Derita Pesakit Gout Hilang Dengan Air Mata

Assalamualaikum. 

Apa khabar semua? Semoga semuanya sentiasa sihat selalu. Entri saya kali ni nak kongsikan berkaitan penyakit gout. Biasa yang kita degar gout biasanya dihidapi oleh lelaki kan. Jarang sekali berlaku pada wanita kerana wanita ada kitaran haid.

Saya ada terjumpa dengan adik ni muda lagi. Umur baru awal 30an tapi jalannya terdengkot-dengkot. Kesiannya dia. Bila ditanya "Saya ada gout kak". "Alahai dik muda lagi ko dik". Biasa tengok orang-orang yang dah berumur yang kena. 

Mula-mula kita kenal dulu


Apakah Penyakit Gout?

Gout ini adalah keadaan di mana keradangan berlaku yang menyebabkan kesakitan pada tendon, sendi dan akan berlakunya bengkakkan. Ia juga boleh jadi tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi.  Ini berlaku disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu. 

Klip video dari MyHealth ini menerangkan tentang Gout;-





Apakah Punca Gout?

Gout berlaku disebabkan terdapat lebihan asid urik di dalam badan kita. Asid urik merupakan bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Biasanya badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui pembuangan air kencing atau urin. 

Tapi bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi (lihat gambar). Penyakit ini sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan umur antara 30 hingga 60 tahun. 



Gout ini merupakan penyakit paling lama dihidapi dari zaman dulu lagi. Dulu, gout boleh menyebabkan kecacatan dan kemudaratan. Alhamdulillah dengan kemajuan perubatan, gout boleh dikawal

Tanda-Tanda Gout

  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki
  • Ibu jari kaki akan menjadi merah, panas, bengkak dan tersangatlah sakit
  • Serangan biasa akan berlaku tiba-tiba, kerap terjadi di waktu malam
  • Apabila ia menyerang sendi, rasanya sangat berbisa. Jika bergesel dengan selimut pun akan rasa terseksa.
  • Sakit ini akan menyerang kembali selepas berminggu atau berbulan-bulan
  • Bukan sendi di ibu jari sahaja boleh diserang, sendi di buku lali, lutut, pergelenagn tangan dan jari juga boleh diserang.


Kesan-kesan Gout

  • Asid urik akan berkumpul di bawah kulit. Ia akan membentuk benjolan yang dipanggil "tophi".
  • Dalam saluran urinari pula, asid urik boleh berkumpul dan membentuk batu karang
  • Selain itu, penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, hiperlipidemia dan diabetes.

Adakah Gout Boleh Diwarisi?

Ya! Gout boleh diwarisi tetapi bergantung pada faktor persekitaran seperti gaya hidup dan pemakanan. Namun ia masih boleh dikawal jika mengamalkan cara hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan dengan memilih yang bersesuaian.

Apakah makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout?

Pengambilan makanan berprotein tinggi sepeti makanan laut, kekacang dan daging merah yang tinggi purin boleh mencetus gout. Satu kajian mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% potensi lebih medapat penyakit gout. 

Antara makanan-makanan yang mesti dielakkan;-
  • Organ dalaman seperti hati, paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging (tinggi protein)
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang (seafood)
  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Kekacang


Cara terbaik untuk mengatasi Gout

  1. Mengamalkan diet yang rendah purine iaitu berprotein tinggi dengan mengambilnya secara sederhana seperti yang disenaraikan di atas.
  2. Minum air pada kadar yang banyak. Ini membantu menyingkirkan asid urik melalui pembuangan air kencing
  3. Kawal berat badan
  4. Rajin-rajin la bersenam dapat membantu badan berfungsi dengan lebih baik
  5. Amalkan makan ceri atau strawberi bagi mengurangkan asid urik


Apakah supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?

1. Vivix
2. Alfalfa
3. Omega Guard
4. Performance Drink

Jom kita tengok bagaimana setiap supplemen membantu pesakit Gout

Vivix 
  • Melindungi dan memperbaiki DNA dari pada rosak. 
  • Ia memberi impak positif dalam pengawalan genetik
  • Menggalakkan pembetukkan mitochondria di dalam sel agar badan pesakit lebih berfungsi dengan lebih baik
  • Ia juga melambatkan protein AGE yang menyebabkan sel-sel badan rosak 

Alfalfa
  • Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan
  • Pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak untuk detoks dari badan
Omega Guard
  • Asid Dekosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid omega 3 yang ditemui dari ikan laut dalam.
  • Kedua-dua asid ini mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit gout

Performance Drink
  • Sejenis isotonik yang membantu memastikan tubuh pesakit gout mempunyai kandungan air dan gula yang cukup supaya tidak berlaku dehidrasi.

Testimoni Pesakit Gout dengan Set ini

Ini testimoni usaha seorang isteri memastikan suaminya bebas GOUT


Bagaimana nak mendapatkan Set Gout Shaklee ni?

Klik butang di bawah untuk membeli set ini terus secara online.

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan seperti baget yang limited, hubungi saya terus;-
Shidah Abdullah di no. telefon 012-6240197. Setiap pembelian akan disertakan dengan

  • Cara pengambilan yang terbaik untuk kesan optimum
  • Konsultansi percuma


Sumber:
Arthritis Foundation www.arthritis.org
MyHealth; Gout


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram