Alfalfa

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akarnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter menyerap pelbagai zat dan mineral dalam tanah manakala daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak. Alfalfa juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan manusia. Antaranya ialah vitamin A,C,E dan K serta mineral seperti kalium, kalsium, magnesium, klorofil, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Alfalfa Complex Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California.

Alfalfa Complex mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya dapat merawat pelbagai masalah kesihatan antaranya seperti:

1.       Kencing manis (menurunkan paras gula dalam darah)
2.       Darah tinggi (menurunkan paras kolestrol)
3.       Jantung (menghalang penyerapan kolestrol)
4.       Sembelit / Gastrik (membantu proses penghadaman)
5.       Arthritis (membersih dan mengeluarkan asid dari darah)
6.       Sinus (antihistamin)
7.       Asthma (mencegah saluran pernafasan daripada menjadi radang)
8.       Alergi / Eczema ( meredakan kulit gatal)
9.       Gout (meneutralkan asid dalam badan)
10.     Batu karang (mengurangkan infeksi dan inflamasi)

Bagi WANITA khasnya, Alfalfa berfungsi untuk memberi kelegaan semasa haid, merawat masalah keputihan, bertindak seperti kacip fatimah, membesar dan menegangkan payudara, memulihkan urat selepas bersalin, membantu dalam penghasilan susu ibu dan bertindak sebagai detoks.

Kelebihan Alfalfa Shaklee berbanding produk lain ialah kerana ianya:
-       Sumber terbaik dari daun (tanpa akar dan batang)
-       Ditanam tanpa semburan bahan kimia
-       Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air.
-       Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti cirit-birit.
-       Membantu melengkapkan zat nutrient dalam pemakan seseorang.
-       Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Cara pengambilan:
-       After Lunch  -> Alfalfa (5 tablets)
-       After Dinner -> Alfalfa (5 tablets)

Peraturan Penting:
Alfalfa TIDAK BOLEH diambil bersama dengan Vit. E dan GLA Complex kerana Vitamin K yang terkandung dalam alfalfa akan menghalang penyerapan 2 vitamin tadi.

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram