Percutian Adhoc Di Cameron Highland Cara Terbaik Kurangkan Tekanan

Assalamualaikum dan hai semua..



Sesekali update dari tanah tinggi seronok juga.. sejuk dan nyaman. Percutian " Adhoc" atau "Unplanned" macam ni biasanya lebih menarik dan memang sangat membantu mengurangkan stress. Sebab tidak ada sebarang expectation dalam minda. Apa terjadi redah je dan yang penting enjoy.






Persediaan



Rancangan balik hari (pergi pagi balik petang) ke Tapah hanya bertujuan nak menziarah dan menghadiri acara tahunan Tok Saibi dan Opah Mi yang sentiasa buat majlis sambutan Ramadan. Dapat mengimbau kenangan waktu kecil dulu ke rumah arwah tok dulu.



Ni gambar semasa kenduri. Sesi borak-borak.




Tapi.. kami tetap standby baju persalinan.. risau En bos ngantuk dan kami boleh la berehat di mana-mana hotel bajet. Sampai rumah mak abah, pun kami pesan bawa baju "spare". Di majlis tu, adik yang duduk di Taiping hadir sama. Mula la berpakat nak berjalan. Bincang-bincang dari ke Kuala Woh terus bertukar ke Cameron Highland.



Ini buaian yang kami berebut masa kecil-kecil dulu. Sekarang anak-anak pula




Persinggahan



Dalam perjalanan nak ke Cameron sempat singgah dulu ke Hutan Lipur Kuala Woh. Memang budak-budak sekarang jarang sangat ke laut atau ke air terjun. Tak nampak excited macam kita dulu-dulu. Diorang biasa ke tempat yang ada swimming pool je.



Masing-masing menikmati pemandangan cantik




Mujur hujan rintik-rintik. Kalau tak, memang "udah tenghojun" kata orang Perak. Celup-celup juga kaki dalam "ayor".  Tak apa la next time bagi rasa.



Rasa juga air yang sejuk dan dingin




Perjalanan



Naik Cameron Highland ikut laluan Tapah memang mencabar. Jalan "berlengkor" tapi seronok sebab sejuk je dikelilingi pokok-pokok. "Aircond" tak payah pasang. Memang semulajadi sejuk. Kami juga lalu di Lata Iskandar tapi tak dapat berhenti sebab hari dah petang. Kedai di tepi-tepi banyak yang dah ditutup. Kita tengok je air terjun ye. Perjalanan diteruskan dan berhenti di Bharat Tea Valley tapi tak dapat nak turun disebabkan hujan. Harap-harap "on the way" balik nanti kita dapat singgah.



Lata Iskandar




Penginapan



Dalam perjalanan, masing-masing google dekat Agoda untuk cari hotel atau apartment yang sesuai duduk ramai-ramai. Tapi masih dalam bajet sebab kongsi-kongsi bayar. Kami jumpa apartment yang sangat cantik iaitu Parkland Apartment yang terletak di Brincang. Tempat yang sangat strategik.



Kredit kepada : Agoda dan Parkland Apartment



Masuk sahaja ke dalam apartment dah buat kami semua berpuas hati dengan keadaan ruang tamu yang sangat luas dan selesa. Ada meja makan tapi tak sempat pula snap gambar. Sampai je kami terus lepak berbincang apa plan malam ni. Kebetulan ramai orang, kami dapat apartment paling atas. Abah la yang paling kesian. Mengah juga dibuatnya.






Berehat dan bersembang di ruang tamu


Budak-budak ramai yang tak ada dalam gambar dekat atas sebab diorang seronok sangat tengok tiga (3) bilik yang ada. Berlari dan melompat-lompat diorang. Memang puas hati setiap bilik tuala disediakan dan katil yang banyak dan selesa. Berbaloi la kos RM350 yang kami booking dari Agoda.





Master Bedroom



Bilik 2 & 3





Aktiviti Hari Sabtu



Niat nak pergi pasar malam setiap hari Sabtu tapi lokasi pasar malam dah ditukar berdekatan dengan Villa Dahlia. Kesesakan trafik pun boleh tahan. Terus tak jadi ke sana.



Kami hanya pergi makan malam sahaja di Food Court di Tanah Rata. Sempat la shopping-shopping t-shirt muslimah, baju sejuk anak-anak. Saja bagi seronok-seronok.



Kami pergi ke tapak lama pasar malam masih ada yang berniaga food truck. Apa lagi bungkus la ayam potong, jagung bakar, strawberry chocolate, sotong goring tepung.




Aktiviti Hari Ahad



Pagi Ahad, kami pergi Tanah rata mencari sarapan, Banyak pilihan gerai cuma parking je susah sikit. Hari ahad ada pasar tani. Kat sini kami beli nasi kerabu ayam goreng, nasi lemak ayam goreng, pulut kelapa dan sosej.



Penuh orang beratur beli nasi dan kuih



Berwefie sambil tunggu makanan



Singgah juga ke satu kedai jual roti canai sedap tapi hotel punye. Mahal la sikit roti canainya. tapi memang genius sebab roti canai tu diorang balut dengan aluminium foil.




Jom Balik


Sambil mak-mak bersiap beg nak balik, anak-anak duduk di balcony sambil posing-posing buat kenangan. Tengok la masing-masing tak lepas jaket. Kami tak singgah ke mana-mana lagi sebab jalan di Cameron jem terutama di kawasan yang ada jual sayur-sayur dan buah-buahan. Kami turun semula melalui Tapah.










Sengih je si kecik ni
Memang best cuti-cuti santai macam ni. Siap dah plan untuk family dah yang akan datang nak buat di sini. Memang seronok tengok family happy dan itulah pengubat stress.



Tapi stress juga sebab duit habis shopping. Hehe insyaallah ada rezeki lain.




Tips Pengawalan Stress Yang Baik
1. Jangan terus melenting dan marah-marah. Stress akan menjadi lebih teruk. Berikan ruang untuk bertenang.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Fikir secara positif kenapa perkara tersebut terjadi.
3. Cari punca terjadinya stress tersebut.
4. Cuba atasi dengan baik. Atasi dengan keadaan yang bertenang
5. Cari sahabat atau ahli keluarga yang dapat berkongsi masalah stress dan dapat memberi idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah.
6. Selesaikan stress dengan teratur seperti contoh jika ia melibatkan orang lain, bersemuka dan berbincang. Mungkin orang tu akan melenting tapi sekurang-kurangnya kita dah jujur memberitahu masalah.



Apakah vitamin atau makanan yang dapat membantu mengurangkan dan mengawal stress?



Vitamin B adalah vitamin yang larut air. B complex Shaklee mengandungi 8 komponen folik yang membantu diserap oleh tubuh secara semulajadi (boavailability). B complex ini sangat berbeza dengan yang berada di pasaran disebabkan kebanyakkannya terdapat bersifat sintetik.

Vitamin B Complex


9 kebaikan utama B complex adalah ia dapat membantu

(1) Menukarkan makanan kepada tenaga  dengan membantu penghadaman dan menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ini akan mengurangkan rasa letih dan lesu

(2) Melawan tekanan dengan memastikan saraf berfungsi dengan sihat dan meredakansakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsonia.

(3) Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Itu sebab ibu-ibu hamil atau menyusu disarankan mengambil vitamin B.

(4) Ia juga memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan tulang belakang,

(5) Mengurangkan keletihan mata, mencegah katarak, meningkat kualiti penglihatan dan memperkasa memori dan daya perhatian (focus)

(6) Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang meransang peredaran darah dalam badan.



Boleh hubungi saya di 012-6240197 (whatsappp/ sms) atau click DI SINI untuk ORDER.




012-6240197 norashidah83@gmail.com






Courier : Seluruh Malaysia
COD: Nilai, Sepang, Subang Jaya




0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram