Pengalaman Anak Demam Sawan Macam Bakal Hilang Anak
Demam sawan kebiasaannya berpunca daripada deman yang terlalu panas dan terjadi pada kanak-kanak beumur antara 6 bulan hingga 6 tahun. Bagi kanak-kanak, punca sebenar mungkin sukar di kenalpasti. Namunbegitu, jika ia menyerang orang dewasa mungkin disebabkan factor semulajadi dan tekanan mental.
Demam sawan dan Sawan atau epilepsy adalah berbeza. Tanda-tandanya hamper sama tetapi sebagai ibubapa perlulah kita tahu perbezaannya.
Tanda-Tanda Demam Sawan
1. Tidak sedarkan diri
2. Kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan
3. Mulut berbuih
4. Mata hitam akan memandang ke atas
5. Boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar
6. Jatuh tanpa sebab
7. Mata nampak lemah dan kurang aktif
Punca Demam Sawan
Penyakit ini berpunca dari demam yang tinggi dan berlaku jangkitan seperti batuk, selsema, telnga atau kuman virus. Jangkitan ini adalah jangkitan yang ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Demam sawan bukan penyakit keturunan tetapi ada juga yang berasal dari keluarga yang pernah mengalami sawan tarik ini.
Pengalaman Anak Saya Sendiri Kena Sawan
10 Januari 2017 - Seperti biasa, pagi-pagi menyiapkan anak-anak yang nak ke sekolah dan adik yang nak ke rumah mama (babysitter). Demam nak besar agaknya sebab adik baru cukup 1 tahun 31hb December 2016 hari tu. Pagi tu dah rasa badan adik dedar nak demam. Disebabkan saya tak boleh nak cuti, saya cuma bekalkan ubat demam pada mama (pengasuh). Risau juga tengok Alya demam. Saya ada mesyuarat di sebelah pagi dan nak terus balik.
Tengah mesyuarat dalam pukul 10 pagi, mama dah hantar sms mintak balik awal. Mama kata "Shidah balik awal ye. Alya ni merengek je. Akak tak boleh buat apa. Duduk dekat dia je. Sian pulak akak tengok". Allahuakbar. Sian adik tapi dia memang terkenal nak berkepit je. Lepas habis je mesyuarat, terus ke rumah mama amik adik. Happy gila adik siap bye2 mama.
Saya bawa adik ke ofis dan duduk dalam bilik mesyuarat. Adik duduk dalam babywrap supaya peluk saya rapat-rapat. Memang adik merengek je dan tidur pun tak lena. Lepas selesai semua, saya bawa adik balik.
Dalam kereta adik tak meragam dan duduk diam je. Bagi adik pegang hp dan dia asyik main dengan botol mineral yang ada dalam kereta. Saya ambik sekali kakak-kakak dari sekolah KAFA dan terus balik rumah.
Kat rumah, Kak Long jaga adik sementara saya nak memasak nasi. Masa tu adik merengek kak long la memujuk dia. Dukung adiknya sambil tengok tv. Sementara kami tunggu ayah balik kerja nak bawa ke klinik tu.
Tiba-tiba Kak Long menangis sambil pegang adik "Ibu kenapa dengan Alya". Adik macam dah tak sedar. badan dia lemah gila. mata nampak dah nak putih. Mulut dah berbuih. Panggil pun dia tak dengar.
Ini pengalaman pertama ada anak yang mengalami sawan. Masa tu yang terkeluar dimulut "Ya Allah Alya...". Terus capai Alya. Teringat cerita kawan saya Rossdi di ofis yang pernah bercerita tentang anaknya yang terkena sawan. Dalam keadaan ayahnya tak ada, saya tak boleh panik dan terus memanggil Alya.
Lap Badan dan tepuk
Kaki adik kejang dan mukanya dah biru. Hingus banyak dan sukar bernafas. Saya sedut semua hingus Adik guna mulut supaya Adik mudah bernafas.
Pengalaman Anak Saya Sendiri Kena Sawan
BertenangIni pengalaman pertama ada anak yang mengalami sawan. Masa tu yang terkeluar dimulut "Ya Allah Alya...". Terus capai Alya. Teringat cerita kawan saya Rossdi di ofis yang pernah bercerita tentang anaknya yang terkena sawan. Dalam keadaan ayahnya tak ada, saya tak boleh panik dan terus memanggil Alya.
Lap Badan dan tepuk
Kaki adik kejang dan mukanya dah biru. Hingus banyak dan sukar bernafas. Saya sedut semua hingus Adik guna mulut supaya Adik mudah bernafas.
Saya terus bawa adik Alya ke sinki dan basahkan badannya. Saya terus lap dan urut air supaya kejang tu berkurangan. Hampir 5 minit juga. Dari awal kena, Ibu tak berhenti panggil nama adik.
Segera buka baju atau longgarkan
Bila keadaan nampak agak terkawal, baru saya bukak baju adik supaya lapang dan ambil tuala dan peluk adik.
Bawa ke tempat lapang
Terus bawa adik ke ruang tamu supaya dapat oksigen. Elakkan adik beradik yang lain berkerumun keliling adik. Kakak-kakak masing-masing menangis risaukan adik sebab ini pertama kali berlaku.
Ajar anak-anak yang lain bertindak
Dalam keadaan seperti ini, bantuan anak-anak sangat penting. Kak Ngah ambilkan tuala
Kak long minta bantuan jiran sebelah untuk hubungi ayah.
Segera buka baju atau longgarkan
Bila keadaan nampak agak terkawal, baru saya bukak baju adik supaya lapang dan ambil tuala dan peluk adik.
Bawa ke tempat lapang
Terus bawa adik ke ruang tamu supaya dapat oksigen. Elakkan adik beradik yang lain berkerumun keliling adik. Kakak-kakak masing-masing menangis risaukan adik sebab ini pertama kali berlaku.
Ajar anak-anak yang lain bertindak
Dalam keadaan seperti ini, bantuan anak-anak sangat penting. Kak Ngah ambilkan tuala
Kak long minta bantuan jiran sebelah untuk hubungi ayah.
Terus bawa ke klinik
Saya terus bawa adik ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Doktor kata ini perkara biasa terjadi pada kanak-kanak. Cuma mak ayah kena ready.
Bila jadi, mengiringkan ke sebelah kiri.dan lapkan dengan air suam. Kita nak elakkan anak supaya lidahnya tidak menghalang pernafasannya.
Sentiasa pastikan ada ubat demam atau ubat bontot (sub) standby di rumah
Sentiasa ada termometer untuk memeriksa suhu anak. Bagi anak yang pernah kena, suhu 37.5 pun boleh kenaHATI-HATI! Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).
Adakah Ia Berulang?
Ya. Beberapa kali juga Alya kena tapi kami tahu bagaimana keadaan dia sebelum kena. Bila Alya demam dia nampak sangat letih.
Sejak tu saya sentiasa risaukan Alya. Bila dia demam memang standby je. Mesti cuti. saya mula berikan Alya vitamin untuk kanak-kanak untuk bantu tingkatkan nutrisi dia. Saya beri vitalea for children 2 kali sehari. Sebiji kali selepas makan. Alya semakin baik dan kini dah hampir 6 bulan tidak kena. Syukur sangat. Harap tidak sehingga tahap epilepsi yang perlu merujuk doktor.
Vita-Lea for Children
Harga RM117.93
Sebotol mempunyai 60 biji
2 biji sehari selepas makan
- Dihasilkan dengan rangkaian 18 vitamin dan mineral yang komprehensif.
- Setiap hidangan menyediakan 100% Nilai Harian kesemua lapan vitamin B, serta vitamin C, D dan E, yang memainkan peranan penting untuk menyokong tubuh yang sihat.
- Tanpa tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan, dan ia dimaniskan secara semula jadi menggunakan xylitol yang tidak menggalakkan kerosakan gigi.
- Bebas gluten
- Berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja.
Moga anak-anak kita terus sihat. Bagi anda yang nak mendapatkan Vitalea for Children boleh hubungi saya 012-6240197.
Shidah Abdullah


0 Comments
Komen anda amat saya hargai.