Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Wednesday, July 25, 2018

Tips Elakkan Lesu Ketika Memandu

Assalamualaikum semua,

Entry hari ni santai-santai je.. Bagi relaks sikit minda. Ye la kan penat badan kita.. Saya kalau penat memandu pun mengantuk dan ada juga tahap terlelap. Alhamdulillah panjang umur.

Pertama, perkara penting nak elakkan lesu ketika memandu adalah buat persiapan awal. Jangan last minit sebab ia buat kita tergesa-gesa memandu kerana lewat. Lagilah kalau tersangkut pula di jalan raya yang sesak. Dah bertimpa-timpa. 

Persiapan ni bukan menyiapkan diri je tau, siapkan kereta dengan pastikan ada minyak dan enjin yang elok. Bagi yang berkeluarga siapkan ahli keluarga pun penting juga.

Kedua, jika masih rasa lesu dan mengantuk berehatlah sebentar di mana-mana hentian. Hehe macam saya kalau nak ke rumah mak yang dekat tu pun berhenti di R&R untuk lelapkan mata. Boleh juga singgah minum secawan kopi.

Ketiga, sediakan air untuk minum untuk berasa segar. Air kosong pun ok. Saya biasanya bawa standby air Performance Drink sejenis isotonik bagi cukup air dan gula.

Keempat, bagi memandu jauh standby la minyak ikan omegaguard bagi steady sikit sendi-sendi kita berkerja.

Terakhir sekali, amalkan vitamin b complex setiap pagi untuk menghasilkan tenaga bagi menjalani tugasan harian.

Saya kongsikan video ini yang diambil semasa saya outstation.



Dapatkan empat pilihan vitamin yang terbaik nak elakkan lesu ketika memandu ye. Contact saya terus tau.

Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Tuesday, July 24, 2018

3 Tips Elak Pedih Ulu Hati

Rasa sakit sangat perut sampai nak kena baring mengerekot. Pedih ulu hati ditambah pula lenguh-lenguh badan. Makan apa la salah ni sampai berangin. Tu la yang kita sangka.

Tapi tahu tak ni la GERD.

Apa itu GERD?

Semua yang kita rasa tadi adalah tanda-tanda anda diserang Gastro Oesophageal Reflux Disease (GERD). Ia juga juga dikenali sebagai Asid Reflux Disease dimana kandungan asid dalam perut masuk semula ke dalam saluran pemakanan.

 

 Apa sebenarnya terjadi dalam perut kita?


Apabila kita makan, makanan akan masuk terus ke bahagian perut dan penutup saluran esofagus akan tertutup rapat bagi menghalang gas berpatah balik dan menyebabkan pedih ulu hati.


Antara sebab penutupnya lemah berpunca dari Asid ini yang menyebabkan sel antara saluran pemakanan dan perut lemah.  Bila gas naik kita akan rasa sebu, loya dan sakit kepala.

Apa terjadi kalau tak dijaga?

Don't play2... Ia boleh menyebabkan salur pemakanan menyempit, ulser dan paling bahaya berisiko mendapat kanser. Syuuuuh2..

Antara gejala yang akan dirasai


  • Kembung perut
  • Loya
  • Kurang selera
  • Sakit perut
  • Lenguh badan
  • Sakit kepala
  • Sendawa dan tidak dapat melepaskan angin 

Apa nak perlu kita buat untuk elakkan pedih ulu hati?


1. Makan ikut jadual
Amalkan pemakanan sihat dan mesti ikut jadual. Jangan biarkan perut kosong sangat penting untuk mengelakkan keadaan berterusan.

Ia dapat menghalang penghasilan asid dalam perut dan jika dibiarkan akan menyebabkan reflux atau pengaliran semula ke dalam saluran pemakanan (esofagus).

2. Elakkan makanan berangin
Sesetengah makanan boleh menyebabkan angin. Kurangkan kuantiti pengambilan. Tu sebab orang kalau berpantang macam-macam perlu elak dimakan seperti timun, petola, cempedak, nangka, petai, kopi, teh dan bersantan, selain berhenti merokok dan minuman beralkohol.

3. Pengambilan vitamin yang bersesuaian
Biasanya orang akan ambil ubat-ubatan membuang angin seperti simetricon, dimetricon atau ubat antisid.

Berdasarkan pengalaman suami sendiri, beliau mengambil vitamin dengan konsisten. Risau juga asyik ambil ubat. Antara vitamin yang saya aturkan untuk beliau ambil.

1. Peppermint ginger yang sangat membantu buang angin dari badan

2. ESP minuman kaya protein yang membantu mengelakkan perut kosong dan lapar yang menyebabkan angin.

3. B complex yang memberi ketenangan pada saraf. Selain tu, ia menukarkan makanan kepada tenaga untuk kegunaan harian.

Bila sakit badan, boleh tambahkan ostematrix untuk melegakan otot dan sakit.

Nak dapatkan set ni!
Hubungi Shidah terus melalui whatsapp atau sms www.wasap.my/60126240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Monday, July 23, 2018

Cara Hilangkan Beguk Di Leher

Apakah Beguk?

Beguk atau nama lainnya 'mumps' merupakan sejenis keradangan akut (acute). Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan kelenjar air liur parotid membengkakkan dan rasa sakit.



Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin.

Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.


Apakah gejala atau tanda-tanda beguk?


  • Bengkak pada satu atau dua-dua belah wajah
  • sakit dan kemerah-merahakan di bahagian rahang
  • Mulut kering
  • Demam
  • Selsema
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Sakit Otot
  • Hilang selera makan


Apa perlu dilakukan jika terkena beguk?

  1. Turunkan suhu badan kerana kebiasaannya anda akan berasa hendak demam. Kawal suhu badan dengan makan ubat, lap badan dan minum air suam.
  2. Banyakkan minum air terutama air masak bagi mengelakkan penghidratan dan ia juga dapat mengelakkan jus yang berasid yang merangsang kelenjar air.
  3. Tuam kawasan yang bengkak dengan merendam kain ke dalam air panas atau sejuk. Ia akan memberi keselasaan  kepada pesakit. Guna juga petak air..Anda juga menggunakan pek ais untuk menuam.
  4. Sapukan Nila atau cuka makanan untuk mengurangkan bengkak

Vitamin Shaklee Yang Sesuai Untuk Beguk dan Cara Makan Yang Sesuai


Set Beguk Shaklee membantu mengurangkan bengkak dengan cepat. Ia juga dapat mengelakkan jangkitan virus pada organ badan kita yang lain. Set ini terdiri daripada;-


  • Lecithin yang berfungsi menyurutkan bengkak dan mengurangkan keradangan.
  • Nutriferon membantu mengatasi jangkitan virus yang berlaku dan mengurangkan risiko berjangkit pula pada orang lain. Ia jua membantu menguatkan imuniti dan menurunkan suhu badan akibat demam.
  • Vitamin C pula membantu meningkatkan sistem imuniti badan yang lemah akibat beguk.

Nak order?

Boleh hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 atau boleh klik sahaja gambar set di bawah untuk membuat pesanan terus




Jangan lupa lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Sunday, July 22, 2018

Cara Kekal Muda Dengan Kolagen

Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen. Lebih banyak kedutan dan garis halus kelihatan. Kulit juga akan mula nampak kendur.

Umur bukanlah faktor menyebabkan kekurangan kolagen dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen dipercepatkan oleh faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dan lain-lain lagi.


Shaklee Collagen Powder 

Collagen mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisi semulajadi dan memperlahan kehadiran kedutan.

Selain dari itu, collagen membantu:-
  • Rambut : Membantu menguatkan rambut dan meransang pertumbuhan semula 
  • Kuku : Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat
  • Kulit : Kulit akan lebih lembab dan elastisiti bertambah baik. Kulit juga akam sembuh dengan cepat dan membantu mengurangkan parut. Membantu menghilangkan tanda penuaan. 
  • Tulang : Kolagen juga penting untuk tulang di mana ia menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang rapuh. 
  • Sendi : Ia juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi. 
  • Mata : kornea memerlukan kolagen dan ia sangat membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Otak : memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen.

Kolagen sangat penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda tetap berkeadaan baik walau meningkat usia. 

Ingin mendapatkan collagen, hubungi saya:



Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : www.wasap.my/60126240197 

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Saturday, July 21, 2018

Cara Meningkatkan Prestasi Pembelajaran Anak-anak

Jumaat lepas saya terima result anak-anak melalui whatsapp dari suami. Result sekarang kan boleh tengok secara online. Mudah sangat. Sebenarnya result ni boleh dapat lebih awal masa sesi bertemu ibubapa tetapi terpaksa memohon maaf pada cikgu kerana tidak dapat hadie kali ni atas kekangan masa.

Bila tengok result pertama tengok huruf apa yang ada. Ada juga huruf selain A dan B. Teliti subjek apa yang perlu diperbaiki. Berbincang la saya dengan husband tentang prestasi kak long dan kak ngah. 

Keseluruhan ada subjek yang lemah sebelum ni seperti bahasa inggeris, matematik dan karangan bahasa melayu menunjukkan peningkatan.

Apa expectation kami ada anak-anak? Pastinya nak mereka dapat top 3 at least. Tapi kami sedar keadaan sekarang dan effort yang diletakkan agak sukar untuk ke situ. 

Antara perkara yang kami rancang untuk membantu anak-anak


1.  Selesaikan Kerja Rumah (homework)

Fokus pada perkara utama seperti menyiapkan kerja rumah memang penting. Ia menguji pemahaman anak selepas sesi pembelajaran bersama cikgu di sekolah. Ia juga membantu cikgu untuk mengenal pasti masalah setiap murid. Jangan biarkan anak abaikan sahaja homework mereka.

2. Menghantar Tuisyen

Menghantar tuisyen pada umur kak long 10 tahun ni mengulangi trend tuisyen saya dulu. Tuisyen menggalakkan mereka membuat latihan berulang-ulang kali dan sangat bagus.

Selain itu, tempoh 1 jam 15 minit dari pukul 8 malam hingga 9.15 malam melatih mereka untuk menyiapkan latihan dalam tempoh masa tersebut.


3. Memberi galakan dan semangat 

Ucapkan tahniah pada mereka atas peningkatan. Dengan cara ini, kita memberi semangat lebih untuk mereka terus belajar bersungguh-sungguh. Bila mereka rasa dihargai mereka akan lebih seronok.


4. Raikan perubahan

Kami bawa mereka ke kedai buku Popular untuk meraikan peningkatan. Masing-masing diberi pilihan untuk memilih sebuah buku bacaan. Ini juga nak menggalakkan mereka membaca.




5. Membuat latihan bersama ibubapa di rumah


Kasihan juga mereka. Saya mengambil inisiatif untuk tuisyen tambahan. Membeli buku kerja kerja yang sama supaya mereka boleh buat bersama-sama. Nampaknya mereka sangat bersemangat.

Moga keputusan mereka lebih baik untuk peperiksaan seterusnya.

Bukan markah sahaja yang kita perlu lihat. Usaha mereka juga.

Salam sayang dari saya,
Shidah Abdullah, Ibu Nurains
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com