Youth Beauty Party Di Ipoh

Assalamualaikum dan hi semua,

Entry ni nak share tentang join Youth Beauty Party di Kinta Riverfront Ipoh. Excited betul sebab first time join party macam ni. Booking RM50 sebulan awal. Tiket memang sold out. Memang berbaloi berebut tiket dan balik Ipoh semata-mata nak berparty


Pendaftaran
Kelas bermula 2.30 petang. Memang datang awal untuk pendaftaran supaya boleh duduk depan-depan. Berjaya menjadi orang ke 11 yeehaa. Banyak sikit ilmu melawo masuk. Bila mendaftar dapat beauty kit Youth, Youth produk detail, beauty worksheet dan nombor cabutan bertuah.


Dalam beauty kit tu ada barang-barang di bawah nak digunakan masa berparty.
  • Headband
  • Facial span
  • Table cloth
  • Cotton bud
  • Facial mirror

Hajat tercapai untuk duduk di meja depan sekali. Meja dah tersedia dengan alatan berparty seperti bekas berisi air, Set Youth yang akan digunakan, tisu dan pensel.



Sementara menunggu session start, di bahagian depan ada full set display produk Youth ni. Apa lagi bergambar la kita. Sebelum ni dengar cerita dan kebaikan setiap produk DI SINI



Skin Analysis
"Nombor 11 Norashidah Abdullah". Yeah turn saya untuk buat scan analysis muka. Masuk terowong comel bercahaya. Baru nampak nur. Skin analysis ni menganalisa masalah kulit, tona kulit, umur kulit sekarang, tahap kelembapan. Masalah kulit saya adalah berpori besar dan kulit kurang kelembapan. Huh sign of agjng.





Bukti akak duduk depan ye. Sesi ni nutritionist explain tentang bagaimana produk dihasilkan, bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan YOUTH

1. MUSCADINE GRAPE

  • Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel.
  • Menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Bila pakai Youth Complex ni, kulit akan awet muda.

2. LOTUS JAPONICUS

  • Youth Complex dalam proses paten digabungkan dengan Lotus Japonicus
  • Ia mengaktifkan protein Youth untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 
  • Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit korang secara berstruktur.
Kulit akan rasa segar, tegang dan muda remaja.

3. APPLE STEM CELL EXTRACT

  • Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract ni mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. 
  • Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut.


4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

  • Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.
  • Herba ni memang sesuai dengan semua jenis kulit. 
  • Menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


5. VITAL REPAIR + ® COMPLEX

  • Vital repair Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.




Beauty Party Time
Hah! Bila dah pakai macam ninja ni maksudnya sesi berparty bermula. Keluarla segala alatan dari set party tadi. Ni cikgu cantik suruh pakai siap-siap.



Mula-mula cikgu cantik suruh ambil beauty worksheet macam di bawah ni dan kenal pasti masalah muka kita dulu. Kena tanda kawasan-kawasan yang ada masalah
  • Fine line
  • Kedutan (wringkle)
  • Jerawat (acne)
  • Jeragat 
  • Blackhead
  • Whitehead
  • Tona tak sekata




Kenapa perlu kenal pasti? Supaya bila kita guna produk Youth kita monitor perubahan di bahagian tersebut. Ok dah nak start facial-facial ni. Guna Youth ni sebesar kacang je tak perlu banyak. Cikgu cantik suruh bau dulu. Hmm.. bau dia memang natural sangat.


Tengok muka-muka excited berparty. Ini cubaan ditangan.  Nak tengok perbezaan. Gosok pun gelak-gelak. Kami diberikan menggunakan fullset yang mengandungi 6 penjagaa
  • Cleanser 
  • Toner
  • Serum
  • Moisturiser
  • Vitamin C + E
  • Renewal Night Cream gosok ditangan)




Ini wajah kami yang bersinar-sinar selepas menggunakan YOUTH. Rasa sangat perbezaannya bila menggunakan skincare yang sangat bagus. Kulit rasa lembut sangat.


Dalam sesi ni juga, dikongsikan testimoni mereka yang telah menggunakan produk Youth. Memang ketara perubahannya di mana ia sangat memperbaiki dan memperbaharui sel-sel.

TESTIMONI YOUTH









Tempoh penggunaan Youth bagi semua testimoni di atas adalah 2 bulan. Lihat lah perubahan. Memang berbaloi mendapatkan YOUTH.

Macamana nak dapatkan Youth?

Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
No telefon 012-6240197 atau
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram