Assalamualaikum semua yang singgah ke Sihat Sihat Aje.. Kome sihat ke? :)
Ape aktiviti hari ni? Ini hari-hari terakhir cuti sekolah. Hari ini kami buat aktiviti melenguhkan kaki. Mula-mula pergi servis kereta di Toyota Bangi. Kena servis sebab rancangnya minggu depan nak balik kampung pulak. Memang tak duduk rumah kami ni.
Lepas settle servis, sempat bawa anak-anak ronda port shopping baru. BANGI GATEWAY. Niat nak survey-survey baju raya.
Bila masuk Parking bawah dah rasa macam masuk Empire Subang Jaya pun ada. Bila naik ke atas, memang seronok tengok kedai banyak walaupun banyak belum dibuka. Ada dua bahagian di mana satu kawasan lapang di bahagian ground floor dan satu bahagian lagi tempat beraircond.
Sempat la pusing kedai-kedai. Antara yang ada disinggah ;P
1. MPH - Kedai Buku
2. Mamayayazone - Kedai Baby dan kanak-kanak
3. Syazzmin - Kedai Tudung
4. Toy To Gift - Kedai Mainan. Sempat la anak-anak request beli karakter-karakter FROZEN "Let It Go". Mujur tak mahal sangat. Memang cantik sangat.
5. Kids Amusement Park - Siap guna Piccabooth tangkap gambar satu family. Tapi sekali bahasa Jepun da, memang kantoi masa nak edit-edit gambar.
Selepas dah penat-penat, kami singgah minum di Bangi Gateway Food Court. Tempat makan yang sememang sangat selesa. Meja yang disediakan banyak. Banyak pilihan makanan yang best-best. Tapi disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak makan sebab nak meneruskan program ke rumah adik di Sg Tengi.
En. hubby dah kata kena datang lagi untuk try yang lain. Seronok le kita bila ada orang offer nak datang lagi. Banyak tempat yang belum sempat kami singggah dan membuatkan kami nak datang lagi ke Bangi Gateway.
Antara kedai-kedai yang ada untuk cuci mata dan makan-makan macam kat bawah ni :)
1. Bangi Street
2. Tulip
3. Cool Blog
4. Homst Recipe
5. Junita Collection
6. Rona Rona
7. The Body Shop
8. Burger King
9. Kenny Rogers ROASTERS Malaysia
10. King's Confectionery
11. Jaya Grocer
12. Secret Recipe Malaysia
13. Kebab Turki
14. Booth Fashionista
15. Dakwah Corner
16. Watson
17. Gooptic
15. Dakwah Corner
16. Watson
17. Gooptic
Jangan lupa pergi Bangi Gateway ye.. Memang Superb
Credit to : FB Bangi Gateway. Share pictures dari fb diorg. Yang gambar tak clear dari handphone saya sendiri ye
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.