Hati Ibu Bila Anak Demam

Di pagi hari ni tiba-tiba terasa sangat sayu. Kenapa? Ini sebabnya..

Adik Demam

Adik demam tu biasa sahaja. Tapi bila adik demam, ibu kena bagi attention lebih sikit. Memang tak boleh tinggal pada babysitter. Babysitter terima je kalau adik demam..

Tapi sebab adik special. 37°C je adik dah boleh kena sawan. Dari ibu risau tak tentu arah. Baik ibu emergency leave.

Indahnya jika ibu sentiasa di rumah

Tu la yang buat ibu sayu. Bila ada anak-anak yang demam, rasa nak berhenti kerja. Tu la antara dalam wishlist ibu adik. 

Sentiasa menjalankan tugas di rumah. Fokus pada ayah, kak long, kak ngah, kak chik dan adik. Nak juga jadi supermom macam kawan-kawan yang lain. Happy update menu harian memasak di rumah. Ibu? Balik pun lambat.

Kenapa adik asyik demam?

Ibu tak boleh jawab bila ada orang tanya ibu soalan ni adik. Bukan ibu mintak adik demam selalu. Pada ibu, Allah mungkin nak ibu lebih beri perhatian pada keluarga dalam kesibukan kerjaya. Ibu kena bersyukur untuk itu adik.

Bagi makan apa asyik demam je?

Soalan ni lagi menguji minda ibu adik. Mungkin juga salah ibu. Tapi tak ada beza apa adik makan dan kakak-kakak makan. Sama sahaja. Cuma Allah jadikan adik berbeza. Memerap sentiasa dengan ibu. Tak ada yang lain selain ibu. Adik special hampir 2 tahun masih belum cakap. Tapi bila nangis masih terdengar panggilan untuk ibu.

Adik special sebab suka sangat makan vitamin. Adik suka vitamin sampai botol ibu adik punya juga. Adik paling suka vitalea for children. 

Ibu masih bersyukur sebab adik tak la teruk mana. Ramai lagi yang Allah duga lagi hebat. Kita sama-sama kental ye.

La Tahzan Jangan Bersedih

Betul la kata-kata Allah dalam Quran; Surah At-Taubah ayat 40 yang bermaksud "Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"



Allah lapangkan hati ibu dengan dapat melihat kak chik buat haji dalam program Celik Haji Aulad 2017. Allah bagi lagi masa dengan adik jalan-jalan. Allah bagi lagi ibu daftar haji untuk ibu dengan ayah. Tak payah ada IC pun boleh. Banyaknya Allah legakan..

Moga hari ini lebih baik. Teruskan menyokong saya. Nak vitamin dan konsultansi percuma hubungi saya terus. Moga ini la amalan saya ke sana dengan membantu orang lain sihat beribadah. 

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai. 
COD everywhere ok
012-6240197

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram