Set Mengandung Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil

Assalamualaikum,

Kehamilan adalah waktu paling menggembirakan bagi semua pasangan. Bermula dari saat kita merancang untuk hamil dan kemudian disahkan hamil adalah satu berita yang akan dikongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Moga semua mendoa yang terbaik.

Seterusnya, anda akan menikmati perkembangan kehamilan dari satu minggu ke satu minggu dengan pengalaman yang menakjubkan. Setiap wanita akan melalui kehamilan yang mungkin tidak akan sama dengan orang lain. Namun begitu simptom-simptomnya hampir sama dan akan melalui 3 fasa kehamilan.


  • Trimester Pertama (Minggu 1 hingga 12) - Perubahan pada ibu seperti keletihan, loya sehingga muntah.
  • Trimester Kedua (Minggu 13 hingga 28) - Badan ibu mula mengembang untuk memberi ruang pada bayi. Bayi dah mula bergerak dan ibu akan bengkak di tangan, muka dan jari.
  • Trimester Ketiga (Minggu 29 hingga 40) - Organ bayi mula terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Ibu akan rasa tidak selesa seperti sakit belakang. Keadaan bayi yang semakin membesar akan memberi tekanan pada organ dan menyebabkan ibu kerap ke bilik air.
Banyakkan bertenang dan nikmati setiap fasa perbesaran bayi dengan gembira. Tulis dairi setiap pengalaman di setiap fasa buat kehamilan lebih seronok.

Masalah-masalah Dihadapi Ibu Hamil

Dalam tempoh kehamilan, perubahan badan akan menyebabkan ibu mengalami masalah kesihatan ketika hamil. Antara yang pernah dilalui oleh ibu-ibu hamil ialah;-
  • Kaki bengkak dan kekejangan (cramps)
  • Berat badan bertambah dan berkurangan
  • Tekanan darah tinggi atau rendah
  • Sering buang air
  • Keputihan 
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi 
  • Preclampsia
  • Pendarahan ketika hamil
  • Anemia
Apa yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan risiko masalah-masalah di atas ialah dengan menjaga pemakanan dengan memastikan pengambilan yang seimbang untuk ibu dan bayi. 

Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Dalam tempoh kehamilan, ibu akan berkongsi nutrisi dengan bayi. Khasiat akan dibekalkan pada bayi bergantung pada apa yang ibu makan. Bayi (fetus) akan menerima zat makanan melalui uri dan juga cecair amnion. Oleh itu, sangat penting untuk ibu memilih makanan seimbang dan mencukupi. 

Jika kekurangan zat, pembesaran bayi boleh terjejas. Ibu perlu pastikan mengambil pelbagai makanan berkhasiat seperti karbohidrat, kalsium, protein, lemak, mineral, vitamin dan sebagainya. 

Jom kita lihat kepentingan setiap nutrisi untuk pembesaran bayi.




1. Kalsium 
Bila hamil, ibu perlu menggandakan pengambilan kalsium dari biasa. Ini disebabkan badan akan menyerap 50% kalsium terutama pada 6 bulan pertama. Kalsium akan sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang akan mula terbentuk pada minggu ke-8. Sumber kalsium seperti keju, susu, dadih dan produk tenusu sangat kaya dengan kalsium.Tapi pasti memilih produk yang rendah lemaknya. Jika ibu kurang bekalan kalsium, badan akan mula "mencuri" kalsium dari tulang ibu. Ini yang akan meningkatkan risiko osteoporosis. Ibu pula akan kerap kekejangan otot akibat kurang kalsium. Kalsium yang cukup akan membantu untuk mengatasi tekanan darah tinggi yang boleh. 

2. Protein
Sumber protein seperti ikan, daging, ayam, kerang, kekacang, telur dan makanan berasas kekacang seperti soya sangat penting dalam diet harian ibu. Protein sangat penting dalam pembentukan sel-sel yang akan membentuk keseluruhan organ bayi.

