Dihujung minggu, masak sendiri adalah yang terbaik. Pagi ini resepi capati lauk sardin jadi pilihan. Memang sedap. Sesuai untuk meneruskan diet. Capati pun sedap.
Resepi Capati
2 cawan tepung
1 cawan air panas
Sedikit garam
1sudu butter jika mahu
1. Bancuhkan semua di atas dengan sudu sebab guna air panas
2. Biar sejuk sedikit baru uli jadi doh lembut
3. Canaikan. Untuk tidak melekat gunakan tepung macam yang kita selalu tengok di kedai mamak ; p
4. Masak capati dalam kuali leper
5. Capati akan mula menggelembung menunjukkan tepung telah masak
Selamat Mencuba & Beri Komen sedap atau tidak ye.. :)
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.