Bezanya dulu dengan sekarang.. Dulu senang lenang sekarang sibuk memanjang. Dulu cuma perlu manage kerja sendiri dan bos aje :). Balik pun on time.. Dengan gembiranya mengejar punch card tiap-tiap petang. Banyak perkara boleh buat. Hari-hari boleh masak. Sekarang bermula episod Stress Punca Gagal Diet dan Jerawat.
Bukan senang rupanya nak jadi ketua. Cabaran menjadi ketua memang hebat. Kesabaran diuji dengan karenah anak-anak buah yang pelbagai ragam dan attitude. Tapi semua banyak mengajar saya untuk jadi leader yang hebat.
Tapi apa sebenarnya Stress?
Stress adalah cara normal bertindak balas bila kita rasa tergugat atau sedih. Ia menjadikan kita tidak stabil. Bunyi macam bahaya. Tapi sebenarnya stress membantu kita untuk lebih fokus, bertenaga dan bertindak lebih baik.
Terus kekal positif jika anda stress.
Bila Stress Apa Terjadi?
Apabila kita stress, badan kita akan bertindak balas
♥ Tekanan darah kita mula meningkat.
♥ Kepala akan mula sakit dan berdenyut.
♥ Selalunya bila stress mula la cari perkara nak hilangkan stress. Antara option yang selalu dipilih adalah pergi minum. Sambil tu pastinya makan. Kan rosak diet saya. Untuk elak makan merapu, kismis je yang saya letak di meja. Lega!
♥ Sambil menyunyah pastinya mulut akan terus menerus membebel. Pening orang yang dekat dengar. ;p
♥ Masa ni selalunya hormon tidak berapa stabil sebab gangguan tekanan perasan. Akibatnya akan keluarlah jerawat cinta kasih stress :). Oh bertambah stress.
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat - Dr Hassenah
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Ubah sedikit cara kita bertindak balas bila stress
♥ Tarik nafas panjang-panjang dan lepas. Ambil wuduk dan berzikir lebih baik
♥ Cari rakan rapat dan luahkan segala yang bermain difikiran untuk hilangkan stress. Rakan terbaik adalah yang akan memberi kata-kata positif untuk memulihkan keadaan.
♥ Cari rakan rapat dan luahkan segala yang bermain difikiran untuk hilangkan stress. Rakan terbaik adalah yang akan memberi kata-kata positif untuk memulihkan keadaan.
♥ Duduk diam-diam di tempat tanpa meneruskan tugasan seketika sehingga hati tenang. Baru sambung kerja.
♥ Jika staf bawahan yang buat anda stress atau marah, jangan panggil dia dan terus marah. Tidak baik untuk emosi sendiri dan juga untuk staf.
♥ Cari solusi terbaik untuk memulihkan keadaan atau kesilapan yang telah dilakukan. Jalan terus tanpa menoleh yang baru terjadi.. Ia tidak akan melukakan hati sesiapa.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Kekalkan kestabilan hormon bila stress
Pengambilan vitamin semasa stress amat membantu untuk kita lebih tenang dan dapat rehat yang sempurna selepas banyak berfikir. Badan dan lebih relaks. Saya cadangkan pengambilan Ostematrix dan juga B Complex.
Kebaikan kedua-dua vitamin untuk yang stress-stress.. :)
B Complex | Ostematrix |
---|---|
Menambahkan aliran darah ke otak,
anti- stress |
Transmisi impuls saraf ke otak
|
Mengurangkan kegelisahan dan stress
|
Merehatkan otot dan saraf
|
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Masalah Jerawat Tumbuh sebab Stress?
Tenangkan juga kulit muka berjerawat dengan Vitamin E. Boleh dimakan dan juga boleh dibuat masker. Nak lebih hebat tambahkan dengan Alfalfa.
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.