Langkah CEMAS Bila Anak Makan Overdose Vitamin
Musibah datang pada kita biasanya sebagai satu ujian supaya kita belajar sesuatu dan banyak berserah padanya. Kalau kita cakap pasal anak-anak ni, macam-macam karenahnya.
Shidah Abdullah
Kali ini saya nak kongsikan tentang apa yang terjadi pada anak kecil saya berumur 1 tahun 10 bulan yang suka makan vitamin. Memang baguskan. Adik memang suka sangat makan vitalea for children. Bagi satu mesti nak lagi sampai kena sorokkan botol.
TAPI...
Kali ini kisah vitamin yang canggih sikit. Vitamin saya yang diambilnya dengan DOS YANG BERLEBIHAN. 😠Macamana boleh jadi? Letak tinggi-tinggi pun dipanjatnya. Tak boleh nak kata apa. Lagi hebat tanpa jejak. Tak ada botol yang terbuka.

Macamana boleh perasan?
Tanda pertama yang buat saya perasan bila pukul 7 malam 1 Oktober adik muntah. Tu dia.. macam kenal semua benda yang keluar. Semua bentuk bulat-bulat softgel. Kuantiti dalam 7-8 biji. "Ya Allah adik. Bila makannya ni" sambil menepuk-nepuk belakang adik. Adik makan omegaguard dan lecithin. Kali kedua, lebih kurang kuantiti yang sama. Selebihnya muntah air.
Apa perlu dilakukan?
Sebagai ibu, risau jangan cerita la. Saya memang duduk dan mengadap sahaja adik. Beberapa perkara saya sediakan :
▪Botol air mineral supaya mudah adik minum. Bila ambil vitamin memang perlu minum air banyak. Sama juga dengan adik
▪Sediakan bekas dan plastik untuk adik muntah
▪Minyak telon untuk disapukan ke perut adik
▪Kain tuala kecil untuk lap mulut adik bila lepas muntah
▪Spray air sebab akan ada muntah yang meleleh ke lantai
Dalam keadaan adik macam tu, adik memang tak nak ditinggalkan. Memerap aje.
Seterusnya bawa adik ke klinik. Biasanya dalam situasi macam ni, doktor akan terus refer ke hospital sebab risau anak kurang air dalam badan (dehidrated). Walaupun kita tahu vitamin tu natural tapi pengambilan dos berlebihan masih ada kesan lagi pada anak kecil.
Barang-barang perlu dibawa ke hospital
Sebelum pergi ke klinik saya standby barang-barang ni sebab rasa macam kena refer hospital:
▪Baju adik 2-3 helai. Main sambar apa yang sempat
▪Pampers 5-6 helai
▪Charger handphone (tak ada dalam gambar sebab tengah pakai)
▪Buku catitan untuk catit perkembangan adik seperti pukul berapa muntah, cirit birit tak
▪Kad pengenalan adik dan saya untuk pendaftaran di klinik
▪Kain tuala kecil 2-3 helai untuk standby adik muntah
▪Duit jangan lupa pulak
Barang yang saya tertinggal dan kena pesan suami bawa:
▪Vitamin yang adik makan untuk doktor tengok
▪Telekung
▪Baju ganti untuk diri sendiri sebab bila adik muntah ibunya kena tempias
▪Baju adik seluar panjang dan tangan panjang sebab sejuk di hospital
▪Tuala mandi yang kecil
▪Air mineral dan roti. Sebab makanan untuk orang sakit aje. Walaupun tumpang sekaki tapi tak cukup. Hehe.

Apa perlu dilakukan di hospital?
Sampai je saya terus ke kaunter pertanyaan di NCI. Mereka akan baca referral letter yang diseal tadi. "Ok puan, puan terus ke Emergency ye".
Pendaftaran
Alhamdulillah elok pun adik nampak letih sangat dan melepet je. Ada staff nurse bantu saya buat pendaftaran. Dia minta IC saya dan adik. Adik muntah lagi tapi muntah milo ESP yang adik minta nak minum dalam kereta. Jadilah buat bekalan tenaga adik. Sebab bagi makan semua tak nak.
Bila nurse panggil nama adik untuk pemeriksaan, suhu badan dan tekanan darah adik diperiksa. Tengok nurse kata ok. Lega sikit. Tunggu sekejap sebelum Dr panggil. Lepas check tu, tengok adik dah ada tenaga untuk berdiri dan boleh gurau dengan kak chik yang follow sekali. Lega sangat. Rasanya milo ESP ada yang dah start bertindak dalam badan.
Pemeriksaan Doktor
Doktor (tak perasan nama apa) di emergency check adik. Check degupan jantung macam biasa. Ini soalan-soalan yang perlu kita perhatikan pada adik untuk memudahkan doktor:
▪Kenapa dengan adik? Ibu kena explain semua yang jadi
▪Pukul berapa (bila) adik makan? Kebetulan memang tak tahu adik makan pukul berapa.
▪Ada muntah ke? Ada. saya cakap saya cuma tahu bila dia muntah pukul 7 dan explain apa yang saya nampak dalam muntah adik
▪Ada cirit-birit tak? Bila? Adik baru start cirit birit pagi 2 Oktober dan dah 2 kali.
▪Minum dengan makan tak? Tak adik cuma minum air kosong dan menyusu badan 2 kali. Tapi semua muntah semula.
Doktor kata "kita akan refer pada pakar kanak-kanak. Puan ada bawa vitamin yang adik makan untuk pakar tengok dan decide sama ada boleh terima ke tak sebab kalau ada keracunan memang kena refer ke hospital kerajaan". Saya kata tak ada tapi dah pesan suami bawakan.
Daftar masuk ke wad
Nurse maklumkan yang doktor pakar kata adik boleh admit di sini. Mungkin sebab adik ambil vitamin bukan ambil ubat yang ada drug. Bahagian kaunter terus buat pendaftaran. Sambil tu adik
▪kena cucuk untuk masukkan drip. Tangan dah jadi robocop.
▪Ambil sample darah sekali
▪Takung air kencing juga nurse letak dalam pampers sample.
Terus kami dihantar ke wad. Letak adik atas katil dan saya pun susun barang-barang dulu. Kak cik tiba2 nangis. Adoi! Ko nampak apa2 ke kak chik. Ibu dah cuak terus pasang yasin. Tapi adik cool je. Kena coolkan kakaknya dulu. Letak kak chik atas katil sekali dan bukak upin ipin lepas habis yasin tadi. Baru bertenang. Rupa-rupanya dia cuak masuk hospital tengok alat-alat dalam wad ni 😥.
Doktor tanya soalan yang sama macam saya cerita tadi. Yang lainnya
▪Ada darah tak masa buang air besar atau kecil? So far memang tak ada
Doktor kata "Biasanya keadaan macam ni adik akan ditahan di wad dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam untuk tengok pemantauan. Saya pinjam dulu 2 botol vitamin puan ni untuk semak dengan pusat ubat negara nak semak kandungan ada merbahaya tak dan berapa lama tindak balas ye". "Suka betul adik makan vitamin ye. Bijak sangat". Selain tu, doktor tanya perkembangan adik dah pandai apa. Ok tamat visit doktor.
▪kena cucuk untuk masukkan drip. Tangan dah jadi robocop.
▪Ambil sample darah sekali
▪Takung air kencing juga nurse letak dalam pampers sample.
Terus kami dihantar ke wad. Letak adik atas katil dan saya pun susun barang-barang dulu. Kak cik tiba2 nangis. Adoi! Ko nampak apa2 ke kak chik. Ibu dah cuak terus pasang yasin. Tapi adik cool je. Kena coolkan kakaknya dulu. Letak kak chik atas katil sekali dan bukak upin ipin lepas habis yasin tadi. Baru bertenang. Rupa-rupanya dia cuak masuk hospital tengok alat-alat dalam wad ni 😥.
Lawatan Doktor Pakar
Doktor pakar perempuan comel datang. Dr Kama Azura namanya tahu dari tag nama adik.Doktor tanya soalan yang sama macam saya cerita tadi. Yang lainnya
▪Ada darah tak masa buang air besar atau kecil? So far memang tak ada
Doktor kata "Biasanya keadaan macam ni adik akan ditahan di wad dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam untuk tengok pemantauan. Saya pinjam dulu 2 botol vitamin puan ni untuk semak dengan pusat ubat negara nak semak kandungan ada merbahaya tak dan berapa lama tindak balas ye". "Suka betul adik makan vitamin ye. Bijak sangat". Selain tu, doktor tanya perkembangan adik dah pandai apa. Ok tamat visit doktor.
Pemasangan Air Drip
Selesai lawatan nurse pun datang pasang drip adik. Yang lain, yang keluar dan masuk hantar makanan dan ambil sampah.
Lawatan kedua Doktor Pakar
Dr Azura datang dan maklumkan "Vitamin Shaklee Non Toxic. So puan tak perlu risau. Sekarang kita cuma nak tengok kandungan darah dia je sebab dia ambil dos banyak boleh buat buah pinggang kerja kuat sikit. Tapi insyaallah ok".
Lega sangat. Syukur sangat.
Pelajarannya....
Letak vitamin bukan sahaja ditempat tinggi tapi tempat tertutup. Omegaguard tu adik makan juga tapi memang tak boleh bagi nampak. Anak kecil ni lain akalnya. Unexpected!
Tapi saya bersyukur sebab saya pilih vitamin semulajadi. Kurang la efeknya.
INGAT YE!
Bukan salah vitamin ye. Saya kongsikan cerita ni untuk pengajaran semua. Karang VIRAL BUKAN-BUKAN pulak.
▪Ibu ayah kena peka selalu
▪Kena bertindak pantas dan sentiasa observe
▪Setiap sesuatu jadi ada ilmu yang Allah bagi itu adalah hikmahnya.
▪Ambil sesuatu mesti dengan ilmu contoh pilih vitamin pun kena ada ilmu. Supaya tahu nak bertindak.
![]() |
Adik happy bila kakak2 datang melawat |
Shidah Abdullah
Mood bermalam di wad
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.