11 Tips Pergi Ke Big Bad Wolf 2017 di MIECC Mines 8 Dis hingga 18 Dis 2017

Assalamualaikum

Semangat membaca berkobar-kobar sejak dapat MC seminggu sebab keguguran. Instrad of bersedih, lebih baik saya bina semangat dengan membaca. Lama dah tak buat. Serius weih rugi gila rasanya tak mencari ilmu. Lebih baik dari menonton siaran tv yang berulang-ulang kan.

Alhamdulillah dah sihat. Godek-godek fb ternampak kawan pergi Big Bad Wolf di MIECC Mines. Menarik ni. Isnin seluruh negeri Selangor dapat cuti birthday sultan. Dalam otak dah berlegar plan nak pergi sana. Anak-anak macamana semua sekali. 3 tahun juga tengok advert lalu depan mata tapi tak dapat pergi. Kali ni berjuang untuk pergi. Chewah! Nak tahu juga ada apa.


Dari rumah saya nak ke exhibition centre ni dalam 35 minit. Dari tol nilai terus pergi ke susur keluar UPM dan akan masuk ke Lebuhraya Sg Besi. Jalan terus dan tetus menuju ke Mines mall sebelah kiri ye. Saya sesat sebab waze suruh ikut jalan bawah saya ikut jalan atas. Degil 😅 last-last pusing-pusing.

Korang tengok saya dah sampai entrance masuk. Sila la datang awal pagi. Saya sampai pukul 10 tepat pun dah penuh dengan ulat buku. Memang dasyat. Masuk parking bayar RM5 je. Parking banyak tapi kena sabar la sebab ramaikan. Queue sikit la nak masuk entrance ni. Tapi under control.


Parking dan terus naik ke atas ikut tangga. Follow crowd yang ramai-ramai berpusu-pusu. Tengok tu sempat menjemahkan diri depan pintu. Kesian selfie je boleh sebab pegi sorang-sorang. Oklah kan. Janji orang tanya dah pernah pergi ke? Pernah 😂.


Big Bad Wolf ni rasanya setahun skali je. Buka 24 jam. Masuk je exhibition hall rasa wow banyaknya buku. Bestnye! Rambang mata sangat-sangat. Memang harus dipuji cara susunannya. Pelbagai buku ada dan tersusun dengan rapi. Ini susunan dari pintu masuk yang saya ingat.
✔ Bahagian khas Agen Ali dan stage
✔ Buku bahasa melayu termasuk novel
✔ Bahagian agama
✔ Bahagian buku rujukan dan latihan sekolah rendah dan menengah
✔ Bahagian kanak-kanak. Ada juga di antara tempat-tempat lain. Memang rambang mata. Standby duit ye mak ayah.
✔ Bahagian architecture and design
✔ Bahagian health and sport
✔ Bahagian Economic
✔ Bahagian Religion
✔ Bahagian cooking and bakeri


Di dalam ada juga dijual makanan untuk membawa anak-anak makan. Buku-buku tak boleh dibawa ke bahagian tersebut. Bersusun trolley di luar kawasan tersebut.

Ini tips membeli buku di Big Bad Wolf.

1. Fokus buku apa sebenarnya nak dibeli. Contohnya macam saya memang aim nak beli buku kesihatan. Dalam nak pergi ke section tu saya lalu dan ambil macam-macam buku. Penuh trolley macam ni. Sebab jalannya sehala. Kita memang boleh patah balik tapi akan susahkan orang lain.


2. Letakkan baget
Buku disini memang murah. Buku anak-anak range yang saya nampak paling murah RM3. Bayangkan semua rasa nak beli. Kalau tak letak baget, memang tak terkawal kita beli. Bajet saya hanya RM150 sahaja.

3. Elakkan bawa anak kecil
Anak-anak dalam lingkungan 7 tahun ke atas sesuai untuk dibawa sebab mereka dah pandai memilih. Pesan awal-awal limit mereka supaya baget kita tak lari. Tujuan kita nak mendidik dan memupuk minat membaca. Objektif ni kena capai.

Yang kecil agak tidak sesuai kerana keadaan yang terlalu ramai. Kebetulan saya nampak ada anak yang mogok. Kesian mak ayah juga. Dari niat nak membeli nanti jiwa kita kacau dan jadi tak best pula. Kalau ada yang bawa dibahagian stage ada tempat untuk duduk menunggu dan ada special arrangement macam hari ni ada Ejen Ali. Tapi saya tak tunggu la.

4. Asingkan pembelian
Hehe saya tahu bila pergi sini. Kita beli untuk anak sedara, mak, abang. Asingkan dalam strolley supaya senang untuk kita sorting nanti sama ada perlu atau tidak kita beli. Mana tahu terlebih bajet. Saya buat begitu, bila sorting-sorting terus kira dan decide mana yang betul-betul saya nak. Selebihnya ada bakul unpurchase item disediakan di tiang dan sebelum kaunter pembayaran. Baguskan!

5. Jangan ambil buku sample
Setiap buku kebiasaannya ada buku sample disediakan untuk kita tengok contentnya. Bila dah berminat ambil yang masih dalam plastik. Jangan jadi macam saya. Tersilap pulak ambil yang sample. Excited sangat dah jumpa buku sampai tak check.

6. Berhati-hati dengan barang-barang dan anak-anak
Selama saya di sana, beberapa kali announcement barang tertinggal terutama handphone. Lepas tu mak ayah mencari anak-anak. Dah ramai-ramai ni bahaya.

7. Pakai sportshoe atau yang lebih selesa
Kalau boleh pakai la sportshoe supaya berjalan agak selesa sebab besar tempat kita nak meronda. Nanti kaki cepat sakit kalau gunakan slipper (saya la tu sebab sportshoe husband keluarkan 😂)

8. Terus beratur di kaunter zigzag
Bagus sebab laluan bayaran dibuat zigzag sebelum sampai ke kaunter bayaran. Banyak juga kaunternya. Akan ada yang jaga dihujung barisan dan lepaskan ke cashier yang akan tunjuk kad.

9. Bayaran
Bayaran boleh dibuat guna kad ataupun cash. Sekarangkan mudah sangatkan. Tak pening bawa cash.

10. Resit pegang sampai pemeriksaan security atau staff
Masa pemeriksaan diorang akan kira buku yang kita beli dan compare dengan resit. Bagus.

11. Bawa beg tarik
Mula-mula saya pelik kenapa orang bawa beg tarik. Rupanya trolley hanya sampai kaunter pemeriksaan. Ye la orang ramai. Mana sempat diorang nak kutip trolley. Kita kena la prepare.

Harap cukup 11 tips ni untuk korang berjuang shopping buku ye. Saya nak abiskan buku Focus on Your Dream bagi terbuka mata sikit.

Nota Ikhlas
Shidah Abdullah

#shidahstories

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram