Penyakit kencing manis
dikalangan rakyat Malaysia memang sangat popular. Jangan kata orang berumur
yang mudah menghidap penyakit ini, orang muda juga sangat berisiko. Ini semua disebabkan
Gaya Hidup Moden yang diamalkan seperti lepak di kedai mamak sambil minum the tarik,
makan di luar dan amalan minum air bergas. Memang semua aktiviti tu seronok
tapi bila dah terkena bahananya.. Adoi tak sudah menyesalnya :(.
Ada yang masih muda terpaksa menyambil insulin setiap hari. Tak
dapat saya bayangkan kehidupannya untuk melaluinya setiap hari terutama di umur yang begitu muda perlu lalui semua itu. akan ke menyampungkan pelajaran. Adakalanya adik tersebut akan mengalami
sawan diasrama. Mujur ada rakan-rakan yang memahami untuk membantu.
Apakah Sebenarnya Penyakit Kencing Manis?
Kencing manis atau diabetes melitus ialah
· Sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit
insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan.
·
Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras
normal.
Insulin pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan untuk
mengekalkan paras normal gula.
· Akibat dari hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak
berkesan maka gula tidak dapat memasuki dalam sel-sel badan dan seterusnya
mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.
Apakah Faktor-Faktor Kencing Manis?
Kita semuanya sememang
sedia maklum semua faktor-faktor dibawah merupakan antara punca seseorang
menghidap kencing manis. Namun begitu, kita jarang ambil peduli. Betul juga
kata pepatah “Dah terhantuk Baru Terngadah” maksudnya bila dah terkena baru nak
berhati-hati.
Apa yang penting factor-faktor
dibawah ini perlu sentiasa diingati
·
Kegemukan atau obesiti
·
Kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
·
Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
·
Umur melebihi 35 tahun
·
Pemakanan
·
Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
·
Pengambilan serat yang tidak mencukupi
·
Kurang zat makanan di peringkat awal umur
·
Kelahiran tidak cukup berat
Apakah Tanda-Tanda Kencing Manis?
Uniknya peringatan
diberikan, setiap penyakit ada tanda-tandanya untuk kita lebih berhati-hati. Badan
akan memberi isyarat-isyarat berikut :-
·
Kerap dahaga
·
Kerap kencing
·
Susut berat badan walaupun berselera makan
·
Terasa letih dan lesu
·
Luka atau cedera yang lambat sembuh
·
Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
Memang merisaukan jika
kita ada tanda-tanda diatas. Bertindak segera bagi mengelakkan keadaan lebih
buruk lagi.
Apakah Jenis-jenis Kencing Manis?
Menurut pembacaan yang
saya kongsikan di sini. Dasyatkan
kencing manis pun ada jenis-jenis tersendiri. Terdapat 2 jenis kencing manis
semuanya
Jenis I - bergantung sepenuh kepada insulin
· Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
· Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan
dan senaman.
· Terjadi kerana kekurangan insulin.
· Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang
telah mengidapnya.
Jenis II - tidak bergantung dengan insulin
· Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke
atas.
· Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
· Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan
· Kesan penyakit kencing manis
Apa Akan Terjadi Jika Kencing Manis Tidak Dikawal?
Kesan penyakit kencing
manis terhadap badan memang sangat dasyat. Ramai orang-orang disekeliling
seperti keluarga, jiran-jiran dan sahabat mengalami kesan-kesan berikut :-
· Kegagalan buah pinggang
· Serangan jantung
· Kebutaan / Katarak- Koma (hilang kesedaran)
· Angin ahmar (strok)
· Sakit saraf atau “mati pucuk”- ‘gangrene’ atau anggota tubuh
mati/membusuk
Apakah Rawatan Untuk Sembuhkan Kencing?
Sesungguhnya, penyakit
kencing manis tidak boleh di sembuh
tetapi ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah
hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Pastikan perkara-perkara berikut
dilakukan :-
·
Pengambilan ubat atas nasihat doctor
·
Pemakanan sihat.
·
Penjagaan berat badan.
·
Selalu bersenam.
·
Elakkan jangkitan.
Apakah Aktiviti Untuk Mencegahkan Kencing?
· Mempunyai berat badan unggul dengan selalu melakukan senaman.
· Makan pelbagai jenis makanan.
· Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal.
· Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
· Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
· Makan suplemen atau vitamin untuk membantu badan menjalankan tugas
sebaiknya bagi mencegah kencing manis
Apakah Suplemen atau Vitamin yang Sesuai?
Alhamdulilah ramai yang
menggunakan supplemen atau Vitamin Shaklee bagi mengawal kandungan gula dalam
badan.
Vivix
Vivix sangat sesuai untuk diambil.
Ia sangat sesuai bagi sesiapa yang tidak gemar ubat-ubatan berbentuk pil.
· Ia meningkatkan tahap tenaga selular dan membaiki sel pada tahap
selular
· Ia menyokong kesihatan jantung, otak, system imun dan sendi
· Ia satu formulasi hebat anti penuaan.
Setiap
penyakit ada ubatnya kecuali mati. Yang penting, jangan berhenti berusaha mencarinya agar
kekal sihat dan cergas untuk berkhidmat di dunia.
Credit to : KlinikSalam, asliezan
Untuk Mendapatkan VIVIX HEBAT & Konsultansi Percuma
Whatsapp Shidah Abdullah 012-6240197
PM di FB Shidah Abdullah
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.