6 Adab Menuntut Ilmu Bagi Berbisnes Online.

Assalamualaikum. 

Hari ni nak berkongsi berkaitan adab menuntut ilmu. Penting untuk kita sentiasa ingat sebab setiap hari kita menuntut ilmu. Belajar secara formal di kelas-kelas atau pun tidak formal di pejabat. Sekarang lebih canggih, ada banyak kelas-kelas online seperti di facebook, telegram, whatsapp dan penggunaan go-to-meeting apps. Semua dihujung jari.


Jom kita mulakan...  

1. Niat Yang Baik

Bila kita nak menuntut ilmu kena mulakan dengan niat yang baik. Sejajar dengan hadith Rasullullah. Baginda bersabda:

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya..

Penting sangat niat nak mulakan sesuatu. Dalam zaman online ni semua nak bersaing untuk dapat income lebih. Dalam kejar-kejar nak jadi kaya boleh terlupa tau niat sebenar kita belajar.

Duduk diam-diam. Angkat tangan dan doa "Ya Allah permudahkan aku menuntut ilmu, jaga la hatiku, lapangkan hati untuk memahami setiap ilmu dan ikhlaskan hati"

Jaga hati jangan sampai hati kita terdetik :
▪ "Eh! Aku copy saje la posting orang ni. Bukan dia tahu"
▪ "Ala dia ni bukan terror sangat pun. Cakap je pandai"

Jaga hak cipta orang lain terutama posting di fb atau di blog. Jangan sesekali copy paste. Belajarlah dengan sabar dan elakkan tindakan kita melukakan hati sesiapa. Moga jauhkan kita dari segala yang mazmumah.

2. Berbelanja

Tak ada benda dalam dunia free sekarang. Inikan pula ilmu. Pergilah cari guru untuk menuntut ilmu. Jangan biar guru cari kita. Kalau kena bayar yuran, bayarlah. Nak buat sales ribu-ribu bayar.

Bukan tu sahaja, nak jumpa cikgu tu kita akan belanja duit minyak, duit nak makan dan duit tol nak ke lokasi yang aBerbelanjalah juga untuk membeli bahan-bahan rujukan. Setiap yang kita belanja Allah hitung ganjarannya.

3.Berkorban

Lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sangat terkesan.
Berkorban apa sahaja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sehati dan sejiwa.

Berkorban apa sahaja untuk ilmu. Kalau tengok orang-orang kaya dan berjaya, mereka banyak berkorban.
Korban masa terutama masa tidur. Jangan sesekali korbankan masa untuk keluarga.
Korban wang ringgit. Kebiasaannya mereka yang berjaya mememang berbelanja untuk membeli buku. Akan ada masa spesifik untuk membaca.
Korban tenaga. Menuntut ilmu dengan guru kena berkorban tenaga. Ini juga dipanggil berkhidmat; khidmat pada guru. Teringat satu majlis ilmu dan masa tu bekas penyanyi dangdut Iwan ada menjadi jemputan. Dia berkhidmat pada guru dan kami yang tetamu dengan cara tuang nasi makan tengahari.


4. Istiqomah

Istiqomah adalah bahasa arabnya yang bermaksud tetap teguh mengikut satu jalan atau bahasa senangnya konsisten dalam tindakan. 

Bermula dengan konsisten hadir ke kelas online untuk belajar. Yang free ada berbayar ada. Kemudian konsisten dalam mengaplikasi ilmu tersebut. Kalau belajar, kena belajar dengan konsisten untuk dapat result cemerlang. Bila berbisnes seperti mesti konsisten sharing info berkaitan produk atau perkhidmatan. Baru seronok tengok hasilnya nanti.

5. Terus sepanjang zaman

Bila ada ilmu, teruskan sepanjang zaman. Ilmu yang luas ni mesti dikongsikan dan disampaikan. Contohnya macamana nak schedule post fb. 

Kadang-kadang perkara simple-simple ilmu seperti ilmu jaga kesihatan dari segi penjagaan makanan, tips nak kurus, cara bersenam, cara timbang berat

Blogging adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu supaya ia berterusan. Bayangkan ilmu yang dikongsi jadi bekalan kita di alam sana. Amin

Yang terakhir sekali..

6. Berkawan dengan guru

Orang kata nak pandai kawan rapat-rapat dengan guru. Sayang guru sepenuh hati. Hormat guru setinggi-tingginya. Tapi pilih la guru yang sentiasa ingatkan kita tentang Allah. Insyaallah segala urusan kita juga tau.

Semoga bermanfaat ye.

Terima kasih pada group Smarties Shaklee yang memberi peluang untuk saya berkongsi dan memberanikan diri berkongsi. Saya kongsikan juga video yang saya rekodkan untuk kawan-kawan...

Nak belajar berbisnes tapi tak tahu macamana?
Jom join saya Shidah Abdullah (SID 922949) No tel : 012-6240197

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram