Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Monday, October 2, 2017

5 Tips Saya Belajar Dalam Jom Kurus

Saya tak gemuk. Statement berhantu yang buat kita makan lagi banyak 😂.. saya gemuk ke? Tak la gemuk mana tapi untuk seorang yang rendah tapi berat 69 kg tu dan BMI tidak ideal.. saya kategori comel-comel berisi.


Apa sebenarnya yang saya belajar nak turunkan berat badan?



1. Kawal Makan Ikut Had Badan Sendiri

Ada yang kata kalau nak kurus jangan makan nasi ganti dengan oat je. Ada pula yang cadangkan kurangkan makanan. 

Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak terseksa benar rasanya kalau tak makan nasi. Saya fikir cara terbaik untuk kurus tapi tak seksa diri. Tup tup keluar gambar pinggan ni dalam group Shaklee iReach. 




Saya lebih bersemangat antaranya sebab Cabaran Makanan Sihat iReach. Sampai Kak Haila yang selalu makan dengan saya tegur "Wah! Dah ada sayur la dalam pinggan".

Saya pastikan pinggan saya di susun macam ni. Saya apply semua yang saya cerita dalam post saya sebelum ni tentang saiz makanan. Memang saya buat betul kali ni.

Kenapa? Sebab saya sedar perut saya dah mengembang betul. 2 pinggan nasi relaks je makan. Tak de hal tau! Bila aim nak kurus, saya mula kecilkan sukatan nasi tu dulu. Tak drastik sangat kan. Tapi sekarang makan nasi besar saiz tangan dah rasa kenyang dah.

Yang penting pesan coach.. 

2. Hentikan Tabiat Mengunyah Memanjang

Ini tabiat yang memang buat jadi montel tau. Sampai dekat ofis tu ada sorang bos tu kalau nampak saya makan siap tegur "Shidah kalau tak nampak dia mengunyah tak sah". Ops! Nampak tak.. orang pun sedar. Ate deme sediakan kuih-muih dekat meja free, makan aje la. 

Tapi sekarang saya dah mula mengelak. Lalu kedai jual goreng pisang yang favourite pun saya tak singgah ok. Ambil masa cheat day. Tu pun ikut pesan coach ye. Jangan nak cheat sangat. Nanti jadi macam raya haji. Naik balik sikit. Mujur 0.5kg je..pun jenuh nak turunkan balik.


Kalau zaman saya diet sebelum ni weekend tu sehari sahaja cheat day, lepas tu satu meal sahaja cheatday bukan satu atau sabtu ahad tu cheatday. Sekadar amik syarat makan yang tak clean untuk lepaskan craving sahaja.


3. Timbang Berat Dengan Betul 

Bila nak kurus ni, teknik menimbang memang penting. Kalau boleh hari-hari nak timbang. Masa mula-mula start, saya timbang dekat gym. Tiap kali salin baju dekat gym saya timbang. Tengok asyik tak bergerak nombornya. Stressnya.


Rupanya tak boleh memanjang timbang. Ada cara rupanya nak timbang tak boleh hentam je. Kena pilih hari yang tetap dan banyak syarat-syarat menimbang yang lain. Baca 5 cara menimbang dengan betul.

4. Mulakan Bersenam

Saya dah tak toleh lagi. Lemak-lemak dah tepu. Kena la buat pembakaran dengan bersenam. Saya pilih berjogging setiap petang selepas pukul 6 petang. Saya set alarm mesti berbunyi 6.45 petang untuk saya balik. Tu komitmen yang saya pakat dengan suami. Alhamdulillah masih konsisten. Bila hujan singgah di gym naik treadmill. 

Untuk monitor performance larian. Saya guna apps Nike Run Club untuk tengok prestasi dan peningkatan.

Biasanya bila berlari berapa kilometer larian, pace (kelajuan) larian kita setiap kilometer dan berapa kalori terbakar. Lagi tinggi pace dan kilometer lagi banyak terbakar kalori.

5. Minum air secukupnya

Macam saya air yang paling saya suka air kosong. Pergi kedai pun air kosong juga yang saya order. Tipu la kalau kata saya tak minum air manis langsung. Biasa pagi minum milo. Dari secawan sekarang kongai berdua dengan suami. Tu la cara saya kurangkan. Bila mampu dielak, elakkan terus.



Kesimpulannya

Dalam tempoh nak menurunkan berat badan ni, orang sekeliling adalah sangat penting untuk memberi sokongan. Ada kawan-kawan berjogging dan share makanan-makanan sihat masing.

Bagi yang dah berkahwin, support pasangan lagi penting. Sebab biasanya makan semua sama-sama. Macam saya pagi biasanya breakfast dengan suami dan masing-masing order. Sekarang suami order saya kongsi. Kami berkongsi;-
▪ makanan supaya masing-masing mengurangkan kuantiti makanan

Alfalfa dan lecithin kami amik 3 kali sehari, waktu sarapan, tengahari dan malam. Alfalfa bantu detox toksik-toksik dalam badan dan lecithin bantu mengemulsi lemak-lemak yang kita ambil agar tidak tersekat dalam badan. 

Di sebelah malam pula, kami ambil 4 biji herblax bagi membuang kerak-kerak dalam usus. Memang clear dan rasa ringan badan.

https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/02/turunkan-berat-badan-dengan-set-kurus.html

▪ bila saya beli kasut untuk jogging, suami saya juga beli kasut dan seluar supaya dia juga sama-sama bersukan.

Tunggu update saya seterusnya. Nak kongsikan makanan yang dibuat dalam tempoh nak kurus dan apa saya belajar di setiap sesi bersama coach.


PROMOSI ESP BULAN OKTOBER 2017


https://shidotdotcom.blogspot.my/2017/09/10-soalan-dan-jawapan-tentang-esp-yang.html

Shidah Abdullah
Saya Pengedar Shaklee Nilai - Sepang (COD/Pos)
Whatsapp/Sms : 012-6240197

Lawati dan kenali saya di
LIKE di FB page : shidotdotcomm
Add Friend di FB L Shidah Abdullah
Follow di Instagram : Shidotdotcom




Read More

Wednesday, September 27, 2017

5 Cara Menimbang Badan Dengan Betul

Untuk yang nak jaga turun berat badan, kena monitor berat dan catit penurunan berat sebagai satu motivasi. Kita juga kena set target berapa lama nak turunkan berat contohnya 20kg dalam masa 6 bulan. Bermula bulan Jun 2017 hingga Dis 2017. Jom belajar bagaimana timbang dengan cara yang betul. 

1. Guna Penimbang Sendiri

Beli timbang sendiri di rumah adalah cara terbaik. Ini tak.. sekejap-sekejap timbang dekat mydin la giant la. Jenuh! Beli je satu dekat cosway dan boleh ramai-ramai guna. Tak perlu bandingkan dengan timbang kawan di rumah dia pun. 

Tapi saya cadangkan beli di Lazada timbang brand Yunmai. Memang canggih weih. Search je Yunmai nanti keluar la semua jenis Yunmai.

Ini la rupa timbangnya. Kalau yang jenis sama kawan-kawan geng nak kurus beli dalam RM110 macam tu. Ni sebab warna mahal sikit. 
Excited timbang baru sampai

Apa beza timbang ni dengan yang lain? Dia canggih sebab bila timbang terus link ke apps dalam hp. Install je apps dari google store.

Bagusnya timbang Yunmai, ia boleh baca
▪kandungan air (water) 
▪body mass index (BMI)
▪umur dalaman badan (fitness age)
▪lemak (body fat)
▪kandungan protin
▪lemak melingkungi organ (visceral fat)


Tingginya bacaan saya.. korang tak tengok mula-mula. Fitness age 52 tahun. Haha..

2. Pakai baju yang ringan dan minimum

Masa nak timbang, pilih baju yang ringan dan nipis. Jangan la pakai baju kerja keMemang jauh bezanya timbangannya. Kalau boleh pakai baju yang sama je setiap kali timbang. 

Kalau timbang dari mula dengan kaftan dan pastikan seterusnya nanti guna baju yang sama juga. Mudahkan!

3. Timbang Sebelum Makan dan Minum

Timbang mesti sebelum makan dan minum. Sebab kalau kita timbang selepas makan, memang confirm berat. Minum air je dah seliter. 

4. Timbang selepas Membuang 

Buang air kecil dan besar pagi-pagi memang terbaik. Maksudnya sistem penghadaman kita lancar. Selesai je membuang memang masa terbaik untuk timbang.

Macam-macam petua orang kata nak pastikan pagi-pagi buang, bangun tidur terus minum air kosong. Selain tu, minum susu sebelum tidur pun bagus. Saya ambil ostematrix bekalkan kalsium.

5. Timbang pada waktu yang sama

Biasanya coach pesan pada kami group Jom Kurus untuk berikan berat kami secara mingguan. Kami timbang biasanya setiap hari isnin pagi sebelum sarapan. Semua akan update berat masing-masing.

Ini untuk elak lari bacaan. Ye la kalau kali pertama ambil waktu pagi, kali kedua timbang sebelum tidur. Memang lari bacaan kita. Nak monitor berat pun lari.

Ini antara pesanan coach setiap hari isnin pada kami. Moga bermanfaat untuk semua yang bermisi untuk turunkan berat badan dan kekal sihat.

Shidah Abdullah



Read More

Tuesday, September 26, 2017

Kolam Renang Di Ethno Valley Resort Taiping Untuk Anak-Anak Bersantai

Salam Maal Hijrah untuk semua. Alhamdulillah diberi nikmat cuti 3 hari. So better kita manfaatkan sebaiknya. Kali ini, kami sekeluarga bercuti di rumah adik di Taiping. Cuti yang agak santai sebab fokus lebih kepada menziarah dan memberi peluang kepada ayahnya mencari port memancing. Specialkan! Lama benor dah gian nak memancingnya dari anak pertama lagi. Kita kasi can lah!. Rupanya ada teman sekapal yang sama-sama gian. Ok la tuh..

Tapi saya tak nak cerita pasal memancing ni. Topiknyakan pasal kolam renang. Sementara ayah-ayah memancing, ibu-ibu bawa anak-anak berenang-renang. Adik saya bawa ke tempat yang sangat selesa iaitu di Ethno Valley. Saya baru tahu ada tempat yang istimewa dan banyak aktiviti boleh dilakukan di sini.




Pemandangan dari atas (Kredit : Ethno Valley)
Tengok gambar pemandangan dari atas dah tahu tempat ni sangat cantik dan bersih. Swimming pool je dah memanggil-manggil untuk kita terjun ke dalam.




Kolam Renang

Main attraction di sini memang kolam renangnya. Tu je tujuan kami ke sini. Kolam renangnya sangat selesa dan selamat. Ada dua bahagian pool iaitu satu bahagian kanak-kanak dan satu bahagian dewasa. Tidak terlalu dalam. Kak Cik, anak saya ke-3 yang baru berusia 5 tahun pun boleh berdiri di dalam dengan steadynya. Since saya je dewasa yang join melompat ke dalam, saya la yang monitor semua. Bukan apa risau ada yang tersembam pulak muka dalam air.


Tengok diorang berposing



Bagusnya di tepi kolam ada kawasan berbumbung dan tangga bertingkat untuk parents yang menunggu dan memerhati anak-anak berenang. Ada la tempat nak lepak dan sembang-sembang. 

Mak comel sedang berehat
Tempat ini dibuka dari 9.00 pagi dengan caj bayaran masuk RM3 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Bayaran dikenakan sangat berpatutan. Bayar dekat abang di kaunter ni 


Aktiviti-Aktiviti lain di Ethno Valley

Selain aktiviti berenang, ada aktiviti lain yang boleh kita lakukan. Antaranya :

1) Melawat taman herba dan haiwan-haiwan


Kat sini ada haiwan-haiwan comel seperti ayam, arnab-arnab comel dan burung-burung. Suka anak-anak membelek sangkar nak tengok apa isinya.


Ada juga burung macam pakai jaket. Comel dan stylo ok..



Kredit : Adik saya Atiqah

2) Memanah dan Berkuda


Bagi yang mencari tempat untuk melakukan aktiviti kem bina semangat, saya memang suggest tempat ni. Ada dua aktiviti sunnah iaitu memanah dan berkuda juga disediakan. Kedua-dua aktiviti yang memerlukan fokus yang tinggi




Mana gambar saya berkuda? Maaf la.. orang yang jaga kebetulan tak ada. Tak dapat nak tunjuk bakat tapi saya dah pernah cuba. Tengok sini. So harga pun tak sempat nak tanya.


3) Bilik Untuk Berehat


Bukan tu sahaja, tempat rehatnya sangat cantik. Port family day yang happening la saya rasa. Sebab so far kalau family day cikai kawan-kawan memang kami cari kawasan yang ada fasiliti-fasiliti macam ni la. Tempat pun terjaga baik. 



Kawasan di hadapan bilik-bilik

Nak cari tempat makan?


Di seberang jalan ada kedai makan. Ada juga kedai di dalam. Kebiasaannya di situ ada disediakan pakej tapi tak la tanya. Sebab pergi sekejap sangat. Call direct nombor contact di gambar ye.


