Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Friday, October 6, 2017

Hamil Selepas Berkali-kali keguguran

Kebanyakkan semua pesangan pengantin memang excited nak dapat anak pertama. Anak pertama la yang ditunggu-tunggu. Bukan la nak tunjuk power tapi cuma nak ada zuriat sendiri. Saya dulu sendiri macam tu. Bila tak period excited beli test kit 3 - 4 kali. Test pun senyap-senyap. Bila dah ada baru bagitau. Baru surprise.

Tapi akhir-akhir ni ada beberapa cerita kawan-kawan di pejabat cerita tentang keguguran di awal kehamilan. Ada yang alami keguguran berkali-kali dan masih belum ada zuriat. Terfikir apa berbezaan saya dengan mereka. Bagaimana kita sebagai kawan atau saudara mara boleh membantu mereka yang alami masalah keguguran.


Macamana sebenarnya keguguran boleh berlaku?

Menujuk BabyCenter.com, bayi yang normal mempunyai jumlah kromosom yang tepat untuk bayi berkembang mengikut masanya. Bayi perlukan 23 kromosom ibu dan 23 kromosom ayahnya. Kalau terjadi sesuatu yang tidak normal pada kromosom yang menyebabkan jumlahnya tidak tepat atau mungkin perubahan pada struktur kromosom tersebut, Bila terjadi macam ni, kehamilan akan terhenti di fasa embrio. Dan inilah antara punca yang biasanya menyebabkan sesorang wanita itu keguguran awal kehamilan. Tapi ada juga keguguran boleh berlaku selepas 2 minggu dan mempunyai faktor-faktor yang berbeza berdasarkan kesihatan ibu dan bayi tadi. 


Tanda-Tanda Anda Mengalami Keguguran?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar darah yang banyak dari faraj. Setiap orang berbeza, antara tanda-tanda lain ialah:-
▪Ada yang nampak seperti ketulan-ketulan kecil seperti hati ayam di dalam darah tadi.
▪Rasa senggugut yang sangat teruk.
▪Mengalami masalah hendak tidur sebelum keguguran.
▪Terasa perut pedih mencucuk seperti perut disentap pinggang
▪Rasa seperti tidak mengandung sebab tidak penat,  (bagi ibu yang pernah mengandung)


Testimoni hamil selepas berkali-kali keguguran.



Pada 2013, saya mengalami keguguran berulang. Jadi my BFF pun suggest untuk try ESP untuk kembalikan kesihatan badan & rahim.

Mula-mula tu teragak2 juga nak cuba. Tapi bila dengar banyak testimoni best so saya pun beli lah setong ESP. Bermula dari itu sehingga kini berpuluh-puluh tong ESP dah saya beli. Puas hati sangat dengan ESP. Dahlah besar tong dia tau! Boleh guna lama. 😘

Bagi masalah saya, minuman protein ESP ini telah membantu cepatkan penyembuhan luka dalam rahim saya yang baru lepas mengalami keguguran. Ia juga bantu untuk kuatkan kembali otot rahim.

Badan pun rasa lebih bertenaga lepas minum ESP. Sebagai bonus, kulit pun menjadi semakin sihat. Gebu tau! 😉

Syukur atas kurniaNya, saya juga dapat hamil kembali selepas amalkan vitamin shaklee & kandungan pun sihat. Kini saya adalah ibu kepada 3 cahaya mata. 

Ada sesetengah wanita selepas keguguran sangat susah nak hamil semula. Pengambilan ESP yang konsisten bantu memperbaiki luka dalan dengan cepat.

Order ESP sekarang dan anda akan lihat hasilnya.
Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Thursday, October 5, 2017

Preeklampsia Semasa Kehamilan Boleh Bawa MAUT

Teringat satu sesi Dr Fadhilah Kamsah bulan Julai 2017 di pejabat. Kata beliau "Siapa yang mukanya sama macam ayah atau ibunya, 90% masalah kesihatan ayah atau ibu akan diwarisi, ini bukan saya kata tapi berdasarkan kajian". Terus teringat health history keluarga. Masalah jantung adalah yang utama. Turning point untuk berubah. Tu yang berusaha turunkan berat badan tu.



Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah berkaitan Preeklampsia (Preeclampsia). First time sebenarnya saya dengar dari seorang sahabat namanya Ira yang bercerita masalah hypertensi ketika kehamilan dan doctor kata dia mengalami preeklamspia. Biasa ramai yang hamil hanya cerita ada darah tinggi sahaja tapi sebenarnya kena berhati-hati.

Penting untuk semua wanita tahu kerana preeklampsia boleh membawa MAUT. Kita cuba elakkan dari menjadi sebahagian statistik 76,000 kematian ibu dan 500,000 bayi setiap tahun dengan cara memantau dan menjaga dari awal.

Siapa yang mukanya sama macam ayah atau ibunya, 90% masalah kesihatan ayah atau ibu akan diwarisi

Apa sebenarnya Pre-eklamsia (Pre-eclamsia)?

Pre-eklampsia adalah gangguan atau keadaan yang berlaku hanya sema mengandung dan selepas bersalin. Kebiasaanya gangguan ini berlaku ketika usia kandungan 20 minggu ke atas (trimester kedua atau ketiga). Ia boleh berlanjutan sehingga minggu ke 6 selepas melahirkan bayi (tempoh berpantang)

Kata Ira dia mengalami preeklamsia semasa kehamilan kedua. Semasa kehamilan pertama dia tidak mengalami sebarang masalah. Apa sebenarnya simpton gangguan ini?


Simptom Gangguan Preeklamsia Semasa Kehamilan

Kadang-kadang bila kita terlalu excited dengan kehamilan, kadang-kadang kita tak dengar dengan teliti apa yang dijelaskan oleh doktor. Dengar baik-baik keputusan kesihatan kita sebab 2 simptom utama preeklamsia dari pemeriksaan utama kehamilan iaitu;-

1. Tekanan darah yang tinggi. Ia boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu
    ▪ Pre-eklamsia Ringan - Tekanan Darah 140/90 mmhg
    ▪ Pre-eklamsia Berat - Tekanan Darah 160/110 mmhg

2. Jumlah protein yang tinggi pada air kencing

Selain daripada itu, ada simptom-simptom lain yang perlu kita perhatikan iaitu:-
▪ Pembengkakan yang tidak cepat sembuh dan berlebihan pada muka, tangan atau kaki
▪ Kenaikan berat badan secara tiba-tiba lebih 5kg dalam seminggu
▪ Sakit kepala yang teruk
▪ Perubahan pada penglihatan seperti kabur atau melihat bintik-bintik.
▪ Sukar bernafas.
Tapi tidak semua yang mempunyai tanda-tanda di atas mengalami preeklamsia. Ada juga yang tidak mempunyai sebarang tanda.


Apa Punca Sebenar Preeklampsia?

Menurut Preeclampsia.com, belum diketahui atau dapat dipastikan punca sebenar preeklampsia berlaku. Namun begitu, ia mungkin terjadi akibat dari perkembangan placenta yang tidak betul atau tidak seperti biasa.

Siapa yang berpotensi mengalamai masalah Preeklampsia?

▪Wanita yang hamil anak pertama
▪Wanita yang mempunyai sejarah preeklampsia dalam keluarga
▪Wanita yang mempunyai ramai anak juga berisiko
▪Wanita yang hamil pada usia remaja
▪Wanita yang hamil pada usia 40 tahun ke atas.
▪Wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi
▪Wanita yang mempunyai masalah ginjal sebelum hamil juga berisiko tinggi

Apakah ujian atau pemeriksaan yang akan dilakukan?

Selalunya semasa appointment dengan doktor atau bidan, beberapa pemeriksaan akan dibuat pada ibu hamil
▪ Tekanan darah
▪ Ujian darah untuk menguji ginjal dan hati
▪ Ujian air kencing untuk pemeriksaan kuantiti protein
▪ Pemeriksaan segala bengkakan terutamanya pada tangan dan kaki
▪ Ultrasound bagi memeriksa pertumbuhan bayi 
▪ CTG atau kardio-tokograf untuk memeriksa denyutan jantung bayi. 

Apakah risiko preeklampsia pada ibu dan bayi?

Saya tanya pada Ira "Apa yang Ira rasa berbeza mengandung kali pertama dengan kedua?". Ira jawab "2nd preggy ni lain sikitla. Doc suspect air ketuban sikit masa kandungan 4 bulan. Sy stress agaknya, terus kena darah tinggi masa kandungan ke 5. Doc kata preeklampsia ni macam time bomb. Tu yg ada ibu hamil kena sawan masa mengandung pasal tak tahu ada preeclampsia tu di saat bersalin. Doc decide masuk OT untuk keluarkan baby. Ingat lagi doc kata, bila placenta keluar je semua akan kembali normal."

Ira mempunyai 2 anak iaitu anak yang sulung 7 tahun perempuan dan yang kedua 2 tahun lelaki. Dia sangat fobia untuk preggy kali ketiga.

Risiko Ibu

Ibu hamil akan mengalami serangan toxemia yang boleh mengancam nyawa ibu disebabkan tekanan darahnya yang meningkat melebihi 180/110 mm Hg.
Ibu akan rasa sakit di bahagian uku hati dan merasa pening sehingga gelap mata.

Adakalanya ibu boleh terkena sawan. Sawan sangat merbahaya kerana menandakan pendarahan kepada otak ibu (cerebral haemorrhage) dan kebiasaannya bekalan darah ke otak berkurangan akibat gangguan dari kuncupan saluran darah. Ketika ini otak dipenuhi dengan cecair (cerebral adema). Risiko kematian ibu sangat tinggi dalam keadaan ini. 

Risiko pada bayi

Preeklampsia boleh menghalang penyaluran darah ke plasenta yang membekalkan udara dan makanan pada bayi. Ini menyebabkan bayi kekurangan oksigen (hypoxia) dan makanan. Ini boleh menyebabkan pembesaran bayi terganggu dan menyebabkan berat badan bayi berkurangan ketika lahir. Kebiasaannya ia menimbulkan masalah kelahiran pra-matang.

Sama macam Ira, kelahiran anak kedua Ira pramatang bagi menyelamatkan ibu dan bayi. Genap usia bayi 7 bulan, Ira terus decide untuk terus operate sebab nak elak tekanan darah lebih tinggi. Masa tu tekanan darah ira dah 180/100. Berat bayi yang dilahirkan hanya 1.18kg. Selama 2 bulan anaknya ditahan di NICU. Bila berat anaknya 1.8kg baru dibenarkan dibawa pulang ke rumah. Bagi keadaan ini, di mana ibu menghadapi masalah preeklampsia dan bersalin secara seizure ia dipanggil eklampsia.

Berlapang dada ye ibu-ibu. Wanita yang mempunyai preeklampsia tetap melahirkan bayi yang sihat. Bila dikesan lebih awal, ia dapat dikawal dengan baik.


Rawatan bagi masalah Preeklampsia

Bagi ibu hamil yang mengalami preeklampsia yang tidak serius, ibu hamil akan diberikan ubat untuk mengurangkan tekanan darah. Banyakkan berehat dan kerja berat.

Tetapi bagi yang mengalami preeklampsia yang serius, akan ditahan di hospital untuk berehat terus sehingga bersalin. Ini bagi mengawal tekanan dan pemantauan. 

Jika tekanan darah ibu stabil, kebiasaannya doktor akan membenarkan ibu bersalin secara normal. Jika tidak, mungkin terpaksa bersalin secara induce atau pembedahan (seizure).

Video menarik bagi lebih memahami preeklampsia






Video Pengalaman Mereka Yang Pernah Menghadapi Preeklampsia







Vitamin Yang Diperlukan Ibu Hamil

Dalam situasi begini, ibu dan bayi sangat memerlukan makanan berkhasiat. Supplemen atau vitamin dapat memberi nutrisi tambahan untuk ibu kekal cergas dan sihat. Manakala, ia menyokong pertumbuhan bayi dengan bayi. Berikut adalah panduan pengambilan vitamin untuk ibu hamil terutama bagi yang mengalami preeklampsia kerana ia dapat membantu mengawal tekanan darah.

