Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Thursday, July 5, 2018

Cara Atasi Senggugut

Assalamualaikum

Pasti ramai akak-akak dan adik-adik di luar sana yang selalu alami masalah senggugut ketika datang bulan atau haid. Jangan main-main tau dengan sakit senggugut ni. Ada rakan-rakan saya sampai terpaksa ambil medical leave (MC) sebab tak larat nak bangun.
Kredit kpd alltip.com

Macamana rasa sakitnya? Rasa sakit ni berlaku dibahagian bawah perut atau pun dibahagian pelvic. Bukan tu sahaja pelbagai simptom lain juga boleh dialamai seperti 

  • sakit kepala
  • sakit belakang
  • muntah
  • cirit birit
  • sukar hendak tidur
  • lemah


Kenapa sebenarnya Senggugut terjadi ye?

Dalam badan kita mengandungi satu hormon iaitu prostaglanding yang bertanggungjawab dalam proses pengecutan rahim ketika kita datang haid. Tapi bila hormon ni terlalu banyak, pengecutan rahim akan lebih kuat dari biasa.

Selain itu, simptom-simptom lain terjadi berpunca  dari hormon tidak stabil. Ini disebabkan asid linolenik di dalam badan tidak bertukar menjadi gamma-linolenic asid yang membantu menstabilkan hormon. 

Saya cadangkan anda mencuba 2 vitamin iaitu GLA dan Ostematrix. 

1. GLA Complex




Dihasilkan dari borage seed dengan gabungan minyak bunga matahari dan vitamin E yang membantu menstabilkan hormon progstaglanding yang mengawal pengecutan rahim wanita. Selain itu ia sangat membantu memperbaiki simptom-simptom PMS termasuklah mood yang swing.


2. Ostematrix




Apabila haid berlaku, paras kalsium dalam badan wanita akan mula menurun. Inilah juga yang menyebabkan badan lenguh-lenguuh dan sakit-sakit. Ostematrix iaitu vitamin yang membekalkan kalsium dengan kadar penyerapan 99% sangat melegakan dan mengurangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh tadi. 


Apa kata mereka yang dah mengamalkan set senggugut ni?





Nak dapatkan vitamin untuk menghilangkan senggugut anda, hubungi saya terus ye



Shidah Abdullah

012-6240197
SID Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Read More

Wednesday, July 4, 2018

Promosi Julai 2018

Assalamualaikum.

Masih dalam musim sakan beraya kan..  Tau checklist rumah openhouse berderet kan.. Relakskan minda dengan Promosi Julai 2018.

1. PENDAFTARAN AHLI SHAKLEE BARU


Buat belian 100UV dalam 1 resit, anda boleh dapat RM30 eVoucher dalam penggunaan 3 bulan. Setiap Rm100 pembelian, boleh guna voucher RM10.
.

2. PWP Pillbox berharga RM8 (Harga sebenar RM19.80)

- Dengan pembelian 100UV



3. Pembelian Youth.

- Renew & maintain : RM1,010
- Intensive bersama C&E : RP 1,675
- Percuma SHIMMER COSMETIC CASE.


Video Khas Untuk Anda!!!


 4. Collagen

- BELI 2 DAPAT 5% OFF. Harga RM566.20
- Beli 6 dapat 7 Garza RM1,788

5. Clearence Shaklee Baby, buy 1 free 1
Harga RM566.75
Jimat RM566.75
Banyak gilakan promosi bulan ni. Tu pun anda boleh jimat 10% - 15% lagi tau.

Macamana? Hubungi saya


Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Tuesday, June 26, 2018

3 Langkah membina Habit atau Kebiasaan yang hebat

Tengah tekun membaca buku The 7th Habits of Highly Effective People. Rasa ada perkara yang mengganggu untuk beristiqamah dalam lakukan aktiviti harian yang dah tulis nak buat. Liat benor kata orang Perak.




Ada habit yang baik buat kita berubah lebih jauh dan lebih berjaya. Nak ada habit rupanya kena ada 3 asas utama. Contohnya nak buat sharing bisnes. Ye la sekarangkan semua orang bisnes.

Knowledge - Kena ada ilmu yang akan buat kita tahu apa nak buat (what to do).  dan sebab kenapa kita nak buat (why)
- bisnes apa nak buat
- kenapa pilih bisnes
- apa yang bagus tentang bisnes ni

Skill - Macamana cara nak buat (how to do) kena tahu dan belajar jika perlu. Kalau boleh cara yang paling  tepat. Kalau tak kita pun cepat putus asa nak buat.
- macamana nak mula
- macamana nak jual
- medium apa nak guna
- macamana nak bahagi masa kalau buat part time

Akhir sekali,

Desire - motivasi yang buat kita tak berhenti. Apa sebenarnya yang kita nak dari buat bisnes ni. Mesti spesifik.
- Nak beli rumah baru semi S
- Nak beli tanah di seremban
- Nak hantar anak sekolah asrama penuh
- Nak travel oversea dengan family 2x setahun

Dah ready nak buat habit sendiri? Tak kisah apa yang anda fokuskan seperti jadi suri rumah yang hebat, pelajar hebat, guru hebat. Fikirkan satu habit yang buat anda akan lebih hebat.


Dari Akak bisik2,
Shidah Abdullah
Read More

Friday, June 22, 2018

Bila Anak Raya Di Kampung, Baru Syoknya Raya!

Assalamualaikum



Selamat Hari Raya semua! Masih belum terlambatkan sebab masih di musim raya. Ramai yang cuti bersambung-sambung sebab raya jatuh hari Jumaat. Bolehlah beraya sakan Sabtu dan Ahad. Bagi yang tak nak kalah, sambung terus lagi seminggu sebab anak-anak masih cuti sekolah. Berganda rayakan.



Apa yang penting adalah aktiviti masa hari raya ni. Ye la, tak kan nak duduk di rumah dan mengadap TV je. Mana syok raya. Bermula dari solat sunat Aidil Fitri sehingga la sesi kunjung-mengunjung. Memang berbeza beraya di bandar dan di kampung. Beruntungnya korang kalau ada rumah kampung. Tak payah nak mengada geli la apa sebab kadang-kadang tak ada tiles cantik. Tapi suasana berayanya luar biasa.



Raya kena la bermakna untuk anak-anak. Bukan sekadar dapat duit raya je tau. Mesti ada value yang akan buat korang terkenang sampai bila-bila. So kena biar diorang rasa syoknya beraya.  

1. Rumah Kampung

Rumah kampung papan dan ada tangga.  Bila main keja-kejar terus berlari dekat tangga, bergegar rumah opah atuk. "Jangan Lari" Memang menjerit la opah atukkan. Anak-anak saya tak dapat fefeeling macam ni. Rumah opah atuk belah ayah dan ibu semua rumah taman. So kita tumpang posing dekat rumah moyang. Huhu ibu sampai rasa nak beli tanah dan buat sebiji rumah kampung untuk diorang rasai suasana ni. 







2. Mengenal sejarah keluarga

Hah posing sakan dekat batu. Tu la saki baki peninggalan rumah ayahnya membesar dulu. Rumah dah usang dan dirobohkan. Tinggal la batu-batu. Kata mak longnya "Hah tu jamban yang tinggal tompat ayah membosar" dalam loghat tolu. Korang kena tahu sebelum opah atuk dapat rumah taman, ada rumah lain yang berjasa dan meninggalkan beribu kenangan.


3. Permainan di kampung

Dari tercongok tengok youtube di handphone, ibu lagi suka tengok korang aktif macam ni. Lantak la berjubah bagai main sepak buah kelapa. Masa ni anak-anak sibuk main buah kelapa yang dah kering. Siapa paling jauh. Seronok pula bermain atas pasir. Kalau ibu dulu, memang berkaki ayam je. "Main puas-puas, tak payah nak geli geliman kalau ada pasir dekat selipar". 



4. Menziarahi Orang Sakit

Dalam seronok kita beraya, tak kurang juga yang kurang gembira disebabkan sakit. Ni di rumak saudara sebelah ayah. Bagi anak-anak saya ni pangkat moyang. Teringat-ingat lagi bila Opah Long setia menunggu depan pintu di atas kerusi rodanya. Katanya senang aku tahu siapa datang 




5. Kenal Saudara Mara






Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Sunday, June 3, 2018

Tips Bijak Berbelanja Di Musim Raya

Berbelanja bila nak beraya memang  rambang mata. Masa ni bersusun kedai di semua pasaraya dengan promosi hebat masing-masing. Memang melambai memanggil-manggil.

Dengan itu, kita kena rancang perbelanjaan kita dengan bijak. Lebih lagi nak membuat persiapan anak-anak. Apa kata sebelum hendak keluar membeli belah, gunakan tips berikut sebagai panduan berbelanja.

 1. Buat Senarai

Sebelum kita keluar membeli belah pastikan kita tulis senarai barangan yang hendak dibeli seperti baju yang hendak dicari untuk keluarga dan barangan dapur.

Jika hendak membuat kuih Raya,  tetapkan kuih yang hendak dibuat dan berapa bancuhan hendak dibuat. Kemudian, buat kiraan bahan-bahan yang perlu dibeli. Hehe pernah satu tahun semangat nak buat kuih dan beli bahan berlebihan, sampai raya tahun depan ada lebihan bahan dan sudah expired. Kan rugi.

Dengan merancang kita akan membeli dengan lebih fokus dan tanpa pembaziran. Kemudian,  kira anggaran bajet. Jika lebih dari yang ditetapkan bolehlah kita potong yang mana rasa boleh dibeli kemudian.

2. Elakkan bawa kad kredit

Hah kalau time membeli belah waktu raya anda menggunakan kredit kad, sudah pastinya anda akan membeli melebihi had. Sebab mindset kata tak apa la lebih sikit. Hentikan!

Sebaiknya gunakan debitkan untuk lebih selamat dengan jumlah baget yang ditetapkan di dalamnya. Maklumkan jumlah ini pada yang mengikut bersama. Pasti mereka juga mula mengira-ngira ketika memilih. Mau tak risau, nanti kena reject barang dikaunter kan malu tu. 

Untuk membeli baju di booth2, asingkan bajet mengikut individu. Limitkan setiap seorang mungkin RM150. kalau nak dapat baju yang banyak kena la pandai mix and match baju. Huhu baju budak pun mahal juga tau. 

3. Beli Semasa Jualan Murah

Musim perayaan jualan murah memang merata-rata. Bayangkan dapat membeli barang berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Tapi berhati-hati juga ada juga yang mengambil kesempatan. Kata jualan murah tapi harga sama seperti biasa. Hanya sekadar tampal tag harga baru seperti harga potongan baru. Membeli pakaian anak-anak masa jualan memang berbaloi.

4. Bawa penasihat dan pakar tawar menawar

Pergi bershopping ni berteman lebih seronok. Ada penasihat yang akan bantu mengingatkan kita dan expert tempat yang boleh bagi harga lebih murah. Lagi bagus yang terror tawar menawar. Jangan bawa ramai sangat pula. Nanti pening pula nanti.  Penasihat juga dapat membantu kita memilih dengan lebih bijak.

5. Elakkan membawa anak kecil 

Membawa anak-anak memang seronok dapat tengok gelagat yang comel. Tapi proses membeli belah dan memilih akan ambil masa yang sangat lama dan perlu bergerak pantas. Membawa anak-anak adakalanya menyukarkan memilih. Ditambah pula anak-anak akan mula merengek bila mereka dah mula kepenatan. So lebih baik elakkan.

Semoga persiapan beraya lebih bijak dan beraya tanpa perlu memikirkan bebanan hutang atau kekurangan perbelanjaan di masa akan datang ye.

Shidah Abdullah
Dhuha Founder


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com