Yang paling penting kena buat sekarang... jaga kulit balik.. udah gelap gara-gara berenang tengahari.. haha pandan muka lupa lagi bawa sunblock.


Ok boleh la pergi nanti ye. Nanti share pengalaman tau.


Shidah Abdullah
Read More

Friday, September 22, 2017

10 Soalan dan Jawapan Tentang ESP Yang Perlu Anda Tahu

ESP adalah antara 10 supplemen pilihan pengguna di Malaysia. Ikut carta jualan di ibu pejabat Shaklee di Sunway Geo, ESP mendapat tempat kedua. Hari ini saya nak kongsikan soalan-soalan pelanggan yang biasa ditanyakan berkaitan ESP.

1. ESP tu apa?!

ESP singkatan berasal dari perkataan Energizing Soy Protein. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.


▪Mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan.
▪Soy protein yang tidak mengandungi kolesterol dan laktosa
▪Mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
▪Protein Soya ESP adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik.
▪Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
▪Ia diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita.  Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


2. Kenapa perlu ambil ESP?



La.. hari-hari saya makan protein juga. Kadang-kadang makan ikan, ayam, daging. Bila boring-boring tengok tv saya mengunyah kacang-kacang. Ok la kan.





Memang ok je kita makan semua tu setiap hari. Tapi kena ingat juga, protein ini boleh musnah bila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Kita biasanya goreng bagai lauk-pauk kita. Yang tinggal hanya saki-baki protein dan yang selebihnya badan menyerap minyak dari hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.






3. Penting ke Protein ni pada badan kita?

Struktur asas badan manusia adalah sel.

  • Dari sel akan membentuk tisu
  • Dari tisu akan membentuk organ.
  • Dari organ membentuk system badan kita. 

Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 


Segala penyakit pada sekarang disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang lemah dan tidak sihat. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

Sentiasa seimbangkan pengambilan makanan sebab badan kita terdiri daripada
▪66% Air
▪25% Protein
▪8% Lemak
▪1% Kombinasi Minerals & Vitamins 100%


25% daripada badan kita berasal daripada Protein seperti kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Betapa pentingnya protein ni pada kita.

4. Apa perbezaan ESP dengan produk soya lain?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. 

Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang. 



Tu sebab ESP sangat istimewa..


Yang lagi penting, ia produk Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism) di mana ia menggunakan protein soya yang tidak diubah suai. Ini disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini akan memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


5. Apakah Risiko Kekurangan Protein secara umumnya?


▪Kurang darah atau kurang oksigen dalam darah (Anemia)
▪Penyakit buah pinggang
▪Penyakit hati 
▪Kolesterol tinggi
▪Tekanan darah rendah 
▪Kandungan gula darah rendah
▪Fungsi saraf tak stabil
▪Ulser perut + usus
▪Luka lambat sembuh
▪Pengaliran darah yang tidak lancar
▪Penglihatan kurang baik
▪Badan menggeletar
▪Letih lesu
▪Lemah
▪Tinggi kandungan air dalam tisu badan
▪Terancat akal
    ▪Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)


    6. Berapa harga ESP dan berapa lama tahan?


    Bagi semenanjung, Sabah dan Sarawak, 1 canister ESP seberat 850g berharga RM170. Dengan pengambilan 3 sudu sehari, 1 canister ESP boleh bertahan hingga satu setengah bulan.


    7. Bagaimana cara bancuhan yang sesuai?

    Pelbagai cara bancuhan boleh. Ikut citarasa masing-masing. Cuma elakkan bancuh dengan air terlalu panas. 

    Ini antara resepi yang boleh dicuba dan dicampurkan dengan ESP dan sangat baik untuk yang nak kurus. ESP dapat mengurangkan rasa lapar


    8. Apa lagi manfaat ESP?



    • Awet muda - Asid amino terdapat di dalam ESP membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain.
    • Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
    • Mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser
    • Membekalkan tenaga dengan segera
    • Meningkatkan imun sistem
    • Mencegah migrain, imsonia dan tekanan
    • Membaiki pigmentasi dan membaiki masalah rambut beruban, rambut gugur.
    • Membaiki memori
    • Baik untuk hormon. 
    • Baik untuk prostat


    9. Bagaimana ESP berfungsi untuk setiap orang?


    Bagi seorang pelajar dan pekerja atau individu dewasa, ia kan bertindak sebagai "energy booster" jika diminum setiap pagi. Badan akan rasa lebih bertenaga dan kurang rasa lapar. Ia juga membantu mengawal berat badan.  





    Bagi orang lelaki terutamanya, ia melindungi daripada perlbagai penyakit terutamanya masalah jantung, kanser dan lain-lain lagi. 


    Bagi wanita pula yang sukakan kulit yang anjal, protein penting dan membantu menjadikan kulit cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.  Amalkan ESP secara konsisten akan membantu menghilangkan masalah-masalah kulit.


    Akhir sekali, bagi ibu mengandung pula akan memelihara pembesaran janin yang sihat. Ia dapat mengurangkan rasa tidak selesa ketika mengandung.

    Ini kata mereka yang dah amalkan ESP.. mereka semakin menawan..


     10. Macamana nak beli ESP ni?

    Mudah sangat nak beli ESP ni. Saya beri anda beberapa pilihan cara ikut kesukaan masing-masing.

    a) Beli secara online sendiri dengan hanya click esell dibawah. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam esell.

    b) Nak lebih mudah, biar saya uruskan pembelian anda dan poskan terus kepada anda. Hubungi saya
    Shidah Abdullah
    Whatsapp/sms : 012-6240197

    Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
    Like di Fb page: shidotdotcom
    Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
    Follow Instagram : shidotdotcom


    Read More

    Saturday, September 16, 2017

    Review : Abang Long Fadil 2 Memang Mantop

    Salam 1Malaysia.

    Alhamdullillah kita masih aman di Malaysia. Walaupun dugaan hidup sekarang mencabar tapi rakyat Malaysia masih cekal usaha.

    Ops! Tak nak cakap pasal politik.

    Cuti-cuti ni kami berfikir-fikir nak bawa anak-anak pusing-pusing tapi tak tahu ke mana. Akhirnya decide nak untuk tengok movie "ABANG LONG FADIL 2". Tengok komen sangat memberansangkan. 

    Asal rancangan nak dating berdua je tapi sebab nak cuti pun susah. Bawa anak-anak sekali. 

    Harga Tiket?

    Harga tiket bagi dewasa ialah RM14 dan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dikenakan RM7.50. Semuanya termasuk GST. Kami pergi menonton di Golden Screen Cinema di Alamanda Putrajaya.

    Berapa Rating nak bagi?

    Rating untuk movie ni saya bagi 10 bintang dari 10 bintang.

    1. Watak 

    Dengan watak Abang Long Fadil yang kelakar dari mula. Tapi dia semakin lama makin serius untuk membersihkan nama sendiri disebabkan dituduh membunuh Puan Mona. Lakonan Zizan Razak makin mantop dan lebih memberi impak.

    2. Elemen Lucu dan Serius

    Watak polis yang dimainkan oleh Shuib Sepah2 sebagai Inspektor Shuib pula memang lucu sebab dia sangat skema gila. Sampai rakan sekerja iaitu Shamsul Yusuf sebagai Inspektor Wahab dah tak tahan nak layan karenah.

    Ditambah oleh lakonan watak jahat A. Galak (Taji Samprit) dan Wak Doyok sebagai geng jahat tapi masing-masing nak pangkah diri masing-masing walaupun mereka anak beranak. Juga ingin menghapuskan KingKong lakonan Dato' AC Mizal

    3. Jalan Cerita Tersusun

    Cerita lebih hebat bila misi mencari pembunuh sebenar iaitu Tiger dibantu oleh wartawan bernama Yana (Tania Hudson) dan jurukamera (Achey) KLTV. 


    Jalan ceritanya buat kita berfikir siapa di antara mereka sebenarnya jahat sebab polis juga seakan-akan bersengkongkol tapi sebenarnya ada spy dalaman. 

    4. Aksi-aksi yang hebat

    Aksi stunt yang dilakukan semua hebat dan real. Bayangkan semua pelakon boleh berpusing-pusing setiap kali berlawan. Yang lawak-lawak berlawan pun berdesup-desup.

    5. Lagu Tema

    Lagu tema untuk cerita ini Senorita dan Cobaan memang sangat bersesuai dengan konsep dan jalan cerita movie ni.

    Apapun.. Tahniah kepada Skop Produktion terutama pengarahnya Syafiq Yusuf untuk cerita yang A+++ (macam periksa pulak). Moga-moga boleh dapat award.

    Tak sia-sia pergi tengok.. korang pergi tengok baru korang akan tahu siapa pembunuh sebenarnya.

    Read More

    Social Profiles

    Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

    About Me

    About Me
    Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

    Enjoy My Tiktok

    Search This Blog

    Followers

    Rak Vitamin Sihat By Shidah

    Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
    Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com