(1) Vitamin C - 1 biji setiap pagi untuk meningkatkan antibodi dan kolagen di dalam tubuh badan ibu. Pengambilan secara konsisten akan mengurangkan kesan-kesan strechmark terutama di bahagian perut, peha dan tangan yang meregang ketika hamil.

(2) Vite-Lea dengan zat besi - 1 biji setiap pagi membekalkan multi-vitamin dan mineral. Ada yang tanya kalau dah ambil vita-lea, Obimin pink (yang biasa saya dapat) yang dapat diklinik boleh tak makan tak? Jawapannya boleh.

(3) Omegaguard - 1 biji sehari selepas makan tengahari membekalkan DHA yang membantu tumbesaran dan perkembangan otak, sistem saraf dan retina bayi dalam kandungan. DHA dan EPA dalam minyak ikan ni juga mencegah penyakit berkaitan saluran darah dan strok bagi ibu. Ia dapat mengawal tekanan darah ibu.

(4) Protein ESP - Bancuh 1 sudu ESP dalam secawan air dan minum. Boleh juga dicampur dalam minuman jus atau milo. Maximum 3 sudu sehari. Protein yang cukup dapat memberi tenaga berterusan. Ibu hamil tak akan cepat letih dan akan kekal berseri-sei kulit.

(5) B-complex - 1 biji setiap pagi lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Tak perlu lagi ambil asid folik yang lain.

(6) Ostematrix - 4 biji setiap hari sebelum tidur dapat menghilangkan lenguh-lenguh ibu. Setiap 1 biji bersamaan 250mg kalsium. Bagi seorang ibu hamil memerlukan 1000mg - 1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi.




Dapatkan Set Kehamilan 

Mudah sangat nak beli ESP ni. Saya beri anda beberapa pilihan cara ikut kesukaan masing-masing.

a) Beli secara online sendiri dengan hanya click esell dibawah. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam esell.

b) Nak lebih mudah, biar saya uruskan pembelian anda dan poskan terus kepada anda. Hubungi saya
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom

Sumber rujukan : 
preeclampsia.com, babycenter.com, pakbidan.blogspot.com
Read More

Blogwalking Tambah Ilmu Bagi Blogger Baru

Sebagai pendatang baru dalam dunia blogging, kena la banyak menyinggah ke blog2 hebat. Malam ni saya sempat singgah ke blog yang tersenarai di blog dedauncomel.com. Posting tentang blogwalking yang padat tentang kepentingan blogwalking dan fungsinya.

Dari carta 54 blog yang tersenarai, malam ni saya singgah 3 blog termasuk dedauncomel. Dari blogwalking ni, cemburu tengok kepakaran masing-masing menulis santai. Rasa rugi satu masa dulu berblog main-main. Hehe..

www.dedauncomel.com


Nama blognya sahaja dah comel. Tapi nama pemiliknya gagal saya kesan. Maaf. Banyak info-info tentang blogging dan tips berguna terutama yang nak kurus. Sangat bersesuaian dengan misi diri ini. Hehe! Tapi sanggup ke nak buat military diet seperti yang dicadangkan. Akhirnya nanti.. dah tahu alasan saya ibu menyusukan anak digunakan. Part2 yang saya suka dan nak follow:-
1. Suka sangat gambar cartoon2 mulut nganga berdarah la.. lukis sendiri ke? Kalau dapat jumpa personal saya tanya. Berseni sungguh
2. Point2 ada nombor besar tu. Mana saya nak cilok benda tu. Dekat saya punya tak ada pun 😣

www.Irrayyan.Com

Mommy Irra ni blognya seperti dairi harian. Saya dapat rasakan keseronokan Irra bercerita. Happy life kata orang. Apa sahaja yang Irra buat dia akan kongsikan agar bermanfaat pada orang. Tak semua orang nak kongsikan macam ni. Part saya suka:
1. Keberanian dan idea-idea penulisan. Tak teruk nak fikir macam saya fikir. Last-last tak tulis pun. Apa da!
2. Irra banyak bagi idea aktiviti dengan anak2. Saya suka sangat2. Sekurang-kurangnya boleh saya apply dengan anak-anak dihujung minggu.


www.Adnan-Daughter.Blogspot.My

Baca blog aniss ni buat saya usaha nak cari giveaway online. Nak grap semua. Udah macam cerita couponing dengan tv tu. Rupanya banyak benda boleh buat dan kongsikan. Sangat memberi manfaat. Aniss comel ni cerita apa dia buat terutama dekat sekolah, bila dia pergi jalan-jalan. Memang santai. Barang apa yang dia guna. Kat simple tu. Bila orang nak beli dan baca review dia pun tertarik.

Kesimpulannya

Berblog ni jangan stress-stress. Just kongsikan dengan santai. Bila kerja jadi buat akaun ni skema sikit. Bila fikir macam ada limit. Hari ni baru blogwalking 3 blog dah rasa berbunga-bunga uols. 

Pesanan

Jangan salah anggap tau. Saya bukan tulis review blog diorang tapi apa pelajaran saya dapat dari blog mereka. Inspirasi.. mau tidur termimpi-mimpi..

Doakan saya jadi sehebat mereka. 

Shidah Abdullah
Aktiviti sebelum tidur
#mylovelylist

Read More

Wednesday, October 4, 2017

Bancuh Minuman Pagi Yang Berkhasiat

Hari ni nak kongsikan resepi minuman pagi saya. Saya kongsikan sebab baru lepas buat HIIT iaitu high intensity interval training dengan coach Ahad 1 Oktober lalu di Dataran Gemilang Putrajaya.

Sebelum balik, nasihat coach banyakkan protein 
Jangan lupa minum whey atau lebihkan pengambilan protein, stretching dekat bahagian yg sakit dan kerap minum air kosong utk flush out acid lactic.
Hari kita buat terus minuman pagi dengan protein ESP yang sangat berkhasiat. 

Bahan-bahannya

Bancuhan untuk 2 orang minum
3 sudu milo 
2 sudu ESP
2 sudu susu cair (kalau nak manis) 

Sebab dah guna milo Kaw yang promo masa Sukan Sea Hari tu. Kurangkan la manisnyam sebab tinggi juga kcalnya.


Cara membancuh

Campurkan semua bahan-bahan tadi. Saya gunakan air sejuk supaya protein di dalam ESP terpelihara. Tak boleh bancuh dengan air panas. Kenapa? Contohnya macam kita masak la bila masak terlalu lama hilang dah khasiatnya. 
Baca : 10 Soalan dan Jawapan Tentang ESP yang perlu anda tahu

Posting di FB untuk Misi Jom Kurus

Sesi macam ni sebulan sekali dengan coach. Selebihnya aktiviti sendiri.



Macamana nak dapatkan ESP?

Mudah sahaja. Ikut sahaja langkah-langkah dibawah
a) Beli secara online sendiri dengan hanya click esell dibawah. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam esell.


b) Nak lebih mudah, biar saya uruskan pembelian anda dan poskan terus kepada anda. Hubungi saya
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom

Read More

Tuesday, October 3, 2017

Langkah CEMAS Bila Anak Makan Overdose Vitamin

Musibah datang pada kita biasanya sebagai satu ujian supaya kita belajar sesuatu dan banyak berserah padanya. Kalau kita cakap pasal anak-anak ni, macam-macam karenahnya. 

Kali ini saya nak kongsikan tentang apa yang terjadi pada anak kecil saya berumur 1 tahun 10 bulan yang suka makan vitamin. Memang baguskan. Adik memang suka sangat makan vitalea for children. Bagi satu mesti nak lagi sampai kena sorokkan botol.

TAPI...

Kali ini kisah vitamin yang canggih sikit. Vitamin saya yang diambilnya dengan DOS YANG BERLEBIHAN. 😭 Macamana boleh jadi? Letak tinggi-tinggi pun dipanjatnya. Tak boleh nak kata apa. Lagi hebat tanpa jejak. Tak ada botol yang terbuka.

Macamana boleh perasan?

Tanda pertama yang buat saya perasan bila pukul 7 malam 1 Oktober adik muntah. Tu dia.. macam kenal semua benda yang keluar. Semua bentuk bulat-bulat softgel. Kuantiti dalam 7-8 biji. "Ya Allah adik. Bila makannya ni" sambil menepuk-nepuk belakang adik. Adik makan omegaguard dan lecithin. Kali kedua, lebih kurang kuantiti yang sama. Selebihnya muntah air.

Apa perlu dilakukan?

Sebagai ibu, risau jangan cerita la. Saya memang duduk dan mengadap sahaja adik. Beberapa perkara saya sediakan :
▪Botol air mineral supaya mudah adik minum. Bila ambil vitamin memang perlu minum air banyak. Sama juga dengan adik
▪Sediakan bekas dan plastik untuk adik muntah
▪Minyak telon untuk disapukan ke perut adik
▪Kain tuala kecil untuk lap mulut adik bila lepas muntah
▪Spray air sebab akan ada muntah yang meleleh ke lantai

Dalam keadaan adik macam tu, adik memang tak nak ditinggalkan. Memerap aje.

Seterusnya bawa adik ke klinik. Biasanya dalam situasi macam ni, doktor akan terus refer ke hospital sebab risau anak kurang air dalam badan (dehidrated). Walaupun kita tahu vitamin tu natural tapi pengambilan dos berlebihan masih ada kesan lagi pada anak kecil.

Barang-barang perlu dibawa ke hospital

Sebelum pergi ke klinik saya standby barang-barang ni sebab rasa macam kena refer hospital:
▪Baju adik 2-3 helai. Main sambar apa yang sempat
▪Pampers 5-6 helai
▪Charger handphone (tak ada dalam gambar sebab tengah pakai)
▪Buku catitan untuk catit perkembangan adik seperti pukul berapa muntah, cirit birit tak
▪Kad pengenalan adik dan saya untuk pendaftaran di klinik
▪Kain tuala kecil 2-3 helai untuk standby adik muntah
▪Duit jangan lupa pulak

Barang yang saya tertinggal dan kena pesan suami bawa:
▪Vitamin yang adik makan untuk doktor tengok
▪Telekung 
▪Baju ganti untuk diri sendiri sebab bila adik muntah ibunya kena tempias
▪Baju adik seluar panjang dan tangan panjang sebab sejuk di hospital
▪Tuala mandi yang kecil
▪Air mineral dan roti. Sebab makanan untuk orang sakit aje. Walaupun tumpang sekaki tapi tak cukup. Hehe.


Apa perlu dilakukan di hospital?

Sampai je saya terus ke kaunter pertanyaan di NCI. Mereka akan baca referral letter yang diseal tadi. "Ok puan, puan terus ke Emergency ye". 

Pendaftaran

Alhamdulillah elok pun adik nampak letih sangat dan melepet je. Ada staff nurse bantu saya buat pendaftaran. Dia minta IC saya dan adik. Adik muntah lagi tapi muntah milo ESP yang adik minta nak minum dalam kereta. Jadilah buat bekalan tenaga adik. Sebab bagi makan semua tak nak. 

Bila nurse panggil nama adik untuk pemeriksaan, suhu badan dan tekanan darah adik diperiksa. Tengok nurse kata ok. Lega sikit. Tunggu sekejap sebelum Dr panggil. Lepas check tu, tengok adik dah ada tenaga untuk berdiri dan boleh gurau dengan kak chik yang follow sekali. Lega sangat. Rasanya milo ESP ada yang dah start bertindak dalam badan.

Pemeriksaan Doktor

Doktor (tak perasan nama apa) di emergency check adik. Check degupan jantung macam biasa. Ini soalan-soalan yang perlu kita perhatikan pada adik untuk memudahkan doktor:
▪Kenapa dengan adik? Ibu kena explain semua yang jadi
▪Pukul berapa (bila) adik makan? Kebetulan memang tak tahu adik makan pukul berapa. 
▪Ada muntah ke? Ada.  saya cakap saya cuma tahu bila dia muntah pukul 7 dan explain apa yang saya nampak dalam muntah adik
▪Ada cirit-birit tak? Bila? Adik baru start cirit birit pagi 2 Oktober dan dah 2 kali.
▪Minum dengan makan tak? Tak adik cuma minum air kosong dan menyusu badan 2 kali. Tapi semua muntah semula.

Doktor kata "kita akan refer pada pakar kanak-kanak. Puan ada bawa vitamin yang adik makan untuk pakar tengok dan decide sama ada boleh terima ke tak sebab kalau ada keracunan memang kena refer ke hospital kerajaan". Saya kata tak ada tapi dah pesan suami bawakan. 

Daftar masuk ke wad

Nurse maklumkan yang doktor pakar kata adik boleh admit di sini. Mungkin sebab adik ambil vitamin bukan ambil ubat yang ada drug. Bahagian kaunter terus buat pendaftaran. Sambil tu adik 
▪kena cucuk untuk masukkan drip. Tangan dah jadi robocop. 
▪Ambil sample darah sekali
▪Takung air kencing juga nurse letak dalam pampers sample.

Terus kami dihantar ke wad. Letak adik atas katil dan saya pun susun barang-barang dulu. Kak cik tiba2 nangis. Adoi! Ko nampak apa2 ke kak chik. Ibu dah cuak terus pasang yasin. Tapi adik cool je. Kena coolkan kakaknya dulu. Letak kak chik atas katil sekali dan bukak upin ipin lepas habis yasin tadi. Baru bertenang. Rupa-rupanya dia cuak masuk hospital tengok alat-alat dalam wad ni 😥.


Lawatan Doktor Pakar

Doktor pakar perempuan comel datang. Dr Kama Azura namanya tahu dari tag nama adik.  

Doktor tanya soalan yang sama macam saya cerita tadi. Yang lainnya
▪Ada darah tak masa buang air besar atau kecil? So far memang tak ada

Doktor kata "Biasanya keadaan macam ni adik akan ditahan di wad dalam tempoh sekurang-kurangnya 48 jam untuk tengok pemantauan. Saya pinjam dulu 2 botol vitamin puan ni untuk semak dengan pusat ubat negara nak semak kandungan ada merbahaya tak dan berapa lama tindak balas ye". "Suka betul adik makan vitamin ye. Bijak sangat". Selain tu, doktor tanya perkembangan adik dah pandai apa. Ok tamat visit doktor.


Pemasangan Air Drip

Selesai lawatan nurse pun datang pasang drip adik. Yang lain, yang keluar dan masuk hantar makanan dan ambil sampah. 

Lawatan kedua Doktor Pakar

Dr Azura datang dan maklumkan "Vitamin Shaklee Non Toxic. So puan tak perlu risau. Sekarang kita cuma nak tengok kandungan darah dia je sebab dia ambil dos banyak boleh buat buah pinggang kerja kuat sikit. Tapi insyaallah ok".

Lega sangat. Syukur sangat.

Pelajarannya....

Letak vitamin bukan sahaja ditempat tinggi tapi tempat tertutup. Omegaguard tu adik makan juga tapi memang tak boleh bagi nampak. Anak kecil ni lain akalnya. Unexpected!

Tapi saya bersyukur sebab saya pilih vitamin semulajadi. Kurang la efeknya.

INGAT YE!
Bukan salah vitamin ye. Saya kongsikan cerita ni untuk pengajaran semua. Karang VIRAL BUKAN-BUKAN pulak.
▪Ibu ayah kena peka selalu
▪Kena bertindak pantas dan sentiasa observe
▪Setiap sesuatu jadi ada ilmu yang Allah bagi itu adalah hikmahnya.
▪Ambil sesuatu mesti dengan ilmu contoh pilih vitamin pun kena ada ilmu. Supaya tahu nak bertindak.

Adik happy bila kakak2 datang melawat

Shidah Abdullah
Mood bermalam di wad

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com