10 Cara Terbaik Set Pemikiran Positif Untuk Berjaya dalam Hidup
Assalamualaikum
Macamana mood hari ni? Weng? Meh-meh baca ni kasi relaks sikit.
Kalau sesiapa selalu tengok rancangan Dr Muhaya.com di tv dan dengar sesi motivasinya di radio ikim.fm, yang Kak Idah selalu ingat Dr selalu pesan
"Kita kalau nak berjaya, minda kena selalu positif. Baru kita dikelilingi orang-orang positif dan berjaya".
Bila dipraktikkan, memang betul pun. Dulu Kak Idah juga jenis cepat stres. Dah la ada "itu baran satu kapla" tapi alhamdulillah sekarang dah berjaya dikawal. Tugasan Kak Idah sekarang lebih banyak mendidik agar Kak Idah lebih bersabar, redha dan sentiasa positif. Insyallah yang nak dibimbing juga lebih positif dan lebih berdaya saing.
Ini nak share apa yang Kak Idah buat untuk kekal positif sejak akhir-akhir ni and yang penting kurang marah-marah. Memang "feel" dia best gilerrrrr.
1# Set target hidup "Vision Board".
Vision Board ni ialah merekod apa yang kita nak dalam tempoh masa tertentu contohnya dalam masa 5 tahun. Kena tulis spesifik yang boleh. Just nak share apa yang Kak Idah nak capai;
- 30/9/2016 Capai pangkat Supervisor dalam Shaklee dengan 3000UV.
- 2016 Menamatkan pelajaran dalam CIMA dan Master dengan jayanya.
- 2017 menunaikan umrah bersama-sama Mak, Ayah, Syafiqah, En Hubby dan 4 Nur'ain, anak dara Kak Idah.
- 2018 menunaikan Haji bersama-sama ibu dan ayah mertua, dan En Hubby
- 2020 Membeli rumah semi-D dua tingkat, ada halaman luas ditepi.
- 2020 Jadi keluarga Hafiz dan Hafizah
- 2024 Menjadi surirumah berkerjaya dan ada perniagaan sendiri. Punyai lebih banyak masa dengan anak-anak
Kemudian Kak Idah translate dalam bentuk visual macam kat bawah ni. Letak la gambar-gambar untuk dibayangkan. Nak lagi canggih, korang buat benda ni dengan kawan-kawan atau family, lagi best.
Kak Idah apply kepada team member di pejabat. Baru Kak Idah tahu semua ada cita-cita hebat dan masa diorang menulis setiap perkara di template "Vision Board" masing-masing Nampak muka tu penuh dengan cita-cita. Alhamdulillah aura positif tu dah mula menyerlah.
2# Doa berterusan.
Tiap kali doa Kak Idah sebut semua yang ada dalam senarai no 1 tadi. Memang mudah nak sebut dan terbayang-bayang setiap gambar-gambar.
Jangan tak percaya, dulu Kak Idah susah nak menyimpan dari duit gaji untuk capai semua senarai kat atas. Tapi sekarang selain berusaha dengan sumber Shaklee, Allah turunkan pula sumber yang tidak disangka-sangka dengan menjual "Homemade Brownies".
Subhanallah.
Allah berfirman, maksudnya :
“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”
Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra
3. Fahami tanggungjawab
Setiap orang semua ada tanggungjawab yang berbeza dan banyak. Macam Kak Idah, seorang isteri, anak, ibu, sahabat, kakak, adik, menantu, ipar, majikan dan kakitangan. Banyakkan!. Kak Idah pasti semua macam ni. Tu yang buat kita cepat marah-marah. Tapi selama mana kita faham setiap tanggungjawab yang diamanahkan, kita akan buat dengan terbaik. Tak perlu stress sangat pun. Kongsi bersama-sama orang disekeliling,
Baca doa di bawah selalu semoga dipermudahkan segala urusan. Mulakan semua perkara dengan Bismillah. Insyaallah kita lebih tenang. Bila nak baca?
- baca dalam kereta
- tengah berjalan dari kereta ke pejabat
- dari pejabat nak pergi mesyuarat
- bila-bila boleh
4. Cakap baik-baik walaupun dalam keadaan marah
Hehe ni perkara paling mencabar nak buat. Bila dah buat bestnye usah cerita la. Rasa hebat sangat dan tenang betul.
Contohnya bila kita tengah drive, beratur nak masuk simpang waktu pagi nak pergi kerja. Tak lama lepas tu. ada kereta nak potong terus kehadapan dan menghimpit dari kanan. Dalam hati sure kita dah maki-maki dah kan! Tapi pastikan yang terkeluar dari mulut tu yang positif sikit bunyinya walaupun nadanya marah.
Bang! Agak-agak la. Cuba la sabra sikit semua orang beratur kot
Ha! Macam tu la nak cakap secara positif tapi dalam keadaan marah. Hehe bukan apa kita tak nak mood marah tu duduk di minda separa sedar kita dan lama-lama jadi kebiasaan. So buang perkara ni awal-awal supaya kita positif je.
5. Dengar motivasi setiap hari
Sekarang ni setiap pagi, Kak Idah dengar radio ikim.fm dengar celoteh DJ Pian dan DJ Luq. Selalu setiap pagi macam-macam topic menarik diorang berdua bincangkan dengan tetamu-tetamu jemputan. Memang best. Antara tu ada motivasi pagi diselitkan. Ada pulak doa dhuha dibacakan.
Oh! indah sungguh mood dipagi hari. Baru la kita bersemangat nak pergi kerja. Ada kata-kata positif dah masyukkk.
Mak abah kita selalu pesan supaya pilih kawan yang elok-elok. "Elok-elok" tu memang banyak sangat makna. Kawan-kawan kita semua macam-macam jenis contohnya
- Cantik menarik ko memang "the boom" tapi tak nak menolong
- Rajin menolong tapi suka mengungkit
- Mulut laser tapi hati baik
Macam-macam lagi la, sebenarnya tak kisah apa kita nak kategorikan kawan kita tu. Tapi yang penting ambil yang baik dari dia. Yang negatif kita tegur supaya sama-sama perbaiki. Cari kawan yang boleh berkongsi susah senang dan yang selalu dapat menegur kita. Tu la kawan yang terbaik.
7. Ambil ikhtibar dari orang lain
Kadang-kadang perasan tak Allah hantar pada kita orang yang dasyat-dasyat untuk kita handle. Adoi! memang fenin dibuatnya. Contohnya Allah hantar orang yang kerjanya asyik nak marah kita. Semua benda dia nak marah. Asyik kita je salah. Masa tu muka kita jangan cerita la merah padam macam makan cili. Meluap-luap aje. Ambil masa untuk bertenang.
Hehe Kak Idah ada kes macam ni. Kak Idah study sikit latar belakang orang ni dari kawan-kawan sekeliling nak tau pasal family dia, mak ayah, adik beradik. Oh! masa tu rasa bersyukurnya Kak Idah punyai family yang memahami berbanding kawan yang suka cari pasal ni.
Rupanya kita kena kesian dekat orang lain yang mungkin tak sama macam keadaan kita yang lebih baik keadaannya. Dia mungkin kurang disayangi atau kurang perhatian, tak ada tempat nak luah perasaan.
Allah hantar dia mungkin untuk kita membantu dia dan dalam masa yang sama mengajar kita untuk lebih bersyukur atas nikmat yang ada.
8. Bersyukur setiap hari
Dari cerita no. 7 tadi, sebenarnya semua perkara kita kena bersyukur. Tak kiralah yang datang tu perkara baik atau pun perkara buruk atau malang. Kita kena bersyukur banyak-banyak sebab Allah uji dan ajar kita dengan cara yang terbaik. Lebih banyak kita bersyukur, kita akan lebih tenang menghadapi kehidupan setiap hari tau!
Cara yang lebih hebat. Ambil buku atau dairi sendiri. Tulis setiap perkara yang kita lalui setiap hari. Tulis sebanyak-banyaknya tau. Contohnya macam ni..
21/5/2016 (Sabtu)
- Bersyukur masih ada nyawa hari ini
- Dapat bawa anak-anak pergi swimming dan main di taman dengan suami dan ikah
- Hari ini berjaya detox hari ke-4
- Kak Idah dah pandai memilih makanan dan kawal pengambilan gula. Hebatlah Kak Idah!
Sambung sepanjang-panjangnya senarai. Tulis setiap hari
9. Beri kata-kata semangat pada orang lain
Macamana dah mula rasa best tak bila kita dah mula fikir secara positif. Kongsikan kegembiraan, ilmu dan pengalaman yang kita ada dengan orang sekeliling. Sharing is Caring kan!.
