Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Friday, March 23, 2018

6 Organ Kritikal Memerlukan Kolagen

Entry kali ni saya nak menulis tentang keperluan kolagen pada tubuh badan kita. Biasanya kalau cakap pasal kolagen kita memang tahu untuk cantik je. Ingat ada satu masa tu viral pasal kolagen rumpai laut. Saya terpengaruh juga tapi tak lalu nak makan.

Rupanya banyak manfaat kolagen pada organ-organ kita. Bayangkan bila umur meningkat, penurunan kolagen akan mendadak sebab adanya protein AGE (penuaan)


Berikut adalah organ yang memerlukan kolagen.

1. Rambut dan kuku 
  • Kolagen memperkuatkan akar rambut dan merangsang pertumbuhannya semula
  • Kolagen juga memperkuatkan kuku supaya tidak mudah patah.
  • Jika kuku ada bintik-bintik, ia dapat dihilangkan dengan pengambilan kolagen secara teratur
2. Kulit
  • Kolagen ni membantu meremajakan kulit sebab ia membantu merangsang keanjalan
  • Kolagen juga membuatkan kulit lebih elastik dan sihat
  • Bagi yang mempunyai bekas luka pada kulit, pengambilan kolagen dapat menghilangkan.
3. Sendi
  • Kolagen mampu memberi flexibility pada tubuh terutama bahagian terdon.
  • Kolagen juga membantu menbangunkan bahan tulang rawan pada sendi kita.

4. Tulang
  • Kolagen memilik fungsi yang sama penting seperti kalsium pada tulang.
  • Kolagen berfungsi menyatukan sendi
  • Jika kita ambil dengan konsiste, ia akan memperkuatkan tulang dan mencegah sendi menjadi rapuh.

5. Otak
  • Otak kita menerima nutrisi dari sel-sel yang dijaringkan oleh kolagen
  • Jika kolagen menipis, saraf otak tidak dapat menerima nutrisi sehingga jaringan ini diperbaiki
  • Baru otak dapat bekerja lebih baik

6. Mata
  • Otot-otot mata mesti mampu melentur dengan baik
  • Tapi bila umur meningkat, kolagen pada kornea kita akan berkurangan dan mengakibatkan kornea menjadi kaku dan fungsi penglihatan terjejas.

Pentingkan kolagen ni. Bukan sekadar nak melawa sahaja. Jom upgrade kolagen dalam badan kita. Dapatkan Kolagen dari saya.



Sharing is loving,
Shidah Abdullah 
012-6240197



Read More

Thursday, March 22, 2018

Youth Beauty Party Di Ipoh

Assalamualaikum dan hi semua,

Entry ni nak share tentang join Youth Beauty Party di Kinta Riverfront Ipoh. Excited betul sebab first time join party macam ni. Booking RM50 sebulan awal. Tiket memang sold out. Memang berbaloi berebut tiket dan balik Ipoh semata-mata nak berparty


Pendaftaran
Kelas bermula 2.30 petang. Memang datang awal untuk pendaftaran supaya boleh duduk depan-depan. Berjaya menjadi orang ke 11 yeehaa. Banyak sikit ilmu melawo masuk. Bila mendaftar dapat beauty kit Youth, Youth produk detail, beauty worksheet dan nombor cabutan bertuah.


Dalam beauty kit tu ada barang-barang di bawah nak digunakan masa berparty.
  • Headband
  • Facial span
  • Table cloth
  • Cotton bud
  • Facial mirror

Hajat tercapai untuk duduk di meja depan sekali. Meja dah tersedia dengan alatan berparty seperti bekas berisi air, Set Youth yang akan digunakan, tisu dan pensel.



Sementara menunggu session start, di bahagian depan ada full set display produk Youth ni. Apa lagi bergambar la kita. Sebelum ni dengar cerita dan kebaikan setiap produk DI SINI



Skin Analysis
"Nombor 11 Norashidah Abdullah". Yeah turn saya untuk buat scan analysis muka. Masuk terowong comel bercahaya. Baru nampak nur. Skin analysis ni menganalisa masalah kulit, tona kulit, umur kulit sekarang, tahap kelembapan. Masalah kulit saya adalah berpori besar dan kulit kurang kelembapan. Huh sign of agjng.





Bukti akak duduk depan ye. Sesi ni nutritionist explain tentang bagaimana produk dihasilkan, bahan yang digunakan. 

Bahan-bahan YOUTH

1. MUSCADINE GRAPE

  • Polifenol Muscadine Grape yang dalam proses patent melindungi dan memperbaiki DNA sel.
  • Menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Bila pakai Youth Complex ni, kulit akan awet muda.

2. LOTUS JAPONICUS

  • Youth Complex dalam proses paten digabungkan dengan Lotus Japonicus
  • Ia mengaktifkan protein Youth untuk penjanaan semula sel bagi menghasilkan lebih kolagen, elastin dan fibrilin. 
  • Youth Complex dihasilkan bersama dengan Lotus Japonicus dan Schisandra Chinensis Fruit Extract yang membekalkan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit korang secara berstruktur.
Kulit akan rasa segar, tegang dan muda remaja.

3. APPLE STEM CELL EXTRACT

  • Kajian menunjukkan bahawa Apple Stem Cell Extract ni mengaktifkan dan mempercepatkan pembaharuan sel kulit untuk kulit kelihatan lebih muda. 
  • Ia juga mengekalkan serta memperbaiki tisu kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan lembut.


4. SCHISANDRA CHINENSIS FRUIT EXTRACT

  • Secara tradisionalnya, herba ini digunakan di China, Jepun dan Korea untuk melegakan dan menenangkan keradangan dan kegatalan kulit.
  • Herba ni memang sesuai dengan semua jenis kulit. 
  • Menyokong struktur kulit muda dengan menyuburkan kulit dengan vitamin semulajadi dan antioksidan.


5. VITAL REPAIR + ® COMPLEX

  • Vital repair Complex yang mempunyai pelbagai paten memberikan nutrien antioksida dan vitamin-vitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merosakkan kulit dan menggalakkan tumbesaran sel sihat.




Beauty Party Time
Hah! Bila dah pakai macam ninja ni maksudnya sesi berparty bermula. Keluarla segala alatan dari set party tadi. Ni cikgu cantik suruh pakai siap-siap.



Mula-mula cikgu cantik suruh ambil beauty worksheet macam di bawah ni dan kenal pasti masalah muka kita dulu. Kena tanda kawasan-kawasan yang ada masalah
  • Fine line
  • Kedutan (wringkle)
  • Jerawat (acne)
  • Jeragat 
  • Blackhead
  • Whitehead
  • Tona tak sekata




Kenapa perlu kenal pasti? Supaya bila kita guna produk Youth kita monitor perubahan di bahagian tersebut. Ok dah nak start facial-facial ni. Guna Youth ni sebesar kacang je tak perlu banyak. Cikgu cantik suruh bau dulu. Hmm.. bau dia memang natural sangat.


Tengok muka-muka excited berparty. Ini cubaan ditangan.  Nak tengok perbezaan. Gosok pun gelak-gelak. Kami diberikan menggunakan fullset yang mengandungi 6 penjagaa
  • Cleanser 
  • Toner
  • Serum
  • Moisturiser
  • Vitamin C + E
  • Renewal Night Cream gosok ditangan)




Ini wajah kami yang bersinar-sinar selepas menggunakan YOUTH. Rasa sangat perbezaannya bila menggunakan skincare yang sangat bagus. Kulit rasa lembut sangat.


Dalam sesi ni juga, dikongsikan testimoni mereka yang telah menggunakan produk Youth. Memang ketara perubahannya di mana ia sangat memperbaiki dan memperbaharui sel-sel.

TESTIMONI YOUTH









Tempoh penggunaan Youth bagi semua testimoni di atas adalah 2 bulan. Lihat lah perubahan. Memang berbaloi mendapatkan YOUTH.

Macamana nak dapatkan Youth?

Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
No telefon 012-6240197 atau
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Tuesday, March 20, 2018

Cara Tingkatkan Sistem Imun Anak

Anak sakit mesti kita yang mak ni yang susah hati. Kalau boleh nak anak tu sihat je sepanjang masa. Tapi sakit tanda Allah sayang. Pernah dengar tak, sahabat nabi sampai menangis kalau tak ditimpa sakit. Kuat iman mereka risau Allah tak ingat lagi pada mereka.

Selain kita berdoa, kita juga disuruh berusaha jaga kesihatan. Pergi berjumpa doktor juga satu usaha.

Di sini saya kongsikan tips tingkatkan imun anak-anak. Ye la. Tugas kita bantu tubuh anak bina imun supaya tahan dari serangan penyakit.

1. Minum air putih sangat membantu melancarkan pembuangan. Elakkan bagi yang air yang manis.  Jika nak digantikan, berikan air jus buah

2. Banyakkan makan sayur dan buah. Ibu dan ayah kena rajin potong. Tukar-tukar la warna buah dan sayuran supaya membekalkan fiber yang cukup untuk penghadaman  Didik makan  makanan yang seimbang dari kecil adalah perlu untuk pastikan menjadi amalan anak-anak.

3. Makan minyak ikan seperti Omegaguard untuk meningkatkan imun badan dan kecerdasan minda.

4. Beri makanan jenis yang berbiji seperti labu sangat bagus untuk sistem imun. Kalau anak-anak kurang menggemarinya, boleh taburkan serbuk seperti nutriferon pada makanan.

5. Makanan tambahan seperti vitamin C, multivitamin vitalea dan juga mealshake terutama anak-anak yang memilih makanan.

6. Elakkan beli jajan. Kena belajar alihkan perhatian anak-anak terutama bila singgah kedai.

7. Pastikan persekitaran sentiasa bersih. Sama ada di rumah atau semasa berada di luar. Elakkan kawasan yang terdapat asap rokok atau kenderaan. Ia merosakkan sel anak-anak dan mudah terdedah dengan radikal bebas.

Cadangan Vitamin Untuk Anak-anak
Anak yang kerap demam atau kerap sakit merupakan petanda sistem imun anak lemah. Jadi untuk kuatkan sistem imun anak, berikut adalah vitamin yang sangat membantu meningkatkan daya tahan anak.

1. Vitalea

  • Merupakan rangkaian 18 vitamin dan mineral. Ada vitamin B,C,D dan E
  • Tiada pengawet, pemanis dan perasa tiruan, paling penting bebas gluten.
  • Lengkap dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin c dan diperkaya dengan vitamin D.
  • Sesuai utk kanak-kanak bagi mengelakkan mereka kekurangan nutrisi yg diperlukan untuk tumbesaran
  • Kanak-kanak mesti suka sebab ada perasa anggur. Macam gula-gula.


2. Mealshake
  • Membekalkan 24 jenis vitamin dan mineral. 
  • Multivitamin berupa serbuk dan sesuai diminum pada waktu pagi sebelum ke sekolah. Sesuai dibuat ice blended. Amat sesuai bagi yang susah menelan pil. 
  • Kaya dengan protein bagi membekalkan nutrien pada sel. Ia tidak mengandungi laktosa. Membantu mmbentuk kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sel-sel imunisasi.
  • Mengandungi asid folik, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.

3. Nutriferon

  •  Menguatkan sistem imun dalam badan
  • Membantu melawan deman dan selsema
  • Menentang kerosakan badan akibat radikal bebas
  • Interferon melawan kanser dan tumor
  • Meringankan stress dan kelesuan


4. Omegaguard

  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak
  • Membantu merawat penyakit ekzema.
  • Omega juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak2 dan dapat merawat demam selsema dan batuk.


Pilihan di tangan ibu. Setiap ibu mesti nak yang terbaik untuk anak.

Dapatkan Set Imun Booster untuk anak-anak hari ni...
Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
 No telefon 012-6240197 atau 
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Cara Hilangkan Kedutan Di Muka Dan Garis Bawah Mata

Tahu tak? Ada tumbuhan secantik ini buat kita jadi cantik juga. 

Lotus Japonicus


Ni la dia Lotus Japonicus. Sejenis tumbuhan legum yang banyak didapati di Asia dan Australia. Mempunyai bunga berwarna kuning yang amat cantik.

Legum ialah sejenis tumbuhan kekacang termasuklah kacang tanah, ubi kentang, ubi kayu dan lain-lain.

Legum mempunyai keupayaan istimewa mampu mengikat nitrogen dari udara disebabkan adanya bakteria simbiotik dalam nodul-nodul akarnya.

Ia kaya dengan sumber protein dan minyak yang dapat memperbaiki nitrogen atmospera. Saiznya kecil kira-kira 472 mb, dan dapat hidup membesar dalam tempoh 2 - 3 bulan.

Bahan Utama Dalam YOUTH

Tumbuhan ini adalah sebahagian dalam kandungan produk kecantikan skincare Youth yg dikeluarkan oleh Shaklee iaitu Serumnya yang sangat best.



Antara sumber bahan kandungan yg organik dalam skincare ni.
1. Anggur Musqadine
2. Apple Stem Cell - extract
3. Shinsandra Chinensis Fuirt - extract
4. Advanced Vital Repair

Bagaimana Lotus Jopanicus berfungsi?




  • Lotus jopanicus berfungsi menganjalkan kulit.  
  • Bukan itu sahaja ia membantu mengurangkan kedutan dan elakkan kulit mengelebeh.
  • Berfungsi mengaktifkan Youth tadi 
  • Membantu menghasilkan kolagen dan elastin akan terus bekerja.
  • Ia dikenalpasti sebagai bahan yang amat berkesan untuk menghalang penghasilan tyrosine iaitu sejenis asid amino yang menyebabkan pigmentasi kulit. 
  • Melembabkan kulit serta membantu dalam membaiki tona kulit.

Pastinya kulit akan lebih muda. Mesti nak kan!

Sementara youth tengah promosi ni jangan lepaskan peluang. Jom dapatkan set Youth anda sekarang.

Shidah Abdullah 
 Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, 
Kota Seri Emas 
 No telefon 012-6240197 atau 
whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Friday, March 16, 2018

Cara Meningkatkan Imun Badan Lebih Cepat

Dah Imun! Hah tu orang selalu guna bila sesuatu perkara dah biasa dilalui. Dah tak kisah dah. Udah kebal kan. Sistem imun badan kita macam tu juga. Kebal melawan dan melindungi badan dari pelbagai serangan penyakit seperti jangkitan virus, kuman, dan bakteria.

Kalau sistem imun yang rendah kita mudah dapat penyakit dan akan lama nak sembuh. Penting untuk kita tingkatkan keupayaan sistem imun supaya dapat bekerja dengan baik.

Antara sebab sistem Imun menjadi lemah dan merosot seperti berikut;-

  1. Rehat tak cukup
  2. Selalu stress
  3. Terdedah pada persekitaran yang tercemar
  4. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol
  5. Makanan yang tidak seimbang
  6. Tubuh kekurangan zat yang diperlukan
  7. Terlalu bergantung pada pengambilan ubat-ubatan seperti antibiotik dan tahan sakit.
  8. Tidak mengamalkan pengambilan supplemen sebagai top up untuk kesihatan
  9. Penggunaan bahan bahan sintetik

--------------------------------------------
Set Superpower (Booth Imun)
--------------------------------------------

Ada 4 beradik semuanya dalam set meningkat sistem imun ni iaitu
  • Vitamin C
  • Nutriferon
  • OmegaGuard dan
  • Garlic
Jom kita tengok fungsi setiap satu vitamin imun booster ni

1. Sustained Release Vita-C Plus 


  • Membantu dalam menguatkan antibodi
  • Melawan alahan
  • Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah,lambat pulih dari kecederaan,
  • Meningkatkan pemulihan alergi pada hidung,kulit, dan asthma
  • Mengelakkan dari serangan selesema/flu dan demam berpanjangan.


2. Nutriferon 
  • Terbukti menguatkan antibodi daripada serangan penyakit yang menular dalam masa 3 hari dengan dose yang bersesuaian dengan masalah kesihatan yang dihadapi. 
  • Melawan jangkitan yang berleluasa seperti demam berdarah/denggi, batuk dan selesema yang berpanjangan.


3. OmegaGuard
  • Dapat meningkatkan sistem imun yang sangat penting untuk ketahanan tubuh badan.
  • Membantu melegakan penyakit asthma
  • Dapat membantu bagi penghidap gout dan pada yang sering sakit sakit sendi.
  • Menjaga kesihatan jantung, menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Mengawal keradangan kulit


4. Garlic
  • Makan bawang putih boleh meningkatkan jumlah T-sel dalam badan anda. sangat penting kerana selesema adalah disebabkan oleh virus. 
  • Menurut Saintis pemakanan dari Universiti Florida dalam Jurnal Pemakanan pada tahun 2012, mereka yang mengambil ekstrak bawang putih mampu meningkatkan fungsi sel imun peserta.
Moga bermanfaat!

Shidah Abdullah (No. Ahli : 922949)
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 



Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com