Semangat Selalu

Monday, June 30, 2014

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Kenduri

Bulan ramadhan memang seronok. Bulan dimana kita dapat lihat semua surau penuh dengan umat islam berjemaah dari berbuka puasa, solat fardhu dan tak lupa solat tarawih.. memang meriah sangat-sangat..:).. Nak lagi meriah dan multinational kalau kita tengok dekat bazaar ramadhan.. Sesak dengan orang ramai.



So hari ni nak share Resepi Nasi yang saya berjaya masak masa hari kedua.. Tengah on the way balik tu google hp dapat la resepi dari blog Dari Hati Sarah. Memang senang sangat nak masak

Bahan-bahan Nasi Tomato

2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan (kalau ada)
3 sudu besar sos tomato/ tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

  1. Panaskan butter bersama dengan minyak tadi. Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti
  2. Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
  3. Kacau sampai sebati dengan butter. Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu
  4. Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato.. Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam.. Kacau sampai sebati
  5. Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan
  6. Masukkan garam
  7. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
  8. Kemudian, masukkan dalam rice cooker. Jangan lupa kacau.

Bahan-bahan Ayam Masak Merah

½ ekor ayam (basuh + tos)

Bahan Dihiris:
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Dikisar :
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan Lain :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Goreng separuh masak.. Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti..Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
  2. Tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai layu
  3. Masukkan bahan kisar
  4. Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili. Gaul sampai rata dan pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.. 
  6. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih




0 Comments:

Post a Comment

Komen anda amat saya hargai.

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com