Tengok kawan-kawan atau family ada masalah, duduk sebelah dan "slow talk". Jadi pendengar yang baik. Sambil mendengar tu, cari idea untuk berkongsi. Mungkin kita sendiri tak pernah lalui, tapi kita pernah dengan pengalaman orang lain. Beri pendapat agar yang ada masalah terbuka sikit mindanya untuk memilih jalan keluar mereka sendiri. Hah dah macam motivator kan!
10. Kongsi kegembiraan
Hari ini tiba-tiba bos bagi bonus. Wah! Kita sure happy kan. Dalam otak dah terfikir-fikir dah apa nak shopping atau pun bayar hutang. Masa ni memang excited betul la kalau keluar jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping. Betulkan.
Cuba "extend"kan "happiness" tu dengan orang-orang sekeliling. Bila pergi berjalan bawa mak ayah, anak-anak, suami dan adik beradik pergi makan besar. Masa tu baru BONUS tu lebih nampak bermakna sebab kita akan dapat tengok muka-muka seronok semua orang menikmati makanan yang kita sendiri belanja.
11. Luahkan perasaan
Adakalanya, bila kita terduduk juga dengan ujian datang. Lagi-lagi kalau ujian datang bertubi-tubi. Jangan pendam perasaan sorang-sorang. Cari sahabat atau keluarga untuk luahkan perasaan supaya beban yang tadi rasa berseorangan dapat dilepaskan. Mungkin tak dapat menyelesaikan masalah keseluruhan tapi dapat melegakan perasaan.
Kak Idah memang beberapa sahabat setia yang selalu mendengar luahan perasaan Kak Idah. Hehe pedih le telinga diorang dengar Kak Idah bercerita. Selalunya En Hubby atau seorang kakak di pejabat. Lepas dah cerita, leganya tak tahu la nak cakap. Kadang-kadang diorang akan bagi nasihat apa nak buat seterusnya. At least ada la idea kan.
12. Set Pemikiran Positif (SMP)
Last sekali, korang tahu tak ada Set Pemikiran Positif ni. Barangsiapa nak ubah diri jd lebih positif, pastikan konsisten amik set ni:-
Last sekali, korang tahu tak ada Set Pemikiran Positif ni. Barangsiapa nak ubah diri jd lebih positif, pastikan konsisten amik set ni:-
- LECITHIN
- OMEGA GUARD
- B COMPLEX
- PERFORMANCE DRINK
Bagaimana set ni berperanan utk jana pemikiran positif
Dalam otak kita ada neurotransmitter, yakni bahan kimia dalam otak yang berfungsi menghantar infomasi ke dalam sel saraf kita. Neurotransmitter ni macam posmen. Apa jadi kalau posmen tak bekerja? Surat/parcel tak sampai...
Ada tiga (3) jenis orang. So kita pilih yang mana?
Orang positif mempunyai neurotransmitter (posmen) bagus. Posmen kerja dengan efisen dan akan pastikan semua surat (informasi) sampai tempat yang betul
Orang negatif mempunyai neurotransmitter (posmen) tak bagus. Posmennya malas dan asyik mengelat saja. Surat tak sampai lah, salah alamat lah... Sebab tu kadang-kadang orang cakap lain tapi org negatif terus fikir lain.
Orang gila mempunyai neurotransmitter (posmen) tak balance. Ni posmen blur. waze rosak agaknya. Dia tak tau apa yang betul apa yang salah. Surat pun tak kenal agaknya
![]() |
KLIK GAMBAR UNTUK PEMBELIAN TERUS |
SMP ni akan bertugas untuk membantu;-
- Lecithin - membina neurotransmitter (tempat kelahiran posmen)
- BComplex - mencantikkan neurotransmitter (tempat latihan posmen)
- PD - memastikn kelancaran perjalanan neurotransmitter (motor, waze)
- Omega - mengawal selia fungsi otak, 2/3 dr otak terdiri drp lemak.(penghulu kampung)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Hubungi Kak Idah untuk
Konsultansi Percuma
Harga yang berpatutan
Peluang menjana pendapatan sehingga 6 angka
Shidah Abdullah (Kak Idah)
ID Shaklee :922949
012-6240197 (Call, Sms, Whatsapp)
FB Page : Rak Vitamin Sihat
FB : Shidah Abdullah
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.