3. Vitamin C

Zat yang terdapat dalam makanan yang mengandungi vitamin C membantu membina plasenta yang kuat. Ia juga meningkatkan sistem imun dan mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana zat ini tidak disimpan dalan badan. Vitamin C juga mudah hilang ketika makanan dimasak dan disimpan terlalu lama. Oleh itu, makan makanan yang segar untuk pasti khasiat tidak hilang.

4. Serat

Ambil juga makanan berserat seperti roti, kekacang, nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Tapi hati-hati, makanan berserat selain sayur dan buah-buahan boleh menghalang penyerapan nutrien lain. Amalkan minum air yang banyak supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

5. Asid Folik

Asik folik adalah vitamin B penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan sistem saraf utama bayi. Kekurangan asid folik akan mengganggu perkembangan otak bayi. Selain itu, ia juga penting dalam pembentukan sel darah merah. 

Jika kekurangan zat ini boleh menyebabkan 

- mengganggu perkembangan otak bayi 
- ibu boleh mengalami anemia 
- bayi mengganggu perkembangan otak bayi
- bayi dilahirkan kekurangan berat
- boleh berlaku keguguran

6. Zat Besi

Badan kita memerlukan zat besi untuk membina sel darah merah. Ketika hamil, keperluan zat besi meningkan 2 kali ganda dari biasa bagi mengelakkan anemia. Ibu digalakkan makan daging merah untuk memastikan cukup bekalan zat besi. Selain itu, ibu boleh makan tempe, sayuran hijau, kekacang yang juga membekalkan zat besi. Elakkan minum teh kerana kandungan dalam teh akan menyerap semua khasiat zat besi.

7. Asid Lemak (EPA dan DHA)

Asid lemak membantu dalam perkembangan otak bayi, mata dan sel sarafnya. Minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak matahari dan kekacang adalah sumber yang baik untuk ibu hamil.


Set Mengandung Lengkap Shaklee

Alhamdulillah, ada set mengandung shaklee yang lengkap untuk ibu dan bayi. Ibu tak perlu runsing tidak cukup nutrisi yang akan mengganggu perkembangan bayi. Terdapat 6 produk iaitu ESP, Omegaguard, Vitalea, B-complex, Vitamin C dan Ostematrix. 

1. Vitalea
Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vitalea dapat membantu ibu menambah zat besi dan mengelakkan ibu dari mudah pitam, lesu dan kurang konsentrasi.

2. Vitamin C 
Agen antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. Kulit juga akan lebih cantik. Istimewanya vitamin C shaklee ialah ia melepaskan vitamin C secara berperingkat bagi memastikan vitamin c cukup untuk sehari.

3. B-complex
Mengandungi vitamin B yang lengkap dan membantu badan ibu bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Vitamin juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bila kurang stress, kesihatan dan penghasilan susu juga lebih baik.

4. Energizing Soy Protein (ESP)
Protein adalah makan penting untuk sel badan. Ia mengekalkan pertumbuhan normal dan memelihara tisu. Ia juga membantu pembinaan hormin, enzim dan antibodi untuk mengangkut nutrien ke seluruh badan. ESP juga membantu memberi tenaga berkekalan untuk ibu hamil. Kulit akan lebih licin, gebu dan anjal.

5. Ostematrix (Kalsium dan Magnesium)
Kalsium penting untuk membina tulang, gigi dan saraf bayi. Kalsium yang cukup dapat mengelakkan kebas-kebas dan kekejangan ibu hamil.

6. Omegaguard (EPA dan DHA)
DHA adalah asid lemak yang penting untuk perkembangan otak ibu dan bayi. Bayi tidak dapat menghasilkan DHA sendiri dan akan memperolehi dari ibu semasa dalam kandungan dan melalui susu ibu selepas dilahirkan. Bagi ibu, omega 3 di dalam omegaguard dapat membantu membakar lemak dan membantu ibu semakin slim lebih cepat selepas bersalin. Bestkan!


Testimoni Ibu-Ibu Yang Mengambil Set Lengkap Mengandung Shaklee




Produk ini bukanlah untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan sukan yang sangat selamat ini, bolehlah menghubungi saya segera!

Shidah Abdullah
No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seriemas 




Order Online : Set Kehamilan Shaklee

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram