Cyst Kesan Pengambilan GLA Shaklee?

Cerita panas yang berlegar di FB mengenai seorang wanita yang update status yang mendapat cyst kesan pengambilan GLA Shaklee memang menjadi viral sekarang ini. Beliau
membuat laporan ke Shaklee International untuk menuntut haknya sebagai pengguna.

Sebagai pengguna kita sendiri perlu tahu dan kenali badan sendiri. Teringat situasi di sebuah klinik yang pernah saya pergi. Masa tu demam. Tapi ada tumbuh biji merah merah. Reaksi kita biasanya "Eh kena demam campak ke?".  Apa yang doktor pesan kita kena banyak membaca dan faham sakit apa yang kita alami dan simptom-simpton sebenar setiap penyakit.

Begitu juga dengan kes puan ini. Memahami apa sebenarnya terjadi lebih baik dari menjadikan sesuatu perkara itu viral. Jom kita faham apa sebenarnya Cyst.


Apa sebenarnya Cyst?


  • Ista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia.
  • Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput
  • Nama diberi pada cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya.

Di mana selalunya berlakunya Cyst?

  • Cyst pada kilang telur wanita
  • Ia dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.
  • Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.


Bila selalunya Cyst berlaku?

  • Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita
  • Paling kerap berlaku ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid.


Bagaimana Cyst terjadi? 

  • Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’
  • Biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.
  • Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.
  • Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita.


Cyst menjadi tidak normal apabila...

  • Jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.
  • Ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.
  • Antaranya sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain.


Apalah simptom Cyst?
Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu. Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.


  • Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku.
  • Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.
  • Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu 
  • Berlaku pendarahan tidak normal
  • Kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
  • Tiada selera makan
  • Susut berat badan
  • Selalu mengalami keletihan

Apa perlu dilakukan?
Sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.


  • Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.
  • Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.
  • Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.

Yang paling penting sebelum mengambil sebarang supplemen atau ubat-ubat


  • Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.
  • Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.
  • Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan
  • Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid


TIP BERGUNA

  • Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.
  • Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.

Sumber hebat dari myMETRO

Akhir Nota ini

Ambil GLA untuk membantu mengenal pasti masalah dalaman kita sebagai wanita.


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh dan memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol



Kongsi Nota dengan anda,
Shidah Abdullah
012-6240194

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram