Pengalaman Menginap Di The Zenith Hotel Kuantan

Minggu ni kami ke Kuantan menziarahi pakcik saudara di sini. Sambil tu sempat la kami shortvacay dengan anak-anak, mak dan adik.

Permulaannya kami booking Shahzan Inn  melalui agoda. Tapi bukan rezeki kami untuk menginap di situ selepas complain bilik kami di tingkat 13 aircondnya tidak sejuk walaupun maintenance datang repair. Kebetulan bilik lain penuh untuk digantikan.

Kami decide pindah ke hotel yang lain ditempat pakcik-pakcik yang lain menginap iaitu The Zenith Hotel. Hotelnya memang kerlas ko 😂.


Kami tumpang kad kerajaan pakcik saya dan dapat diskaun 30%. Baru tau special siapa kerja kerajaan dapat jimat banyak.

Ruang Bilik

Ye la dah last minit tukar. Pilihan bilik pun tak ada. Dapat bilik 2 single bed pun dah selesa sangat. Janji aircond fungsi kan! Memang berbaloi dengan harganya untuk kami keluarga yang ramai. 


Disediakan juga kerusi sofa yang boleh juga dibuat tempat melelapkan mata. Kerusi empuk ditambah bilik sejuk seminit pun dah terlena.


Tengok anak dara sorang ni bukan main happy lagi melompat-lompat dan terbaring-baring atas katilnya. 



Bilik Air 

Paling penting bilik airnya. Mudah la sikit mak-mak anak ramai nak berperang menyiapkan seorang demi seorang. 


Ada juga bathtab untuk berendam air. Tuangkan air suam dan berendam... Pergh! Maunya sampai tertidur dekat situ disebabkan keletihan. 


Pakej dengan 2 Sarapan Percuma

Macam biasa akan ada sarapan percuma untuk 2 orang. So 2 orang je la turun makan. Yang lain kami dah siap pergi beli di pasar tani hari ahad depan UTC Kuantan. Ada laksam, nasi lemak dan macam-macam lagi pilihan lain. 

Untuk breakfast, memang banyak pilihan makanan dari makanan utama orang kuantan iaitu nasi minyak dengan ayam sambal sehingga la yang western seperti pasta. Pilih sahaja di tempat buffet ni. Memang puas hati. Berbaloi la menginap di sini.



Kolam Renang

Pastinya untuk anak-anak tak sah kalau tak mencari kolam renang yang berada di tingkat 4. Di tingkat yang sama ada juga fasiliti yang lain seperti gym, spa, zumba dan taman permainan kanak-kanak.


Untuk mandi kolam ni kena pakai swimming suit ye. tak boleh pakai baju biasa. Kalau tak bawa, di ground floor hotel ni terdapat kedai yang menjual swimming suit ni dalam range harga RM50 (bawah 3 tahun), RM109 (bawah 12 tahun) dan dewasa RM160. Huhuhu memang la tahu sebab kena belikan untuk anak-anak dara ni. Tak beli kesian pulak. Beli bersyarat tu... Guna duit raya diorg.. Biar diorang tahu bukan senang nak dapat kan... hehe


Bagi yang mencari hotel di Kuantan kami memang suggest sangat anda ke sini ye.

Jalan Putra Square 6
Putra Square
25200 Kuantan, Pahang
Klik sini Google Map

Tel : +609-565 9595
E-mail: enquiries@thezenithhotel.com



0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram