Pernah tak korang nak pergi travel dan 1 hari sebelum baru perasan kad pengenalan hilang. Memang haru!
Tapi itulah yang saya rasa sebelum travel ke Kota Kinabalu, Sabah untuk bekerja. Saya cuma perasan tentang ketiadaan IC apabila saya nak nak keluarkan ic dari cardholder untuk tujuan roadtax renewal di pejabat pos. Berdebar terus.
Saya terus fikir bila kali terakhir saya gunakan. Last travel saya adalah ke Penang. Saya masih ingat saya dah letak semula ke dalam cardholder. Saya check setiap ruang mana tahu saya salah selit. Tapi tak jumpa. Geledah beg laptop dan beg yang saya selalu gunakan. Tetap tak ada.

Maklumkan pada keluarga
Ketika di pejabat pos Giant, saya hubungi suami tentang kehilangan kad pengenalan. Masa tu jam dah pukul 6.30 petang. Bayangkan gelabahnya masa tu. Suami datang dan settlekan urusan roadtax tadi. Kami terus balik dan geledah sama-sama beg yang biasa saya gunakan. Malangnya masih tak jumpa.
Kami recall sama-sama bila kali terakhir nampak kad pengenalan. Baru kami teringat kami ada ke pejabat pos dan gunakan ic di situ. Memang kami yakin ia tinggal di situ tapi hari ni hari Sabtu. Waktu pun dah pukul 6.30 petang. Kalau betul di situ, bagaimana nak ambil?. Dalam situasi begini, saya cuma fokus untuk dapatkan semula IC yang kami rasa berada di pejabat pos SCAF di mana tempat saya membuat transaksi.
Ini antara langka-langkah yang saya buat.
Cari Maklumat
Kami mulakan pencarian secara general dalam google untuk maklumat branch pejabat pos dan maklumat kakitangan. Kami dapat satu senarai pegawai bertugas di setiap cawangan. Dapat nama seorang staff pejabat pos SCAF. Kami guna nama tersebut dan search nama yang sama difb. Alhamdulillah jumpa dan kami hantar private message.
Tapi tidak ada respon. Mungkin pemilik akaun tidak online.
Gunakan Social Media
Saya teruskan pencarian denagn search di fb group berkaitan posmen mungkin ada yang dapat membantu. Saya terjumpa rupanya salah seorang suami kawan saya sekolah menengah bekerja dengan Pos Malaysia. Saya terus bertanya dan alhamdulillah suami beliau cuba bertanya kawan-kawannya.
Tapi masih belum dapat jawapan
Bertanya Dengan Orang Sekeliling
Seterusnya, saya fikir biasanya orang-orang di kedai berdekatan pastinya kenal antara satu sama lain. Kebetulan saya memang biasa berurusan dengan kedai takaful di sebelah. Saya hubungi kedua-duanya dan alhamdulillah Puan Ira yang bekerja di kedai Takaful membantu mencari contact yang beliau ada. Tapi kemudian beliau menyatakan tidak ada.
Hati saya masih berharap akan dapat IC. Tapi saya perlu bersedia untuk "worse scenario".
Bersedia dengan Option Lain
Saya mencari di google Bagaimana Travel Jika Kad Pengenalan Hilang. Saya terjumpa posting The Vocket. Bagus sangat posting ni. Walaupun saya bukan pergi luar negara. Point pentingnya ;-
- Buat Laporan Polis Berhampiran
- Duit
- Pergi Kedutaan Malaysia
- Mohon Sijil Sementara
Terus saya buat laporan polis sebagai persediaan. Itu perkara paling penting kalau dokumen penting hilang
Berhubung dengan pihak berkaitan
Saya telefon pihak airport authority iaitu Bahagian Keselamatan dan Airlines yang saya akan naik. Alhamdulillah mereka memaklumkan saya boleh bawa salinan report polis dan surat beranak asal. Saya rasa lega sikit ada cara yang membolehkan saya travel tanpa kad pengenalan. Terus cari surat beranak.
Tapi hati masih mengharap khabar dari pejabat pos sama ada betul tak ic saya di situ. Masih menunggu dan alhamdulillah staff kedai takaful berjaya menghubungi ex-staff pos malaysia. Saya dapat contact mereka dan dapat ambil IC pada pukul 6 pagi sebelum checkin pada pukul 7 pagi di KLIA.
Hehe.. pengajarannya
- Kena sentiasa lebih berhati-hati dan sentiasa alert dengan dokumen-dokumen penting. Jangan pelupa sangat. Pelupa adalah salah satu tanda penuaan (Aging) kena perbaiki dengan pengambilan konsisten VIVIX
- Bila kita hadapi masalah atau situasi sebegini, kena sentiasa bertenang supaya kita boleh berfikir dengan rasional. Kawal stress dengan pengambilan B Complex sangat membantu
- Berfikir dengan pantas dan berbincang dengan baik. Omegaguard sangat membantu sel-sel otak berhubung. DHA dan EPA sangat penting
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.