Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Tuesday, May 13, 2014

Nutriferon

Apakah Interferon? 
   
Interferon (IFN) adalah protein yang diperbuat dan dibebaskan oleh ‘host cells’ hasil tindakbalas daripada kehadiran patogen seperti virus, bakteria, parasit, sel tumor dan lain-lain. Interferon membenarkan komunikasi di antara sel-sel untuk mencetuskan sistem pertahanan untuk perlindungan kepada sistem imun tubuh dalam melawan ancaman patogen dan tumor.


Fungsi Utama Interferon

1. Interferon tergolong dalam kelas besar glikoprotin yang dikenali sebagai sitokina. Interferon dinamakan sedemikian disebabkan keupayaannya untuk ‘interfere’ ataupun menganggu/ mematahkan replikasi virus dalam ‘host cells’.

2. Interferon mengaktifkan sel-sel sistem imun seperti sel pembunuh semulajadi dan makrofaj untuk memusnahkan jangkitan dan virus. Makrofaj adalah sel darah putih, dihasilkan oleh monosit. Monosit dan makrofaj adalah fagosit. Mereka bertindak sebagai sebahagian daripada sistem imun tubuh manusia.

3. Interferon meningkatkan pengesanan terhadap jangkitan atau sel tumor dengan cara meningkatkan kehadiran antigen kepada T limfosit untuk mencari virus dan sel yang dijangkiti.

4. Interferon meningkatkan keupayaan ketahanan ‘host cells’ yang tidak dijangkiti untuk melawan jangkitan baru oleh virus.
Sesetengah simptom seperti demam dan kesakitan otot adalah berkaitan dengan penghasilan interferon ketika jangkitan berlaku.


Mengapa Nutriferon Shaklee

1. Interferon ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954. Seorang pakar immunologi yang telah membuat satu penemuan yang diiktiraf terhebat dalam bidang ummonologi.

2. Dihasilkan setelah kajian selama 40 tahun dan semakan semula terhadap beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia (Nutriferon).

3. Ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Saffflower, Honeysuckle Jepun dan biji Plantago, kesemua bahan tersebut mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh segera.

4. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan dan dbuktikan oleh ujian klinikal.

5. Nutriferon adalah satu Formula Eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee.


Nutriferon Untuk Siapa?

Dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanser, hidrophobia (penyakit anjing gila), herpes dan HIV dan lain-lain. Interferon telah terbukti amat berkesan untuk melindungi kita daripada jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit. Selain itu, Nutriferon sangat bermanfaat untuk:

1. Mereka yang berumur 12 tahun ke atas yang sentiasa aktif menjalani hidup dan sentiasa terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran seperti pencemaran dan hendak mengurangkan iritasi faktor luaran terhadap sistem imun tubuh.

2. Mereka yang kurang daya tahan tubuh dan selalu mendapat jangkitan berulang.

3. Golongan berusia yang ingin meningkatkan daya ketahanan badan yang lemah akibat faktor penuaan dan penyakit.

4. Individu yang kurang aktif, diet tidak seimbang atau kurang mengamalkan gaya hidup sihat.

5. Individu yang selalu menghadapi tekanan.

6. Individu sihat yang ingin memastikan tahap kesihatan sentiasa optimum.

7. Individu yang mempunyai penyakit kronik seperti kanser dan menjalani kemoterapi dan memerlukan tubuh meningkatkan sistem imun semulajadi secara cepat.


Ramuan Utama Nutriferon

Interferon dihasilkan daripada 4 ekstrak tumbuhan. Setiap ekstrak tumbuhan utama yang terdapat dalam Nutriferon mempunyai fungsi utama masing-masing iaitu:

1. Biji Labu - Merangsang pengeluaran interferon semulajadi didalam tubuh. Serta menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser.

2. Biji Plantago asiatica - Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun.

3. Honeysuckle Jepun - Menentang pencerobohan virus dan kuman.

4. Bunga Safflower - Menghasil dan memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman.


Manfaat Utama Nutriferon

1. Mengukuhkan Sistem Imun Dalam Masa 3 Hari - Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.

2. Melawan Kanser Dan Tumor - Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

3. Melindungi Dari Influenza - Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

4. Meringankan Stress Dan Kelesuan - Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5. Melambatkan Penuaan - Formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6. Mengurangkan Infeksi Oleh Pesakit-Pesakit Hepatitis B Dan C - Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan, seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit Hepatitis B dan C.

7. Mempertingkatkan Menopaus - Hipertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

8. Mempertingkatkan PMS - Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


Mengapa Nutriferon Adalah Perlu?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus di udara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain.


Bahaya Serangan Mikrob

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita pada sesuatu masa, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, terganggu tidur atau dijangkiti flu, batuk, alergi, asthma, ekzema, jerawat dan lain-lain. Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit degeneratif, penyakit kronik, kanser dan lain-lain.


Cara Pengambilan

Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 stick sehari pada bila-bila masa. Tuang terus ke dalam mulut di bawah liadah atau campur dengan minuman panas atau sejuk.
Untuk rawatan influenza dan kanser: 2-3 sticks sehari. Lebih baik apabila diambil bersama Vitamin C.


Harga
Runcit: RM181.25 (WM) / RM191.25 (EM)
Isi kandungan: Sekotak (30X1.2g)
Read More

Wednesday, May 7, 2014

Meal Shakes





Apa itu Meal Shakes?

Meal Shakes menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah disedap untuk kegunaan seharian.


Apakah bahan-bahan asas di dalam Meal Shakes?

Meal shakes diperbuat dari bahan semulajadi seperti

  • buah-buahan
  • kacang soya
  • lactalbumin (sejenis susu)
  • lain-lain

Lactalbumin adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti. Ia mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa.

Untuk Siapa?

Ia dihasilkan untuk semua golongan termasuk

  • Bayi
  • Pelajar
  • Kanak-kanak membesar
  • Ibu Mengandung
  • Para Atlet
  • Pengamal Sayuran (Vegetarian)
  • Orang Sakit
  • Orang yang sibuk bekerja
  • Orang yang selalu mengambil makanan segera
  • Orang yang selalu tidak bersarapan pagi (breakfast)

Apakah Khasiat Meal Shakes?



  • Membekalkan nutrisi lengkap dengan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. 


  • Membekalkan nutrisi kepada Sel Tubuh kerana ia kaya denan protin yang membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain


  • Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran.


  • Anti-Oksida - Ia mengandungi Vitamin A,C,E, zink, selenium yan merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.


  • Mengembalikan seri wajah - Lengkap dengan Vitamin B, Zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah


  • Detoksifikasi - Kaya denan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

Bagaimana nak dapatkan Meal Shakes?

Untuk membuat order anda boleh click di sini di bawah. Jika anda ingin konsultansi lebih lanjut anda boleh berhubung terus dengan saya melalui sms atau whatsapp seperti di bawah:-


Wakil Pengedar Shaklee Anda
Shidah Abdullah l Shaklee Independent Distributor [ ID No : 922949 ] 
SMS/WhatsApp : 0126240197 l Emel : norashidah83@gmail.com l 
FB Page: Rak Vitamin Sihat

Read More

Tuesday, May 6, 2014

Stresskan Perkara Lebih Yang Positif

Stres adalah tekanan di mana sebenarnya adalah satu "push factor" atau faktor penggalak yang penting dalam hidup kita. Selalunya bila kita cakap pasal stress ni, yang mendengarnya pun terus akan stres juga. Pelik kan!

Tapi hakikatnya jika kita guna stress dengan cara terbaik, kita akan jadi yang terbaik. Hari ni saya rasa luar biasa. Walaupun sibuk berkerja tetapi kurang stress dari hari-hari biasa. Muka berkerut-kerut. Asyik nak marah orang lain.


stress

Dari mana datangnya stres?

a. Masalah Tempat kerja 


* Selalu tukar tempat kerja –> jika selalu tukar ke sana ke mari sudah pastilah tekanan bertambah,.. Setiap kali ke tempat kerja baru proses pembelajaran baru bermula.. Pastinya pening kepala ek..
* Selalu tukar sistem –> Ini lebih kurang dengan cerita di atas.. Kadangkala perubahan ‘kepala’ menyebabkan sesuatu organisasi akan dirombak .. Cerita lama dibuang dan cerita baru bermula.. Orang lama pastinya kusut kepala untuk mengikut sistem baru..
* Hubungan dengan orang –> hm yang ini biasalah.. Kalau hubungan dengan orang di sekeliling tidak rapat dan berasa curiga sudah pastinya bantuan kurang dan tekanan bertambah.
* Beban kerja berat —> kerja banyak memanglah akan menambahkan lagi beban di dalam otak..
* Banyak dateline –> lebih kuran di atas..
* Bosan –> perkataan bosan sering berlaku jika kerja yang dilakukan tidak mampu menarik minat.. Dan kebosanan terhadap proses kerja yang tidak berubah juga sebagai faktor utama tekanan di tempat kerja.


i ) Sifat Semulajadi
* Terlalu sensitif –> mereka yang terlalu sensitif akan mudah terasa kepada sesuatu perkara.. Ianya akan menimbulkan tekanan kepada individu terbabit.. Kesensitifan mereka mampu membuatkan mereka bertindak di luar dugaan.
* Bercita-cita tinggi –> Cita-cita terlalu menggunung dan sukar untuk dicapai..Contoh, ingin jadi jutawan internet dalam tempoh 1 bulan.. Bukankah ianya sesuatu yang gila dan akan menyebabkan tekanan menggila jika ianya tidak mampu dicapai.. Apatah lagi jika cita-citanya dicanang ke seluruh alam maya percintaan.. Eh tersasul lagi..
* Terlalu teliti ( cerewet) –> terlalu teliti kadangkala menyebabkan kesukaran untuk keputusan dibuat.. Terpaksa memikirkan macam-macam perkara sebelum keputusan dibuat dan sudah pasti tekanan dirasai untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti..
* Pendesak –> orang seperti ini lebih kepada menimbulkan tekanan kepada orang lain namun kadangkala desakan yang berpanjangan akan menyebabkan tekanan kepada diri lebih-lebih lagi desakan tidak berhasil.
* Perisau –> orang yang terlalu risau sudah pastinya tekanan akan wujud dalam minda.. Risau tentang sesuatu yang buruk menyebabkan kesukaran untuk berfikir dan tekanan makin bertambah dalam tubuh badan.
* Kaki gaduh –> memang akan timbulnya tekanan kerana kaki gaduh ini terpaksa memikirkan strategi dan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan oleh pihak musuh…
* Buruk sangka –> ini banyak berlaku terutamanya dalam komuniti yang besar.. Memang orang yang buruk sangka akan menimbulkan konflik sesama sendiri dan seterusnya tekanan antara mereka akan bertambah..
* Terlalu serius –> keseriusan seseorang itu akan menimbulkan tekanan yang mendalam …

iii) Hubungan Kemanusiaan
* Tempat kerja –> kadangkala kita terpaksa berhadapan dengan politik di tempat kerja.. Hipokrasi, kipas mengipas yang berlaku di tempat kerja memang memberi tekanan.. Sakit kan ..
* Rumah –> masalah di rumah dengan keluarga merupakan masalah yang amat meruncing masa kini.. Tekanan kadang-kadang dilepaskan pada tempat yang tidak sepatutnya.. Sebab itu berlaku kes pembunuhan dan penderaan terhadap keluarga.. Masyaallah.. Harap dijauhkan..
* Konflik –> Ini berlaku di mana-mana sahaja samada di tempat kerja, rumah, kejiranan, organisasi dan sebagainya.. Tanpa ditangani dengan baik ianya menimbulkan tekanan yang cukup hebat di antara satu sama lain.
iv) Punca Dalaman
* Hati kotor –> ianya bukan bermakna hati anda telah dipenuhi sampah sarap atau bahan-bahan buangan namun lebih kepada hati.. Sejauh mana kita tidak berburuk sangka, tiada phd dan berbagai perkara negatif yang bersarang dalam hati.. Macam mana nak bersihkan?? Sentiasa ingat padaNya..
* Engkar Perintah Tuhan –> Sudah pastinya engkar perintah Tuhan akan menyebabkan jiwa kita hilang.. Tekanan tidak dapat dikawal dan menghilangkan tekanan dengan melakukan perkara dilarang..
* Percaya pada karut –> Ianya sudah pasti berlaku ..Akibat percaya pada sesuatu yang karut tidak melakukan perkara yang boleh memberikan kebaikan kepada kita.. Ini perlu dielakkan kerana ianya boleh menghilangkan ‘roh’ kejayaan dalam diri..
Kalau diperhatikan tentang punca-punca berlakunya stress memang banyak perkara yang berkait rapat.. Saya sendiri bersetuju dengan punca-punca tersebut kerana ada beberapa punca yang dinyatakan wujud dalam diri..
Ini sedikit sebanyak meningkatkan lagi tahap stress.. Penemuan punca ini menarik untuk diperhatikan.. Adakah ada punca-punca di atas yang menyebabkan anda mengalami stress atau mungkin ada yang tertinggal..
Mungkin anda boleh kongsikan bersama bagi kita mencari punca utama berlakunya stress..
Apa yang saya lakukan?

Hanya dengan mengikut kata nanny dan mak shaklee untuk tulis apa yang saya hendak. Hanya tulis 5 perkara yang saya nak lakukan untuk berjaya?

1# 100 peratus tingkatkan amalan rohani dengan dekat diri pada yang maha ESA. Yang paling penting KONSISTEN

2# Sebutkan perkara positif dengan memuji orang lain dan diri sendiri. Rasa lega sangat. Lapang dada bila kita cabaran datang. Seperti hari ini dimarahi seorang pegawai. Kalau ikut selalu mempunyai.

3# Kenali produk shaklee.. Memang hebat

4# Follow up pelanggan dan merber-member agar mendapat manfaat.

5# update rekod customer di dalam buku catitan khas.

Percayalah.. terasa lapang dada dengan usaha yang telah dilakukan. 


Read More

Monday, May 5, 2014

Adzlin Lin Halimi : Adakah kita cukup tabah dan redha jika disahkan kanser?

Mendapat satu perkongsian whatsapp yang menarik dari seorang sahabat. Tertarik untuk saya kongsikan diblog ini. Saya bukan sahabat arwah. Hanya seorang pembaca seperti orang lain yang tertarik kisah kuburnya bercahaya. Namun sangat tertarik membaca apa sahaja tentang wanita ini termasuk kisah amalannya. Kecekalannya buat saya sedar untuk belajar apa itu redha dan tidak seharusnya ada rungutan dalam setiap ujian.


Adzlin Lin Halimi


Sempat saya screenshot fb arwah diatas yang dikongsikan dilaman fb sahabat-sahabat lain. Memang indah wajahnya seindah akhlaknya. Al-fatihah.



CORETAN DARI USTAZAH ASNI MANSOR

Alhamdulilah..
Sampai hajat menziarahi keluarga allahyarhamah Adzlin Lin Halimi...

Bukan taksub kisah kuburnya yang bercahaya..
Bukan jua mencari dimana keramatnya ..bukan...bukan
Tetapi lebih kepada menziarahi dan mengambil iktibar..

Menziarahi anak- anak yang kehilangan ibu....
Yg pergi tidak kembali...
Hari ini kita menziarahi anak yang ditinggalkan ibu..semoga satu hari nanti...ada juga orang yang Akan menziarahi anak anak kita... Sekira kita pula kembali pada yang satu.

Juga ingin mengambil iktibar...
Wanita yang tabah dan pasrah dengan Peta takdir yang dilakar Allah...
Beliau bukan ustazah...
Juga bukan alimah...
Sungguh maha sayang Allah tidak memilih siapa hambanya
Tapi Persediaan hati..
menerima takdir harus dicontohi...

Menurut kata bondanya ...
Ketika bergelut dengan Sakitnya...
Tiada satu pun "aduh yang terbit dari lidahnya...."
Apatah lagi mengadu
" mak...sakit..."
Tiada... Kenapa aku yang yang diberi ujian....Kenapa aku...juga tiada....
Tapi yang ada...."In syaallah Allah...Lin akan baik...Lin baik2 aja ...Doakan Lin....."
"la ilahailla anta Subhanallah inni .kuntu minadzolimin...
Inilah kalimah yang terbit....
Dari bibir pucat seorang wanita....

Ujian hidup...Ujian sakit...dia Tempuh...
Sungguh dia bersungguh-sungguh berPatah sayap bertongkat paruh...
tetap tersenyum dan bersangka baik...pada tuhan yang yang maha wadud ..yang Esa..sungguh Allah tidak menguji melainkan pada yang mampu...
Pada yang layak...

Entah dipondok mana mendapat ilmu sabar ....
Entah dimadrasah mana belajar tentang pasrah dengan takdir.....
Entah dipasantren mana bertalaqi tentang redho....
Tapi yang pasti...Allah maha wahhab...
Maha memberi...
Tentunya dari hidayah yang maha Hadi ....
ALLAH memberi hidayah kepada sesiapa yang ia kehendaki....
Sungguh Allah maha kasih.....

Benar kata ibunya
Beliau berzikir selama 4 jam sebelum Menutup mata.
Beliau sendiri berjuang dengan sakaratul maut....dengan kalimah lailahaillah... ALLAH..hingga akhir..hingga akhir..
Tak perlu dibisik ke telinga...
Lidahnya pantas menyeru kalimah thoyyibah...
Kalimah Allah...
ALLAHU ROBBI

Terima kasih kepada keluarganya...ibunya...yang sudi menerima kunjungan..
Juga kepada pengiring saya...
Umamah yang sangat berusaha..
Sahabat lama rumaizah Aton Makwal......yang menemani kunjungan ini..

Ku tinggalkan dua ank kecil ini....
Yang sudah tiada riba ibunya untuk merebah kepala...
Yang tiada lagi bahu ibunya untuk menyandar harap...
Percayalah Wahai Aina dan amsyar....
Walau kau sudah tiada bahu ibumu untuk bersandar...
Tapi masih ada lantai untuk kau bersujud ...
Masih ada tanah untuk bersujud....

Sujud lah pada yang maha Ada...
Mohonlah pada yang maha kasih....maha memelihara....
Kerana Dialah Allah yang Akan menjaga mu....

Wahai Allah yang maha Hafiz...
Kau Pelihara ibunya..
Juga anak- anaknya...

Bahagiakan mereka..
Muliakan mereka dunia dan akhirat...

Ampunkan dosa2 allahyarhamah.. Tempatkan dia bersama org yang soleh...

Rezekikan kami dengan husnul khotimah...
Aamin....

Hamba fakir disisi Allah
Terima kasih Allah...
Read More

Sunday, May 4, 2014

Stressnya Kaki Kita?

Kaki adalah aset penting dalam tubuh badan kita. Tanpa kaki mungkin agak sukar untuk kita ke mana-mana. Namun ramai tak ambil kisah penjagaan kaki. Kita biarkan ia kasar, pecah-pecah dan merekah. Kesian kaki kita tapi kita nak guna dia sepanjang masa.


Tumit Merekah
Tidak hairanlah perniagaan foot spa tumbuh bagai cendawan. Selain mendapat keuntungan dari keunikan perniagaannya, ia juga memberi kesedaran pada orang ramai agar memanjakan kaki sendiri agar sihat sempurna.

Jom kenali kenapa kaki kita stress dibawah

6 Punca Tumit Merekah/ Rosak

■ Kekurangan Air adalah salah satu sebab menjadikan kulit kaki menjadi kering dan merekah. Ada juga yang kelihatan bersisik dan berkilat. Ini tanda- tanda kaki kita stress.

■ Genetik atau Baka sama seperti permasalahan jerawat dan sakit kulit yang lain. Kaki merekah juga dapat diwarisi kerana kita membawa genetik atau baka yang sama. Mungkin tahap keseriusannya mungkin berbeza.

■ Hamil juga boleh menyebabkan tumit merekah disebabkan berat badan yang meningkat dan juga perubahan hormon yang berlaku pada badan.

■ Rekaan Kasut yang tidak sesuai memberi risiko kaki rosak. Antaranya disebabkan ia terlalu ketat untuk kaki atau kita memakainya terlalu lama. Ia memberi tekanan pada kaki kita.

■ Tidak Memakai Stokin nampak macam biasa sahaja. Tetapi kesannya akan kelihatan bila kulit kita cedera akibat tidak memakai stokin.

■ Berat Badan Bertambah menyebabkan tekanan di kaki di mana ia tidak dapat menampung bertambahan berat dan badan yang semakin lebar.

Oleh itu, penjagaan luaran dan dalaman amat penting. Berikut adalah cadangan yang telah saya juga lakukan bersama keluarga tercinta. Sihatkan perlu dikongsi bersama. Betul tak?

Penjagaan Luaran



Herbal Blend Multi-Purpose Cream
Berat : 113 gram
Harga runcit : Semenanjung Malaysia ialah RM27


■ Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
■ Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
■ Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Bukan itu sahaja Herbal blend adalah multipurpose cream. Ia juga amat sesuai bagi yang ia sesuai bagi yang mempunyai masalah juga ezema. Dengan menggabungkan Basic H dan Herbal blend Cream. 

Testimonial





Jom Sertai Kempen Jaga Kaki!
Kaki Sihat Kita Pergi Lebih Jauh..


Untuk konsultasi PERCUMA, hubungi saya untuk order dengan isi borang di bawah

Wakil Pengedar Shaklee Anda
Shidah Abdullah l 
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 922949 ] l
SMS/WhatsApp : 0126240197 l 
Emel : norashidah83@gmail.com l 
FB Page: Rak Vitamin Sihat
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com