Cara Atasi Keputihan Punca Faraj Berbau

Keputihan boleh dikatakan masalah klasik bagi semua wanita; tidak kira peringkat umur sama ada anak dara mahupun dewasa. Gejala atau tanda-tanda dan tahap komplikasi adalah berbeza untuk setiap individu disebabkan aktiviti dan tahap kesihatan masing-masing.




Apa sebenarnya keputihan?


Suka saya baca tulisan Dr Zubaidi berkaitan keputihan. Sangat jelas tujuan sebenar lendiran ini berada di faraj wanita. 

Keputihan adalah masalah dimana cairan keputihan keluar dari faraj. Tapi ia bukanlah tanda sesuatu penyakit. Ia adalah perkara biasa atau fisiologi badan menghasilkan lendir ini untuk tujuan tertentu.

Antara tugasan lendir ini adalah;-



Keputihan
1. Ia bertindak sebagai pelindung sel-sel dan dinding faraj dari kering dan rosak. Jika faraj kering, ia akan menimbulkan kesakitan terutama sewaktu bersetubuh dan boleh menyebabkan dinding faraj berdarah. Biasanya kekeringan dialami oleh wanita yang putus haid (menopause)

2. Ia sangat penting dalam peranan persetubuhan. Lendiran ini akan bertambah ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh.

3. Ia Membekalkan makanan semasa proses persenyawaan. Pangkal rahim (Cervix) akan mengeluarkan lendir berperanan semasa percantuman benih lelaki (sperm) dan benih wanita (ovum). Lendir ini membekalkan tenaga dan makan pada benih- benih lelaki (sperm) akan hidup beberapa hari di dalam lendir di pangkal rahim yang kebiasaanya hidup 24 hingga 28 jam sahaja.

Pentingkan lendir ini pada wanita.


Jenis - Jenis Keputihan Yang Perlu Dikenali dan Difahami

Terdapat dua jenis keputihan iaitu fisiologis dan patalogis

1. Keputihan fisiologis terjadi pada wanita sihat dan ia adalah gejala yang normal dan pulih secara semulajadi. Lendirnya cair, tidak melekat, berwarna putih atau krim dan tidak berbau. Ia dikeluarkan dalam kuantiti yang sikit, tidak gatal dan tidak memerlukan rawatan. Ia kerap dihasilkan semasa subur dan sebelum haid. Ia juga dikeluarkan mengikut aktiviti yang dijalani seharian. Jika lebih aktif, lebih banyak dikeluarkan.

2. Keputihan patologik adalah penyakit yang rumit dan perlu dirawat dengan segera. Lendirnya lebih kental dan melekat, berwarna kuning, kelabu atau hijau. Baunya busuk dan keluar dengan banyak. Ini terjadi apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj. Sangat gatal dan berlaku keradangan dan kemerah-merahan. Lebih baik berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

Sumber : www.myhealth.gov.my

Bahaya Keputihan Jika Tidak Dijaga Dengan Baik

Masalah keputihan yang teruk dan lewat ditangani boleh menyebabkan penyakit seperti berikut;-

1. Kemandulan - Jangkitan pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan ke saluran pengeluaran telur (Tiub Fallopio)

2. Kandungan Luar Rahim - Jangkitan yang kronik menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan boleh menyebabkan pendarahan yang mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

3. Mengancam Nyawa - Bagi wanita yang mempunyai daya tahan badan yang rendah (imun), keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawanya.





Jangan main-main! Jika dibiarkan lama, rawatan sukar diberikan kerana kita membuatkan ia kebal dengan menambah sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik ataupun antifungal.



Apakah Punca Keputihan Berlaku?

Jom kita kenali punca kenapa keputihan ini berlaku sebenarnya.



1. Kebersihan di mana wanita mensti menjaga bahagian sulit wanita (faraj) dengan rapi untuk elakkan jangkitan kuman. Pastikan ia dicuci dengan air bersih dan lap dengan kering selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual. Kena jaga baik-baik Miss V ni tau!

2. Perubahan Hormon pada tubuh boleh menyebabkan keputihan. Hormon berubah disebabkan -

  • Pengeluaran hormon pembiakan semasa wanita hamil memudahkan kulat melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat terutamanya antibiotik yang berlebihan menyebabkan bakteria semulajadi pada bahagian faraj mati dan menyebabkan pertumbuhan bateria dan kulat
  • Tekanan akibat masalah peribadi atau gangguan emosi akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon
  • Wanita yang mengambil pil perancang keluar atau pencegah kehamilan menyebabkan hormon dalam darah tidak stabil

3. Masalah kesihatan seperti kencing manis menyebabkan rembesan faraj mengandungi gula yang tinggi. Ini menyebabkan kulat tumbuh lebih banyak dan membiak di dalam faraj.



Cara Mencegah Masalah Keputihan

Bila kita dah faham apa sebenarnya keputihan, bahayanya dan apa sebenarnya punca ia berlaku, kita kena tahu bagaimana nak mencegah pula.

1. Sentiasa pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan kering dan bersih.
2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
3. Bagi yang haid, sentiasa tukar tuala wanita 
4. Gunakan panty liner atau pelapik seluar bila diperlukan seperti waktu beriadah.
5. Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat dari kain satin
6. Jangan gunakan sebarang produk wangian sepeti bedak atau semburan pada bahagian faraj.
7. Basuh bahagian farah dengan air bersih selepas buang air kecil atau selepas aktiviti seksual.
8. Jika berlaku kegatalan, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan vagina untuk rawatan segera.
9. Lakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan 



Cadangan Vitamin Bagi Masalah Keputihan

Disebabkan keputihan banyak berpunca dari dalaman seperti hormon dan luaran seperti aktiviti harian, pemakanan yang sihat dan pengambilan vitamin secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah keputihan. Berikut adalah vitamin yang dicadangkan;-

1. Garlic Complex


Garlic atau bawang putih merupakan agen yang bersifat antioksidan dan antikulat. 
  • Membantu mengurangkan keputihan dan menghalang alergi
  • Membantu menguatkan sistem imun badan melawan jangkitan kuman dan bakteria
  • Menstabilkan glukos dalam badan terutama pesakit diabete
  • Selain itu, ia menurunkan kolestrol dan membantu menurunkan darah tinggi
  • Mempertingkatkan sistem penghadapan seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman

2. Alfalfa Complex


Alfalfa pula agen antikulat yang membunuh kuman Candida yang menjadi punca masalah keputihan.
  • Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan badan yang berasid kepada normal
  • Ia melawan alahan dan memperbaiki kulit dan bau badan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
  • Selain itu, ia menghilangkan toksik dan badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot

3. GLA Complex

Ia membantu tindakan Alfalfa untuk mengekang kulat daripada merebak dan terus membiak
  • Ia mengeluarkan virus dan meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dan mengawal selia estrogen dan progresterone dalam darah
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alahan, kegatalan dan kulit kering
  • Meringankan sakit dan bengkak
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula dalam darah
  • Meringankan kebas dan kesakitan

Apa Kata Mereka Yang Mengamalkan Set Keputihan Ini?






Pertanyaan/ Order

Jadi kalau puan mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapatkan konsultansi set ini dari saya, sila hubungi saya;-

Shidah Abdullah 012-6240197
COD : Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Pos : Keseluruh Malaysia


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram