Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Wednesday, February 7, 2018

Mulakan Dengan set Antioksidan Terbaik

Entry hari nak kongsikan tentang kebaikan vitamin ACE yang bertindak sebagai agen antioksidan yang baik untuk kita. Ye la, setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas terutama asap. Bahaya bila ia diserap kulit kita dan badan kita tak ada perlindungan. Rosak sel DNA kita. Bila rosak macam-macam informasi dihantar salah dan badan bertindak pelik-pelik yang menyebabkan penyakit.

Tentu semua tak nak kan! Set ini mengandungi Caratomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E Berikut adalah kebaikan setiap vitamin dalam set ACE.


Kenali Fungsi Carotomax (Vitamin A)

Caratomax adalah Vitamin A yang lebih selamat. Pengambilan secara konsisten dapat membantu;-

  • Membantu mempertingkatkan daya penglihatan dan masalah mata seperti rabun malam, rabun dekat, presbyopic astigmatism, mata kering, kelesuan mata, glaucoma katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam dimata
  • Meredakan penyakit kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur dan masalah jerawat
  • Penggunaannya luaran dapat membantu merawat pustule, scabie, acne dan ulser kulit
  • Melindungi lapisan luar kornea, rongga oral, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing dan ovari
  • Membantu melawan sel kanser dan oksidasi terutama kanser paru-paru dan payudara
  • Membantu meransang enzim membunuh kuman, mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori (pernafasan) seperti paru-paru, batuk, hepatitis, asma, selsema
  • Menggalakkan perkembangan normal dan sihat
  • Merangsang perkembangan kanak-kanak atau remaja dengan menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi
  • Membantu menghasilkan sperma yang sihat dan berkualiti



Kenali Fungsi Vitamin C


  • Membantu membentuk kolagen yang baru
  • Membantu memperbaiki simptom pendarahan
  • Meningkatkan sistem imun tubuh badan melawan penyakit
  • Agen antioksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
  • Mencantikkan kulit dari dalam
  • Memperbaiki masalah kesukaran tidur malam (insomnia)
  • Mengekalkan kadar kolesterol badan yang sihat


Kenali Fungsi Vitamin E


  • Melindungi jantung
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif
  • Anti-penuaan
  • Anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas
  • Meningkatkan kelestarian seksual dan memberikan tenaga
  • Memperbaiki masalah sendi (Arthritis)
  • Menghalang keguguran 
  • Memperbaiki parut pada kulit

Untuk dapatkan harga istimewa dengan menjadi ahli Shaklee. 
Hubungi saya seperti berikut;-
Shidah Abdullah
SID 922949
Sms I Whatsapp 012-6240197
FB : Shidah Abdullah
COD Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Read More

Tuesday, February 6, 2018

4 Langkah Dapat Kulit Sihat Dengan The Radiant 4 Shaklee

80% kulit kita bermasalah berpunca dari luar. 20% lagi ada dari dalaman. Untuk memastikan kulit dan sel kita dilindungi dengan baik, The Radiant 4 iaitu set kulit sihat yang membekalkan nutrisi yang cukup untuk kulit. Jom berkenalan dengan set ini.




Vitamin Dalam Set The Radiant 4

Set ini mempunyai 4 vitamin penting iaitu
1. Energising Soy Protein (ESP)
2. Collagen Powder
3. Sustained Release Vita C
4. GLA Complex 


Bagaimana Setiap Vitamin Bertindak?

Sudah pastinya set ini bertujuan untuk mencantikkan kulit kita supaya lebih berseri dan cantik. Bukan hanya sekadar bermake up.

Langkah 1 : Membina Kulit Sihat Dengan Energising Soy Protein (ESP) 

Badan kita terdiri daripada protein. Untuk kulit yang sentiasa sihat, kita perlu bekalkan protein yang cukup. Protein yang cukup membolehkan fungsi-fungsi badan dibawah berjalan dengan baik;- 

  • Mengoptimumkan fungsi kulit dengan membekalkan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan untuk penghasilan tenaga. 
  • Memberi perlindungan dan sokongan untuk penghasilan sel kulit yang sihat.
  • Memperbaiki dan membina semula sel dan tisu kulit baru yang sihat.
  • Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang bertenaga untuk kulit yang cantik.
  • Membantu penghasilan asid amino glutathione untuk perlindungan dari kerosakan kulit akibat sinaran UV.

Langkah 2 : Tegangkan Kulit Dengan Collagen-powder


Dalam entry saya sebelum ini, saya ada jelaskan tentang lapisan kulit yang menghasilkan kolagen di mana lapisan ketiga iaitu hypodermis berfungsi memhasilkan kolagen pada kulit.
Kolagen adalah struktur yang penting yang memastikan kulit kekal anjal dan mencegah kedutan, parut dan kendur. Tetapi, apabila usia meningkat penghasilan kolagen dalam badan juga semakin berkurang dan kita terdedah kepada kulit berkedut dan kendur. Lambatkan tanda penuaan mula nampak jelas dan ketara.

Mulakan langkah penjagaan dengan mengamalkan pengambilan kolagen setiap hari untuk;- 

  • Kulit lebih elastik.
  • Kulit lebih lembut dan anjal 
  • Mengurangkan kedutan terutama di wajah
  • Kesan parut akan mula pudar dan hilang

Langkah 3 : Memberikan perlindungan dan antioksidan dengan Vitamin C


Vitamin C adalah agen antioksidan yang memberikan kulit sihat dan meneutralkan radikal bebas. Kulit kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri dan hanya dapat diambil melalui pemakanan. Pengambilan vitamin C secara tetap setiap hari dapat membantu :

  • Mengurangkan penghasilan kedutan
  • Meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kulit kasar.
  • Menggalakkan penghasilan kolagen dan penghasilan set kulit yang baru.
  • Menghalang dari radikal bebas daripada diserap oleh kulit.

Langkah 4 : Kekalkan Kelembapan Kulit Dengan GLA


Gamma-Linolenic Acid atau GLA memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan kulit. Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang juga sumber terbaik Omega 6. Ia mampu menyerap dengan baik ke dalam tisu dan sel bagi mengekalkan kelembapan. Selain itu, ia juga;-
  • Mengurangkan kegatalan dan pengelupasan pada kulit
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengurangkan keradangan.

Testimoni Pengguna Dengan The Radiant 4




Berapakah Harga Set The Radiant 4?

1. Energising Soy Protein (ESP) RM170.93
2. Collagen Powder RM315.88
3. Sustained Release Vita C RM103.35
4. GLA Complex  RM96.73


Tawaran Harga Murah Terbaik dengan hanya

Mendaftar sebagai ahli dengan hanya RM79 

  • Dapat penjimatan pembelian vitamin The Radiant 4 sebanyak 20%
  • Bonus tunai yang dikreditkan ke dalam akaun sebanyak RM25
  • Dapat memulakan bisnes anda sendiri
Best sangat kan! Jom cepat2 dapatkan promosi istimewa ini, lebih penjimatan untuk kekal awet muda tau!

Untuk info lanjut atau pesanan produk Shaklee:

Sms / Whatsapp : 012-6240197
PM di fb : Shidah Abdullah (SID 922949)
Pengedar Shaklee Di Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Perkhidmatan penghantaran pos ke seluruh negara
Read More

Monday, February 5, 2018

Cara Menjaga Kulit Dari Dalam

Entry ni nak kongsi sikit tentang kulit dari sesi dengan Chris Kyrou iaitu Vice Presiden Beauty Research & Development Shaklee.

Sebelum tu.. kenal dulu kulit kita.. Kulit kita ada 3 lapisan penting dan mempunyai tugas berbeza.


Lapisan pertama Epidermis


Epidermis adalah bahagian kulit yang buat kita moist je. Terdapat stemcell yang bertindak seperti kilang untuk hasilkan sel baru.

Semasa kita masih bayi, kulit kita bertukar  (renewal) sangat cepat iaitu dalam masa 14 hari. Peralihan kepada zaman remaja, kulit mengambil masa anggaran 30 ke 40 hari untuk menghasilkan kulit baru. Hmm bayangkan kalau umur 50an, proses ini menjadi lebih perlahan iaitu 56 hari..


Lapisan Kedua Dermis

Dermis bertugas untuk kekuatan kulit. Ia juga berperanan mengatur suhu dan membekal darah yang membawa nutrisi kepada lapisan perta epidermis. Sebahagian air di simpan di lapisan ini.



Bayangkan dermis seperti jalan raya. Bila baru disiapkan,  mudah untuk dilalui dan perjalanan lancar ke destinasi. Apabila telah lama digunakan dan kurang maintenance, jalan rosak dan tak boleh dilalui.

Itulah perumpamaan lapisan dermis dalam kulit kita. Jika tidak dijaga dengan baik, nutrisi tidak dapat disalurkan dan memberi tenaga pada sel untuk berkerja dengan baik.

Lapisan ketiga Hypodermis


Lapisan foundation paling utama dalam penghasilan kolagen. Tapak rumah kena kukuh betul tak?. Macam itulah foundation kulit iaitu Fiberglass. Apabila berumur, fiberglass semakin kurang menghasilkan kolagen. Kulit semakin kurang anjal yang buat toin toin tu.

Apabila berlaku tapak asas yang tidak kukuh, telekomunikasi berkurang dan isyarat mula hilang kepada sel. Sel kita mula lupa hasilkan kolagen baru..  Ini menyebabkan kita mendapat perbagai penyakit seperti darah tinggi, diabetes, strok dan sebagainya.

Menarik sesi memahami tentang kulit dan kesannya. Rasa rugi tak jaga dari muda remaja.. main hentam je. Rajin exercise, makanan dalam keadaan moderate, makan sayur dan buah-buahan. Bila dah kerja tambah dengan ambil supplement macam Set Kulit Sihat khas untuk kulit sihat.

Itu secara dalaman. Secara luaran juga perlu dijaga terutama di muka. Nak flawless, putih dan gebu dengan set penjagaan muka YOUTH yang berada di pasaran bermula Mac 2018.

Harap entry ni bermanfaat.

Salam sayand dari akak bisik2
Shidah Abdullah

#YOUTH
#Tsunami2018

Read More

Sunday, February 4, 2018

Set Penjagaan Muka YOUTH Complex Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Alhamdulillah hari ni dapat sertai sesi pengenalan produk penjagaan muka terbaru iaitu YOUTH yang dah mula disebut-sebut sesuai untuk semua jenis kulit. 2 sesi iaitu disebelah pagi dan petang dibuat di seminar hall Shaklee di shopping mall berhadapan Sunway Medical Centre. Atas jemputan rakan, saya dapat hadir ke sesi petang. 


Bagaimana Produk YOUTH dihasilkan?


Chris Kyrou iaitu Vice Presiden Beauty Research & Development Shaklee hadir untuk memberi penerangan bagaimana YOUTH dihasilkan. Produk ini dibangunkan secara klinikal oleh pakar kulit antarabangsa berdasarkan Indeks Usia Kulit. 


Apakah Indeks Usia Kulit?

Index ini mengukur kehadiran tanda-tanda penuaan dengan data klinikal yang berasaskan fakta dari kajian yang dijalankan. Ia dijalankan dengan memilih 100 wanita Asian dan Caucasian. 20 orang dari semua peringkat umur. Analisa kulit dijalankan secara klinikal  di "grade"kan menggunakan bioinstrument untuk merekod data secara fizikal. Kemudian, data-data ini dianalisa dan model statistical terhasil iaitu Indeks Usia Kulit.

Berikut adalah kategori Indeks Usia Kulit :-
~ Kedutan Kulit
~ Saiz Pori
~ Tona Kulit
~ Keanjalan
~ Tekstur Kulit
~ Hiperpigmentasi
~ Seri Kulit
~ Kekenduran

Wanita-wanita ini mencuba sendiri produk YOUTH dalam tempoh 4 minggu dan hasilnya 2/3 Wanita ini telah mengubah usia kulit sedekat lebih muda.


Bahan-bahan Yang Digunakan Untuk Menghasilkan YOUTH

  • Produk ini direka dan dihasilkan tanpa bahan kimia yang merbahaya. 
  • Pakar-pakar telah menguji lebih 350 bahan pencemar, racun perosak dan bendasing pada setiap bahan botanikal baru yang digunakan. 
  • 3 kali ganda ujian dijalankan ke atas bahan-bahan berbanding yang hanya perlu dilakukan. 
  • Setiap tahun, lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan ke atas setiap produk bagi memastikan ia selamat.  
  • 1500 bahan-bahan tidak selamat tidak digunakan dalam formulasi YOUTH. Antaranya yang ada di dalam produk di pasaran Malaysia iaitu Paraben, Laureth Sulfat, Hydroquinone, EDTA dan banyak lagi
Jadi, kita sebagai pengguna tidak perlu risau lagi kerana bahan yang digunakan semulajadi dan ada ujian keberkesanan secara klinikal. 100% Vegan berasaskan tumbuhan.

Langkah-langkah Penjagaan Kulit YOUTH

1. Cleanser

Luminous Gel Oil Cleanser adalah pencuci muka 3 dalam 1 dimana ia tidak mengandungi sabun, PHnya seimbang dan pembersihnya digabungkan campuran vitamin yang dipatenkan. Mengandungi polifenol dan alga yang memperhaluskan kulit dengan lembut, menyuci dan menyediakan kulit untuk langkah penjagaan seterusnya.

Bahan-bahan 
  • Vital Repair
  • Muscadine Grape Extract
  • Ekstrak Alga Hijau untuk menghaluskan
2. Toner

Perfecting Skin Toner bebaskan kulit kita dari sel-sel kusam dan ejen pencemar di sekeliling kita. Kulit akan lebih cerah dan berseri. Ia melakukan lebih daripada biasa bagi membersihkan sel kulit mati, menghidratkan dan membekalkan nutrisi bersama campuran vitamin, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang telah dipatenkan untuk kulit berseri-seri.

Bahan-bahan 
  • Vital Repair
  • Muscadine Grape Extract
  • Ekstrak Alga Hijau untuk meremajakan
3. Serum

Youth Activating Serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk memulakan langkah memperbaharui sel yang kritikal. Campuran vitamin, polifenol dan YOUTH complex sangat berkesan menggalakkan penghasilan kolagen dan memperbaharui pada peringkat sel lagi. Ia menjadikan kulit kita berkelakuan lebih muda untuk mencapai tahap keremajaan dan keserian dan keunggulan.


Bahan-bahan 
  • YOUTH complex dengan Apple Cell
  • Lotus Japonicus
  • Vitamin A berkapsul 

4. Moisturizer 

Age Defense Moisturizer SPF 50 melindungi kulit kita daripada sinaran matahari. Pelik kenapa SPF 50?. Mengikut kajian, kita terdedah sinaran cahaya matahari yang sangat tinggi berbanding di Eropah. Di Eropah, mereka hanya terdedah dengan cahaya hanya dalam anggaran tempoh sebulan berbanding kita sepanjang tahun. Oleh sebab itu, produk yang dihasilkan SPF 30. Manakala di Malaysia, formulasi SPF 50 adalah khusus untuk kita yang sangat terdedah dengan sinaran matahari.

Disapukan di sebelah waktu siang bagi melindungi kulit dengan perlindungan matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrien botaninya akan melembapkan kulit anda dan menambahkan penampilan kulit secara menyeluruh.


Bahan-bahan 
  • SPF 50
  • Vital Repair+ Complex
  • Muscadine Grape Extract

5. Renewal Cream

Advance Renewal Night Cream - Light merupakan ekstrak Alga Marin, Muscadine Grape dan Lotus Japonicus serta anti oksida yang lain. Ia menggalakkan proses pembaharuan sel kulit semasa kita tidur. Campuran botanikal khas membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin dan membuatkan kulit kita lebih muda, licin dan cerah.


Bahan-bahan 
  • Vital Repair+ Complex
  • Muscadine Grape Extract
  • Schisandra Chinensis
  • Lotus Japonicus

Order YOUTH sekarang! Produk ini berada dipasaran Mac 2018

Hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 sekarang untuk produk yang terhebat ini di mana teknologinya dipatenkan. 

Read More

Saturday, February 3, 2018

Lewat 2 bulan Haid Tanda Menopause? 10 Tanda Menopause Perlu Diketahui

"Doktor umur saya 46 tahun tapi haid saya lewat 2 bulan tapi saya tak hamil sebab saya dah buat ujian UPT"

Ini adalah fasa Perimenopause dulu. Fasa peralihan di mana terdapat simptom disebabkan perubahan kadar hormon estrogen dan progesteron. Apakah sebenarnya yang berlaku?. Umur meningkat, kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormon estrogen yang secukupnya walaupun benih wanita (ovum) masih dikeluarkan. Tapi tak seperti semasa kita 20an. Fasa ini berlangsung dalam anggaran 4 tahun hingga 10 tahun bergantung pada keadaan masing-masing. 

Menopause

Apabila sampai masanya, wanita akan mengalami Menopause. Menopause adalah tempoh perubahan di mana wanita tidak lagi datang bulan melebihi 12 bulan. In bermaksud kitaran haid sudah berakhir seiring dengan bertambahnya umur kita. 

Bila menopause akan berlaku ye? Tak ada masa yang tepat. Namun secara umumnya ia akan berlaku dalam anggaran umur di antara 45 hingga 55. Ada juga yang berlaku lebih awal dan ada juga yang terlewat. Namun, apa yang kita perlu tahu adalah tanda-tanda sebelum seseorang wanita mengalami menopause sebenar.

Tanda-tanda atau Simptom Menopause

1. Sakit pada payudara 
Rasa sakit atau tidak selesa pada payudara disebabkan perubahan turun naik hormon. Payudara akan rasa lebih sensitif dan tegang. Apabila hampir-hampir menopause, kitaran haid akan tidak tetap dan rasa tidak selesa ini akan lebih lama

2. Badan terasa panas dan berpeluh-peluh (Hot Flashes)
Apabila tahap estrogen kita menurun, kelenjar yang mengawal suhu badan akan terganggu. Badan akan berasa panas tidak tentu masa. Ia boleh berlaku beberapa saat, setengah jam mahupun lebih lama daripada itu. Jika berlaku keadaan ini, pilihlah pakaian yang sesuai, selesa tapi masih menutup aurat. Banyakkan juga minum air dan jika perlu gunakan pek ais.

3. Bau Badan Yang Lebih Ketara
Apabila badan panas, peluh dikeluarkan juga berlebihan. Ini menyebabkan bau badan. Penurunan kadar estrogen memberi signal atau isyarat pada kelenjar hypothalamus. Ia adalah kelenjar di bahagian otak yang mengendali fungsi badan termasuk pelepasan hormon dari kelenjar pituitari. Lebih banyak pelu terhasil sehingga sukar dikawal, makanya bau badan pun terjadi. Kerapkan mandi bagi menjaga bau badan.

Kredit : hisyam.id

4. Tumbuh "Misai" dan "Janggut"
Hah! Jangan terkejut kalau tiba-tiba tumbuh misai atau janggut di muka. Tidaklah ia tumbuh seperti lelaki. Ini merupakan simpton yang biasa berlaku betul-betul dipenghujung haid wanita sebelum menopause. Akan ada juga pertumbuhan rerambut pada tempat-tempat baru. Bukan itu sahaja, rambut akan semakin kering, rapuh, menipis dan gugur.

5. Rasa berdebar
Satu kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine atau lebih dikenali sebagai adrenalin berfungsi meregulasikan kadar degupan dan tekanan darah. Ia akan berubah dari masa ke semasa. Kita akan rasa berdebar dan risau tanpa sebab. Kadang-kadang perkara sebegii terjadi pada ibu kita sendiri apabila dia melalui fasa ini. Kita patut memberi sokongan moral dan menjadi pendengar setia mereka.


6. Sukar Mengawal Kencing
Terkencing kita melakukan aktiviti seperti melompat, terbatuk atau bersin adalah keadaan yang melucukan. Tapi hakikatnya itu tanda menjelangnya tempoh menopause. Kadang-kadang dah bersiap pakai baju dan nak keluar rumah, tiba-tiba rasa nak buang air. Wanita akan rasa sukar mengawal pundi kencing dan kerap ke tandas. Ini berlaku disebabkan dinding uretra dalam sistem urinari dan otot pelvik semakin lemah.

7. Kulit Kering
Fasa menopause seperti "reverse puberty" kata Dr Pinkerton di mana wanita akan melalui masalah yang pernah dialami ketika di zaman remaja. Antarnya termasuklah masalah jerawat, eczema dan alergi. Bahagian seperti mata, vagina juga akan terkesan seperti penurunan nafsu seksual.

8. Migrain
Kita mungkin tidak pernah mengalami migrain tetapi hati-hati ia mungkin berlaku pertama kali apabila berlaku perubahan turun naik hormon. Jika kita memang pernah mengalaminya pula, ia boleh menjadi lebih teruk. Apabila ketiadaan haid konsisten, masalah ini akan berkurangan dan hilang serta-merta. Munurut Migrain Research Foundation, 5% wanita menghadapi migrain selepas usia 60 tahun. Harap-harap bukan kita.

9. Mood Swing
Perubahan hormon memang akan diiringi mood swing. Ini juga disebabkan wanita mengalami masalah sukar nak tidur, lebih pelupa dan kurang fokus. Lebih baik kita bersedia supaya kita lebih matang untuk menghadapi dan mengendali perubahan dan mengelakkan mood swing.

10. Tulang Rapuh



Wanita akan hilang 20% daripada tulangnya dalam tempoh 5 tahun pertama menopause. Ini bermakna tulang kita akan merapuh semakin cepat disebabkan ovari tidak lagi menghasilkan estrogen. Ini juga penyebab penyakit osteoperosis.

Hah! Macamana berapa tanda-tanda di atas dah ada. Kurangkan risau dan perbaiki keadaan.

Tindakan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengatasi Simptom Ini

1. Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Secara umumnya, setiap wanita mesti memastikan makanan seharian dapat membekalkan kalsium dan vitamin D. Boleh juga ambil supplemen seperti Ostematrix yang dapat membekalkan kalsium, vitamin D dan magnesium. 

2. Dapatkan sokongan keluarga
Jika menopaus berlaku dikalangan keluarga terdekat atau pada diri sendiri, dapatkan sokongan moral keluarga. Berteman apabila ada temujanji dengan doktor.

3. Lakukan Senaman Ringan
Dengan melakukan senaman, badan akan lebih berasa segar dan tidak hanya duduk di rumah melayani rasa tidak selesa. Dengan bersenam, jantung berfungsi lebih baik dalam mengawal adrenalin yang membuat kita rasa resah. Ini juga dapat membantu mengawal berat badan.

4. Minum air secukupnya


Vitamin Cadangan Bagi Mengurangkan Simpton

1. GLA Complex

GLA biasanya dicadangkan pada wanita mengalami simptom. Ia membantu mengawal selia hormon estrogen dan progesteron. Ia juga membantu melambatkan menopause dengan cara memperbaiki keadaan simptom. Ia adalah gabungkan khasiat bahan-bahan berikut;- 
~ Minyak borage mengandungi kepekatan semulajadi GLA dalam bentuk mudah diserap

~ GLA (Asid linolenik gama) membantu mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan atau sepanjang mengalami menopause.

~ Minyak bunga matahari adalah sumber Omega-6 asid lemak membantu membentu bahan prostaglandins yamg membantu tubuh badan kita mengawal banyak proses badan dengan normal.

~ Vitamin E pula membantu dan menyokong sistem imun dan mengekalkan integriti sel wanita menopause.

2. B-complex

Wanita yang menopause atau sedang menopause rasa amat tertekan tanpa sebarang alasan. Cepat rasa nak marah, risau dan panik. Ia mengandungi thiamine, niacin, vitamin B dan asid folik. 

~ B3 dan asid folik diperlukan untuk menghasilkan estrogen dan menyokong keupayaan menggunakan hormon seks. Ia juga melindungi kesihatan tulang wanita putus haid.

~ B6 dan B12 membantu penghasilan serotonin iaitu "transmitter" yang bertugas sebagai utusan kimia dalam otak untuk menstabilkan mood wanita menopause.

~B12, B1 (thiamine) dan B3 pula penting untuk sistem saraf berfungsi dengan baik agar wanita menopause bertindak balas terhadap tekanan.

B-complex Shaklee mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting.

3. Omegaguard
Ciri-ciri anti-radang yang ada pada Omega 3 asid lemak sangat diperlukan oleh wanita yang mengalami menopause. Kesannya sangat positif dan sangat membantu mengurangkan gejala-gejala menopause seperti penyakit jantung, kekeringan faraj, kulit dan ramput kering dan nipis dan mata kering. Ia juga mengimbangi mood wanita putus haid.

4. Ostematrix 



Wanita memerlukan lebih kurang 1000mg hingga 1200mg kalsium sehari. Lengkap dengan 400IU vitamin D untung merangsang penyerapan kalsium. Bagi wanita menopause, ia dapat membantu mengurangkan kesan tulang rapuh akibat pengurangan estrogen. Magnesium di dalam Ostematrix membantu menggabungkan kalsium dan tulang serta menguatkannya.


Testimoni Pengguna Vitamin Ini





Dapatkan SET MENOPAUSE sekarang

Hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 untuk mendapatkan produk di atas atau maklumat lanjut

Jika anda tinggal di sekitar Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas, perkhidmatan COD disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran ke seluruh negara.

Moga bermanfaat!

Salam Dari Akak Bisik-Bisik,
Shidah Abdullah


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com