Sukan Sea 2017 dah berlangsung beberapa. Bangga melihat atlit-atlit Malaysia berjaya merangkul pingat bagi menjulang nama negera Malaysia.
Demi memberi sokongan atas penganjuran, kami sanggup jalan raya ditutup dari 9 pagi hingga 5 petang bagi memberi laluan acara berbasikal. Dengan itu, kami memilih keluar lebih awal untuk berjalan. Hehe..
Hari ini, pagi-pagi dah bawa anak-anak ke Anjung Tinjau, Tingkat 5, KLIA. Anjung Tinjau adalah bahagian di terminal KLIA yang disediakan untuk pengunjung melihat pemandangan di landasan.
Tapi... jeng.. jeng.. jeng..
Ada surprise yang ada di situ. Sebelum tu ramai yang jarang sampai ke KLIA dan mungkin ada yang dah sampai tapi tidak pernah ke Anjung Tinjau. Anjung Tinjau tempat khas yang disediakan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad kepada pengunjung dan juga pelanggannya bertujuan untuk melihat pemandangan keseluruhan lapangan terbang dan berehat sementara menunggu.
Dekat mana?
Anjung tinjau terletak di tingkat 5 (Departure hall). Untuk sampai ke sana, terus naik menggunakan lif dan pergi ke bahagian pentas utama yang terletak berhampiran McDonald, Old town White Coffee dan Kaunter Tabung Haji. Terdapat laluan ke sana.
Sementara melalui laluan tersebut, kita akan dapat lihat pemandangan di bahagian dalam terminal. Terus ke bahagian hujung yang mempunyai bahagian cermin.
Di sini ada tempat yang anak-anak akan "excited". Sebuah taman permainan baru khas untuk anak-anak dan ibubapa yang sangat selesa disediakan oleh MAHB. Memang teruja anak-anak bila sampai di sini. Terus berlari menuju ke tempat mainan.
Bahagian ni dah dinaiktaraf oleh pengurusan MAHB bagi keselesaan pengunjung. Sangat hebat!. Bukan itu sahaja, surau yang telah dipindahkan dari bahagian sebelah pejabat pos ke Anjung Tinjau. Ia telah diperindahkan bagi menyempurnakan ibadah. Bahagian ini juga berdekatan dengan tandas. Semuanya disatu tempat yang sama. Mudahkan!
Di Anjung Tinjau juga pengunjung dapat melihat pemandangan di landasan, kapal-kapal terbang yang sedang diparkir dan ada rezeki dapat melihat bagaimana syarikat penerbangan beroperasi seperti memasukkan bagasi ke dalam kapal. Dengan ini, kita dapat menilai setiap bayaran yang dikenakan ke atas tiket seperti caj penumbang dan caj bagasi.
Moga fasiliti yang disediakan digunakan dengan baik dan KLIA mendapat ranking terbaik.
Shidah Abdullah
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.