Bila Doktor Dah Kata... Follow je..
Pagi-pagi setia menanti kaunter admission ke wad buka pukul 8.30 pagi. Hehe tapi risaunya nak buat prosidur D&C dari semalam. Terjaga pulak pukul 3 dan tak boleh tidur. Bleeding dah ada sikit dan tak boleh nak solat. Zikir je la ye.
Berdebar dari sebab semalam sebab nurse kirim ubat Misoprostol untuk insert di bahagian bawah. Pesan nurse "Pukul 6 pagi nanti puan guna glove ni masukkan tiga-tiga sekali ye. Puan akan rasa macam period pain sikit"
Waduh! Period pain. Lupa dah rasa. Yang ingat rasa contractions bersalin ye. Ni yang buat lagi berdebar tak leh tidur. Hehe. Bertenang je la.
Ngadap akaun Niagawan sebab target nak settlekan sebelum admitted. Siap juga ngam2 pukul 6. Mandi, settlekan pesanan nurse dan terus bersiap nak ke hospital.
Bila kaunter registration dah buka terus ambil no 3002. Orang kedua. Ting "3002 kaunter 9". "Admission ye puan? Bilik belum ada. Bila ada saya panggil puan". Dalam setengah jam nurse call bilik ready dan terus dapat tag nama.
Masa ni ubat tu dah bertindak balas duduk dah tak tentu arah. Period pain plus mild contraction la rasanya. Heavy period. Ubat tu bantu clearkan rahim dari pukul 8 sampai pukul 9 lebih keluar ketulan daging.
Terus kurang rasa sakit dan masih perlu dicuci sebab ketulan tu tak sempurna. Maknanya ada yang masih tertinggal. Tu sebab kena buat d&c. Sempat tengok sekeliling bilik ada signage kena puasa nak buat prosidur. Dari pukul 12 malam puasa tau!
Dalam pukul 10 nurse datang nak bawa ke OT. Lagi la berdebar Ditolak terus ke ruangan menunggu PRE OP/ POST OP HOLDING WAY. Tu la signage ada di situ. Tudung dah diganti dengan topi ala2 cap mandi tu. Diruangan ni ada 3 katil berpenghuni dan saya giliran last nampaknya dalam pukul 11 pagi.
Doktor berbaju hijau lalu lalang. Dibaju tulis SJ OT. Salah sorang datang perkenalkan diri Dr Ngun explain tentang bius yang akan diberikan iaitu General Anesthesia. Yang saya tahu saya tak kan sedar sepanjang prosidur.
Dr Ngun pasangkan jarum ditangan untuk masukkan bius. Disebabkan giliran belum sampai ubat belum dimasukkan. Mata mengelewor tengok kakitangan hospital. Kemudian orang kanan masuk OT. Dengar nurse sebut pasal "lung" bila berbincang dengan kawannya. Berdebar dengar.
Saya yang masuk untuk d&c pun risau. Kalau sakit lain tak tahu la. Dr Ngun datang tanya dan tunjuk satu kertas risiko-risiko prosidur untuk di baca. Saya faham dan sign. Dr Ngun cucuk dan masukkan pain killer. Dah rasa dizzy dan terawang-awang. Belum bius lagi. Baring dan terlelap sekejap.
Bila bangun turn saya dah sampai. Disorong masuk ke OT. Nampak la lampu macam dalam drama. Ada sorang doktor suruh bernafas guna oksigen. Sementara tu dah mula rasa sesuatu masuk di tangan dan sakit. Tapi sebab leka sedut oksigen memang terus terlelap semula. Tak sedar apa berlaku.
Bila terjaga, saya dah berada di bahagian Pre op/ post op holding way. Oh dah selesai rupanya dan ada rasa sakit sedikit. Tapi rasa diperut sangat lega berbanding tadi masih ada sakit period pain. Syukur sangat selesai prosidur dengan baik.
Masa untuk recovery dan sesi berpantang bermula. Macam biasa ambil set berpantang la kan. Moga ada rezeki anak seterusnya. Yang penting sekarang masa build up semula tenaga dan pulihkan luka dalaman.
Kongsi Pengalaman,
Shidah Abdullah

0 Comments
Komen anda amat saya hargai.