Lewat 2 bulan Haid Tanda Menopause? 10 Tanda Menopause Perlu Diketahui

"Doktor umur saya 46 tahun tapi haid saya lewat 2 bulan tapi saya tak hamil sebab saya dah buat ujian UPT"

Ini adalah fasa Perimenopause dulu. Fasa peralihan di mana terdapat simptom disebabkan perubahan kadar hormon estrogen dan progesteron. Apakah sebenarnya yang berlaku?. Umur meningkat, kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormon estrogen yang secukupnya walaupun benih wanita (ovum) masih dikeluarkan. Tapi tak seperti semasa kita 20an. Fasa ini berlangsung dalam anggaran 4 tahun hingga 10 tahun bergantung pada keadaan masing-masing. 

Menopause

Apabila sampai masanya, wanita akan mengalami Menopause. Menopause adalah tempoh perubahan di mana wanita tidak lagi datang bulan melebihi 12 bulan. In bermaksud kitaran haid sudah berakhir seiring dengan bertambahnya umur kita. 

Bila menopause akan berlaku ye? Tak ada masa yang tepat. Namun secara umumnya ia akan berlaku dalam anggaran umur di antara 45 hingga 55. Ada juga yang berlaku lebih awal dan ada juga yang terlewat. Namun, apa yang kita perlu tahu adalah tanda-tanda sebelum seseorang wanita mengalami menopause sebenar.

Tanda-tanda atau Simptom Menopause

1. Sakit pada payudara 
Rasa sakit atau tidak selesa pada payudara disebabkan perubahan turun naik hormon. Payudara akan rasa lebih sensitif dan tegang. Apabila hampir-hampir menopause, kitaran haid akan tidak tetap dan rasa tidak selesa ini akan lebih lama

2. Badan terasa panas dan berpeluh-peluh (Hot Flashes)
Apabila tahap estrogen kita menurun, kelenjar yang mengawal suhu badan akan terganggu. Badan akan berasa panas tidak tentu masa. Ia boleh berlaku beberapa saat, setengah jam mahupun lebih lama daripada itu. Jika berlaku keadaan ini, pilihlah pakaian yang sesuai, selesa tapi masih menutup aurat. Banyakkan juga minum air dan jika perlu gunakan pek ais.

3. Bau Badan Yang Lebih Ketara
Apabila badan panas, peluh dikeluarkan juga berlebihan. Ini menyebabkan bau badan. Penurunan kadar estrogen memberi signal atau isyarat pada kelenjar hypothalamus. Ia adalah kelenjar di bahagian otak yang mengendali fungsi badan termasuk pelepasan hormon dari kelenjar pituitari. Lebih banyak pelu terhasil sehingga sukar dikawal, makanya bau badan pun terjadi. Kerapkan mandi bagi menjaga bau badan.

Kredit : hisyam.id

4. Tumbuh "Misai" dan "Janggut"
Hah! Jangan terkejut kalau tiba-tiba tumbuh misai atau janggut di muka. Tidaklah ia tumbuh seperti lelaki. Ini merupakan simpton yang biasa berlaku betul-betul dipenghujung haid wanita sebelum menopause. Akan ada juga pertumbuhan rerambut pada tempat-tempat baru. Bukan itu sahaja, rambut akan semakin kering, rapuh, menipis dan gugur.

5. Rasa berdebar
Satu kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine atau lebih dikenali sebagai adrenalin berfungsi meregulasikan kadar degupan dan tekanan darah. Ia akan berubah dari masa ke semasa. Kita akan rasa berdebar dan risau tanpa sebab. Kadang-kadang perkara sebegii terjadi pada ibu kita sendiri apabila dia melalui fasa ini. Kita patut memberi sokongan moral dan menjadi pendengar setia mereka.


6. Sukar Mengawal Kencing
Terkencing kita melakukan aktiviti seperti melompat, terbatuk atau bersin adalah keadaan yang melucukan. Tapi hakikatnya itu tanda menjelangnya tempoh menopause. Kadang-kadang dah bersiap pakai baju dan nak keluar rumah, tiba-tiba rasa nak buang air. Wanita akan rasa sukar mengawal pundi kencing dan kerap ke tandas. Ini berlaku disebabkan dinding uretra dalam sistem urinari dan otot pelvik semakin lemah.

7. Kulit Kering
Fasa menopause seperti "reverse puberty" kata Dr Pinkerton di mana wanita akan melalui masalah yang pernah dialami ketika di zaman remaja. Antarnya termasuklah masalah jerawat, eczema dan alergi. Bahagian seperti mata, vagina juga akan terkesan seperti penurunan nafsu seksual.

8. Migrain
Kita mungkin tidak pernah mengalami migrain tetapi hati-hati ia mungkin berlaku pertama kali apabila berlaku perubahan turun naik hormon. Jika kita memang pernah mengalaminya pula, ia boleh menjadi lebih teruk. Apabila ketiadaan haid konsisten, masalah ini akan berkurangan dan hilang serta-merta. Munurut Migrain Research Foundation, 5% wanita menghadapi migrain selepas usia 60 tahun. Harap-harap bukan kita.

9. Mood Swing
Perubahan hormon memang akan diiringi mood swing. Ini juga disebabkan wanita mengalami masalah sukar nak tidur, lebih pelupa dan kurang fokus. Lebih baik kita bersedia supaya kita lebih matang untuk menghadapi dan mengendali perubahan dan mengelakkan mood swing.

10. Tulang Rapuh



Wanita akan hilang 20% daripada tulangnya dalam tempoh 5 tahun pertama menopause. Ini bermakna tulang kita akan merapuh semakin cepat disebabkan ovari tidak lagi menghasilkan estrogen. Ini juga penyebab penyakit osteoperosis.

Hah! Macamana berapa tanda-tanda di atas dah ada. Kurangkan risau dan perbaiki keadaan.

Tindakan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengatasi Simptom Ini

1. Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Secara umumnya, setiap wanita mesti memastikan makanan seharian dapat membekalkan kalsium dan vitamin D. Boleh juga ambil supplemen seperti Ostematrix yang dapat membekalkan kalsium, vitamin D dan magnesium. 

2. Dapatkan sokongan keluarga
Jika menopaus berlaku dikalangan keluarga terdekat atau pada diri sendiri, dapatkan sokongan moral keluarga. Berteman apabila ada temujanji dengan doktor.

3. Lakukan Senaman Ringan
Dengan melakukan senaman, badan akan lebih berasa segar dan tidak hanya duduk di rumah melayani rasa tidak selesa. Dengan bersenam, jantung berfungsi lebih baik dalam mengawal adrenalin yang membuat kita rasa resah. Ini juga dapat membantu mengawal berat badan.

4. Minum air secukupnya


Vitamin Cadangan Bagi Mengurangkan Simpton

1. GLA Complex

GLA biasanya dicadangkan pada wanita mengalami simptom. Ia membantu mengawal selia hormon estrogen dan progesteron. Ia juga membantu melambatkan menopause dengan cara memperbaiki keadaan simptom. Ia adalah gabungkan khasiat bahan-bahan berikut;- 
~ Minyak borage mengandungi kepekatan semulajadi GLA dalam bentuk mudah diserap

~ GLA (Asid linolenik gama) membantu mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan atau sepanjang mengalami menopause.

~ Minyak bunga matahari adalah sumber Omega-6 asid lemak membantu membentu bahan prostaglandins yamg membantu tubuh badan kita mengawal banyak proses badan dengan normal.

~ Vitamin E pula membantu dan menyokong sistem imun dan mengekalkan integriti sel wanita menopause.

2. B-complex

Wanita yang menopause atau sedang menopause rasa amat tertekan tanpa sebarang alasan. Cepat rasa nak marah, risau dan panik. Ia mengandungi thiamine, niacin, vitamin B dan asid folik. 

~ B3 dan asid folik diperlukan untuk menghasilkan estrogen dan menyokong keupayaan menggunakan hormon seks. Ia juga melindungi kesihatan tulang wanita putus haid.

~ B6 dan B12 membantu penghasilan serotonin iaitu "transmitter" yang bertugas sebagai utusan kimia dalam otak untuk menstabilkan mood wanita menopause.

~B12, B1 (thiamine) dan B3 pula penting untuk sistem saraf berfungsi dengan baik agar wanita menopause bertindak balas terhadap tekanan.

B-complex Shaklee mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting.

3. Omegaguard
Ciri-ciri anti-radang yang ada pada Omega 3 asid lemak sangat diperlukan oleh wanita yang mengalami menopause. Kesannya sangat positif dan sangat membantu mengurangkan gejala-gejala menopause seperti penyakit jantung, kekeringan faraj, kulit dan ramput kering dan nipis dan mata kering. Ia juga mengimbangi mood wanita putus haid.

4. Ostematrix 



Wanita memerlukan lebih kurang 1000mg hingga 1200mg kalsium sehari. Lengkap dengan 400IU vitamin D untung merangsang penyerapan kalsium. Bagi wanita menopause, ia dapat membantu mengurangkan kesan tulang rapuh akibat pengurangan estrogen. Magnesium di dalam Ostematrix membantu menggabungkan kalsium dan tulang serta menguatkannya.


Testimoni Pengguna Vitamin Ini





Dapatkan SET MENOPAUSE sekarang

Hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 untuk mendapatkan produk di atas atau maklumat lanjut

Jika anda tinggal di sekitar Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas, perkhidmatan COD disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran ke seluruh negara.

Moga bermanfaat!

Salam Dari Akak Bisik-Bisik,
Shidah Abdullah


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram