Tips Bijak Berbelanja Di Musim Raya

Berbelanja bila nak beraya memang  rambang mata. Masa ni bersusun kedai di semua pasaraya dengan promosi hebat masing-masing. Memang melambai memanggil-manggil.

Dengan itu, kita kena rancang perbelanjaan kita dengan bijak. Lebih lagi nak membuat persiapan anak-anak. Apa kata sebelum hendak keluar membeli belah, gunakan tips berikut sebagai panduan berbelanja.

 1. Buat Senarai

Sebelum kita keluar membeli belah pastikan kita tulis senarai barangan yang hendak dibeli seperti baju yang hendak dicari untuk keluarga dan barangan dapur.

Jika hendak membuat kuih Raya,  tetapkan kuih yang hendak dibuat dan berapa bancuhan hendak dibuat. Kemudian, buat kiraan bahan-bahan yang perlu dibeli. Hehe pernah satu tahun semangat nak buat kuih dan beli bahan berlebihan, sampai raya tahun depan ada lebihan bahan dan sudah expired. Kan rugi.

Dengan merancang kita akan membeli dengan lebih fokus dan tanpa pembaziran. Kemudian,  kira anggaran bajet. Jika lebih dari yang ditetapkan bolehlah kita potong yang mana rasa boleh dibeli kemudian.

2. Elakkan bawa kad kredit

Hah kalau time membeli belah waktu raya anda menggunakan kredit kad, sudah pastinya anda akan membeli melebihi had. Sebab mindset kata tak apa la lebih sikit. Hentikan!

Sebaiknya gunakan debitkan untuk lebih selamat dengan jumlah baget yang ditetapkan di dalamnya. Maklumkan jumlah ini pada yang mengikut bersama. Pasti mereka juga mula mengira-ngira ketika memilih. Mau tak risau, nanti kena reject barang dikaunter kan malu tu. 

Untuk membeli baju di booth2, asingkan bajet mengikut individu. Limitkan setiap seorang mungkin RM150. kalau nak dapat baju yang banyak kena la pandai mix and match baju. Huhu baju budak pun mahal juga tau. 

3. Beli Semasa Jualan Murah

Musim perayaan jualan murah memang merata-rata. Bayangkan dapat membeli barang berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Tapi berhati-hati juga ada juga yang mengambil kesempatan. Kata jualan murah tapi harga sama seperti biasa. Hanya sekadar tampal tag harga baru seperti harga potongan baru. Membeli pakaian anak-anak masa jualan memang berbaloi.

4. Bawa penasihat dan pakar tawar menawar

Pergi bershopping ni berteman lebih seronok. Ada penasihat yang akan bantu mengingatkan kita dan expert tempat yang boleh bagi harga lebih murah. Lagi bagus yang terror tawar menawar. Jangan bawa ramai sangat pula. Nanti pening pula nanti.  Penasihat juga dapat membantu kita memilih dengan lebih bijak.

5. Elakkan membawa anak kecil 

Membawa anak-anak memang seronok dapat tengok gelagat yang comel. Tapi proses membeli belah dan memilih akan ambil masa yang sangat lama dan perlu bergerak pantas. Membawa anak-anak adakalanya menyukarkan memilih. Ditambah pula anak-anak akan mula merengek bila mereka dah mula kepenatan. So lebih baik elakkan.

Semoga persiapan beraya lebih bijak dan beraya tanpa perlu memikirkan bebanan hutang atau kekurangan perbelanjaan di masa akan datang ye.

Shidah Abdullah
Dhuha Founder


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram