Semangat Selalu

Tuesday, May 13, 2014

Nutriferon

Apakah Interferon? 
   
Interferon (IFN) adalah protein yang diperbuat dan dibebaskan oleh ‘host cells’ hasil tindakbalas daripada kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit, sel tumor dan lain-lain. Interferon membenarkan komunikasi di antara sel-sel untuk mencetuskan sistem pertahanan untuk perlindungan kepada sistem imun tubuh dalam melawan ancaman patogen dan tumor.


Fungsi Utama Interferon

1. Interferon tergolong dalam kelas besar glikoprotin yang dikenali sebagai sitokina. Interferon dinamakan sedemikian disebabkan keupayaannya untuk ‘interfere’ ataupun menganggu/ mematahkan replikasi virus dalam ‘host cells’.

2. Interferon mengaktifkan sel-sel sistem imun seperti sel pembunuh semulajadi dan makrofaj untuk memusnahkan jangkitan dan virus. Makrofaj adalah sel darah putih, dihasilkan oleh monosit. Monosit dan makrofaj adalah fagosit. Mereka bertindak sebagai sebahagian daripada sistem imun tubuh manusia.

3. Interferon meningkatkan pengesanan terhadap jangkitan atau sel tumor dengan cara meningkatkan kehadiran antigen kepada T limfosit untuk mencari virus dan sel yang dijangkiti.

4. Interferon meningkatkan keupayaan ketahanan ‘host cells’ yang tidak dijangkiti untuk melawan jangkitan baru oleh virus.
Sesetengah simptom seperti demam dan kesakitan otot adalah berkaitan dengan penghasilan interferon ketika jangkitan berlaku.


Mengapa Nutriferon Shaklee

1. Interferon ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Seorang pakar immunologi yang telah membuat satu penemuan yang diiktiraf terhebat dalam bidang ummonologi.

2. Dihasilkan setelah kajian selama 40 tahun dan semakan semula terhadap beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon).

3. Ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Saffflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, kesemua bahan tersebut mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh segera.

4. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan dan dbuktikan oleh ujian klinikal.

5. Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.


Nutriferon Untuk Siapa?

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Interferon telah terbukti amat berkesan untuk melindungi kita daripada jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit. Selain itu, Nutriferon sangat bermanfaat untuk:

1. Mereka yang berumur 12 tahun ke atas yang sentiasa aktif menjalani hidup dan sentiasa terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran seperti pencemaran dan hendak mengurangkan iritasi faktor luaran terhadap sistem imun tubuh.

2. Mereka yang kurang daya tahan tubuh dan selalu mendapat jangkitan berulang.

3. Golongan berusia yang ingin meningkatkan daya ketahanan badan yang lemah akibat faktor penuaan dan penyakit.

4. Individu yang kurang aktif, diet tidak seimbang atau kurang mengamalkan gaya hidup sihat.

5. Individu yang selalu menghadapi tekanan.

6. Individu sihat yang ingin memastikan tahap kesihatan sentiasa optimum.

7. Individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kanser dan menjalani kemoterapi dan memerlukan tubuh meningkatkan sistem imun semulajadi secara cepat.


Ramuan Utama Nutriferon

Interferon dihasilkan daripada 4 ekstrak tumbuhan. Setiap ekstrak tumbuhan utama yang terdapat dalam Nutriferon mempunyai fungsi utama masing-masing iaitu:

1. Biji Labu - Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh. Serta menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

2. Biji Plantago asiatica - Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

3. Honeysuckle Jepun - Menentang pencerobohan virus dan kuman.

4. Bunga Safflower - Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.


Manfaat Utama Nutriferon

1. Mengukuhkan Sistem Imun Dalam Masa 3 Hari - Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.

2. Melawan Kanser Dan Tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

3. Melindungi Dari Influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

4. Meringankan Stress Dan Kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5. Melambatkan Penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan Infeksi Oleh Pesakit-Pesakit Hepatitis B Dan C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.

7. Mempertingkatkan Menopaus - Hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

8. Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


Mengapa Nutriferon Adalah Perlu?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain.


Bahaya Serangan Mikrob

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.


Cara Pengambilan

Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 stick sehari pada bila-bila masa. Tuang terus ke dalam mulut di bawah liadah atau campur dengan minuman panas atau sejuk.
Untuk rawatan influenza dan kanser: 2-3 sticks sehari. Lebih baik apabila diambil bersama Vitamin C.


Harga
Runcit: RM181.25 (WM) / RM191.25 (EM)
Isi kandungan: Sekotak (30X1.2g)

0 Comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com