Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Friday, December 1, 2017

Kekalkan Kulit Sihat dan Flawless dengan Vitamin C dan E

Assalamualaikum semua

Sekarang dah trend semua nak putih berseri-seri. So hari ini saya nak kongsikan pasal 2 vitamin penting nak cantik iaitu Vitamin E dan Vitamin C. 


8 Manfaat Vitamin C



🍊 Meransang pembentukan Kolagen.
Kolagen membentuk sebahagian asas otot, tisu, rangka dan tulang rawan. Kolagen akan menghalang otot menjadi lembik dan melambatkan kedutan.

🍊 Memperbaiki simptom-simptom pendarahan.
Gusi berdarah terutama bila menggosok gigi dan lebam di kulit berpunca dari kekurangan vitamin C. Bukan tu sahaja, masalah seperti kecederaan lambat baik, kulit kering, ruam dan kulit kasar juga dapat dipulihkan dengan oe

🍊 Membantu membina sel darah
Sel darah merah yang sihat yang membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. Manakala sel darah putih yang menentang bakteria dan kuman. 

🍊 Mempertingkatkan dan meningkatkan sistem imun
Dari segi ketahanan dari alergi hidung, kulit dan asthma. 

🍊 Memerangi kanser
Vitamin C merupakan sumber anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh badan secara berkesan.

🍊 Mencantikkan kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen  adalah penyebab utama Jeragat

🍊 Memperbaiki insomnia dan stres
Bagi yang mempunyai gangguan tidur dan masalah tekanan dan berkaitan mental seperti keresahan, vitamin C dapat memberi kelegaan dan membantu kawalan emosi.

🍊 Mengekalkan kolesterol sihat
Vitamin C dapat mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Selain itu, mengekalkan kapilari darah yang sihat. 



Topup dengan Vitamin E untuk pemulihan
Kalau kita tengok kebaikan Vitamin C, kesemuanya membekalkan kebaikan kepada sel-sel badan. Vitamin E pulak bertindak lebih kepada pemulihan dan penghalang terbaik badan.


Fungsi Vitamin E


🌾Melindungi jantung 
Dengan pengambilan harian 800IU dapat melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid.

🌾Meningkatkan kolestrol HDL 
Pengambilan vitamin E dapat membantu mengurangkan tekanan darah.

🌾Menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri dan menghalang anemia.

🌾Mempertingkatkan kemampuan reproduktif terutaman meningkatkan kiraan sperma lelaki

🌾Anti-penuaan 
Setiap  kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan kedutan, garisan halur, parut, jerawat dan bintik-bintik penuaan.

🌾Membantu memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan otot.

🌾Anti-oksidan 
Pengambilan lebih 1200Iu sehari untuk anti oksidan yang kuat dan berkesan melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

🌾Memperbaiki masalah oksidasi seperi katarak dan masalah penglihatan

🌾Meningkatkan kelastarian tenaga terutama kelasterian seksual dan membekalkan oksigen lebih baik

🌾Memperbaiki arthritis dengan meningkatkan keanjalan saluran darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.

🌾Menghalang keguguran
Ia merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin dan keguguran

🌾Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Jom tengok apa kata yang dah mencuba!

TESTIMONI PENGGUNA SET KULIT






CIPTA TESTIMONI ANDA SENDIRI
Untuk order... Boleh klik button kat bawah..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=940fc9d61a6bff3bf77cd4ae012f40b8


Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi


  
Read More

Tuesday, November 28, 2017

Resepi Ikan Siakap Stim

Assalamualaikum

Entri kali ni nak kongsikan resepi yang simple iaitu Ikan Siakap Masak Stim. Menu ni dibuat untuk support yang sedang berdiet. Protein kena cukup juga. Minggu ni En bos saya sedang tukar menu dietnya dari ayam ke ikan. Inilah hasilnya


Bahan-bahannya :-

1 ekor ikan siakap
1/2 biji bawang
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi
1 batang serai
1/2 biji lemon untuk perahan
Sedikit garam
Air


Cara-cara membuatnya:

1. Ikan dibasuh bersih dan dikelar supaya bahan-bahan diserap ketika dikukus. Letakkan ikan di dalan bekas yang akan digunakan semasa mengukus.
2. Sapukan garam pada ikan.
3. Hiris semua bahan-bahan lain


4. Taburkan bawang, bawang putih, halia, cili padi dan serai di dalam dan di atas ikan.
5. Perahkan air lemon ke atas ikan
6. Tambahkan sedikit air untuk mendapatkan kuah untuk dihirup-hirup nanti.

Saya gunakan aluminium foil untuk elakkan ikan melekat pada bekas. Kebetulan kukus saya kecil, kena ikan dalam loyang bulat. Kukus dalam tempoh 20 - 30 minit.


Rasanya memang sedap. Walaupun resepi simple tapi ini dah kali kedua buat dalam 1 hari. Hehe selamat mencuba.

Dari saya,
Chef Shidah Abdullah
Read More

Monday, November 27, 2017

Terbaru! Set Shaklee Baby Sesuai Untuk Semua Kulit Bayi

Assalamualaikum

Semangat nak tulis entri pasal ShakleeBaby. Kelmarin berjaya juga dapatkan LIMITED EDITION Shaklee Baby Set ni. Dah beberapa kali cuba beli secara online tapi asyik tak berjaya. Sambil selesaikan pinangan customer yang repeat set darah tinggi, kita selit juga set ni.

Limited Edition Shaklee Baby

Niat nak simpan untuk baby ke 5 risau nanti tak ada. Nampaknya tak ada harapan nak simpan. Kakak Alya semangat sangat dapat set baru. Kita raikan kakak Alya ye. Tengok semangatnya dia bawa.

Cik kenit ni nak bawak sendiri... 30 saat pas balik dekat ibu.. Lepas tu 30 saat lagi dia amik balik nak bawak sendiri... lepas tu lenguh balik pas balik... dekat 10x la bawak berganti--ganti.. sampai la ke escalator nak ke parking.

On the way balik.. semerbak dalam kereta.. waduh2... kena berhenti dekat stesyen minyak.. mandikan terus dengan baby gentle wash.. letak 1 titik dalam baldi air.. eh kebetulan ada baldi dekat situ.. bau dia wangi dan soft je.. Tak ada bau pewangi tambahan yang menyengat hidung.

Set Shaklee Baby 👶

Dalam setiap set ada mandian, losyen dan massage oil. Kredibiliti Shaklee  dalam menghasilkan setiap produk memang sangat dijaga rapi dan "Beyond Organic". Produk shaklee baby ni paling dijaga rapi dan diuji oleh pakar kanak-kanak.

1. Gentle Wash



Sabun mandian yang lemat dan buat mandian bayi lebih seronok. Memang dah diuji untuk kulit bayi yang sensitif dan tidak memedihkan mata. Mengandungj 3 bahan utama iaitu:
🍃 Lavender yang menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi dan membantu bayi tidur lebih lena selepas mandi
🍃Chamomile yang tinggi antioksidan membantu menenangkan dan melindungi kulit bayi dari rengsaan.
🍃Aloe vera yang kaya dengan vitamin E secara semulajadi menbantu menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif.

2. Massage oil


Mengurut bayi selepas mandi memberi ketenangan pada saraf bayi. Minyak urutan dengan campuran organik ini sangat lembut untuk digunakan bila-bila masa. Sesuai sebagai lembapan selepas mandian. 

Ia mengandungi lavender, chamomile dan
🍃Minyak biji bunga matahari yang mengandungi asid lemak dan vitamin E untuk kekalkan kelembapan terutama bagi yang mengalami masalah kulit kering, dehidrasi dan sensitif

3. Soothing lotion


Untuk jadikan kulit bayi kekal gebu, sapukan losyen di seluruh badan, di jari jemari yang halus. Ia mengandungi chamomile, lavender, minyak biji bunga matahari, minyak rosemary dan;-
🍃minyak vanila yang kaya vitamin E dan antioksidan untuk melindungi kulit dari rengsaan
🍃Shea butter yang memberikan vitamin semulajadi dan asid lemak bagi melindungi lapisan luar kulit bayi
🍃minyak biji jojoba dapat meningkatkan kelembapan tanpa rasa melekit pada kulit.

Untuk Siapa Set Shaklee Baby

Memang sesuai untuk semua terutama anak-anak yang mengalami masalah kulit sensitif, eczema, alergik atau kulit kering.

Bukan itu sahaja, untuk anak-anak yang suka tantrum ia dapat membantu memberikan mood happy dengan belaian kasih ibu.

Istimewa dalam Set Shaklee Baby

Setiap belian dapat tuala mandi yang sangat berkualiti dan memang cantik sangat. Besar pulak tu. Tengok boleh selimutkan kakak Alya dan Kak Chik sekali. Tengok budak berdua ni. Bukan main happy lagi. 


Memang sesuai dijadikan hadiah untuk majlis babyshower, hadiah kawan-kawan yang baru melahirkan anak. Complete set tau! Berbaloi!



Mesti semangat nak cubakan. Hubungi saya terus 012-6240197

Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
📨Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
☏ No telefon 012-6240197 

#shidahstories
Read More

Tuesday, November 21, 2017

Musim Ke-3 Projek Beg Sekolah 2017

Pernah dengar tentang Projek Beg Sekolah? Projek Beg Sekolah (PBS) diasaskan Puan Salwa Saleh pada tahun 2015 bagi membantu pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan seperti anak yatim, asnaf, keluarga miskin, miskin bandar dan keluarga yang memerlukan untuk persiapan persekolahan.



Tahun 2017 adalah musim ketiga Projek Beg Sekolah setelah kejayaan perlaksanaan pada musim pertama dan kedua. PBS kini telah menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telah berdaftar secara rasmi dengan nombor pendaftaran (PPM-001-10-25092017)

Objektif PBS

Program ini membantu adik-adik yang datang dari golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan beg. Ia disasarkan bagi mereka yang berada di pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menangah dan matrikulasi.

Bagaimana Projek ini beroperasi?

PBS menerima sumbangan dari orang ramai. Sumbangan boleh diberikan seperti berikut :-
1. Kewangan dan hanya boleh disalurkan secara terus ke akaun rasmi PBS iaitu Maybank 566010623957.
2. Sumbangan beg baharu kepada focal point berdekatan anda.

Beg-beg akan dikumpulkan oleh setiap focal person untuk diedarkan kepada pelajar yang terpilih.

Siapa Focal Person?

Focal person adalah sukarelawan yang terlibat dalam PBS. Tugasnya adalah menerima sumbangan beg, mencari pelajar yang layak, mencari sumbangan dalam bentuk beg atau dana kewangan dan menyerahkan sumbangan beg kepada pelajar yang layak.

Kejayaan PBS musim 1 dan 2

Alhamdulillah rakyat Malaysia sangat prihatin dan ramai yang turut bersama-sama memberi sumbangan.

PBS pada musim pertama berjaya membantu 3635 pelajar pada tahun 2015.

Musim kedua, PBS hanya mensasarkan sebanyak 10,000 buah beg. Namun telah berjaya mengedarkan sebanyak 13,837 beg di seluruh negara.



Sasaran PBS Musim Ketiga

PBS mengharapkan musim ketiga ini akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan kerana jumlah beg yang disasarkan pada tahun ini adalah sebanyak 15,000 buah beg.

Anda boleh rujuk FB PBS www.facebook.com/Projekbegsekolah

Tarikh Akhir Sumbangan

30 Disember 2017 untuk sumbangan beg sekolah bagi musim ketiga. Sumbangan selepas tarikh ini akan disalurkan kepada projek-projek amal lain di bawah seliaan PBS.

Anda ingin menyumbang?

Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun rasmi PBS iaitu akaun Maybank 566010623957 di atas nama Pertubuhan Projek Beg Sekolah.

Sumbangan dalam bentuk beg baharu juga boleh disalurkan dengan menghubungi focal person terdekat dengan kawasan penyumbang.

Senarai focal person rasmi yang dilantik pada musim ketiga akan di paparkan di laman Page FB kami di www.facebook.com/Projekbegsekolah pada 20 November 2017.

Salam sayang,
Shidah Abdullah 
Focal Person Sepang Nilai
012-6240197
Read More

Thursday, November 16, 2017

5 Sebab Tua Sebelum Masa. Kenapa?

Siapa pernah timbang guna penimbang Omron? Ala yang kena diri atas penimbang. Lepas tu kena pegang handle dan kita boleh tahu result keseluruhan badan termasuk berat, viceral fat (lemak di organ) dan umur dalaman.



Berapa result umur dalaman anda? Pernah saya timbang umur dalaman 57 berbanding umur sebenar 34. Menakutkan!

Apa sebenarnya yang berlaku? Antara sebab ini berlaku.


1. Penimbunan Protin AGE

AGE atau Advance Glycation End Products adalah timbunan protin yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan sel selular badan kita. Ia akan mengganggu ketahanan sel badan dan menyebabkan penyakit. Salah satu sebab ini berlaku adalah pengambilan gula berlebihan. Jika kita tidak mengawalnya, kita terdedah dengan penyakit kencing manis, buah pinggang dan lain-lain lagi


2. Kerosakan DNA

Setiap hari setiap sel tubuh kita diserang bertubi-tubi. Tak perasan kan? Semua pencemaran seperti asap rokok dan kenderaan sangat memberi kesan pada sel kita. Ia merosakkan DNA iaitu identiti setiap sel. Macam virus yang serang komputer. Bila ia menyerang, pengkalan data kita akan rosak. Mula la berlaku "typo" contohnya tekan huruf Z jadi S. Macam tu juga pengkalan data genetik kita, berlaku "typo" yang mengganggu fungsi sel badan. Yang sepatutnya diproses mungkin tersekat-sekat.

3. Pengawalan Genetik

Bila DNA dah berlaku kerosakan, impaknya pada genetik kita dan akan berlarutan kepada keturunan kita. Pengawalan genetik yang merosot akan membuat kita semakin tua.

4. Pengeluaran Tenaga Menurun Dari Sel

Badan kita ada satu penjana kuasa yang hebat. Ia dipanggil Mitochondria. Ia berada di dalam sel yang menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Bila fungsi sel kita menurun, kecekapan Mitochondria menurun dan membuatkan badan kurang bertenaga.

Dasyatkan kesan kalau kita tidak menjaga pemakanan dan kesihatan. Lebih cepat badan kita menjadi tua. Itu sebab ramai golongan muda sekarang dah ada penyakit. 


5. Keradangan

Apabila badan kita mempunyai lemak dan kalori yang tinggi daripada pengambilan makanan, ia menyebabkan badan kita mengalami keradangan. Jika ia tidak dijaga, keradangan akan menjadi lebih teruk dan mengganggu fungsi sel-sel badan kita. Ini juga menyebabkan tinggi risiko kita terkena penyakit dan proses penuaan lebih cepat.

Polyphenols Di Dalam Vivix Dapat Melambatkan Penuaan pada Tahap Selular

Di dalam kajian makmal membuktikan ramuan Vivix  memberi kesan kepada penuaan pada tahap selular. Ia bertindak dengan 4 cara

Pertama, melindungi dan memperbaiki DNA. Ia juga membantu memperbaiki kesuburan lelaki dan wanita dengan memperbaiki sel dan kesihatan secara menyeluruh. Peluang untuk hamil juga lebih tinggi.

Kedua, memberi impak positif dalam pengawalan genetik. Apabila sel diperbaiki, sistem imun badan akan meningkat untuk melawan semua keradangan.

Ketiga, menggalakkan biogeneis iaitu pembentukan baru penjana kuasa iaitu Mitochondria. Tenaga tubuh badan akan meningkat dan dapat mengawal peredaran darah dan gula dengan baik keseluruh badan.

Keempat, melambatkan pembentukkan protin AGE. Apabila pembentukan protin AGE terkawal, prestasi organ lain juga lebih baik. Minda lebih cerdas. Sendi-sendi tak sakit lagi dan mengurangkan risiko penyakit diabetes dan jantung.





Selain itu, ia membantu memelihara
1. Kesihatan jantung
2. Kesihatan otak
3. Kesihatan Imun sistem
4. Kesihatan sendi
5. Perlindungan anti-oksidan
6. Meningkatkan tenaga

Testimoni Pengguna






Sumber : Lodish H, Berk A, Zipursky SL, et al, Molecular Cell Biology, 4th Edition, New York; 2000 DNA Damage and Repair and Their Role in Carninogenesis.



Produk ini bukan untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang sangat selamat ini, boleh hubungi saya segera!

Shidah Abdullah

 Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949)

Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas

 No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/


Order Online : Set Twin Vivix 
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com