tempat orang.

Bagi yang nak berkunjung di sini boleh hubungi Hotel Perdana : 

Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan, Malaysia

For Booking & Reservation :
T: +609.7458888
F: +609.748 8855
Email : sales@hotelperdanakotabharu.com
 reservations@hotelperdanakotabharu.com


Read More

Friday, July 27, 2018

Masalah Hilangkan Gusi Berdarah dan Cara Penyelesaian

Terbaca topik gusi berdarah dari website berita harian. Menarik juga topik ni untuk kita tahu. Kebiasaannya yang saya perasaan bila menggosok gigi adakalanya berdarah. Kenapa ye?


Penyakit gusi ni dialami hampir 80% penduduk dunia. Ia dipanggjl penyakit Periodontium. Canggih sangat namanya. Dia adalah tisu-tisu yang memberi sokongan pada gigi kita. Ada 4 bahagian semuanya.
  1. Simentum: Satu lapisan tisu yang keras dan nipis yang menutup akar gigi 
  2. Ligamen periodontal (PDL): Menghubungkan simentum gigi ke tulang alveolar 
  3. Tulang alveolar: Tulang tempat PDL menambat gigi (tulang penyokong gigi)
  4. Gingiva: Gusi, yang melindungi tisu di bawahnya dan melekatkan gigi pada tulang

Gusi berdarah mula berlaku disebabkan keradangan pada gusi yang dipanggil gingivitis. Biasanya tak ada tanda-tanda sampai kita sendiri pun tak perasan yang kita ada masalah ini. 


Ingat! Ia mesti dirawat.

Jangan dibiar sebab ia boleh merebak lebih teruk dan menjadi-jadi. Pesakit perlu beri perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah. Rawatan akan menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.

Ada masanya, gigi boleh tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.

Bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis. Ini disebabkan oleh sistem pertahanan kuat. Periodontitis bukan sejenis penyakit serius, ia hanya menyebabkan gigi goyang sehingga kena dicabut dan diganti dengan gigi palsu.


Siapa yang biasa hadapi masalah ni?

Kebiasaannya ia berlaku pada individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi 


Apakah puncanya dan tanda-tanda Radang Gusi?

Bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah radang gusi. Kalau kita biar je, plak akan berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal.

Lama-lama, plak yang tidak dibuang ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam dan akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).

Lepas tu, plak bakteria ini akan mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak. Kalau yang kronik boleh pembengkakan dan bernanah. Adoi! ni yang sakit tu.

Bila membengkak ni la dipanggil radang gusi dan jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.

Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi. 

Akhirnya, gusi mula menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium. 


Cadangan rawatan yang sesuai untuk Radang Gusi

  1. Jaga kebersihan mulut dan buat rawatan mengikis plak dan karang gigi. 
  2. Jika berlaku radang gusi, terus berjumpa doktor untuk rawatan dan prosidur.
  3. Tingkatkan pengambilan vitamin C dan kalsium bagi memberi nutrisi yang baik untuk gigi lebih sihat

Moga bermanfaat. Nak dapatkan vitamin Shaklee dan ada sebarang persoalan. Boleh hubungi Shidah terus ye



Ikhlas dari,
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197


Read More

Thursday, July 26, 2018

Cara mengatasi bengkak susu dengan berkesan

Proses penyusuan anak memang pengalaman yang paling istimewa yang dilalui ibu-ibu. Kagum sangat tengok semangat semua ibu-ibu muda dalam usaha memberi penyusan eksklusif pada bayi. Bagi yang berkerjaya, menyelitkan masa untuk mengumpul stok EBM untuk anak di pejabat walaupun sibuk dengan tugasan. Tak kurang juga kerjaya sebagai surirumah yang sentiasa sibuk tapi masih penuh stok diisi.

Siapa kata senang? Mencabar tau.. Antara cabaran yang akan dilalui seperti bengkak susu, puting melecet, puting tersumbat, penolakan penyusuan dari bayi dan juga kerosakan alatan seperti mesin pam memang mencabar.

Untuk kali ni nak kongsikan pengalaman bengkak susu. Boleh dikatakan setiap kali ada anak kecil saya akan laluinya. Tetapi yang paling mencabar semasa menyusukan anak yang keempat. Kebiasaannya selepas melahirkan anak, memang terus berurut dengan makcik saya. Nak jadikan cerita, saya kena tahan agak lama sebab doktor kata perut saya malas bekerja untuk mengeluarkan darah nifas. Terpaksalah diberikan drip supaya berlaku contraction di rahim.


Bagaimana rasa bengkak susu?

Masa ni la cabaran datang. Awal-awal anak sukar sangat menyusu mungkin disebabkan puting tersumbat dan saluran tidak lancar. Mula la rasa bengkak susu. Macamana rasanya

  • payudara mengeras dan tegang
  • terasa panas sehingga rasa nak demam
  • tangan tidak boleh diangkat
  • jangan la dilanggar, memang sengsara rasa sakitnya



Apa yang patut dilakukan bagi melegakan bengkak susu?


1. Mengepam susu

Mengepam susu sangat membantu mengalirkan susu dengan baik. Ia sangat membantu melegakan. Sebenarnya penggunaan pam mesti mengikut jadualnya. Jika terlalu kerap ia akan menyebabkan susu dihasilkan berlebihan dan kita akan sering mengalami bengkak susu. 

2. Membuat urutan

Walaupun keadaan yang sangat sakit, kena juga kita selesaikan sebelum kita mula rasa hendak demam. Mulakan dengan membuat urutan sendiri. Ia juga membantu mengurangkan bengkak susu. Urut dengan menggunakan jari sendiri dan urut dari atas ke bahagian tengah puting. Ini dapat  membantu pengaliran susu diruangan yang tersumbat. Boleh juga menggunakan sikat sebagai alternatif. Panggil la tukang urut atau bidan berpantang bagi mengurut penuh.

3. Tuaman Panas

Selain itu, anda juga boleh menuam bahagian yang bengkak. Antara caranya dengan menggunakan kain tuala yang direndam dalam air suam, atau pek air panas atau mandi dengan air suam. Ini juga melancarkan pengeluaran susu pada saluran tersumbat.

4. Menyusukan anak dengan kerap

Bagi ibu yang mempunyai hasil susu yang meriah, menyusukanlah anak dengan kerap. Anak kenyang ibu senang.

5. Pengambilan Lecithin

Lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat. Ia membantu mengurankan kelikatan susu dan dapat mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Ibu dicadangkan mengambil 3600 - 4800 mg lecithin sehari. sebiji lecithin bersamaan 1200 mg dan anda boleh ambil 3-4 biji selepas makan. Selepas lebih kurang seminggu sakit akan berkurangan dan turunkan dosnya.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah susu tersumbat
  • Membantu memecahkan lemak berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu.
  • Tambahkan pengambilan Alfalfa dapat membantu mengurangkan berat badan ibu. 
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan lebih mudah lupa selepas bersalin
  • Memberikan perkembangan otak yang baik kepada bayi secara tidak langsung.
Di sini saya sharekan testimoni Lecithin dan Bengkak Susu untuk anda.

Berminat nak dapatkan Set ini, hubungi saya terus ye


Shidah Abdullah 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com