Cara mengatasi bengkak susu dengan berkesan

Proses penyusuan anak memang pengalaman yang paling istimewa yang dilalui ibu-ibu. Kagum sangat tengok semangat semua ibu-ibu muda dalam usaha memberi penyusan eksklusif pada bayi. Bagi yang berkerjaya, menyelitkan masa untuk mengumpul stok EBM untuk anak di pejabat walaupun sibuk dengan tugasan. Tak kurang juga kerjaya sebagai surirumah yang sentiasa sibuk tapi masih penuh stok diisi.

Siapa kata senang? Mencabar tau.. Antara cabaran yang akan dilalui seperti bengkak susu, puting melecet, puting tersumbat, penolakan penyusuan dari bayi dan juga kerosakan alatan seperti mesin pam memang mencabar.

Untuk kali ni nak kongsikan pengalaman bengkak susu. Boleh dikatakan setiap kali ada anak kecil saya akan laluinya. Tetapi yang paling mencabar semasa menyusukan anak yang keempat. Kebiasaannya selepas melahirkan anak, memang terus berurut dengan makcik saya. Nak jadikan cerita, saya kena tahan agak lama sebab doktor kata perut saya malas bekerja untuk mengeluarkan darah nifas. Terpaksalah diberikan drip supaya berlaku contraction di rahim.


Bagaimana rasa bengkak susu?

Masa ni la cabaran datang. Awal-awal anak sukar sangat menyusu mungkin disebabkan puting tersumbat dan saluran tidak lancar. Mula la rasa bengkak susu. Macamana rasanya

  • payudara mengeras dan tegang
  • terasa panas sehingga rasa nak demam
  • tangan tidak boleh diangkat
  • jangan la dilanggar, memang sengsara rasa sakitnya



Apa yang patut dilakukan bagi melegakan bengkak susu?


1. Mengepam susu

Mengepam susu sangat membantu mengalirkan susu dengan baik. Ia sangat membantu melegakan. Sebenarnya penggunaan pam mesti mengikut jadualnya. Jika terlalu kerap ia akan menyebabkan susu dihasilkan berlebihan dan kita akan sering mengalami bengkak susu. 

2. Membuat urutan

Walaupun keadaan yang sangat sakit, kena juga kita selesaikan sebelum kita mula rasa hendak demam. Mulakan dengan membuat urutan sendiri. Ia juga membantu mengurangkan bengkak susu. Urut dengan menggunakan jari sendiri dan urut dari atas ke bahagian tengah puting. Ini dapat  membantu pengaliran susu diruangan yang tersumbat. Boleh juga menggunakan sikat sebagai alternatif. Panggil la tukang urut atau bidan berpantang bagi mengurut penuh.

3. Tuaman Panas

Selain itu, anda juga boleh menuam bahagian yang bengkak. Antara caranya dengan menggunakan kain tuala yang direndam dalam air suam, atau pek air panas atau mandi dengan air suam. Ini juga melancarkan pengeluaran susu pada saluran tersumbat.

4. Menyusukan anak dengan kerap

Bagi ibu yang mempunyai hasil susu yang meriah, menyusukanlah anak dengan kerap. Anak kenyang ibu senang.

5. Pengambilan Lecithin

Lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat. Ia membantu mengurankan kelikatan susu dan dapat mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Ibu dicadangkan mengambil 3600 - 4800 mg lecithin sehari. sebiji lecithin bersamaan 1200 mg dan anda boleh ambil 3-4 biji selepas makan. Selepas lebih kurang seminggu sakit akan berkurangan dan turunkan dosnya.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah susu tersumbat
  • Membantu memecahkan lemak berlebihan kepada titisan kecil dalam badan ibu.
  • Tambahkan pengambilan Alfalfa dapat membantu mengurangkan berat badan ibu. 
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan lebih mudah lupa selepas bersalin
  • Memberikan perkembangan otak yang baik kepada bayi secara tidak langsung.
Di sini saya sharekan testimoni Lecithin dan Bengkak Susu untuk anda.

Berminat nak dapatkan Set ini, hubungi saya terus ye


Shidah Abdullah 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram