Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Sunday, June 21, 2020

Anak-anak ajar buat Milo Meal Shakes - Sesuai untuk anak yang "Picky Eater"

Assalamualaikum

Raya zaman PKPP memang berbeza kan. Tapi alhamdulillah kita masih boleh menyambut raya mengikut SOP. Kami datang masa awal cuti sekolah bermula dan terus tak boleh balik. Sepanjang PKP ni saya duduk di rumah mak abah bersama anak-anak.  Memang seronok sangat la budak-budak. Saya pun lega juga bekerja dari rumah.

Sepanjang cuti panjang ni, macam-macam aktiviti anak-anak saya buat sambil. Kelas-kelas online yang cikgu-cikgu dan ustaz ustazah buat tetap mereka join juga. Hehe yang saya paling suka tengok bakat diorang berlakon dan join beberapa pertandingan video. Yang diorang join tu ada yang diorang menang dan dapat la duit cash buat duit raya.

Ok ni video terbaru diorang. Pantang suruh buat video laju je. 😁 Semangatnya menerima tawaran untuk tunjuk cara-cara buat Milo Meal Shakes. Diorang baru tahu penangan sedapnya bila buat milo letak Meal Shakes. Rasa macam milo dari lori yang datang kat sekolah tu tau. Letak ais sejuk-sejuk lagi sedap.

Bahan-bahan yang digunakan
  • Milo
  • Meal Shakes
  • Cawan
  • Air
  • Ais kalau nak sejuk

         

Sebab dah pandai bancuh air sedap, orang datang diorang la tukang bancuh Milo Meal Shakes untuk budak-budak datang. Senang kan kerja ibu. Datang la makcik saya, sepupu dan anak-anak datang beraya. Kami pun siapkan juga makanan nak dijamu. 

Saya observe je. Punya la susah sepupu saya nak suruh anak-anak makan. Malu agaknya ye. Kata maknya "Deme ni memang susah nak makan. memilih". Alahai patut la. memang sesuai la kami bancuhkan milo meal shakes tu Jamu juga la la air milo diorang ni bersama ais.

Habis hati budak-budak tu minum Milo meal shakes. Sedap katanya. Memang sesuai sangat. Minum segelas sehari dapat tambahkan kekurangan zat sebab memilih makan.


Info tentang Meal Shakes
  • Perisa vanila 
  • Boleh dibancuh begitu sahaja atau dicampurkan dengan buah-buahan atau pun susu.
  • Kaya dengan kalsium, serat, protein dan zink
  • Dapat membekalkan nutrisi dan mineral 
  • Minuman sihat yang dapat menyokong tumbesan anak-anak
  • Perut anak pun kenyang
  • Satu canister meal shakes berat 544g
  • Harga RM130 termasuk postage

Jom bagi anak-anak tambah flavor dalam minuman kegemaran diorang dan tambah sekali khasiat minuman. Ok jumpa lagi ye. 


Nak dapatkan Meal Shakes atau Set-set vitamin shaklee boleh hubungi Shidah Abdullah melalui Whatsapp/sms : 012-6240197 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: Rak Vitamin Sihat
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : Rak Vitamin Sihat
Read More

Thursday, May 2, 2019

5 Sebab Mengapa Perlukan Ambil Kolagen HARI INI

Kolagen memang terkenal dengan manfaat positifnya pada kesihatan badan. Teringat suatu masa heboh nak dapatkan kolagen dari rumpai laut. Saya juga antara yang terpengaruh juga. Apa yang lebih penting kita kena tahu apa kenapa kita perlukan Kolagen hari ini!





1. Bahan Utama Untuk Kulit Yang Kukuh



30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Tugas kolagen ini adalah memegang semua sel kulit bersama untuk mengekalkan keanjalan kulit serta memastikan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat.

Apabila kita terdedah dengan pelbagai faktor terutamanya umur yang akan menyebabkan kulit akan beransur-ansur hilang keanjalan dan kekukuhan. Antara cara yang menarik minat saya untuk menguji keanjalan kulit adalah menggunakan teknik "Snap Pinch Pout" yang ditunjukkan oleh Dr Terry seperti di dalam video.



Dengan menambahkan suplemen kolagen ke dalam regim suplemen harian anda, anda boleh rasa bebas dari kulit melendut dan berkedut.

2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi


Ramai orang yang meningkat umur mengalami masalah sendi dan akan lebih ketara apabila perlu melakukan aktiviti seperti menaiki dan menuruni tangga. Ini disebabkan kolagen yang berkurangan.

Kolagen membentuk blok bangunan asas pada sendi. Peranannya sangat penting untuk menyokong sendi yang kukuh dan lebih fleksibel. Ia kaya dengan asid amino untuk memberi sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawa, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong dan meneruskan aktiviti aktif seharian termasuklah bersenam dan bersukan.

3. Katakan Ya Kepada Rambut dan Kuku Sihat


Rambut rosak dan kuku mudah patah atau rapuh adalah gejala kurang kolagen. Kedua-duanya memerlukan kolagen untuk mendapatkan kekuatan dan keanjalan. Ciri-ciri antioksida dalam kolagen membantu melawan radikal bebas yang membuatkan rambut beruban dan menipis serta kukuh yang rapuh. 

Dengan pengambilan kolagen hari ini, anda akan membina gudang penyimpanan kolagen yang mencukup dalam badan dan menyebarkan nutrien di kulit kepala dan membina semula struktur kuku yang sihat. Barulah rambut berkilat dan kuku sihat.

4. Oh Tidak! Pengeluaran Kolagen Berkurangan Setiap Tahun

Selepas umur 20 tahun, badan kita akan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Ini yang menyebabkan terhasilnya garis-garis halus, kedutan dan kulit yang kering dan juga kusam. Ini akan menghalang terus menjadikan anda tua sebelum waktunya. Lebih menyedihkan lagi bila ada yang memanggil anda "Makcik" sedangkan umur masih lagi muda. 

Mulakan ambil kolagen sekarang!

Yang terakhir sekali, tahu kan!!

5. Kolagen Rosak Setiap Hari


Pencemaran alam sekitar semakin terus. Masih ingat lagi kes pencemaran Sungai Kim Kim di Johor. Bukan itu sahaja penggunaan bahan kimia merbahaya dalam kosmetik, sinaran UV dan pengambilan makanan harian semuanya mencetuskan radikal bebas yang akan menyerang kulit anda dan merosakkan kolagen. 

Jika pendedahan ini berterusan, dalam jangka masa panjang ia boleh mengakibatkan kolagen menjadi semakin rendah dan menghasilkan penuaan yang pramatang. Agak sukar untuk kita elak dari semua ini kan!

Lebih baik anda kekalkan tahap optimum kolagen dengan pengambilan harian untuk kulit sihat dan muda.

Tips Pemilihan Kolagen Di Pasaran

Disebabkan lambakan produk di pasaran, kita lebih terpengaruh dengan iklan berbanding kualiti produk. Bahaya sangat untuk kesihatan. Ini tips untuk anda memilik kolagen:-

  • Diekstrak dari ikan air dalam seperti ikan merah kerana keupayaannya untuk menarahan tekanan bawah air yang melampau. Ia menjadikan sumber kolagen yang tahan lama dan berkualiti tinggi
  • Lihat dilabel, kolagen mesti diperkaya dengan vitamin C dan vitamin B untuk menggalakkan kolagen
  • Kolagen Marine adalah pilihan lebih baik kerana 
    • mempunyai kadar penyerapan yang sangat baik kerana ia mempunyai zarah yang lebih kecil.
    • meningkatkan sintesi kolagen pada lapisan dermis dengan cekap yang dapat membantu menggalakkan kesihatan kulit, tulang dan sendi

Cadangan Produk Terbaik Collagen Plus Powder


Dapatkan sekarang!!

Hubungi Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 


Sumber : Shaklee Today
Read More

Wednesday, May 1, 2019

AWAS! Ini Cara Mudah Untuk Kekalkan Bentuk Badan

Ramai nak cantik tapi salah cara. Buat crash diet la sampai badan kurus macam orang sakit. Kunci kejayaan dalam pengurusan berat badan sebenarnya adalah bergantung pada jumlah kalori yang kita ambil dan kita bakar. Bukan kita ambil dan simpan ye.

Untuk turunkan berat badan dengan cara yang betul, elak kehilangan otot. Apa anda perlu lakukan adalah hidupkan semula enjin-enjin pencen dalam badan dengan bersenam dan bina atau kekalkan jisim otot untuk terus kekal sihat.


Kenapa?

Lebih banyak Otot Lebih Tinggi Kadar Metabolisme Badan 


Badan perlu membakar sekurang-kurangnya minima 50 kalori setiap hari. Antara aktiviti harian seperti berbasikal, Skipping, naik tangga rumah atau pejabat dapat membantu membakar 40 - 50 kalori. 

Tahniah jika anda memang aktif bersenam seperti memasuki perbagai jenis larian, naik bukit dan sebagainya. Memang Kak Idah kagum dan salute lah!. Aktiviti-aktiviti ni bukan sahaja memberi kekuatan pada badan, malah membuatkan badan lebih tegap dan bentuk badan lebih cantik.

Tahu tak? Bila badan mempunyai otot yang lebih banyak, otot itu sendiri boleh membakar sehingga 50 kalori setiap hari. Sendiri tau! Bestkan. Semakin banyak otot yang dimilik, lebih banyak kalori yang akan dibakar sehari. 

Lebih Banyak Otot Perlu Lebih Protein dan Senaman


Tapi ingat ye.. jaga pemakanan terutama pengambilan protein sebab pengambilan protein yang rendah akan menurunkan metabolisme badan dan menghalang usaha anda nak turunkan berat badan.

Ambil protein yang mencukupi dan 'package'kan dengan senaman. Sumber protein adalah seperti telur, dada ayam, greek yogurt, susu, kacang almond, protein shake. Protein ini akan membantu membina tisu yang sihat dan membantu pembentukan otot anda. 

Senaman akan membina jisim otot dan meningkatkan metabolisme semulajadi badan supaya anda mencapai matlamat kecergasan dengan cara yang lebih berkesan.

Leusina Membantu Mengekalkan dan Membina Otot


Bila memilih protein, pilih yang boleh membantu mengekalkan jisim otot apabila anda menguruskan berat badan. Gabungkan leusina iaitu sejenis asid amino penting yang membantu mengurangkan berat badan dengan cara yang betul. Leusin tidak dihasilkan oleh badan. Oleh sebab itulah leusin ini harus diambil dari makanan yang ada di sekitar kita.


Leusin berfungsi membantu tubuh badan untuk mengekalkan dan membina otot tanpa lemak. Bukan tu sahaja, ia akan menyokong metabolisme yang sihat dan memelihara otot. Ia juga dapat membantu menurunkan gula darah dan meningkatkan produksi hormon.

Cinch® Shake Mix Diperkaya dengan Leusina


Dalam kesibukan seharian ni ramai memilik minuman shake untuk sarapan dan waktu sibuk dengan mesyuarat dan urusan harian. Cinch Shake ini memang lengkap dan pantas untuk disediakan. Rasanya memang yang lazat  dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.*
  • Kaya dengan protein dan kalsium.
  • Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian.
  • Makanan tanpa kolesterol
  • Diperkaya dengan Leusina untuk membantu pembentukan otot dan membakar lemak badan untuk berat idaman.
  • Mengandungi 21 vitamin dan mineral penting

3 pilihan perisa iaitu Vanila, Cafe'Latte dan Coklat. KLIK SINI untuk dapatkan Cinch Shake


Tips Penggunaan Cinch Shake Mix

  • Bancuh 2 skup = 48g untuk setiap hidangan dengan air. Sejuk lagi sedap.
  • Boleh dijadikan sebagai pengganti hidangan lazat untuk sarapan, makan tengahari atau malam.
  • Alternatif hebat daripada anda mengambil makanan ringan yang tidak sihat
  • Tambahkan buah-buahan kegemaran anda seperti pisang atau sayuran seperti lobak dan saderi untuk memberikan lebih nutrien tambahan


Testimoni Cinch Shake Mix

Testimoni 1 Cinch Shake Mix

Testimoni 2 Cinch Shake bersama Set Shape Up 

Hubungi Puan Shidah di talian 012-6240197 atau KLIK DI SINI UNTUK ORDER.

Read More

Friday, November 30, 2018

Kemalangan Satu Keluarga Yang Tidak Disangka

Throwback Kemalangan 22 Oktober 2018 sebagai ingatan.


Kami Kadang-kadang weekend akan balik kampung sebelah Encik Suami. Bila nak balik ke rumah balik macam biasa la. List je kan.


Macam biasa kami kalau balik dari kampung memang akan gerak lepas maghrib dan makan malam dengan mak abah. Ala macam menghabiskan masa-masa akhir bersama di kampung. 


Yang bawa kereta dah tentulah Encik Suami. Masa ni adik alya kecil lagi baru 3 tahun. Berkepit lagi dengan ibu. Ni la peluang Cik isteri nak tidur 😄. Alasan la kononnya kan. Memang kaki tidur Semington selepas masuk kereta 🤣.

 

Alhamdulillah perjalanan lancar je. Bila Encik Suami ngantuk, dia akan berhenti di mana-mana R&R. Macamana tahu? Tau la sebab biasa gerak dalam kul 9 lebih. Cik isteri take over dalam kul 12 lebih juga. Masa ni kami bertukar dekat Ulu Bernam. Encik Suami dah ngantuk sangat nak rehat. 


Start la Cik Isteri drive di malam yang hening. Terus zassss. Tengah drive tu perasan lori kat depan macam laloq je bawa. Dalam hati "kenapa dengan lori ni? Risau pula nak dekat. Jauh sikit la". Bila jalan nampak clear terus potong. Lega..


Sampai la ke tol Sungai Besi. Dalam hati "Dah dekat dah. Alhamdulillah". Masa ni dalam kul 1 lebih dah. Kita steady je drive lorong tengah. 


Masa tu saya tengah fikir tak update daily checklist dekat group tadabbur. Masa tu  nampak dah signage Bukit Mahkota. Lagi sikit je nak masuk tol rumah. Yang lain semua nyenyak tidur. Nampak jambatan baru ke South ville. 


Tiba-tiba... Nampak dari cermin macam ada kereta laju sangat dari belakang. 


Bang!


Kereta kami dilanggar dari sisi dan kereta kami terbalik. "Allah!  Allah!. Tak pasti berapa kali kami berpusing. Memang berpaut kuat pada pemegang. 


Dalam hati "Ya Allah selamatkan kami. Jangan ke gaung Ya Allah". Mengenangkan highway kiri kanannya tinggi.


Selepas berpusing-pusing berkali-kali. Kereta kami berhenti berpusing. Dengar suara Encik Suami bagi arahan "Tenang. Keluar kereta". Dalam keadaan kereta yang terbalik, saya mencari cara keluar. Otak masa tu fikir boleh ke ni. Mencabut seatbelt dan merangkak keluar dari tingkap yang dah pecah.


Bila keluar kereta. Kereta kami dah ke bahagian tepi lorong ketiga. Alhamdulillah. Tengok suami keluar. Anak yang sulung keluar. Anak kedua keluar. Adik ayah dah pegang. Tak nampak yang ketiga. "Mana kak chik?".


Jantung berdebar bila kelibat anak sorang tak kelihatan. Saya toleh ke belakang mencari kak chik. Ya Allah! Luluh hati masa tu tengok kak chik terbaring atas jalan tar dekat dengan kereta putih yang melanggar kami. 


Ya! Kak chik tercampak atas jalan raya. Shidah terus berlari ke kak chik. Betapa bahayanya dia di situ di lorong ketiga dan atas jalan raya. 


Muka kak chik sebelah kiri atas jalan raya. Dia seperti tidur meniarap. Senyap tak berbunyi. Berderau darah tengok anak di atas jalan. Shidah angkat dia. Tengok muka berdarah luka. Tangan terkulai dan menampakkan tulang siku. 


Ramai dah berhenti kereta di tepi masa tu. Naluri ibu hanya nak selamatkan anak. Saya terus minta siapa-siapa di tepi jalan minta tolong bawa ke hospital. Mula-mula tu terus meluru masuk ke 1 kereta. Ownernya pun terkejut tapi saya faham. 


Hadir hamba Allah baik "Puan mari saya hantar puan ke hospital". Ya Allah bersyukurnya dengan bantuan Allah. Discuss dengan suami, dia akan stay di tempat kejadian dan saya bawa semua anak-anak dulu ke hospital untuk rawatan. 


Sebelum gerak, mencari dulu benda-benda penting seperti beg, bag susu untuk adik yang masih menyusu, dompet terutama kad pengenalan. Cuba mencari handphone tapi gagal dikesan. Mungkin dah terpelanting ke mana-mana.


Masuk kereta abang tu berdoa sangat-sangat. Abang tu pesan "Akak tenang dulu. Doa banyak-banyak kak. Insyaallah dimudahkan. Akak nak ke hospital mana?". Saya pun maklumkan la ke hospital mana nak pergi. 


Dalam kereta kak chik bergerak. Syukur sangat. Dia cuba gerakkan tangan kanan dia yang luka teruk dan nak cuba memeluk ibu. Dia masih rasa dia tidur macam biasa. Dia tak menangis pun. Syukur sangat dia masih okay.


Sampai sahaja di hospital, terus pergi ke emergency dan masukkan kak chik dulu ke dalam untuk rawatan segera. Sementara anak-anak yang lain tunggu giliran juga untuk pemeriksaan. Secara kasarnya, kak long ada luka di tangan, kak ngah luka di jari, adik juga di tangan. 


Sementara tu, Shidah selesaikan pendaftaran untuk rawatan. Jumpa abang tadi untuk pinjam handphone untuk call abang saya yang duduk paling dekat supaya pergi ke Encik Suami di tempat kejadian. 


Selesai urusan dengan polis, ambil nombor semua yang terlibat. Encik Suami dan abang datang ke hospital.


Hospital maklumkan kak chik akan dipindahkan ke hospital besar untuk rawatan selanjutnya. Lepas subuh Encik Suami dan kak chik naik ambulan. Sedih tengok keadaan kak chik. Masih kecil tapi diuji menghadap kecederaan macam ni. 


Part seterusnya Shidah akan cerita perjalanan rawatan kak chik

Shidah Abdullah






Read More

Monday, November 26, 2018

Jaga Diri Bagi Kurangkan Risiko Kanser

Topik hari ni tentang bagaimana nak kurangkan risiko terkena kanser. Saya baru balik duduk dari Hospital Kuala Lumpur ("HKL") selepas hampir 2 minggu menunggu anak mendapatkan rawatan akibat kemalangan Oktober 2018. 




Anak saya mendapatkan rawatan kulit di wad Pakar Kulit HKL. Dekat wad ni, ada beberapa jenis seperti pesakit-pesakit kanser dan kanak-kanak sumbing. Satu pengalaman baru dan sangatlah memberi pelajaran untuk kita yang masih sihat untuk terus menjaga kesihatan.

Tak ada siapa pun minta diuji sakit. Setiap pagi bermula 5 pagi nurse-nurse mencuci luka setiap pesakit. Dekat sini saya belajar sabar dengan melihat kesabaran orang lain yang sakit dan juga yang keluarga yang menjaga mereka yang sakit. 

Jadi, mulalah lakukan aktiviti-aktiviti dibawah agar kita dapat elak dan menjauhi risiko sakit kanser.

1. Bersenam agar kalori dibakar dan badan kekal sihat dan fit. 

Kekalkan la 'fitness' badan kita. Bila badan kita bersenam, satu benda yang saya perasan kurang mengantuk dan badan lebih segar. Maksudnya oksigen yang kita terima lebih lancar.

Bila badan segal, sel badan kita juga sihat. Elakkan pergi ke tempat-tempat yang banyak toksik terutama dekat dengan orang merokok. Bukan apa, ia menyebabkan kita menghirup udara tidak sihat dan memberi kesan pada badan yang menjadi tak sihat dan sel badan rosak.

2. Minum air yang cukup terutama air kosong. 

Kita semua tau minum air kosong adalah yang terbaik berbanding minuman yang manis. Kita perlu tingkatkan oksigen dalam badan yang membantu menghasilkan tenaga yang cukup dan metabolisma badan. 

Bila kita minum air kosong, rasa leganya dan kurang dahaga. Berbanding kita minum manis, selepas tu lebih dahaga dan kita akan mencari lagi air. Dia macam nak lagi. lagi dan lagi. 

Minum air kosong juga dapat bantu badan kita mengawal suhu badan, nutrien dan oksigen.

3. Jaga usus dengan baik. 

Penting sangat usus dan penghadaman yang baik. Itulah cara toksik dari badan dibuang. Pengambilan serat dari buah dan sayuran memang melancarkan pembuangan.

Bagi yang pernah merasa susahnya masalah sembelit, perut akan rasa berangin dan rasa kembung ("bloated"). Masa ni rasa mual pun ada dan nak muntah. Dari benda yang simple menyebabkan lebih banyak rasa tidak selesa. 

Ini dapat lancarkan masalah sembelit. Bila usus berkerak semua akan terganggu.

Bagi yang memang masih sukar, memang Shidah suggest sangat ambil herblax. Shidah pun ada masanya dia meragam. Herblax ni dari daun senna je. Bila makan memang rasa clear membuang. Bila nak membuang tak la rasa macam makan julap. Rasa macam biasa je. Memang clear usus. Rasa kempis sikit 😍. Yang rasa aje tau hokey.

4. Jaga kestabilan hormon

Hormon ni kalau berubah, ada je la fungsi lain tak function betul-betul. Kenali la perubahan diri korang terutama yang wanita. Dari segi emosi la dan juga dari segi perubahan fizikal. 

Hormon kita nikan menghasilkan bahan kimia yang akan dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang memberi kesan pada organ lain. Kalau hormon terganggu akan mengaktifkan sel kanser tau.

Hormon ni lagi cun kalau pemakanan kita pun tip-top. Ambil makanan seimbang seperti protein, karbohidrad dan lemak. Up lagi amalkan suplemen tambahan macam ESP protein sebagai minuman pagi dan petang. Ambil juga  minyak ikan Omegaguard.


Kesimpulannya

Sentiasa la jaga diri kita. Ini usaha kita dan teruslah berdoa diberi kesihatan yang baik. Jika diuji, sabar dan solat. Moga diberi kemudahan untuk kanser pulih dan sembuh sepenuhnya. 

Ikhlas dari penulis comel,
Shidah Abdullah
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow Me On Instagram

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com