Sekarang hari memang betul-betul panas. Sampaikan
aircond dah macam keperluan. Bil elektrik jangan cerita la kan. Kak Idah memang
respect siapa yang mantain menggunakan kipas. Uols memang hebat.
Apa yang Kak
Idah nak share hari ini adalah tentang keperluan air dalam badan kita. Cuba
tengok pokok-pokok kat luar rumah atau tepi-tepi jalan. Warna kehijauan ke atau
dah tukar warna coklat sebab kering? Macam tu la perumpamaan badan kita. Kalau
kurang air, bahagian dalaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebab keletihan dan
kekeringan.
Apa sebenarnya fungsi air dalam badan kita?
Membantu pencernaan dan metabolisme
berfungsi dengan lebih baik
Minum air secukupnya memang membantu sistem
pencernaan kita. Bukan tu sahaja, metabolisme badan dapat bekerja kapasiti yang
maksima. Faktanya, penelitian terbaru dari University of Utah menyatakan bahwa
kekurangan air dapat menyebabkan menurunnya metabolisme.
Berapa jumlah air sepatutnya kita minum? Yang ni Kak Idah belajar masa join "Water Challenge", setiap 25 kilogram berat badan, kita perlu minum sebanyak 1 liter air. Berat kak idah 65 kg/ 25kg = 2.6 liter air sehari. Hah macam tu la nak kira.
Memperbaiki kemampuan dan daya tahan
tubuh
Kebiasaannya bila kita minum air
dengan secukupnya, kita mampu membuat kerja lebih lama. Salah satu sebabnya
adalah bekalan oksigen dari air itu sendiri membekalkan oksigen ke seluruh
sistem badan yang membuatkan ia mampu bekerja lebih keras/berat. Air dapat
menaikkan simpanan glycogen iaitu suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan
dalam otot dan digunakan sebagai tenaga semasa kita bekerja.
Tahan lapar
Rasa lapar kadang merupakan
penyamaran dari rasa haus. Waktu kita mengalami dehidrasi (kekurangan air),
kita mungkin rasa hendak makan akan meningkat sedangkan sebenarnya kita
memerlukan air. Tu yang buat berat badan naik. Pengambilan air yang cukup dapat
mencegah kita dari makan berlebihan.
Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit
Cuba tengok carta di atas di mana ia menunjukkan peratusan kandungan air dalam organ-organ badan. Ini bermakna semua bahagian memerlukan air untuk berfungsi dengan maksima. Cairan atau tepatnya air dapat berperanan aktif dalam mengurangi
resiko terhadap beberapa penyakit seperti batu ginjal, kanser saluran kencing,
kanser usus besar (colon).
Minum cukup air juga dapat
menghindari sembelit. Kalau sembelit ni jangan ceritalah sakitnya nak membuang. Kak Idah sendiri menghadapinya. Dalam tempoh "Water Challenge" memang mudah sangat membuang. Selain tu, Kak Idah juga ambil Ostematrix dan Herblax untuk lebih lawas.
Senjata melawan masuk angin atau virus
Antibodi dalam lendir yang melapisi kerongkong berfungsi untuk menjerat virus. Apabila kita kurang lendir atau mengering disebahkan dehidrasi, tekak akan mudah terkena virus yang menyebabkan batuk. Itu sebab kebanyakkan doktor akan memeriksa kerongkong dan nasihatkan kita untuk minum lebih air sebagai cara paling efektif untuk mengurangi batuk.
Pelembab wajah
Dengan minum banyak air membantu kulit kita tetap kenyal dan tegang serta mengurangi garis-garis dan kerut pada wajah. Bagaimana ia boleh berlaku? Air adalah egen penyerapan vitamin dan mineral dari makanan.
Itu sebab jika kita mengambil vitamin C ia selalu dicadangkan diambil diwaktu pagi dan tengahari kerana kekerapan pengambilan air selalunya lebih tinggi.
KLIK GAMBAR UNTUK MEMILIKI VITAMIN C
Mengatasi migrain/sakit kepala
Dehidrasi dapat mengakibatkan migrain/sakit kepala. Jadi bila kita sering mengalami migrain adalah sangat penting untuk kita minum air dalam jumlah yang cukup. Air membantu mengurangkan ketegangan di minda.
Selain itu air juga berfungsi sebagai;
- Membentuk sel-sel baru, memelihara dan mengganti sel-sel yang rusa
- Melarutkan dan membawa nutrisi-nutrisi, oksigen dan hormon ke seluruh sel tubuh yang membutuhkan
- Melarutkan dan mengeluarkan sampah-sampah dan racun dari dalam tubuh kita
- Katalisator dalam metabolisme tubuh
- Menstabilkan suhu tubuh
- Meredam benturan bagi organ vital
Jom Cabar Diri Buat Water Challenge!
Kalau korang perhatikan rakan-rakan kita yang berbangsa cina, sentiasa bawa botol air ke mana-mana. Mereka telah dilatih di sekolah untuk minum air yang banyakSo, kita kena sahut cabaran water challenge adalah;
- Untuk melatih diri untuk minum secukupnya
- Persediaan harian untuk pastikan kita minum air
- Set minda untuk konsisten dalam minum air dan botol air tidak ditinggalkan
Lepas dah selesai tempoh "Water Challenge" cuba evaluate sendiri warna urin kita ada tak perubahan. Selamat mencuba uols
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.