Diabetes atau Kencing Manis dihidapi hampir 3.6 juta rakyat Malaysia. Ini berdasarkan statistik Jun 2013 yang dikeluarkan oleh Obesity Prevention Council. Tingginya statistik ni! Berapa agaknya statistik sekarang ye?. Mengikut nisbahnya sekarang seorang dari 5 rakyat dewasa menghidap diabetis. Kajian menunjukkan peningkatan 40% angka pesakit kencing manis.
Apakah sebenarnya Diabetes?
Badan kita memerlukan insulin untuk menukarkan Glukosa kepada tenaga. Insulin dihasilkan oleh pankreas bertugas sebagai pengawal keseimbangan glukos dari darah ke dalam sel badan kita.
Apabila pankreas tidak mengeluarkan hormon insulin secukupnya, glukos tidak dapat masuk ke dalam sel dan kekal di dalan darah dan mengebabkan paras gula meningkat.
Apabila pankreas tidak mengeluarkan hormon insulin secukupnya, glukos tidak dapat masuk ke dalam sel dan kekal di dalan darah dan mengebabkan paras gula meningkat.
Jenis-jenis Diabetes
Type 1 Diabetes terjadi apabila pankreas langsung tidak menghasilkan hormon insulin ini. Kebiasaanya terjadi pada kanak-kanak dan remaja dan puncanya tidak dapat dikenal pasti. Berdasarkan statistik 90% kes kencing manis adalah dari jenis ini
Type 2 Diabetes pula terjadi apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang secukupnya untuk digunakan untuk menukarkan gula kepada tenaga. Ia juga berlaku apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik.
Gestational Diabetes berlaku pada wanita hamil di mana insulin tidak berfungsi dengan efektif menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkal semasa kehamilan.

Pemeriksaan Kadar Gula Dalam Darah
![]() |
Kredit : Start Online |
Apakah Simptom Kencing Manis?
- Badan cepat atau mudah berasa keletihan
- Kerap membuang air kecil
- Penurunan berat secara mendadak
- Luka yang sukar untuk sembuh
- Mengalami masalah seksual bersama pasangan
- Sentiasa berasa lapar
- Pandangan mata yang kabur
- Sentiasa berasa dahaga
- Infeksi pada kemaluan
Siapa yang berisiko mendapat penyakit kencing manis?
- Mereka yang mengamalkan gaya hidup yang tidak aktif dan kurang melakukan senaman
- Mereka yang mempunyai berat berlebihan (Overweight) paling berisiko mendapat kencing manis Type 2
- Mereka yang mengambil makanan tidak sihat dan tinggi kandungan gula menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat naik mendadak
- Mereka yang meningkat usia mudah terdedah kerana peningkatan AGE protin menyebabkan ia bertindakbalas dengan molekul gula dalam badan dan menyebabkan komplikasi.
Bagaimana nak menghalang dan mengawal penyakit kencing manis?
- Kawal and rendahkan tekanan darah dan kolestrol.
- Lakukan pemeriksaan dengan kerap
- Kawal berat badan
- Bersenam 30 minit sehari. Ini dapat mengurangkan risiko sebanyak 58%
- Makan makanan yang sihat, kurangkan yang berminyak, banyakkan serat, sayuran dan buah-buahan
Semoga bermanfaat dan menjadi amalan.
Shidah Abdullah
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.