Bila Anak Raya Di Kampung, Baru Syoknya Raya!

Assalamualaikum



Selamat Hari Raya semua! Masih belum terlambatkan sebab masih di musim raya. Ramai yang cuti bersambung-sambung sebab raya jatuh hari Jumaat. Bolehlah beraya sakan Sabtu dan Ahad. Bagi yang tak nak kalah, sambung terus lagi seminggu sebab anak-anak masih cuti sekolah. Berganda rayakan.



Apa yang penting adalah aktiviti masa hari raya ni. Ye la, tak kan nak duduk di rumah dan mengadap TV je. Mana syok raya. Bermula dari solat sunat Aidil Fitri sehingga la sesi kunjung-mengunjung. Memang berbeza beraya di bandar dan di kampung. Beruntungnya korang kalau ada rumah kampung. Tak payah nak mengada geli la apa sebab kadang-kadang tak ada tiles cantik. Tapi suasana berayanya luar biasa.



Raya kena la bermakna untuk anak-anak. Bukan sekadar dapat duit raya je tau. Mesti ada value yang akan buat korang terkenang sampai bila-bila. So kena biar diorang rasa syoknya beraya.  

1. Rumah Kampung

Rumah kampung papan dan ada tangga.  Bila main keja-kejar terus berlari dekat tangga, bergegar rumah opah atuk. "Jangan Lari" Memang menjerit la opah atukkan. Anak-anak saya tak dapat fefeeling macam ni. Rumah opah atuk belah ayah dan ibu semua rumah taman. So kita tumpang posing dekat rumah moyang. Huhu ibu sampai rasa nak beli tanah dan buat sebiji rumah kampung untuk diorang rasai suasana ni. 







2. Mengenal sejarah keluarga

Hah posing sakan dekat batu. Tu la saki baki peninggalan rumah ayahnya membesar dulu. Rumah dah usang dan dirobohkan. Tinggal la batu-batu. Kata mak longnya "Hah tu jamban yang tinggal tompat ayah membosar" dalam loghat tolu. Korang kena tahu sebelum opah atuk dapat rumah taman, ada rumah lain yang berjasa dan meninggalkan beribu kenangan.


3. Permainan di kampung

Dari tercongok tengok youtube di handphone, ibu lagi suka tengok korang aktif macam ni. Lantak la berjubah bagai main sepak buah kelapa. Masa ni anak-anak sibuk main buah kelapa yang dah kering. Siapa paling jauh. Seronok pula bermain atas pasir. Kalau ibu dulu, memang berkaki ayam je. "Main puas-puas, tak payah nak geli geliman kalau ada pasir dekat selipar". 



4. Menziarahi Orang Sakit

Dalam seronok kita beraya, tak kurang juga yang kurang gembira disebabkan sakit. Ni di rumak saudara sebelah ayah. Bagi anak-anak saya ni pangkat moyang. Teringat-ingat lagi bila Opah Long setia menunggu depan pintu di atas kerusi rodanya. Katanya senang aku tahu siapa datang 




5. Kenal Saudara Mara






Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram