Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Sunday, July 20, 2014

Awas KAYAP Bukan Gatal Biasa

Assalamualaikum.

Dah lama tidak update blog atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Hari ni just nak share apa sesuatu yang dialami oleh kak ngah anak kedua saya iaitu KAYAP. Ini pertama kali saya tengok kayap. Walaupun sendiri selalu kena sakit gatal-gatal di kulit tapi belum sampai tahap sampai kena kayap.




Gambar kat atas adalah kayap yang kak ngah alami. Asalnya dia sentiasa suruh garu dibelakang sebab gatal. Ingat gatal biasa. Selalunya saya akan suruh dia mandi dan tukar baju baru. Saya sapu herbal cream untuk kurangkan kegatalan. Alhamdulillah dia rasa lega. Selalu kalau ikut history kak long, badan memang tak boleh berpeluh. Lepas tu memang siap la ibu kena tolong garu.

Tiba-tiba pagi Sabtu lepas masa mandikan kak ngah, saya tengok gatal-gatal merah tu timbul. Yang lebih merisaukan bila gatal-gatal tu dah macam merayap sehingga ke  depan berdekatan puting kiri kak ngah. Terfikir dalam fikiran "Sah Kayap" walaupun memang tak pernah tengok.

Kebetulan kak long pun mengadu sakit tekak. Mungkin sebab minum ais banyak di bulan puasa ni. Terus dua-dua jumpa doktor. Kak long jumpa dulu dan... tonsilnya bengkak.. haha memang cucu opah.. Ada juga yang mengikut kami kalau demam tonsil bengkak.

Bila turn kak ngah jumpa.. Doktor pun terkejut dan siap cakap kenapa biar macam ni. Adoi bukan saje nak biar.. memang tak ada sebelum ni. Hanya macam ruam je. Babysitter pun tak cakap sebab selalunya dia akan pesan kalau ada apa2 yang luar biasa pada anak-anak. 

Apa yang doktor pesan tentang KAYAP
+ Kayap lebih kurang macam chickenpox.. gatal
+ Makan kena pantang terutama ayam
+ Akan rasa lenguh-lenguh badan. Memang pun sebab saya tengok kak ngah merengek2 tengah malam
+ Sapu Declovair cream dan makan antibiotik dan ubat gatal untuk bunuh virus kayap ni.

Untuk bacaan lebih mendalam, saya cadangkan korang baca di
http://www.myhealth.gov.my/index.php/kayap

Itu je nak share.. mungkin korang ada tip-tip, sudi-sudi la komen

Shidah Abdullah
012-6240197

==================================

Perokok memang mengakui yang MEROKOK membahayakan kesihatan
+ boleh dapat kanser paru-paru
+ boleh dapat kanser kerongkong
+ rokok tu beracun
+ boleh mati cepat

Tapi kebanyakkan perokok gagal bertindak untuk berhenti walaupun difatwakan HARAM

===============================

Beli Vivix 6 percuma 1

1 botol untuk rasa

3 botol untuk tenaga

7 botol untuk stop merokok serta merta

Pm 012-6240197


Read More

Monday, July 14, 2014

9 Tip Amalan Mengandung di Trimester Pertama

Disahkan mengandung oleh doktor pastinya melahirkan rasa gembira luar biasa. Maklumlah bakal menjadi ibu. Tidak kiralah anak pertama, kedua atau seterusnya. Pastinya semua ibu nak yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Melalui Trimester Pertama pastinya yang paling mencabar. Oleh itu, mental dan fizikal ibu perlu bersedia. Apa nak buat?


Berikut adalah 10 Tip Amalan Mengandung di Trimester Pertama

1. Cari Maklumat 

Mengandung membuatkan keadaan jauh berbeza. Sebab itu ibu-ibu perlu mencari sebanyak yang boleh informasi tentang apa yang perlu dilakukan dan diketahui dalam tempoh dari trimester pertama hingga terakhir. Informasi boleh didapati dari bahan-bahan bacaan seperti PA&MA, ilmu dari ibu dan mertua dan juga pengalaman rakan-rakan. 

2. Jaga Dehidrasi

Di trimester pertama, alahan seperti mual dan muntah boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami dehidrasi. Oleh itu, ibu-ibu kena banyak minum air, jus buah-buahan dan juga susu. Ia juga sangat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan masalah sembelit.

3. Makan Secara Sihat

Selalunya bila mengandung ada ibu-ibu mengambil peluang untuk makan lebih. Jangan begitu. Makan mengikut diet yang berpatutan. Pastikan di dalam diet ada

  • banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Bersarapan dengan karbohidrat seperti pasta dan nasi
  • Tambahkan dengan bijirin yang berasaskan serat
  • Tak lupa protein seperti ikan, daging, telur dan susu


4. Elakkan Penyebab Muntah

Antara penyebab muntah adalah bau-bauan yang kurang menyenangkan. Ada juga tidak tahan dengan bau masakan. Ibu-ibu boleh memilih untuk membiasakan atau mengelak terus dalam keadaan demikian. Elak mengambil asam untuk menghilangkan rasa mual kerana kesannya tidak baik untuk badan. Biasakan memberus gigi selepas makan untuk kurangkan penyebab mual.

5. Pemeriksaan Antenatal

Ibu-ibu perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12. Ia membantu doktor memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi.

6. Makan ikan

Beberapa kajian menunjukan minyak ukan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi diperingkat akhir kehamilan. Minyak ikan seperti Omegaguard menganduingi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Selain itu ibu-ibu digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin 2x seminggu.

7. Bersenam Selalu

Bersenam buat ibu-ibu lebih ceria dan membantu menangkis kemurungan semsa hamil. Senaman seperti berjalan, berenang adalah senaman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil. Selain itu, senaman lantai pelvis juga dapat membantu proses kelahiran.

8. Kurangkan Kafein

Kafein yang diambil oleh ibu-ibu ketika hamil dapat memberi risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau boleh menyebabkan keguguran. Kurangkan pengambilan   teh atau kopi kepada 2 cawan sahaja sehari. Tukarkan kafein kepada ju buah-buahan

9. Pengambilan Suplemen

Pengambilan supplement sangat membantu kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Beberapa supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.
Click Di Sini!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=275612d39c2aacdf7b64836df54b9229
Semoga semua ibu-ibu mengandung dengan cergas dan ceria. Bukan itu sahaja, bayi yang dikandungkan sihat dan cerdas seperti ibunya.
Salam Ceria Sentiasa
Shidah Abdullah
012-6240197




Read More

Monday, July 7, 2014

Impian Shidah Projek 4 Angka

Menjalani tugas harian yang ketat setiap hari sebagai ibu berkerjaya sememangnya sangat mencabar terutama3 anak dara (Nur'ain) yang masih kecil yang memerlukan perhatian yang lebih. Ibu pula hanya dapat meluangkan menghiburkan anak-anak pada waktu malam dan hujung minggu  sahaja. Alhamdulillah, ayah seorang yang sangat memahami dan sangat membantu:). Dalam sibuk-sibuk tu, alhamdulillah ibu masih gagah menyusukan Umairah yang sudah berumur 1 tahun 8 bulan.
Disebabkan ibu sibuk dan selalu balik lambat, anak-anak dah mula merungut. Pelbagai rungutan Kak Long atau Kak Ngah menyedarkan ibu. Ini semua gara-gara ibu sering ambil mereka lewat dari rumah pengasuh.
"Ibu ni asyik ambil lambat je amik kitorang" kata Kak Ngah

Kalau ibu datang  awal sekali-sekala, punyalah happy anak-anak ini bukan kepalang. Terkedu kadang-kadang mendengar respon anak-anak comel ini. Pilu pun ada.

"Yea! Yea! Ibu amik masa hari cerah" kata Kak Long
Walauapapun, ibu tetap perlu meneruskan perjuangan dalam apa sahaja yang ibu lakukan untuk menjadikan hidup keluarga kita lebih baik. Ibu kena kuat semangat dan badan kena sihat. Untuk Umairah yang masih menyusu, Alfalfa Shaklee ibu ambil untuk pastikan impian menyusukan Umairah sehingga 2 tahun tercapai. Walaupun asalnya makan alfalfa pun nak tercekik-tercekik sebab tak suka makan ubat biji. Memang tak sangka pergi sejauh ini sebab tak pernah anak ibu yang menyusu dengan gaya-gaya yang extraordinary.
Untuk ibu pastikan semuanya berjalan lancer di rumah atau di pejabat, fizikal dan mental ibu perlu terus kuat dan cekal. Jangan cerita la sakit belakang dan kaki yang sering dialami. Pastinya disebabkan sentiasa tegak di depan PC dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri. Ini bukan complaint tapi hakikat yang ibu terima sebagai tanggungjawab dan amanah. Ibu dah buat sesuatu untuk ia terus kekal sihat dengan bantuan Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet.
Melalui hari-hari ibu berkerjaya membuatkan ibu mencari satu kelainan. Mencari sesuatu diluar tugasan hakiki yang dapat dilakukan bersama anak-anak. Alhamdulillah anak-anak ibu memang rajin membantu terutama yang memang perlu kita keluar berjalan. Memang korang happy sangat. Shaklee bukan sebarang MLM. Shaklee lebih dari MLM kerana mentor-mentor dan sahabat-sahabat yang positif. Group yang sangat membantu memberi semangat dan berkongi cerita satu sama lain. Sentiasa mengingatkan tentang keimanan dan berserah sepenuhnya pada Allah. Ilmu blogging juga yang dipelajari dari blog sahabat-sahabat.
Dengan ini semua, ibu belajar membina impian yang lebih hebat dari sekarang dengan membaca kisah-kisah ibu-ibu hebat yang lain. Rupanya ibu bukan setakat menjadi ibu berkerjaya tetapi IBU LUAR BIASA.
Lebih menyeronokan memori ke Shaklee pada hari Sabtu 5/7/2014 bila dapat order Performance Drink dari sahabat di pejabat untuk tujuan bersahur. Ibu pergi bersama anak-anak ibu dan ayah ke Shaklee Empire Subang sebab dekat sangat dengan rumah opah. Ayah parking di P2 dan tunggu dalam kereta. Anak-anak je follow ibu.

Kak Ngah yang tersangat excited dengan laju masuk lift tak tunggu ibu dan tiba-tiba.... lift nak tutup. Nasib baik ibu sempat selit kaki kalau tak, tentu ibu menangis kat situ risaukan Kak Ngah. Bila ibu dapat masuk lift, lift pulak rosak. Guard kata naik tangga. Adoi yang terfikir kat otak naik tangga bawa 3 orang anak sampai tingkat 3. Naik-naik sampai tingkat 1 ada pagar. Adoi tak boleh naik ikut tangga sampai 3A. Turun semula ke Ground Floor dan baru tau ada lift lain ke 3A. Kak Long kata "Apalah ibu tak tau ada lift lain" Haha dah penat puasa, memang ibu tak terfikir dah. Memang PENGALAMAN HEBAT bersama anak-anak ke Shaklee.
Ibu perlu UBAH kehidupan kita sekeluarga agar lebih hebat dari sekarang dan membantu orang lain.
  • FINANCIAL FREEDOM itu yang paling utama iaitu jauh dari hutang rumah, kereta, festival loan, kad kredit dan segala jenis kredit yang ada.


  • AD DHUHA HEALTH & WEALTH mesti diteruskan walau apa juga rintangan yang datang.  Shaklee dah selari dengan nama syarikat dan juga aktiviti syarikat yang didaftarkan iaitu Takaful Kenderaan dan Agen Komisen


  • Berhenti FIKIR APA ORANG KATA, FIKIR APA LEBIH BAIK UNTUK KELUARGA

  • TERUSKAN BINA STRATEGI HEBAT tanpa perlu menoleh lagi apa yang telah terjadi kebelakang.

  • Buat perkara baik pada orang sekeliling dengan MEMBINA UKHUWAH. Insyaallah
Terus menggapai impian IBU NUR'AIN
Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Monday, June 30, 2014

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Kenduri

Bulan ramadhan memang seronok. Bulan dimana kita dapat lihat semua surau penuh dengan umat islam berjemaah dari berbuka puasa, solat fardhu dan tak lupa solat tarawih.. memang meriah sangat-sangat..:).. Nak lagi meriah dan multinational kalau kita tengok dekat bazaar ramadhan.. Sesak dengan orang ramai.



So hari ni nak share Resepi Nasi yang saya berjaya masak masa hari kedua.. Tengah on the way balik tu google hp dapat la resepi dari blog Dari Hati Sarah. Memang senang sangat nak masak

Bahan-bahan Nasi Tomato

2 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan (kalau ada)
3 sudu besar sos tomato/ tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

  1. Panaskan butter bersama dengan minyak tadi. Pastikan api kecil takut hangit pulak nanti
  2. Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
  3. Kacau sampai sebati dengan butter. Masa ni api still kecik tau.. Karang hangit tak sedap pulak rasa nasi tu
  4. Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato.. Bagi yang menggunakan tomato puri memadai guna 2 sudu sahaja sebab tomato puri ni masam.. Kacau sampai sebati
  5. Bila dah agak-agak sebati tu, masukkan air mengikut sukatan beras yang korang gunakan
  6. Masukkan garam
  7. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan
  8. Kemudian, masukkan dalam rice cooker. Jangan lupa kacau.

Bahan-bahan Ayam Masak Merah

½ ekor ayam (basuh + tos)

Bahan Dihiris:
3 biji bawah merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Dikisar :
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan-bahan Lain :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Goreng separuh masak.. Kalau kita goreng bagi betul-betul masak, keras pulak ayam tu nanti..Kalau kita goreng separuh masak, ayam akan jadi lembut sebab separuh lagi dia akan masak dengan kuahnya..
  2. Tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai layu
  3. Masukkan bahan kisar
  4. Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili. Gaul sampai rata dan pecah minyak
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.. 
  6. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih




Read More

Saturday, June 28, 2014

8 Perkara Tentang Kencing Manis Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit kencing manis dikalangan rakyat Malaysia memang sangat popular. Jangan kata orang berumur yang mudah menghidap penyakit ini, orang muda juga sangat berisiko. Ini semua disebabkan Gaya Hidup Moden yang diamalkan seperti lepak di kedai mamak sambil minum the tarik, makan di luar dan amalan minum air bergas. Memang semua aktiviti tu seronok tapi bila dah terkena bahananya.. Adoi tak sudah menyesalnya :(.





Ada yang masih muda terpaksa menyambil insulin setiap hari. Tak dapat saya bayangkan kehidupannya untuk melaluinya setiap hari terutama di umur yang begitu muda perlu lalui semua itu. akan ke menyampungkan pelajaran. Adakalanya adik tersebut akan mengalami sawan diasrama. Mujur ada rakan-rakan yang memahami untuk membantu.

Apakah Sebenarnya Penyakit Kencing Manis?

Kencing manis atau diabetes melitus ialah
·     Sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. 
·         Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras normal. 

Insulin pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. 
·   Akibat dari hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi. 

Apakah Faktor-Faktor Kencing Manis?

Kita semuanya sememang sedia maklum semua faktor-faktor dibawah merupakan antara punca seseorang menghidap kencing manis. Namun begitu, kita jarang ambil peduli. Betul juga kata pepatah “Dah terhantuk Baru Terngadah” maksudnya bila dah terkena baru nak berhati-hati.

Apa yang penting factor-faktor dibawah ini perlu sentiasa diingati
·         Kegemukan atau obesiti          
·         Kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman
·         Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
·         Umur melebihi 35 tahun
·         Pemakanan
·         Pengambilan lemak berlebihan dalam makanan
·         Pengambilan serat yang tidak mencukupi
·         Kurang zat makanan di peringkat awal umur
·         Kelahiran tidak cukup berat 

Apakah Tanda-Tanda Kencing Manis?

Uniknya peringatan diberikan, setiap penyakit ada tanda-tandanya untuk kita lebih berhati-hati. Badan akan memberi isyarat-isyarat berikut :-
·         Kerap dahaga
·         Kerap kencing
·         Susut berat badan walaupun berselera makan
·         Terasa letih dan lesu
·         Luka atau cedera yang lambat sembuh
·         Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan 

Memang merisaukan jika kita ada tanda-tanda diatas. Bertindak segera bagi mengelakkan keadaan lebih buruk lagi.

Apakah Jenis-jenis Kencing Manis?

Menurut pembacaan yang saya kongsikan di sini.  Dasyatkan kencing manis pun ada jenis-jenis tersendiri. Terdapat 2 jenis kencing manis semuanya

Jenis I - bergantung sepenuh kepada insulin
·      Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
·    Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman.
·       Terjadi kerana kekurangan insulin.
·        Ianya mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya. 

Jenis II - tidak bergantung dengan insulin
·   Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas.
·    Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.
· Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan
·    Kesan penyakit kencing manis


Apa Akan Terjadi Jika Kencing Manis Tidak Dikawal?

Kesan penyakit kencing manis terhadap badan memang sangat dasyat. Ramai orang-orang disekeliling seperti keluarga, jiran-jiran dan sahabat mengalami kesan-kesan berikut :-
·       Kegagalan buah pinggang
·       Serangan jantung
·       Kebutaan / Katarak- Koma (hilang kesedaran)
·       Angin ahmar (strok)
· Sakit saraf atau “mati pucuk”- ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk 

Apakah Rawatan Untuk Sembuhkan Kencing?

Sesungguhnya, penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Pastikan perkara-perkara berikut dilakukan :-
·         Pengambilan ubat atas nasihat doctor
·         Pemakanan sihat.
·         Penjagaan berat badan.
·         Selalu bersenam.
·         Elakkan jangkitan. 

Apakah Aktiviti Untuk Mencegahkan Kencing?

·      Mempunyai berat badan unggul dengan selalu melakukan senaman.
·     Makan pelbagai jenis makanan.
·     Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal.
·     Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
·     Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
·     Makan suplemen atau vitamin untuk membantu badan menjalankan tugas sebaiknya bagi mencegah kencing manis

Apakah Suplemen atau Vitamin yang Sesuai?

Alhamdulilah ramai yang menggunakan supplemen atau Vitamin Shaklee bagi mengawal kandungan gula dalam badan.

Vivix
Vivix sangat sesuai untuk diambil. Ia sangat sesuai bagi sesiapa yang tidak gemar ubat-ubatan berbentuk pil.

·  Ia meningkatkan tahap tenaga selular dan membaiki sel pada tahap selular
·        Ia menyokong kesihatan jantung, otak, system imun dan sendi
·        Ia satu formulasi hebat anti penuaan.




Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Yang penting, jangan berhenti berusaha mencarinya agar kekal sihat dan cergas untuk berkhidmat di dunia. 

Credit to :  KlinikSalam, asliezan

Untuk Mendapatkan VIVIX HEBAT & Konsultansi Percuma  
Whatsapp Shidah Abdullah 012-6240197
PM di FB Shidah Abdullah
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com