Menarik Travel Ke Bandaraya Kuching di Sarawak

Alhamdulillah bekerja sambil pergi bercuti sangat menarik buat saya. Bukan mudah untuk saya mempunyai kesempatan untuk travel. Untung ada adik-adik ofis nak bawa saya berjalan-jalan selepas selesai kerja setiap hari. Ini saya kongsikan perjalanan travel saya ke Kuching, Sabah.

Hari Pertama

Check In Hotel Grand Margherita


Hari pertama, sampai terus check ke Hotel Grand Margherita, Kuching. Hotelnya sangat selesa. Harganya amat berpatutan dan kalau kita check di booking.com boleh dapat harga RM165 satu malam. Tapi hari biasa la bukan hujung minggu. Makanan breakfast yang disediakan pun sedap dan yang penting ada Mee Kolok. Rezeki saya dapat bilik yang mengarah ke Sungai Sarawak.




Pemandangan dari Hotel Grand Magherita



Membeli Kek Lapis

Tidak sah kalau datang ke sini kalau tidak membeli kek lapis Sarawak. Orang kata kalau nak beli Kek Lapis kena naik sampan seberang Waterfront. Merasa la saya naik sampan dengan harga RM1 seorang ke Barok yang terletak di seberang sungai. Tapi harga sampan di sebelam malam ada beza sikit iaitu RM1.50 ye. Ada 2 kedai yang kami singgah iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah. Kedai yang membuat industri kek lapis.


Nama kedai Mira Cake House di sampan


Gambar di Kedai Dayang Salhah

Makan Malam Hari Pertama

Alang-alang kami dah menyeberang, kami singgah makan di My Village Barok yang terletak di belakang foodcourt. Masing-masing memilih food yang ada title "Barok". Alhamdulillah memang sesedap rasa terutama Nasi Goreng Enjin yang Zul order. Rasa macam nasi goreng dekat rumah.


Nasi Ayam Penyet Barok

Nasi Goreng Enjin


Mee Kolok Special Barok


Malam tu kami balik awal disebabkan perlu bersedia untuk training esok di airport. Zzzzzz..

Hari Kedua

Makan Malam Hari Kedua

Selesai training di airport lebih kurang pukul 5 petang. Kami travel semua naik grabcar dalam kos RM18 dari airport ke Bandar Kuching. Kami terus cari kedai makan yang agak popular di Kuching iaitu RJ ayam bakar. Perg makanannya sedap dan sambalnya tiptop. Tapi sebab lapar sangat gambar makanannya tak pula ditangkap. Maaf ye.



Berjalan di Water Front




Di sepanjang waterfront, ada banyak kedai makan yang korang boleh kunjungi. Ada juga yang menjual cenderamata, gambir Sarawak dan t-shirt. Disebabkan saya tak berapa nak sihat. Memang kurang bergambar. Namun begitu, shopping masih berterusan. Antara yang saya sempat beli malam tu ialah keychain dan fridge magnet RM10 dapat 6 pcs gambar karton berpakaian etnik Sarawak, senduk kayu RM2.50 sebatang "Beli 5 RM10" dan kaftan bercorak batik Sarawak RM20. Ok la kan.



Pencarian Kek Lapis Belum Berakhir

Sepanjang perjalanan di Waterfront, banyak kedai menjual kek lapis tapi kami tertarik dengan satu kedai kek lapis iaitu Mama Su Kek Lapis sebab keknya Nampak fresh. Masa kami sampai, kedai tu kosong dan tidak ada siapa singgah. Apa lagi memang kami rasa semua tester yang ada berulang-ulang kali. Memang homemade dan sangat berbeza dengan yang dibuat secara industri.  


Mama Su Kek Lapis




Disebabkan ada yang masih tak jumpa Kek Lapis Blueberry, kami ke seberang sungai sekali lagi. Merasa la naik bot kali terakhir sebab esok pagi dah kena checkout untuk pulang ke semenanjung.
 
Naik Bot

  Beli Ikan Terubok


Bila pergi waktu siang, kedai-kedai ikan terubuk ni tak pulak kami singgah. Malam ni kami singgah kedai brother Man ni. Sempat sembang-sembang dan tanya kedai Laksa Sarawak yang sedap. Abang Man ni rupanya tour guide dan memang cekap la. Dia suggest pada kami ke Mom's Laksa sebab tak jauh dari hotel kami. Siap lukis peta lagi. Yang syok tengok abang ni buat ialah skil membungkus terubuk dari kotak recycle sampai siap jadi handbag. hahaha.

 

Hari Ketiga 

Mom's Laksa


Hari terakhir kami di Kuching, nak la merasa Laksa Sarawak. Berbekalkan peta Abang Man malam tadi, kami berjalan kaki pagi seawal pukul 6 pagi. Dekat sini pukul 6 pagi dah cerah. Sambil-sambil exercise kaki ye.


Alhamdulillah sampai ke Mom's Laksa. Semangat nak order. Akak tu kata kena tunggu jap 15 minit. Sanggup kami tunggu semata-mata semangkuk laksa. Kami order yang special punya. Nak order Mee Kolok tapi akak tu kata yang tu memang tak dapat siap cepat. Mujur dah rasa hari pertama. Sambil menunggu kami makan rojak dulu.







Yang ditunggu tiba. Tengok meriah tak Laksa Sarawak ni. Rasa dia memang power. Kalau Tanya rasa apa, boleh kata hampir sama macam Laksa Johor. Tapi memang sedap sangat. Berbaloi jalan 15 minit nak sampai kedai
 

  

Set Travel Apa Yang Saya Bawa?


Sepanjang di Kuching, 2 set ini saya bawa untuk teman saya di Kuching. Dua-dua yang basic. Beg teman dah berat kome oi sebab bawak network port dan kena ada space nak bawa harta shopping balik.

Tingkatkan Sistem Imun


Travel kali ini saya bawa Vitamin C, Alfalfa dan Nutriferon bersama-sama. Disebabkan travel straight dari Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu dan terus ke Kuching, saya agak risau akan flat dan tak sihat. Salah satu sebab cuaca berbeza dan asyik keluar tempat sejuk (hotel dan pejabat) dan tempat panas (masa berjalan-jalan). Masa tiba di Kuching, suara dah hampir hilang. Memang saya ambil vitamin C dan nuriferon waktu pagi. Alhamdulillah masih maintain lagi nak mengajar orang-orang airport. Sebelah malam pulak. Detox dengan Alfalfa supaya yang tak patut tak duduk dalam badan.


Penjagaan Kulit

Untuk penjagaan kulit muka, saya bawa set asas Nutriwhite. Saya bawa Make Up Remover supaya daki-daki tak melekat dekat muka dan untuk buang sel-sel kulit mati dan make up. Lepas tu mesti cuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Saya suka sebab lepas cuci muka shining-shining. Sebelah malam saya make sure pakai Night Cream Nutriwhite. Tak risau la kulit tak terjaga.

Herbal blend saya sapu setiap pagi pada kulit tangan bagi lembap. Saya ada masalah kulit kering so memang kena jaga.


Berminat nak cuba Set Sistem Imun dan Set Penjagaan Kulit boleh hubungi Shidah terus di 012-6240197. Insyaallah Shidah guide sepenuhnya supaya kita sama-sama sihat selalu.

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai
012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Page : shidotdotcom
intagram : shidotdotcom


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram